You are on page 1of 16

Esei iImiah:

Pilih mana-mana satu (1) unit pelajaran yang terdapat di dalam kursus ini (Rujuk
Rangka Kursus) dan tuliskan esei mengikut soalan berikut:

(a) Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit
tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan.
(b) Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman
tentang isi kandungan unit pelajaran.


Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat
dan negara ke arah yang bertaraf dunia. Malaysia merupakan negara yang mempunyai
berbilang kaum dan masyarakat majmuk di mana setiap dasar yang dilaksanakan perlu
selari dengan keperluan masyarakat.

Dasar pendidikan yang dilaksanakan bertujuan untuk memberi pelajaran di
sekolah semata-mata tetapi sebagai rancangan tindakan untuk merealisasikan
perpaduan bangsa. Melalui sistem persekolahan, masyarakat dibentuk dengan memberi
pelajaran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa,agama dan warna kulit.
Bagaimanapun, setelah 53 tahun mengecapi kemerdekaan, masyarakat Malaysia yang
berbilang bangsa masih lagi tidak menunjukkan hubungan perpaduan yang kukuh.

Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih terpisah melalui sistem persekolahan,
iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis
kebangsaan Tamil. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil perhatian untuk
memastikan isu-isu pendidikan dikawal dengan sebaiknya supaya hubungan
masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa sentiasa berada dalam keadaan yang
harmoni atau malah menemui kegagalan sekiranya sistem pendidikan tidak
dilaksanakan dengan baik dan telus.

Melalui Akta Pendidikan 1996 sistem pendidikan bertumpu kepada pendidikan
prasekolah. Pendidikan sekolah rendah dan menengah dan juga tanggungjawab
kementerian pelajaran bagi memastikan sistem pendidikan Malaysia setaraf dengan
pendidikan negara-negara lain yang lebih maju. Namun dalam melaksanakan akta yang
telah digubal dalam sistem pendidikan terdapat cabaran-cabaran yang perlu diatasi oleh
pihak yang terlibat dengan pendidikan terutama sekali guru-guru yang berada di sekolah
yang memastikan pendidikan dilaksanakan dengan lancar dan sekali gus akta
pendidikan dapat ditunaikan oleh setiap orang guru bagi memartabatkan profesion
perguruan.


a) Bagaimana pengetahuan dan pengaIaman terhadap isi kandungan unit
tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionaIisme
keguruan.

Kini telah memasuki abad pengetahuan. Pengetahuan akan menjadi landasan
utama segala aspek kehidupan. Abad pengetahuan merupakan suatu era dengan
tuntutan yang lebih rumit dan menantang. Suatu era dengan spesifikasi tertentu yang
sangat besar pengaruhnya terhadap dunia pendidikan dan lapangan kerja. Perubahan-
perubahan yang terjadi selain karena perkembangan teknologi yang sangat pesat, juga
diakibatkan oleh perkembangan yang luar biasa dalam ilmu pengetahuan, psikologi, dan
transformasi nilai-nilai budaya.

Pendidikan di abad pengetahuan menuntut adanya pengurusan pendidikan yang
moden dan profesional dengan bernuansa pendidikan. Lembaga-lembaga pendidikan
diharapkan mampu mewujudkan peranannya secara efektif dengan keunggulan dalam
kepemimpinan, staf, proses belajar mengajar, pengembangan staf, kurikulum, tujuan
dan harapan, iklim sekolah, penilaian diri, komunikasi, dan keterlibatan ibubapa atau
masyarakat. Pendidikan mempunyai peranan yang amat penting untuk mempersiapkan
generasi muda yang memiliki keberdayaan dan kecerdasan emosional yang tinggi dan
menguasai kemahiran yang mantap.
1





1
http://re-searchengines.com/amhasan.html

andungan Etika Perguruan di MaIaysia
Dalam konteks Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan
sifat dan kualiti guru yang profesional. Bersemangat tinggi dalam perkhidmatan, guru
yang sentiasa ghairah dan teruja untuk memberikan yang terbaik dalam
perkhidmatannya. Bermatlamat yang jelas, guru yang tahu apa yang dibuat tanpa
disuruh atau diberi arahan. Meletakkan perkara yang terpenting dan segera untuk diberi
keutamaan. Manakala perkara yang tidak penting dikemudiankan dan perkara yang
tidak berkaitan diabaikan. Berkemahiran mengurus bilik darjah, guru ini cekap dalam
mengurus bilik darjah yang ia bertugas di dalamnya. Kecekapan itu dapat dilihat dalam
bentuk kawalan disiplin murid, keceriaan murid dan kelas dan tindakan rutin di dalam
bilik darjah yang berkesan (kebersihan kelas, kesihatan murid, rekod murid dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran).

Berkebolehan komunikasi yang baik, guru yang dapat menyampaian
pengajarannya dengan berkesan. Suara yang lantang, bahasa yang halus, sebutan
yang jelas, intonasi yang betul, arahan yang tepat dan ayat-ayat yang gramatis yang
diselangselikan dengan elemen "humor. Jangkaan yang tinggi terhadap murid, guru
yang sentiasa beranggapan setiap muridnya adalah insan yang istimewa yang
mempunyai potensi untuk berjaya jika diberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang betul
dengan cara yang berkesan. Berupaya memberi yang terbaik, guru yang meletakkan
kepentingan perkhidmatannya melebihi kepentingan diri sendiri dengan kebolehan
memberi yang terbaik kepada murid-muridnya demi masa depan mereka dan yang
terbaik dalam tugas-tugas khasnya untuk kejayaan sekolah.

Pengetahuan tentang kurikulum dan subjek yang diajar secara mendalam, guru
ini menguasai dengan mendalam dan meluas tentang kurikulum kebangsaan yang
menjadi panduan dan rujukan kepadanya dari segi matlamat, objektif dan
kandungannya. Guru ini juga dapat menguasai subjek yang diajar dan menjadi rujukan
kepada murid, rakan sejawat dan pihak lain yang memerlukan khidmat ketokohannya.
Hubungan yang berkualiti dengan pelajar, ibubapa, masyarakat dan majikan, guru ini
dapat mewujudkan hubungan yang berkualiti dan mengekalkan keharmonian dalam
perkhidmatannya. Lazimnya guru ini akan diraikan jika beliau bertukar atau bersara,
ketiadaanya begitu dirasai oleh sekolah, rakan dan murid, keberadaannya memberi
semangat yang berkobar-kobar.
Etika Profesion eguruan dan AkauntabIiIti
Maksud Etika ialah satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau
kesusilaan. (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995) a merupakan prinsip moral atau set
prinsip moral (Kamus Oxford, 1994) dan juga tanggungjawab dan akibat tingkah laku
seseorang atau profesion terhadap masyarakat.Dari persepktif slam, etika merujuk
kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

Maksud Etika Profesional iaitu semua garis panduan yang bertujuan
meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan
memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan
peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

Skop Etika Profesional iaitu mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli
profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam
bunga dan lain-lain. Dalam slam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang
bertakwa dalam keseluruhan hidupnya. Etika Perguruan Bermaksud satu set tingkah
laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat
dan ibu bapa pelajar.

Kepentingan Etika Guru, guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi
memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana Kod etika
menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan.
Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod Etika Perguruan menyatakan
dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang
pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Kandungan
yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan
tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang
diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. Kod Etika dalam bentuk
dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan
sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan
dan dikuatkuasakan. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion
perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati
tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai
matlamat pendidikan dan negara. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam
sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan
yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan
mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi

Tanggungjawab guru, guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa
sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Guru tidaklah harus
bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan
kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. Dalam semua hubungan dan tugas,
guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. Tanggungjawab utama guru ialah
terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti
kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.

Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya Guru
haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan
agama atau kepercayaan. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam
usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.
Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid
tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal,
keturunan, daya intelek dan lain-lain. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan
individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi
mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.

Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai
diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan. Guru
tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa
jatuhnya darjat profesion perguruan. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh
merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara. Guru haruslah menanamkan
sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi
warganegara yang taat dan berguna. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat
sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.

Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role
model' kepada muridnya. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada
muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu
sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan. Guru tidaklah harus
mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. Guru tidaklah
harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya.

Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli
masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya. Guru tidaklah harus menjatuhkan
nama baik guru lain. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan
kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan. Guru
tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk
mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati
berdasarkan prinsip-prinsip berikut :
i. Niat yang betul
ii. Perlakuan yang baik
iii. Pengerak ke arah kebaikan
iv. Memperkotakan apa yang dikatakan
v. Berdisiplin dan beradab
vi. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

AA UTAMA ETA ERJA EMETERA PEAJARA MAAYSA
Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika
Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.
Nilai-nilai itu adalah: Amanah, Benar, Bijaksana, Bersyukur, Dedikasi, hklas dan
Penyayang.

AkauntabiIiti keguruan
Konsep keguruan, menurut Kamus Dewan (1970), 'guru' bererti pendidik,
pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik
bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi
petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang
memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai
perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah,
tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai
perkaitan dengan guru.

Konsep Akauntabiliti, mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan 'akauntabiliti' di
huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap
sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk
memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada
mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti
juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima
keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.

Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan
dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud
berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan.
Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi
akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara ,
dan profesion keguruan amnya.

Akauntabiliti guru terhadap pelajar, seorang guru haruslah menjalankan
tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual
waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik
yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan
keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab
haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor
jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah
membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran
atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah
kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses
pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi
bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid
memperolehi model yang baik. ni adalah kerana seorang guru merupakan orang yang
di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme
guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak
muridnya.
Akauntabiliti guru terhadap diri, seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan
kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna.
Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari
sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru,
guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi
pendapatan dengan perbelanjaan. ni adalah kerana jika guru gagal menguruskan
kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan
tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di
sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang
berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan
aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental
dan fizikal.

Akauntabiliti guru terhadap sekolah, sekolah ialah tempat seseorang guru
bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh
pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai
akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas
mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru
displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PBG, panitia mata pelajaran dan
jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.

Akauntabiliti guru terhadap masyarakat dan Negara, sebagai seorang guru ,
beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan
negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah Memupuk
nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri
pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan
mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu
guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu
bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala
aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk
memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan
ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun
yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap
dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi
warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan
perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah
menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi
tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di
antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan
yang diterima oleh masyarakat .

Akauntabiliti guru terhadap Profesion Keguruan, guru haruslah meluaskan ilmu
dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. ni
termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan
menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan
pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. ni di lakukan dengan merancang dan
melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara
maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid
menerima ilmu yang betul dan tepat.

Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami
tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati
sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. ni
kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan
tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti
atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri
sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya
seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang
pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan
tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme
keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-
sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap
kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih
bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang
demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu
mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka
tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan
modal insan seperti yang di cita-citakan negara. ni akan menjatuhkan martabat
profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap
amanah yang di berikan.
2


Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan syarat wajib seseorang guru
yang bertauliah. Untuk menyampaikan pelajaran dengan cekap dan berkesan, guru
seharusnya mempunyai sifat dan kualiti profesional seperti: ingin tahu, pengetahuan
ikhtisas, suka membaca, kemahiran bertutur, daya ingatan dan daya usaha.

b) Cabaran.abaran daIam mengapIikasikan pengetahuan dan pengaIaman
tentang isi kandungan unit peIajaran.

Status guru daIam pandangan masyarakat
Apabila kita membincangkan mengenai kedudukan guru pada sudut pandang
sesetengah orang, keguruan sering dianggap sebagai satu kerjaya pilihan yang terakhir.
Menurut Azhar (2007) Presiden Kesatuan Guru-guru Malaysia Barat, Dr. Abdul Rahman
Daud menyatakan kemasukan yang tinggi didalam profesion perguruan adalah
disebabkan pandangan sesetengah individu yang menganggap kerjaya ini sebagai
pilihan terakhir kepada golongan siswazah terutama bagi mereka yang gagal
memperolehi sebarang pekerjaan. Dengan kata lain, sesiapa yang menjadi pendidik
atau pengajar adalah digolong dalam kategori orang-orang yang tidak tahu melakukan
atau mempratikkan sesuatu kemahiran atau pengetahuan.

Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara
yang mudah. Apabila seseorang menandatangani perjanjian sebagai seorang pendidik,
jatuh bangun sesuatu bangsa terletak di atas bahu individu tersebut.

Pada awal tahun 60-an, guru dianggap sebagai insan yang terpilih untuk
membawa ilmu dan kemajuan kepada masyarakat setempat. Sumbangan guru sangat
besar dan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Pada masa ini, kaum guru
juga menjadi panduan dan rujukan selain memberikan ilmu kepada masyarakat.

2
hLLp//bunduLuhanranaublogspoLcom/2009/08/eLlkaprofeslonkeguruandanhLml
Walaupun begitu, kini profesion dianggap sebagai profesionperingkat
pertengahan di bawah profesionprofesional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam
dan lain-lain. ni adalah kerana ramai yang menggap mereka boleh menjadi guru
sandaran atau guru sementara walaupun tanpa mempunyai latihan asas. Malah ada
kalanya lebih baik dari gur yang sedia ada. Ada kalanya juga seringkali para guru
menjadi sasaran jika berlakunya masalah dalam masyarakat.

Kini cabaran menjadi seorang guru tidak seperti yang dilihat dengan mata kasar.
Cabaran dalam Wawasan 2020 adalah antar yang perlu ditangani oleh para pendidikan
untuk melahirkan bangsa yang bermoral, beragama dan beretika tinggi serta penduduk
yang mempunyai psikologikal danpemikiran yang tidak terkongkong, yakin, bangga dan
sedar akan potensinya ke arah mencapai kecemerlangan dan seterusnya masyarakat
yang bersatu padu, berilmu pengatahuan dan berdaya saing.

Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama,
iaitu untuk mengajar,mendidik dan merubah pelajar dari keadaan yang tidak mengenal
huruf, tidak tahu mengira dan tidak boleh membaca kepada celik huruf, bijak mengira
dan menjadi manusia yang berguna. (Shuib & Johari,2001)

Antara punca yang menyebabkan status guru masa sekarang dipandang rendah
adalah kerana pelajar hari ini dimewahkan oleh ibubapa sendiri. Fenomena yang biasa
berlaku sekarang ialah para guru menunggu bas manakala murid menunggu pemandu
peribai mereka untuk pulang apabila selesai sesi persekolahan. Tidak kurang yang
memandu sendiri ke sekolah amat biasa murid memegang telefon bimbit. Kedudukan
ekonomi mereka lebih baik menyebabkan hormat mereka terhadap guru berkurangan.
Guru sering dipandang rendah oleh pelajar dan akibatnya mereka tidak takut untuk
melawan guru.sikap ibubapa yang menyebelahi anak-anak juga menjadi punca pelajar
melawan guru.

Berita guru memukul pelajar dan sebaliknya sering berlaku dan menjadi topik
media juga bualan hangat masyarakat. Kejadian guru-guru memukul pelajar sering dipilh
untuk dijadikan tajuk utama bagi media masa. Pihak ibubapa hari ini sering mencari
jalan penyelesaian mudah bagi menangani masalah anak-anak mereka yang dipukul
oleh guru. Mereka lebih gemar berpaling kepada media sebagai perunding cara dan
jalan penyelesaian segara. Sikap sebegini boleh dianggap tidak rasional dan tidak adil
bagi para guru. Media masa pula sering berpihak kepada murid yang terlibat tanpa
pertimbangan yang wajar.

Pihak media masa pula sering memperbesar-besarkan isu ini dengan tujuan
dapat melariskan jualan mereka. Kerana ada sesetengah media masa Cuma
mengutamakan keuntungan sahaja tanpa memikirkan kenyataan yang betul. Ada
waktunya murid yang dipukul hanya mengalami segaris luka tetapi perkataan sensasi
yang sering digunakan ialah cedera. Guru digambarkan sebagai jahat kerana memukul
murid tetapi apabila diketahui bahawa sikap murid terbabit sebagai punca dia dipukul,
media tidak pernah memperbetulkan cerita apa lagi meminta maaf. Keadaan ini jelas
sekali, pasti kita tidak pernah mendengar berita dari media masa yang melaporkan
tentang murid yang melakukan kesalahan disiplin perlu dipukul. Perkara ini secara tidak
langsung menjatuhkan status guru dalam pandangan masyarakat kini.

aIuan kerja guru yang terhad
Profesion keguruan adalah profesion yang statik, kurang masa dan peluang
terlalu kecil. Pembelaan pula kurang dan masih tidak memuaskan hati guru. Walaupun
konsep Guru Cemerlang telah diperkenalkan pada tahun 2011 bagi memberi peluag
kenaikan pangkat kepada guru-guru tanpa perlu bertukar ke jawatan-jawatan naik
pangkat (pentadbiran), namun tempoh syarat untuk memohon kenaikan tersebut adalah
agak lama iaitu memerlukan pengalaman mengajar tidak kurang daripada 8 tahun. ni
tidak mengambil kira syarat-syarat lain.

Beban tugas guru serta kurang insentif
Tanggungjawab dan beban guru yang semakin bertambah menyebabkan guru
memainkan bermacam jenis peranan. Dalam menjalankan tugas sebagai pendidik, guru
diperlukan membuat perancangan pengajaran, persediaan alat-alat mengajar,
menyemak buku murid, menanda kertas peperiksaan atau ujian, mengawas
peperiksaan, menghadiri mesyuarat, memgahdiri kursus dan sebagainya. Mereka bukan
sahaja guru tetapi juga bertugas sebagai kerani dalam mengendalikan urusan
sampingan seperti urusan buku teks murid, hal ehwal kebajikan murid, disiplin murid,
akaun persatuan dan kelab murid, kegiatan sukan dan ko-kurikulum murid serta
berbagai lagi. Beban tugas yang banyak ini menyebabkan guru semakin tertekan. Oleh
itu, guru memerlukam kompetensi pergurusan masa bagi melaksanakan tanggungjawab
tersebut. Antara kriteria guru berkesan ialah guru yang dapat mempamerkan mutu
pengajaran yang baik dan dapat menjalankan tugas yang berkaitan dengan penguusan
dengan cara yang beturutan dan semula jadi dalam kedudukannya.

Ramai guru beerpendapat beban tugas guru adalah sangat membebankan.
Beban tugas yang banyak sebenarnya merupakan fenomena biasa dalam kehidupan
pendidik. Kenyataan ini perlu dihadapi dan sedia diketahui sebelum guru tersebut
memilih profesion perguruan. Beban tugas yang tidak diuruskan dengan sistematik akan
menyebabkan berlakunya tekanan dan seterusnya menghasilkan mutu kerja yang
mengecewakan apabila dibuat penilaian. Gur perlu pandai membuat perancangan dan
strategik, membahaikan keutamaan urutan tugas dan tanggungjawab yang perlu
dipelajari melalui pengalaman, pemerhatian dan bertanya kepada guru berpengalaman.
Guru haruslah sedar atau beringat bahawa setiap langkah mereka sebenarnya dalam
pemerhatian dan sentiasa dinilai. Pelajar kini semakin bujak dan boleh memberi
penilaian dan tindak balas atas tindakan guru.

Cabaran sebagai agen penyebaran iImu
Guru merupakan agen penyebaran ilmu pengetahuan yang membentuk generasi
masa akan datang, memainkan peranan penting bagi memastikan generasi muda yang
terhasil daripada sisitem pendidikan hari ini mampu meneruskan kesinambungannya
pada masa akan datang. Walaupun dilanda pelbagai perubahan dalam pelbagai aspek
kehidupan, para guru seharusnya mempu untuk menjadi individu yang boleh bersaing di
persada dunia dan menjaid perguruan ini sebagai profesion yang sama hebat dengan
bidang kerjaya yang lain.

Memandangkan guru merupakan aset penting dalam organisasi pendidikan,
maka adlah penting sekali setiap individu dalam perguruan sentiasa ditambah nilai dan
diasah sesuai dengan perkembangan semasa. Menyatakan bagi sumber manusia yang
ada secara berkesan, sesebuah organisasi mesti memastikam bahawa semua individu
bersedia untuk belajar pada setiap kesempatan yang ada dan organisasi yang berjaya
adalah yang mengetahui bagaimana mendapatkan komitmen dan keupayaan untuk
belajar di setiap peringkat dalam organisasi tersebut. Oleh itu, para guru mestilah
mengubah persepsi bahawa pembelajaran adalah sebagai amalan sesekali atau bila
perlu sebaliknya menjadikan pembelajaran sebagai amalan berterusan atau sepanjang
hayat.

Cabaran teknoIogi makIumat dan komunikasi
Ledakan maklumat pula menuntut pendidik mempunyai kemahiran komputer
(Computer literate). Kemahiran ini perlu dikuasai bukan sahaja oleh guru malahan pihak
pentadbiran pengurusan. Tuntutan ini menyelurruh kepada semua peringkat jawatan
perguruan kerana tugas pengurusan masa kini menjadi lebih mudah dengan adanya
komputer dan kemahiran menggunakannya. Seorang guru dapat mengkaji punca serta
data yang berkaitan. Dalam proses ini, kemahiran serta ilmu pengetahuan baru dapat
diperoleh. Maklumat yang diperoleh ini juga boleh disimpan untuk keperluan jangka
masa panjang. Selain itu, kecanggihan teknologi nternet dan jaringan setempat
membolehkan perkongsian maklumat ini berlaku dengan mudah, cepat dan tepat.
Keadaan ini akan membolehkan perkongsian pengetahuan dan penyebaran ilmu di
kalangan pendidik. Proses membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah akan
dibuat secara lebih sistematik dan tepat berpandukan analisis maklumat yang dibantu
dengan kecanggihan teknologi dan perisian komputer.

Guru digalakkan meningkatkan penguasaa penggunaan teknologi maklumat
untuk meningkatkan kepakaran. Teknologi maklumat dan komunikasi membuka peluang
yang luas kepada pendidik. Kepantasan perubahan teknologi maklumat memerlukan
guru juga bersama menjana ilmu pengetahuan terkini dan sentisa menyedari perubahan
semasa. Pengetahuan komputer di kalangan guru amat penting kerana ia dapat
mengatasi banyak kelemahan dan halangan pembelajaran yang bersifat tradisional dan
terlampau terikat kepada pendekatan belajar berpusatkan guru. (Abd. Rahim,2000)
3









3
hLLp//wwwscrlbdcom/doc/14033811/CuruMereallsaslkanlkCabaranCuruModel1abauan1yler
esimpuIan

Untuk mereal isasi kan aspi rasi negara iai tu memperkembangkan
potensi indi vidu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahi rkan insan
yang sei mbang dan harmonis dari segi intel ek, rohani , emosi dan jasmani
berdasarkan kepada kepercayaan dan kepathuan kepada tuhan, guru perlu
menghayati dan mengamal kan Fal saf ah Pendidikan Kebangsaan, Fal saf ah
Pendidikan Guru dan seterusnya membudayakan pembelajaran sepanjang
hayat.

Pendidikan dan pembangunan di Malaysia menuju ke arah pendidi k
dan pendidikanbertaraf dunia set iap lapi san masyarakat mahupun indi vidu
haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu bekerjasama dan
berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk
melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif,
progresif dan berakhlak muliaselaras dengan f alsaf ah pendidi kan negara. Sebagai
golongan bukan pendidik, kita janganlah meletakkan seluruh
tanggungjawab ini hanya kepada golongan pendidik sahaja, tetapi haruslah
memberikan komitmen yang menyeluruh dan bersepadu.

Para guru perlu bersedia dari sudut pelbagai aspek untuk menghadapi cabaran-
cabaran yang bakal ditempuhi pada masa kini dan masa akan datang. Dengan tahap
persediaan yang tingi, keberkesanan setiap guru tidak akan terjejas walaupun
berhadapan dengan pelbagai cabarandan rintangan.










Rujukan ormat APA)

Buku Rujukan:
1. Mok, S.S.(2008). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran,
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
2. Mok, S.S.(2005). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen 1& 2)
Psikologi Pendidikan & Pedagogi, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Terbitan Elektronik:
1 http://re-searchengines.com/amhasan.html
2 http://bundutuhanranau.blogspot.com/2009/08/etika-profesion-keguruan-dan.html
3 http://www.scribd.com/doc/14055811/Guru-Merealisasikan-FPK-Cabaran-Guru-
Model-Taba-Dan-Tyler
4 http://smkbp.com/index.php/laman-pengetua/138-cabaran-guru-masa-kini
3 http://www.scribd.com/doc/15783634/Etika-Keguruan

You might also like