Professional Documents
Culture Documents
1.0
1.1
Pengenalan
Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menghadapi cabaran semasa dan masa depan. Gagasan ke-3 ucapan dasar Y.A.B Perdana Menteri dalam perhimpunan Agung UMNO pada 2006 menuntut supaya sistem pendidikan negara memberi penekanan kepada pembangunan modal insan, penghasilan pelajar celik minda, pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat, program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan ulul al-bab.
Dunia pendidikan mengalami perkembangan yang sangat dinamik dalam arus globalisasi. Perkembangan ini juga menuntut perubahan dalam kurikulum. Seiring dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengambil inisiatif menyemak dan melakukan penambahbaikkan dalam kurikulum. Kurikulum Standard Sekolah Rendah merupakan pernyataan yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang mesti dipelajari dan dikuasai oleh murid di sekolah rendah. Penggubalan standard kurikulum berpaksikan
rukun negara, dasar pendidikan kebangsaan dan falsafah kebangsaan. Pada asasnya pembinaan KSSR berdasarkan prinsip KBSR. Standard ini mengetengahkan pendekatan berbentuk modular dan pembelajaran secara didik libur bagi mencungkil potensi murid untuk meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
Menurut Abdullah Sani (2005), KBSR terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap satu yang mencakupi murid tahun satu hingga tiga dan tahap dua pula meliputi murid tahun empat hingga enam. Pada tahap ini penerapan nilai-nilai murni melalui sistem pendidikan dalam mata pelajaran yang ditawarkan (nilai murni merentasi kurikulum) juga diperkenalkan dan ia bukan sahaja oleh guru Pendidikan Moral atau Pendidikan Agama Islam, malah perlu diterapkan dalam matapelajaran yang lain di samping pemupukan budaya ilmu, sains dan teknologi. Malah penekanan-penekanan terhadap perpaduan negara,
pemupukan budaya keusahawanan, pendedahan konsep pengantarabangsaan, peningkatan dan pengukuhan Bahasa Melayu, penumpuan terhadap bidang teknik dan vokasional, serta penekanan dalam pembangunan negara juga perlu dipraktikkan dalam proses pengajaran dalam mata pelajaran.
Antara elemen merentas kurikulum dalam KBSR adalah bahasa, pendidikan alam sekitar, nilai murni, sains dan teknologi, patriotisme, kemahiran berfikir, kepimpinan, kemahiran belajar cara belajar, pendidikan kesihatan reproduksi dan sosial, pencegahan rasuah, kajian masa depan, pendidikan pengguna, keselamatan jalan raya. Manakala dalam KSSR pula elemen ini ditambah tiga lagi elemen baru bagi tujuan penambahbaikan dan
keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Elemen-elemen ini difikirkan amat penting diajar secara tersirat atau melalui penerapan dalam mata pelajaran teras sebagai nilai tambah untuk pelajar.
1.2
Kepentingan EMK
Penerapan elemen-elemen ini penting kerana kemahiran abad ke-21 yang mementingkan pemikiran yang kreatif bagi mencapai kejayaan. Perspektif Wawasan 2020 Malaysia sebagai negara perindustrian bagi
1.3
Penyataan Masalah
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di semua sekolah kerajaan bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah adalah satu transformasi pendidikan yang dianggap mencapai standard yang setaraf dengan pendidikan di luar negara. Namun KSSR ini masih lagi dalam proses penyebaran disamping pelaksanaan yang masih terlalu awal untuk dinilai standard tersebut iaitu belum mencapai usia setahun. Walaupun terdapat pelbagai respon secara lisan tentang keberkesanan KSSR daripada guru-guru yang terlibat dalam KSSR namun ia tidak dapat diterima tanpa kajian secara saintifik . Oleh itu pengkaji bercadang untuk mengkaji terutamanya Elemen Merentas Kurikulum (EMK). Elemem-elemen ini merupakan elemen tambahan yang
diterapkan dalam semua mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah yang terdiri daripada elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi. Biasanya sesuatu perubahan sudah semestinya akan menghadapi pelbagai implikasi sama ada pelaksanaan sesuatu yang baru adalah lebih baik atau sebaliknya.
1.4
Objektif Kajian
Kajian ini mempunyai beberapa objektif seperti berikut : 1.4.1 Mengenal pasti tahap kesediaan guru dari segi pengetahuan berkaitan EMK dalam KSSR. 1.4.2 1.4.3 Mengenal pasti tahap pelaksanaan EMK dalam KSSR. Mengenal pasti refleksi guru terhadap EMK dalam pengajaran
1.5
Soalan Kajian
Apakah min tahap pengetahuan guru-guru terhadap EMK dalam KSSR? Apakah min tahap pelaksanaan EMK dalam KSSR? Apakah min refleksi guru terhadap EMK dalam pengajaran?
1.6
Kepentingan Kajian
1. Kepentingan dapatan kajian ini adalah kepada beberapa pihak seperti 2. Kajian ini penting untuk menentukan tahap pengetahuan dan kefahaman guru terhadap EMK tambahan agar proses penerapan berlaku dengan berkesan. 3. Kajian ini penting bagi membantu memberikan respon awal terhadap pelaksanaan EMK kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum dan pihak yang berkepentingan dan seterusnya dapat mengenalpasti kelemahan yang perlu diatasi.
1.7
Kerangka Kajian
PENGETAHUAN GURU
EMK
KEBERKESANAN KSSR
1.8
Definisi Operasional
1.8.1
Elemen merentas murikulum bermaksud melaksanakan elemen tambahan yang diterapkan dalam semua mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah yang terdiri daripada elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam semua disiplin ilmu yang diajar dan mengikut kesesuaian tajuk atau topik.
1.8.2
Pengetahuan ialah
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1989), definisi pengetahuan ialah perihal mengetahui, kepandaian dan kebijaksanaan. Pengetahuan boleh diberikan definisi yang pelbagai bergantung kepada konteks dan berkait rapat dengan makna, maklumat, pembelajaran dan sebagainya. Pengetahuan juga boleh ditafsirkan sebagai keadaan mengetahui iaitu persepsi yang jelas tentang fakta, kebenaran, tugasan, masa hadapan dan kognisi. Pemahaman dan kesedaran tentang fakta, kebenaran dan maklumat diperolehi menerusi pengalaman atau pembelajaran.
1.8.3
KSSR
Teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan berpandukan kepada dasar untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni serta bermatlamat untuk memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai
Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.Dengan itu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan bagi merealisasikan matlamat itu.
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) KBSR (semakan) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
BENTUK BAHAN
ORGANISA SI KANDUNGA N
PENGURUSAN KURIKULUM
KSS R
PENTAKSIRAN PEDAGOGI
1.9 Rumusan
PERUNTUKA N MASA
KSSR yang telah dilaksanakan membawa perubahan baru dalam pendidikan negara. Dengan penambahbaikan dalam pembentukan kurikulum ini maka ini menunjukkan bahawa pendidikan di Malaysia adalah pendidikan yang dinamik yang mana sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa dan keperluan persekitaran demi anak bangsa yang menjadi penerus perjuangan untuk mencapai kecemerlangan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup. Dalam KSSR beberapa elemen tambahan diterapkan dalam pengajaran guru melalui mata pelajaran yang diajar. Diharapkan penerapan nilai ini dapat mencapai hasrat pendidikan yang ingin melahirkan pekerja yang berilmu iaitu inovatif, kreatif, dahagakan ilmu, menguasai teknologi maklumat dan komunikasi, pencipta teknologi dan sedia belajar sepanjang hayat serta berdaya saing. Sehubungan dengan itu kajian ini dapat mengenal pasti pengetahuan, pelaksanaan dan refleksi guru sebagai pelaksana KSSR bagi menentukan keberkesanan EMK yang dihasratkan.
2.0
ELEMEN
MERENTASI
KURIKULUM
DALAM
KURIKULUM
2.1
Pengenalan
Tujuan EMK ialah untuk memberi lebih fokus bagi pembangunan modal insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif, mempunyai ciri dan sikap keusahawanan serta dapat menguasai kemahiran TMK. Fokus harus diberikan kepada mata pelajaran yang diajar. EMK diterapkan bersesuaian dengan tajuk mata pelajaran yang diajar. Keluwesan diberi kepada guru untuk menyerapkan EMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tajuk atau topik yang bersesuaian
2.1.1
Kreativiti ialah kebolahan minda berimaginasi dan mencerna sesuatu maklumat untuk penyelesaian masalah, cabaran, soalan atau tugasan. Menurut DBP, kreativiti membawa maksud kebolehan untuk mencipta sesuatu yang asli dan sesuai. Manakala inovasi pula ialah keupayaan mencipta yang baharu (modifikasi, adaptasi ) yang sedia ada.
Matlamat elemen ini adalah untuk menghasilkan modal insan yang yang berdaycipta dan berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti yang menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan serta mampu menyumbang ke arah pembangunan masyarat ,
bangsa, negara dan agama. Berikut adalah beberapa objektif yang ingin dicapai dalam penerapan elemen inovasi dan kreativiti supaya murid: Mempunyai keterampilan diri dan personaliti individu kreatif. Menguasai kemahiran dalam proses kreatif. Menghasilkan idea kreatif dan inovatif. Menguasai kemahiran komunikasi. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif. Menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengurus kehidupan harian secara kreatif dan inovatif.
2.1.2
Teknologi maklumat dan komunikasi adalah teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer, peralatan komunikasi dan perisian aplikasi untuk memperoleh, ,memproses, menyimpan , menghantar, mendapatkan semula, menukar dan melindungi maklumat di mana sahaja dan bila-bila masa.
murid dapat
mengaplikasikan dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari , menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan serta menjana pemikiran kreatif dan kritis dan berinovatif serta meningkatkan kualiti pembelajaran.
Objektif TMK adalah pada akhir persekolahan di peringkat rendah, murid akan dapat: (Lampiran 1) Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika. Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian. Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat. Menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat. Menggunakan TMK untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran. Menggunakan TMK untuk melahirkan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.
2.1.3
Elemen Keusahawanan
Matlamat elemen keusahawanan adalah membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Elemen ini diterapkan melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan . pengajaran dan pembelajaran dalam proses membudayakan
Objektif elemen ini adalah seperti berikut: Mengamalkan sikap keusahawanan; Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan;
Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah dalam aktiviti kehidupan seharian yang relevan;
Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan.
Terdapat lima elemen keusahawanan (EK) iaitu: EK1 EK2 EK3 EK4 -Mengamalkan sikap keusahawanan -Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan -Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli -Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi dan vokasional keusahawanan EK5 -Nilai moral dan etika keusahawanan
Beberapa sikap keusahawanan yang diterapkan guru dalam pengajaran adalah: 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 Bertanggungjawab terhadap keputusan Peka kepada peluang Berani mengambil risiko Daya kreativiti dan inovasi Fleksibiliti Keinginan kepada maklum balas segera Berorientasikan masa depan Kesanggupan belajar daripada kesilapan
Berkeupayaan memimpin Berorientasikan pencapaian Berdaya tahan Bertoleransi terhadap ketidaktentuan yang tinggi Tabah Boleh membina jaringan sosial
Pemikiran keusahawanan pula diajar secara tersirat seperti berikut iaitu 9 langkah utama: 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9 Amalan memerhati persekitaran dengan sengaja dan bertujuan; Menganalisis pemerhatian secara kritis dan kreatif; Menghasilkan idea dari pemerhatian; Memilih idea baik dari banyak idea; Menambahbaik idea yang dipilih (inovasi); Menilai idea secara kritis dalam konteks; Melaksanakan idea dalam bentuk produk teknologi abstrak atau konkrit; Menyesuaikan idea baru dengan keperluan masyarakat dan persekitaran; Meneruskan peningkatan kualiti idea.
Pengetahuan keusahawanan pula melibatkan proses-proses:3.1 Merancang sesuatu projek dengan teliti; 3.2 Melaksana projek mengikut langkah-langkah yang telah disediakan; 3.3 Memantau projek; 3.4 Menilai pelaksanaan projek.
Melalui teknologi dan inovasi murid boleh: 4.1 Menghasilkan produk dengan mengaplikasikan pengetahuan teknologi dan vokasional; 4.2 Menggunakan teknologi berlainan untuk menghasilkan produk yang sama; 4.3 Menggunakan sumber yang pelbagai/ sumber alternatif/ bahan kitar semula
Ada lima prinsip amalan etika keusahawanan berasaskan nilai moral baik: Prinsip Tanggungjawab Sosial Prinsip Keadilan Prinsip Hak Manusia Prinsip Autonomi Prinsip Ketelusan
2.3
KSSR merupakan kurikulum standard sekolah rendah Berasaskan kepada Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan Penyataan
spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai dan standard pembelajaran Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
3.0
METODOLOGI KAJIAN
3.1
Pengenalan
Metodologi kajian yang digunakan ialah kaedah tinjauan iaitu kuantitatif diskriptif yang menggunakan borang soal selidik bagi mengutip data daripada beberapa buah sekolah di daerah negeri Selangor dan negeri Perak.
3.2
Instrumen Kajian
Borang soal selidik yang digunakan adalah terbahagi kepada bahagian A dan bahagian B. Maklumat dalam bahagian A adalah terdiri daripada maklumat demografi responden manakala di bahagian B pula adalah maklumat tentang keberkesanan pelaksanaan Elemen Merentas Kurikulum ( EMK) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Pengkaji telah membahagikan maklumat dalam bahagian B kepada tiga bahagian yang menfokuskan domain yang ingin dikaji iaitu pengetahuan, pelaksanaan dan refleksi guru terhadap EMK dalam KSSR. Jumlah item adalah 12 yang memerlukan respon daripada sampel kajian berdasarkan skala yang diberi.
3.3
Lokasi Kajian
Kajian ini melibatkan dua buah sekolah rendah di negeri Selangor dan sebuah lagi sekolah di negeri Perak.
3.4
Sampel kajian terdiri daripada 30 orang guru sekolah rendah dari tiga buah sekolah rendah di negeri Selangor dan negeri Perak. Responden ini adalah kalangan guru yang mengajar tahun satu 2011 dan tidak mengira opsyen serta mata pelajaran yang diajar.
3.5
Penganalisaan Data Borang soal selidik ditadbir oleh pengkaji dan dianalisis untuk melihat kekerapan
dengan untuk mendfapatkan peratusan. Data yang diperoleh ditafsir digeneralisasikan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian.
3.6
Batasan Kajian
Kajian ini hanya melibatkan tiga buah sekolah dan dapatan daripada kajian ini
4.0
4.1
Pengenalan
5.0
KESIMPULAN KAJIAN
5.1
Pengenalan
Kurikulum yang telah dibentuk dan dilaksana perlu dinilai bagi memastikan ianya sentiasa kemaskini bagi memenuhi keperluan semasa dan akan datang. Penilaian kurikulum boleh dilakukan secara berterusan melalui Penilaian Formatif dan pada peringkat akhir atau selesai sesuatu program melalui Penilaian Sumatif. Oleh kerana penilaian formatif dilakukan secara berterusan, perubahan-perubahan dan usaha penambahbaikan kepada kurikulum boleh dilakukan apabila perlu. Penilaian sumatif pula dilakukan pada peringkat akhir atau setelah selesai pelaksanaan sesuatu program untuk membolehkan keputusan dibuat untuk penambahbaikan seterusnya. Satu isu penting di dalam penggubalan kurikulum berkualiti ialah memastikan bahawa kurikulum yang terlaksana adalah kurikulum yang digubal. Faktor yang menentukan kejayaan ini ialah koherens, iaitu kesepaduan menyeluruh di antara kursus yang diajar dengan program yang ditawarkan. Struktur dan isi sesuatu kursus adalah kurikulum di peringkat mikro manakala gabungan pelbagai kursus di peringkat program adalah kurikulum di peringkat makro. Penawaran sesuatu program melibatkan kepelbagaian dari segi disiplin ilmu, perspektif pemikiran, kaedah belajar, dan sebagainya. Koherens ialah keadaan saling keterkaitan di antara item-item isi di dalam sesuatu kursus dan di antara setiap kursus dengan kursus-kursus lain di dalam sesebuah program. Kewujudan koherens yang tinggi memastikan kesan Gestalt iaitu the whole is greater than the sum of its parts diperolehi. Terdapat berbagai cara memastikan koherens:
major dan minor dan seterusnya diperincikan sebagai asas, teras, elektif, dan opsyen.
kepelbagaian di dalam perspektif-perspektif ilmu, isu, masalah, konsep, alam sebenar, dan sebagainya dan juga kesalingkaitan di antara mereka.
dikenalpasti dan ditawarkan secara infusi atau difusi di dalam kursus dan program. Cara mencapai ilmu: Proses-proses mencapai ilmu seperti yang terkandung di ekspositori-deduktif, kaedah induktif, dan kaedah saintifik
dikenalpasti dan dilaksanakan secara infusi atau difusi di dalam kursus dan
Pembangunan diri: