rukun negara, dasar pendidikan kebangsaan dan falsafah kebangsaan. Pada asasnya pembinaan KSSR berdasarkan prinsip KBSR. Standard ini mengetengahkan pendekatan berbentuk modular dan pembelajaran secara didik libur bagi mencungkil potensi muriduntuk meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan.Menurut Abdullah Sani (2005), KBSR terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap satu yangmencakupi murid tahun satu hingga tiga dan tahap dua pula meliputi murid tahun empathingga enam. Pada tahap ini penerapan nilai-nilai murni melalui sistem pendidikan dalammata pelajaran yang ditawarkan (nilai murni merentasi kurikulum) juga diperkenalkandan ia bukan sahaja oleh guru Pendidikan Moral atau Pendidikan Agama Islam, malah perlu diterapkan dalam matapelajaran yang lain di samping pemupukan budaya ilmu,sains dan teknologi. Malah penekanan-penekanan terhadap perpaduan negara, pemupukan budaya keusahawanan, pendedahan konsep pengantarabangsaan, peningkatandan pengukuhan Bahasa Melayu, penumpuan terhadap bidang teknik dan vokasional,serta penekanan dalam pembangunan negara juga perlu dipraktikkan dalam proses pengajaran dalam mata pelajaran.Antara elemen merentas kurikulum dalam KBSR adalah bahasa, pendidikan alam sekitar,nilai murni, sains dan teknologi, patriotisme, kemahiran berfikir, kepimpinan, kemahiran belajar cara belajar, pendidikan kesihatan reproduksi dan sosial, pencegahan rasuah,kajian masa depan, pendidikan pengguna, keselamatan jalan raya. Manakala dalam KSSR pula elemen ini ditambah tiga lagi elemen baru bagi tujuan penambahbaikan danmengikut perkembangan serta keperluan semasa iaitu kreativiti dan inovatif,