You are on page 1of 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAGI DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 1 Mata Pelajaran : Tarikh Hari Masa Kelas

: : : : Dunia Sains Dan Teknologi 2 Mei 2011 Isnin 1.45--2.45petang 1 Bestari 40 Orang Jom Rasa Dalam topik ini ,murid akan menyiasat dan mengenal pasti pelbagai rasa makanan. Mereka akan memahami dan menghargai kepentingan lidah untuk merasa. Murid juga akan mengetahui bahagian-bahagian rasa pada lidah. Standard Kandungan Sains Fizikal 7.1 7.2 Standard Pembelajaran Mengaplikasikan pengetahuan tentang pelbagai rasa. Menghargai deria rasa .

Bilangan Murid : Tajuk Ringkasan

7.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan deria rasa. 7.1.2 Mengenal pasti rasa manis ,masin, pahit dan masam dengan menjalankan penyiasatan. 7.1.3 Menaakul secara lisan tentang kepentingan rasa 7.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran penulisan atau lisan. 7.2.1 Mewajarkan kepentingan deria rasa dengan tidak mengambil

makanan terlalu masin, manis ,pahit atau masam yang memudaratkan kesihatan. Sumber
1.

Air gula ,air garam, air kopi dan air limau nipis dalam gelas A,B,C dan D.

2.

Kad gambar imbasan- coklat, lemon, nanas, telur masin, gulagula, peria.

3.

Kad imbasan perkataan-manis, masam, masin, pahit, rasa dan lidah.

4. 5. 6.

Lembaran kerja 1 (Penilaian) Lembaran kerja 2 (Pemulihan) Lembaran kerja 3a&b (Pengayaan)

Aktiviti

Aktiviti 1 Guru menyediakan 4 gelas air mineral dicampurkan gula, garam, jus limau nipis dan kopi ditandakan sebagai A,B,C dan D (Sila rujuk Lampiran 1).
1.

Guru minta murid melihat dan meneka / mengenal pasti bahan dalam gelas A,B,C dan D (murid tidak dapat kenal pasti dengan hanya melihat)

2.

Guru minta murid menghidu dan kenal pasti bahan A,B,C dan D. (Murid mungkin hanya mengenal pasti C sebagai air limau, D sebagai air kopi tetapi masih tidak dapat mengenal pasti A dan B)

3.

Guru bimbing murid buat rumusan bahawa tidak semua bahan boleh dikenal pasti dengan hanya melihat dan menghidu sahaja.

4.

Guru minta seorang murid merasa bagi mengenal pasti bahan

A,B,C dan D. Murid lain perlu meneka apakah rasa bahan tersebut melalui mimic muka murid yang merasa bahan tersebut. 5. Guru membimbing murid untuk merumus kepentingan rasa kerana ia membolehkan kita menyiasat bahan yang tidak diketahui dengan lebih baik dan bersyukur dengan kebolehan merasa. 6. Guru minta murid kenal pasti bahagian badan yang digunakan semasa merasa. 7. Guru perkenalkan perkataan LIDAH dan RASA. Aktiviti 2
1.

Guru tunjukkan gambar-gambar seperti berikut :limau nipis ,ais krim, mangga ,peria, ikan masin, lemon, ubat dan garam

2. 3.

Guru minta murid kenal pasti rasa makanan. Murid melengkapkan Lembaran Kerja 1 .

Aktiviti 3
1.

Guru menyediakan contoh makanan yang berikut : Coklat, , peria, ikan masin, lemon, ubat, gula-gula, asam jawa dan garam

2.

Guru minta murid merasa dan kenal pasti rasa makanan tersebut.

3. Guru membimbing murid membuat rumusan bahawa terdapat pelbagai rasa


4.

Guru memperkenalkan perkataan MANIS, MASIN, MASAM dan PAHIT.

5. Guru minta murid beri pelbagai contoh makanan dengan rasa tertentu. 6. Guru bersoal-jawab tentang kepentingan pelbagai rasa :

a. Bagaimana jika semua rasa sama sahaja? b. Bagaimana jika hanya ada rasa manis sahaja? Masam sahaja? Masin? Pahit? c. Bagaimana jika seseorang itu tidak mempunyai lidah? Murid melengkapkan Lembaran Kerja 1. Penilaian Aktiviti Pemulihan Aktiviti Pengayaan Murid melengkapkan Lembaran Kerja 1 Guru melaksanakan pengajaran menggunakan pendekatan berbeza. Murid lengkapkan Lembaran Kerja 2 Murid laksanakan Lembaran Kerja 3a&b

You might also like