You are on page 1of 6

Mansuh PPSMI untuk aspirasi nasional

2011/10/29
KEPUTUSAN untuk memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak dilakukan semata-mata atas sebab pencapaian lemah
pelajar, khususnya di luar bandar. Sesungguhnya ada banyak sebab lain yang lebih asas dan
penting untuk tindakan begitu diambil.

Sebenarnya pelaksanaan PPSMI berlaku dalam keadaan yang luar biasa. Kewibawaan bahasa
Melayu selaku bahasa negara, lebih-lebih lagi dalam kapasitinya sebagai bahasa ilmu,
disambar untuk diberikan secara tergesa-gesa kepada bahasa Inggeris. Ia dikatakan
sedemikian kerana tiada sebarang perbincangan dan rundingan diadakan sebelum
dilaksanakan pada 2003.
Ini berlainan sekali apabila PPSMI dimansuhkan. Ia didebatkan oleh pelbagai pihak melalui
beberapa siri rundingan meja bulat pada 2008 dan 2009. Sehubungan ini, pemansuhannya
dilakukan dengan penuh tertib, lalu keputusannya perlu dihormati.
Pemansuhan yang diumumkan pada Julai 2009, sesungguhnya adalah keputusan yang
memperlihat pertimbangan bijak. Ia mengambil kira beberapa hala tuju negara yang penting
agar pembentukan negara bangsa Malaysia, selain pembangunan negara Malaysia itu sendiri,
berlaku dalam acuan kita sendiri, seperti yang diuar-uarkan dalam Wawasan 2020.

Pemansuhan PPSMI sebenarnya berasaskan kedua-dua pertimbangan pendidikan dan aspirasi
nasional. Sehubungan ini, keputusan untuk kembali kepada keadaan asal, yakni
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk pendidikan dua mata
pelajaran ini, dilakukan untuk kebaikan negara.

Ia merangkumi kedua-dua nasionalisme dan nasionisme. Dalam konteks nasionalisme,
pemansuhan PPSMI antaranya adalah untuk memupuk perasaan megah dan cinta yang sasa
siIatnya kepada negara. Ini dilakukan melalui perlambangan bahasa Melayu selaku bahasa
kebangsaan.

Manakala bagi nasionisme, kemakmuran rakyat dan kemajuan negara dijanakan oleh bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi. Ini bermaksud ia menjana pembangunan sosial yang tinggi dan
maju tahapnya, selain menjadikan Malaysia negara moden.
Pihak yang cuba meraihkan sokongan sehingga ke luar negara agar PPSMI diteruskan kerana
ramai pelajar di Lembah Klang dan juga di banyak bandar dan pekan lain di seluruh negara,
yang tidak mempunyai masalah dengannya, menegaskan bahawa pelajar ini tidak boleh
diketepikan hak linguistik mereka untuk memperoleh ilmu dalam bahasa Inggeris. Bagi
pelajar di luar bandar yang rata-ratanya tidak dapat mengikuti pelajaran dengan baik melalui
PPSMI, pihak ini mencadangkan mereka telah diberikan hak linguistik mereka melalui
pemansuhan ini, untuk terus memperoleh ilmu dalam bahasa ibunda masing-masing,
termasuklah bahasa Melayu bagi pelajar Melayu.

Di Malaysia, bahasa Mandarin dan Tamil adalah bahasa sukuan. Bahasa Melayu, walaupun
bahasa ibunda kaum Melayu, selepas dinobatkan sebagai bahasa negara, tidak boleh sekali-
kali disamakan taraInya dengan bahasa sukuan, walaupun dalam konteks PPSMI, apatah lagi
konteks nasional. Sehubungan ini, di Malaysia, bahasa Melayu adalah pertama-tamanya
bahasa negara, dan itulah syiarnya!

Sebagai bahasa kebangsaan, ia adalah bahasa semua kaum di Malaysia. Ia mewakili seluruh
pelosok negara dan setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang budaya, dan tidak
hanya untuk kaum Melayu. Sebagai bahasa untuk entiti politik, sosial dan budaya yang
namanya Malaysia, bahasa Melayu adalah lambang negara yang perlu disanjungi oleh semua
rakyat pada setiap masa.

Lebih penting lagi sebagai bahasa negara, bahasa Melayu adalah bahasa pribumi Malaysia.
Oleh itu, ia sesuai digunakan untuk membangkitkan perasaan kekitaan sesama rakyat.
Dengan ini, bahasa Melayu tidak dapat dinaIikan, adalah wahana pemersatuan di Malaysia.
Dalam konteks ini, ia boleh dipanggil bahasa Malaysia.

Atas landasan ini saja pun, bahasa Melayu adalah lebih daripada layak, malah sahih sekali
sebagai pilihan tepat lagi pragmatik untuk dijadikan bahasa pengantar utama, dan satu-
satunya dalam sistem pendidikan kebangsaan untuk semua peringkat pengajian, termasuklah
di universiti. Sehubungan ini, pemilihan bahasa Melayu sebagai wahana penting dalam
pembentukan negara bangsa dan pembangunan Malaysia, juga adalah keputusan tepat dalam
usaha kita membina jati diri linguistik kebangsaan. Melaluinya, jati diri ini bukan saja amat
jitu siIatnya. Tetapi yang lebih penting ia bersiIat budaya pula, iaitu ia memperlihat
keperibadian negara ini yang penduduk asal dan majoritinya adalah Melayu.

Sebagai bahasa rasmi pula, bahasa Melayu adalah dan perlu diyakini sebagai alat yang
mampu memajukan rakyat dan negara Malaysia, sama ada dalam bentuk kebendaan,
kesohoran atau status sosial. Sebenarnya, ia adalah bahasa yang mendukung Iungsi penting,
untuk memartabatkan rakyat dan negara kita di rantau ini, dan juga di persada antarabangsa,
melalui kejayaan yang tinggi lagi canggih siIatnya.

Mendidik anak bangsa dalam bahasa negara sendiri adalah perkara lumrah, walaupun pada
zaman moden ini. Ramai tokoh dunia muncul daripada negara yang menggunakan bahasa
sendiri dalam sistem pendidikannya. Sehubungan ini, bahasa Inggeris tidak dicipta Tuhan
sebagai satu-satunya alat yang hanya boleh memajukan umat di dunia ini.

Meskipun begitu, bahasa adalah hanya wahana dalam keseluruhan ketamadunan manusia.
Sungguhpun penting, ada banyak lagi pertimbangan yang sama tinggi nilainya. Antaranya
adalah aspirasi nasional untuk berjaya dalam acuan sendiri.

Penulis ialah Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM

MBMMBI imbangi penguasaan dua bahasa utama




2011/11/05
Teks ucapan Timbalan Perdana Menteri yang fuga Menteri Pelafaran, Tan Sri Muhyiddin
Yassin mengenai soft-landing PPSMI

asil kajian lapangan dapati murid sukar fahami pengajaran Matematik, Sains dalam
BI
KERAJAAN pada 2009 mengambil keputusan memansuhkan Dasar Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan menggantikannya
dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
(MBMMBI).
Dengan pemansuhan PPSMI, murid di sekolah rendah akan mengikuti pengajaran
Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan, bahasa Cina di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil (SJKT). Manakala di sekolah menengah, bahasa Malaysia akan digunakan
sepenuhnya dalam pengajaran Matematik dan Sains.

Untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan perubahan bahasa dalam tempoh
peralihan dasar, Mesyuarat Jemaah Menteri pada Julai 2009 juga membenarkan
Kementerian Pelajaran melaksanakan pendekatan soIt-landing.

Berdasarkan keputusan berkenaan, Kementerian Pelajaran pada 2010 menetapkan dasar
MBMMBI dimulakan pada 2011 yang mana murid Tahun Satu pada tahun ini mengikuti
pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.

Sebagai langkah intervensi untuk mempercepatkan proses peralihan daripada bahasa
Inggeris ke bahasa Malaysia pada semua peringkat persekolahan, kementerian juga
memutuskan bermula 2012, pelajar Tingkatan Satu akan mengikuti pengajaran dan
pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.
Bagaimanapun, peralihan kepada bahasa Malaysia pada Tingkatan Satu bermula tahun
hadapan menimbulkan kerisauan ibu bapa kerana dibimbangi anak mereka yang mengikuti
pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selama enam tahun di sekolah rendah
tidak dapat menyesuaikan diri dengan peralihan bahasa secara mendadak.

Selepas mengambil kira pandangan ibu bapa, Kabinet pada hari ini memutuskan untuk
membenarkan murid sekolah rendah kohort PPSMI meneruskan pengajaran dan
pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, bahasa Malaysia
sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan Satu
bermula tahun hadapan.

Ini bermakna semua murid kohort PPSMI yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran
Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dibenar untuk meneruskan pengajaran dan
pembelajaran dalam bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan Lima.

Perlu diperjelaskan di sini juga, murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam pada 2012
dibenarkan untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam
bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau kedua-dua bahasa di sekolah kebangsaan; bahasa
Inggeris, bahasa Cina atau kedua-dua bahasa di SJKC; dan bahasa Inggeris, bahasa Tamil
atau kedua-dua bahasa di SJKT seperti yang diputuskan jemaah menteri pada Julai 2009.

Bagi murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam
bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa, mereka dibenar mengikuti pengajaran dan
pembelajaran dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.

Dengan keputusan ini, pemansuhan PPSMI adalah kekal. Kerajaan tidak bercadang untuk
melaksanakan semula PPSMI seperti yang dituntut oleh sesetengah pihak.

Bagaimanapun, kerajaan berharap keputusan yang membenarkan murid kohort PPSMI, iaitu
murid Tahun Dua hingga Tingkatan Lima tahun ini untuk meneruskan pembelajaran dalam
BI sehingga tamat Tingkatan Lima dapat melegakan hati ibu bapa. Kerajaan yakin dengan
keputusan ini pencapaian murid kohort PPSMI dalam peperiksaan Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) tidak akan terjejas.

Dengan pendekatan soIt-landing ini, pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di
sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada 2016. Manakala
di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata
pelajaran ini adalah pada 2021.

Kajian Kementerian Pelajaran ke atas semua sekolah di bawah kementerian menunjukkan
bahawa kebanyakan sekolah sudah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Malaysia.

Dapatan kajian menunjukkan, kurang lima peratus daripada jumlah kelas di 7,495 sekolah
rendah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik dan Sains. Manakala pada peringkat sekolah menengah, kurang sembilan peratus
daripada jumlah kelas di 2,192 sekolah menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik dan Sains.

Berdasarkan dapatan ini, kebanyakan murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran
Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa
PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan.

Hasil kajian lapangan yang dijalankan kementerian dengan mengumpulkan maklumat
melalui pemerhatian di dalam kelas, pengalaman guru dan amalan di bilik darjah serta temu
bual murid mendapati murid sukar memahami mata pelajaran Matematik dan Sains dalam
bahasa Inggeris.

Murid mengambil masa lama untuk memahami konsep Matematik dan Sains kerana mereka
tidak Iaham bahasa Inggeris. Ini memaksa guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia
supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran terbabit. Masalah seperti ini
bukan saja dialami sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian,
sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat
menguasai ilmu Matematik dan Sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan.

Pemansuhan PPSMI tidak bermakna kerajaan mengabaikan kepentingan penguasaan bahasa
Inggeris. Di bawah dasar MBMMBI, kementerian sedang melaksanakan pelbagai inisiatiI
baru yang lebih eIektiI untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan
murid.

Antara inisiatiI terbabit ialah penambahan masa pengajaran dan pembelajaran bahasa
Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi
meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan
berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Kementerian Pelajaran juga sedang mengkaji beberapa inisiatiI baru untuk dilaksanakan
seperti program Oracy Skills (OPS-ENG) yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan
lisan dalam kalangan murid, kelas berdasarkan Sistem Set, peningkatan kualiti dan
kepelbagaian bahan pengajaran, pembangunan proIesionalisme guru dan kecekapan
pengurusan panitia bahasa Inggeris di sekolah.

Kerajaan berharap pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan dasar MBMMBI dapat
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, ilmu Sains dan Matematik di kalangan pelajar
serta mendaulatkan bahasa kebangsaan.


Minda Pengarang: Ketegasan mansuh PPSMI demi
kepentingan masa depan pelajar


2011/11/05
KETIKA kontroversi isu Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) hangat dibincangkan, pihak yang mahu opsyen mengekalkan PPSMI
mengetengahkan beberapa hujah bagi menguatkan pendirian mereka. Antaranya ialah bahasa
Inggeris adalah bahasa antarabangsa dan jika bahasa itu diabai di sekolah, anak akan
ketinggalan dalam arus kemajuan. Kita bersetuju bahawa hujah ini mempunyai merit. Tiada
siapa boleh menaIikan bahasa Inggeris berkembang pesat dan menjadi lingua Iranca atau
bahasa perantaraan dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia.

Malah jika kita menjelajah ke mana-mana negara sekali pun, kita tidak akan sesat jika boleh
bertutur dalam bahasa Inggeris. Kebanyakan majikan, terutama syarikat pelbagai nasional,
mahupun syarikat tempatan yang menceburi pasaran antarabangsa mahukan kakitangan
masing-masing Iasih bertutur dalam bahasa terbabit. Pengajian pada peringkat universiti
dalam apa-apa bidang sekali pun memerlukan penguasaan dalam bahasa Inggeris.
Di atas kesedaran ini, Kementerian Pelajaran menerusi Dasar Memartabatkan Bahasa
Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) turut memberi tumpuan
kepada usaha menambah baik penguasaan bahasa antarabangsa itu dalam kalangan pelajar,
baik pada peringkat rendah mahupun menengah. Malah seperti ditegaskan Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada sidang medianya
semalam, pemansuhan PPSMI tidak bermakna kerajaan mengabaikan kepentingan
penguasaan bahasa Inggeris. Pelbagai inisiatiI baru yang lebih eIektiI akan dilaksanakan agar
penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid dipertingkatkan lagi.
Sebenarnya, jika pihak yang memperjuangkan PPSMI bersikap jujur, mereka harus akui
hakikat bahawa sejak dilaksanakan pada 2003, PPSMI tidak langsung memberi kesan
terhadap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris. Sebaliknya, kebanyakan pelajar tidak
pula dapat menguasai ilmu Matematik dan Sains dengan baik dan terus ketinggalan.
Menyedari kelemahan ini dan demi kepentingan masa depan anak, kerajaan terpaksa
bertindak mengatasi masalah ini dengan memansuhkan PPSMI dan memperkenalkan
MBMMBI.

Namun langkah ini yang sudah bermula tahun ini pada peringkat Tahun Satu di sekolah
rendah, dilakukan secara berhemah dengan terus memberi pilihan kepada pelajar yang
sudah melalui PPSMI menghabiskan pelajaran mereka dalam bahasa Inggeris hingga di
Tingkatan Lima. Kita yakin kaedah soIt-landing` ini tidak akan mengakibatkan kecelaruan
dalam sistem pembelajaran dan tidak akan menyulitkan mana-mana pelajar. Sikap kerajaan
dalam menangani isu ini, walaupun tegas terbukti mengambil kepentingan semua pihak dan
berikutan itu harus menutupkan debat mengenai PPSMI ini.

You might also like