You are on page 1of 25

Indahnya Islam

Kompilasi petikan terjemahan


Al-Ouran daripada 36 artikel
yang telah saya letakkan di
dalam Musbri Mohamed
Scribd.

1
Surah Al- Taubah,
Ayat 71:

"Dan mukmin dan mukminat,


sesetengahnya menjadi penolong
bagi sesetengahnya yang lain,
mereka menyuruh berbuat
kebaikan dan melarang dari
berbuat kejahatan , mereka
mendirikan sembahyang dan
memberi zakat, serta ta'at kepada
Allah dan RasulNya. Mereka itu
akan diberi rahmat oleh Allah"

2
3
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat
baik dan menjalin hubungan dengan orang-
orang kafir yang tidak memerangi dan
mengusir kamu dari tanah air kamu.
Sesungguhnya Allah amat mengasihi mereka
yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah
hanyalah melarang kamu memberi walad
(kuasa penuh) kepada mereka. Maka mereka
itulah orang yang zalim.”

(Al Munthahanah : 8-9).

4
5
Firman Allah s.w.t
Surah Ar Ra’d (Juz 13), Ayat 11

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan


sesuatu kaum sehingga mereka merubah
keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”

6
Surah Ar-Ruum;
Ayat 41 ( Terjemahan );

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di


darat dan di laut dengan sebab apa yang telah
dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang
demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka
sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk
yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali
(insaf dan bertaubat)”.

7
Sesungguhnya Allah menyukai orang-
orang yang berperang di jalanNya dalam
barisan yang teratur seakan-akan mereka
seperti suatu bangunan yang tersusun
kukuh

( Ash Shaff : Ayat 4 )

8
Firman Allah s.a.w yang bermaksud:

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia


melainkan permainan yang sia-sia dan
hiburan yang melalaikan dan demi
sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik
bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu,
tidakkah kamu mahu berfikir?

(Surah Al-An'aam, Ayat: 32).

9
Al-Quran, Surah Al-Ankabut : Ayat 1-2

“Alif Laam Miim.Apakah manusia itu


mengira bahawa mereka dibiarkan
( saja ) mengatakan : “Kami telah
beriman” , sedang mereka tidak diuji
lagi.”

10
11
12
"Hai orang-orang yang beriman,
barangsiapa di antara kamu yang murtad
dari agamaNya maka kelak Allah akan
mendatangkan suatu kaum yang Allah
mencintai mereka dan merekapun
mencintaiNya.."

(QS. Al Maidah : 54 - 56).

13
Al-Quran; Surah 16 , An-Nahl( Lebah)
Ayat 125, (Terjemahan)

“ Panggillah (dakwah) mereka kepada


jalan Tuhan dengan bijaksana dan
pengajaran yang baik, dan bertukar
fikiranlah dengan mereka menurut cara
sebaik-baiknya.

Sesungguhnya Tuhan engkau lebih tahu


siapa yang tersesat jalannya, dan Dia
lebih tahu pula orang –orang yang
menuruti jalan yang benar. “

14
“ Dan jika sekiranya penduduk sesuatu
negeri itu BERIMAN dan BERTAQWA,
nescaya akan Kami bukakan seluas-
luasnya kepada mereka keberkatan dari
langit dan bumi, tetapi mereka
mendustakan ( ayat-ayat kami ) itu, maka
Kami siksa mereka disebabkan
perbuatannya

( Al-A’raaf: 96 )

15
Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan juga mereka (yang diredai Allah itu


ialah) yang apabila membelanjakan
hartanya, tiadalah melampaui batas dan
tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya)
perbelanjaan mereka adalah betul
sederhana antara kedua-dua cara (boros
dan bakhil) itu.”

(Surah Al-Furqan, ayat 67)

16
Dan hendaklah kamu bertolong-
tolongan untuk membuat kebajikan
dan bertakwa dan janganlah kamu
bertolong-tolongan pada melakukan
dosa (maksiat) dan pencerobohan.

(Surah Al-Maidah, Ayat: 2).

17
“ …….. Sesiapa yang dijauhkan dari
neraka dan dimasukkan ke dalam syurga
maka dia telah beruntung. Kehidupan di
dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan
yang memperdayakan ( ghurur ) ”

Surah Ali Imran : Ayat 185

18
Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Katakan: Hai ahli kitab, marilah kepada satu


perkataan yang sama antara kami dan kamu, iaitu
bahawa kita tidak menyembah selain Allah dan kita
tidak mempersekutukan Allah dengan apa jua pun,
dan tidak mengambil selain Allah sebagai tuhan,
tetapi kalau mereka tidak mahu menurut
katakanlah; Akuilah oleh mu bahawa kami ini
orang-orang Islam"

( Ali Imran : 64 )

19
Firman Allah yang bermaksud :

"Muhammad itu bukanlah bapa seorang laki-


laki di antara kamu, tetapi dia rasulullah dan
penutup nabi-nabi. Dan Allah itu Maha
Mengetahui atas segala sesuatu“
( Al-Ahzab : 40 ).

20
Firman Allah SWT yang bermaksud :

" Dan tiadalah kami mengutuskan engkau


melainkan (menjadi rasul ) untuk seluruh
manusia, membawa berita gembira dan
memberi peringatan, tetapi kebanyakan
manusia tidak mengetahui"

( As-Saba' : 28 )

21
Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Dan siapa yang mencari agama selain


daripada Islam, maka tidak akan diterima
daripadanya, dan dia di hari akhirat
termasuk di kalangan orang-orang yang
rugi".

( Ali Imran : 85 )

22
23
Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana melahirkan kita
ke alam dunia yang fana ini. Kita dihidupkan dan Insyallah
akan dimatikan dengan izinNya. Kita dipinjamkan jasad dan
nyawa untuk beberapa ketika yang diizinkan yang kita sendiri
tidak mengetahui kecuali diriNya. Hidup kita mengikut apa
yang disabdakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w sebagai seorang
pengembara yang sedang dalam perjalanan ke suatu destinasi
yang jauh dan memerlukan banyak bekalan. Tentunya dalam
perjalanan itu banyak halangan dan gangguan dalam bentuk
mental dan fisikal yang boleh menjejaskan matlamat untuk
ke destinasi iaitu Akhirat.

Ingatlah: "Dunia ini sebagai tempat


bercucuk tanam. Hasilnya kita akan
kecapi di Akhirat nanti."

24
Dengan nama Allah yang memiliki apa-
apa jua yang di bumi dan di langit;
lapangkanlah bagi kami dada kami dan
mudahkanlah bagi kami urusan kami dan
bebaskanlah pena kami supaya mereka
faham kata-kata kami.

Amin.

25

You might also like