You are on page 1of 8

Laman Web 1

http://www.toontrack.com/product_demos.asp

Gif
Demo audio

Laman web ini menggunakan pelbagai komponen multimedia seperti teks, grafik, audio,
video dan anamasi.

Komen Animasi Flash

1. Teks
Penggunaan jenis teks Times New Roman dan Arial (font) san-serif jelas dengan
pelbagai saiz dan warna. Teks adalah merupakan perkara yang paling asas yang
perlu difikirkan dalam sesuatu pembangunan laman web bertujuan penyampaian
maklumat.

2. Grafik
Penggunaan grafik yang bersesuaian mampu membantu untuk menjadikan sesuatu
penyampaian maklumat akan lebih berkesan dan tepat berdasarkan tujuan grafik.
Penggunaan grafik yang bersesuaian dan jelas menjadikan pelayar laman web ini
tidak mudah bosan dan mampu memberi fokus terhadap maklumat yang hendak
disampaikan.
3. Audio

Memandangkan laman web ini bertujuan


mempromosikan bahan audio contoh-contoh
keratan audio yang di sertakan mempunyai kualiti
bunyi yang bermutu tinggi. Untuk menghasilkan
mutu audio yang berkualiti tinggi kebiasaannya
format wave digunakan. Perkara ini amat penting
jika pembangunan sesebuah laman web bertujuan untuk meyakinkan pelayar
terutama mereka yang terlibat dalam penghasilan gubahan bagi tujuan rakaman.
Penggunaan sampel bunyi yang besar akan melambatkan pelayar untuk memuat
turun audio yang hendak didengar dan ini menyebabkan pengguna merasa bosan
untuk menunggu.

4. Video
Penggunaan video disertakan di mana pelayar laman web ini dapat melihat
bagaimana produk yang dijual di dalam laman web ini dihasilkan. Ini bertujuan
menarik minat pembeli seta menambahkan keyakinan mereka. Penggunaan video
merupakan antara elemen paling dinamik untuk menyampaikan maksud secara
realistik kepada pengguna

5. Animasi
Terdapat sedikit animasi bertujuan untuk menjadikan laman web ini tidak bosan
dan lebih ceria.

6. Lain-lain komen
i. Terdapat ciri-ciri keselamatan di dalam laman web ini.
ii. Kemudahan untuk percubaan produk yang di jual. Muat turun versi
percubaan
iii. Kemudahan penghantaran makluman terkini melalui email kepada
pengguna.
iv. Ulasan daripada pakar-pakar serta pengguna yang telah menggunakan
produk berkenaan.
v. Product tutorial dalam format video (mpeg) yang sungguh jelas dan
mudah difahami.
Laman Web 2
http://www.ckmusic.com.my/

Animasi Flash

Laman web ini menggunakan pelbagai komponen multimedia seperti teks, grafik dan
animasi. Laman web ini adalah merupakan sebuah laman web yang mempromosikan
barangan muzik.

Komen

1. Teks
Penggunaan teks yang ringkas dan tepat. Jenis font yang bersesuaian digunakan
iaitu Arial dan Times New Roman. Penggunaan warna font yang kontras untuk
memberi fokus pada tajuk utama serta maklumat yang hendak disampaikan.
Penggunaan saiz teks sesuai dan mudah untuk dibaca.

2. Grafik
Grafik yang digunakan amat menarik dan memberi kesan kepada pelayar.
Walaupun hanya sedikit grafik dipaparkan dalam laman web ini tetapi ianya sudah
cukup untuk menyampaikan tujuan penggunaan grafik. Jenis grafik yang
digunakan berbentuk format JEPG. Penggunaan grafik yang mempunyai resolusi
yang tinggi kadang kala menjadikan grafik yang dipaparkan tidak menunjukkan
warna sebenar pada sesetengah komputer jika komputer tersebut tidak
mempunyai kad grafik yang bersesuaian. Pautan teks yang memberikan kesan
‘hover’ ketika tetikus diarahkan kepada pautan telah memudahkan pengguna
untuk mengesan bahawa teks tersebut mempunyai arah tertentu untuk dilayari.

3. Audio
Kelemahan laman web ini tidak menggunakan bahan audio sebagai medium
utama untuk menarik minat pengguna. Memandangkan laman web ini bertujuan
untuk mempromosikan alatan muzik sudah semestinya penggunaan audio diberi
keutamaan untuk menarik minat pelayar. Penggunaan audio seperti memuat turun
contoh-contoh rakaman, bunyi kibod serta pelbagai kesan bunyi boleh disertakan
di dalam laman web ini supaya pengguna akan merasa lebih selesa untuk
mengetahui dengan lebih lanjut sesuatu produk yang dijual. Penggunaan jenis fail
MP3 amat bersesuaian digunakan kerana format fail ini adalah lebih kecil
berbanding format wave. Ini bertujuan menjadikan laman web ini lebih ringan
(pantas) digunakan untuk memuat turun contoh audio yang di sertakan.

4. Video
Tiada bahan video disertakan di dalam laman web ini.

5. Animasi
Terdapat sedikit animasi bertujuan untuk menjadikan laman web ini tidak bosan
dan lebih ceria. Animasi yang sering bertukar dan tidak tetap menjadikan
penggunaan animasi itu memberi kesan yang menarik kepada pelayar laman web.

Laman Web 3
http://www.geocities.com/BourbonStreet/Canal/9445/index.html
Sebuah laman we yang biasa dilayari untuk mencari lagu-lagu dalam format midi file.
Laman web ini menggunakan pelbagai komponen multimedia seperti teks, grafik, audio,
dan animasi.

Komen

1. Teks
Teks yang digunakan di laman ini mempunyai saiz font yang tidak seragam dan
sukar untuk dibaca pada sesetengah bahagia. Ini disebabkan pembangunan laman
web ini menggunakan saiz font yang kurang sesuai. Terdapat perbezaan saiz font
untuk membezakan tajuk utama, kategori bertujuan untuk memudahkan pelayar
laman web. Penggunaan terlalu banyak warna dalam penggunaan font kadangkala
mengelirukan pelayar laman web ini.

2. Grafik

Grafik yang digunakan menggunakan format


JEPG. Tiada pengubahsuaian terhadap grafik
dilakukan. Penggunaan perisian Photoshop, paint dan lain-lain perisian grafik
akan memberikan kesan yang menarik terhadap grafik yang dipaparkan.

3. Audio
Tiada audio digunakan dalam laman web ini.

4. Video
Walaupun kebiasaannya pelayar laman web masa kini lebih berminat dengan
penggunaan pelbagai media terutamanya video tetapi di dalam laman web ini
bahan video tidak disertakan. Bagi tujuan pembangunan laman web ini
kadangkala penggunaan video tidak memberikan kesan terhadap pelayar laman
web.

5. Animasi
Terdapat sedikit animasi terhadap paparan font bertujuan untuk menjadikan laman
web ini tidak bosan dan lebih ceria.
Laman Web 4
http://www.era.fm/

Animasi Flash Saiz Teks Tidak Jelas

Sebuah laman web yang popular di Malaysia bertujuan untuk menyampai pelbagai
infomasi duni hiburan tanahair.
Komen

1. Teks

Penggunaan teks yang amat menarik dari aspek warna , saiz serta jenis font
menjadikan laman web ini amat bertenaga. Walaubagaimanapun terdapat
beberapa maklumat yang disampaikan melalui penggunaan teks tidak jelas
disebabkan penggunaan saiz font yang kurang sesuai. Penggunaan pelbagai jenis
font dalam sesebuah laman web kadangkala menjadikan sesuatu maklumat yang
hendak disampaikan kepada pelayar laman web tidak menepati dari aspek
maksudnya. Walaupun terdapat pelbagai media penggunaan teks masih lagi
diperlukan sebagai salah satu elemen utama dalam proses penyampaian
maklumat.

2. Grafik

Penggunaan grafik digunakan secara maksimum di dalam laman web ini


bertujuan menarik minat pelayar terutama golongan remaja berdasarkan konsep
rekaan grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran. Terdapat ruangan
animasi intraktif yang digunakan di laman ini. Penggunaan aplikasi flash untuk
dimainkan secara online dapat menarik minat pelayar terutama kumpulan sasaran
untuk terus berinteraksi bersama kemudahan yang disediakan.
3. Audio

Penggunaan audio yang disediakan di dalam laman web ini amat bersesuaian
dengan isi kandungan aplikasi. Pelayar dapat mendengar rancangan radio secara
online. Penggunaan audio dengan kadar sample yang tidak terlalu tinggi (format
mp3) digunakan bagi mudahkan pelayar lama web ini untuk memuat turun
contoh-contoh lagu terbaru di pasaran serta carta lagu rancangan radio untuk
laman web ini. Penggunaan audio secara maksimum amat relevan digunakan di
dalam laman web ini.

4. Video

Penggunaan elemen video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan


paling dinamik dan juga realistik berbanding elemen-elemen lain. Oleh itu,
penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk
mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat.
Penggunaan video yang dimuat turun dari laman web youtube adalah merupakan
di antara kaedah terkini yang amat biasa digunakan oleh mana-mana laman web.
Kemudahan kawalan seperti pelayar boleh memainkan video, menghentikan
seketika atau mengulangi kembali klip-klip video pilihan menjadikan pengguna
lebih terhibur.

5. Animasi

Terdapat penggunaan animasi yang ketara dalam laman web ini terutama untuk
tujuan pengiklanan. Selain daripada penggunaan video kaedah pengiklanan secara
animasi juga sesuai digunakan untuk menceriakan proses penyampaian.

You might also like