You are on page 1of 1

Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Malaysia

2.2.1 Sejarah Pengenalan Pengurusan OSH


Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) di Malaysia telah melalui beberapa
tahap perubahan sejak mula ia diperkenalkan pada tahun 1878. Perubahan itu boleh dibahagikan
kepada lima Iasa (Buletin OSH).
1. Fasa pertama ialah pengurusan OSH sebelum tahun 191 4. Pengurusan dalam tempoh tersebut
cuma memberi tumpuan kepada permasalahan dengan skop yang amat terbatas.
2.Fasa'kedua ialah pengurusan OSH dari tahun 1914 hingga 1951. Di dalam tempoh ini sedikit
perubahan dalam pengurusan OSH dapat disaksikan tetapi masih lagi tertumpu kepada skop yang
sempit iaitu hanya kepada permasalahan yang berkaitan dengan penggunaan mesin dalam pengeluaran
produk.
3.Fasa ketiga ialah pengurusan OSH dari tahun 1951 hingga 1970. Pengurusan OSH dalam tempoh
ini tidak banyak berubah daripada tahap sebelumnya, tetapi skopnya diperluaskan sedikit untuk
mencakupi permasalahan keselamatan industri khususnya industri berat.
4.Fasa keempat ialah pengurusan OSH dari tahun 1970 hingga 1994.Dalam tempoh ini
pengurusan keselamatan telah diperluaskan skopnya untuk menangani permasalahan keselamatan
dan kesihatan industri. Tetapi pendekatan yang diambil dalam menguruskan OSH di tempat kerja
adalah bersiIat reaktiI, penguatkuasaan secara terpilih, tertumpu kepada industri tertentu, bersiIat
teknikal dan urusan mengurus OSH di tempat kerja adalah semata-mata di bawah bidang kuasa
agensi penguatkuasa.
5.Fasa kelima ialah pengurusan OSH pasca 1994. Pengurusan OSH selepas1994 membawa satu
perubahan yang lebih menyeluruh. Skop yang dicakupi lebih luas. Pendekatan pengurusan bersiIat
proaktiI, berstruktur dan teratur. Buat pertama kali sumber manusia diliputi dalam hal-ha1
pengurusan dengan tumpuan diberikan kepada keselamatan , kesihatan dan kebajikan pekerja dan
orang-orang yang berada di tempat kerja. Pengurusan OSH adalah menjadi kewajipan mereka yang
mewujudkan 'hazard' dan mereka yang bekerja dengan hazad . peranan agensi penguatkuasa tidak
lagi sernata-mata tertumpu tertumpu kepada perlaksanaan undang-undang, malah peranan mereka
lebih kepada perundingan dan penasihatan.
Namun demikian, masih ramai masyarakat industri yang memberi kurang perhatian kepada
pengurusan OSH di tempat kerja. Pada tahun 2000 kemalangan pekerjaan yang dilaporkan
berjumlah 95,006 kejadian bertambah 32 kes berbanding dengan tahun 1999. Nisbah
kemalangan di sektor pengilangan adalah sebanyak 56.7 . Walaubagaimanapun, angka ini telah
menurun dari 2001 hingga 2003. Namun, amatlah perlu mutu pengurusan OSH dipertingkatkan
untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di ditempat kerja terjamin dan seterusnya
mencapai objektiI kemalangan siIar.

You might also like