You are on page 1of 1

Pendahuluan

Ciri-ciri tamadun yang utama bagi kesemua tamadun manusia iaitu manusia beragama dan
perkembangan dalam bidang teknologi. Teknologi memberi kesan positiI dan negatiI. Di antara
kesan-kesan negatiI adalah pengaruh Iizik dan biologi. Kesan-kesan Iizik iaitu pencemaran dan
kerosakan tanah, air, dan lapisan ozon. Kesan- kesan biologi iaitu kemiskinan kepelbagaian
binatang dan tumbuh-tumbuhan kerana kepupusan spesis. Perkembangan sains dan teknologi
zaman sekarang adalah dari Mesir kuno, Sumeria, China dan Islam. Faktor pendorong
perkembangan teknologi di dunia Islam adalah datang dari karya berbagai penulis seperti Philon
dari Byzantium (abad ke-3 SM) dan Heron dari Iskandariah (abad ke-1 M).

China adalah sebuah negara yang unik dan penuh misteri dengan kegemilangan sejarah dan
perabadan yang telah berusia beribu-ribu tahun. Kebanyakan orang perolehi mengenai China
ialah negara itu dihuni oleh orang Cina sahaja. Kebanyakan orang Cina turut mempunyai
pandangan yang sedemikian. Ini disebabkan mereka tidak diberikan maklumat yang sebenar dan
betul tentang negara China yang pada hakikatnya didiami oleh lebih 56 kumpulan etnik dan kira-
kira 10 kumpulan etnik yang beragama islam dan mempunyai tradisi dan cara hidup yang
tersendiri.

Umat Islam boleh ditemui di mana-mana sahaja. Begitu juga dengan masjid yang bilangannya
telah mencecah lebih daripada 40ribu buah dengan sesetengah berusia beratus dan ada yang
sampai ribuan tahun. Islam disampai ke China dari sahabat nabi dan banyak aspek yang
berhubung dengan warisan dan peradaban Islam di China yang masih belum dibongkarkan untuk
pengetahuan umum. Ramai tokoh-tokoh ulama, pejuang, pendakwah dan pembesar Islam juga
telah dilahirkan di China. Sayangnya, ramai tidak mengetahui dan mengenalinya. Umat Islam
menjadi tenaga penting dan memberikan sumbangan yang besar terhadap kemunculan China
sebagai negara kuasa besar dalam sejarah manusia. Sumbangan dan peranan itu dapat
diperhatikan dalam semua bidang dan cabang kehidupan seperti pendidikan, pentadbiran,
perdagangan, kesenian, dan sebagainya.

You might also like