You are on page 1of 11

Kaedah demonstrasi memudahkan pemahaman pelajar serta menimbulkan minat mereka dalam pelajaran ugama.bincangkan.

Kaedah demonstrasi memudahkan pemahaman pelajar serta menimbulkan minat mereka untuk belajar pelajaran ugama. Bincangkan.

PENGENALAN

Sesuai dengan kesepakatan para tokoh atau pakar pendidikan Islam, pendidikan pelajar dalam Islam adalah usaha yang dilakukan secara sedar dalam misi untuk mengarah kepadanya, membina spiritual dan jasmani pelajar secara menyeluruh kearah yang lebih optimal dengan kaedahkaedah pembelajaran ugama Islam menuju terbentuknya peribadi muslim yang berakhlak mulia.

Dengan kefahaman pelajar serta menimbulkan minat mereka untuk belajar pelajaran ugama adalah supaya pelajar dapat mengaplikasi segala ilmu yang diterima itu sebagai suatu panduan dalam kehidupan seharian mereka.

Oleh itu seorang pendidik perlu merancang dengan teliti penyampaian pengajarannya dan menyediakan kaedah-kaedah penyampaian pengajaran yang berkesan akan menggalakkan pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan. Antara perkara yang perlu diambil kira dalam membuat perancangan ialah kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang akan digunakan, pengurusan masa, pemeringkatan isi, pemilihan sumber, alat atau bahan, serta aktiviti-aktiviti yang sesuai.1

http://paudfip.wordpress.com/2009/10/28/makalah-metodologi-pengembanganpembelajaran-agama-islam

Kaedah demonstrasi memudahkan pemahaman pelajar serta menimbulkan minat mereka dalam pelajaran ugama.bincangkan.

KAEDAH PENGAJARAN

Kaedah

bermaksud Suatu

pegangan

dan yang

panduan dibuat

yang

dijadikan

cara

mengajar.

keputusan

untuk

mengembangkan

pengajaran atau Turuq al-Talim, cara atau jalan yang digunakan dalam mata pengajaran. Menurut Abdul Kadir Syiekh Idris kaedah bermaksud cara, gaya, uslub untuk membentuk pembelajaran yang diistilahkan sebagai tasykil al-maddah yang bererti bentuk atau jenis yang juga yang disebut sebagai cara yang munasabah dengan akal yang berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran.2

Antara kaedah yang diguna pakai didalam pelajaran ugama ialah kaedah syarahan atau kuliah, kaedah soal jawab, kaedah perbincangan, kaedah permainan, kaedah bercerita, kaedah ulangan, kaedah halaqah, kaedah induktif, kaedah inkuiri, kaedah demonstrasi atau tunjuk cara.

APA DIA KAEDAH DEMONSTRASI(AMALI)?

Ghazali Darusalam(2001), Pedagogi pendidikan Islam, m.s 226

Kaedah demonstrasi memudahkan pemahaman pelajar serta menimbulkan minat mereka dalam pelajaran ugama.bincangkan.

Demonstrasi,tunjuk cara atau amali merupakan penerangan secara pandang (visual) terhadap satu-satu fakta, idea atau fenomena yang penting.3

Kaedah demonstrasi juga sebagai satu teknik pengajaran yang dapat memusatkan perhatian murid kepada langkah-langkah, atau peraturan yang terlibat dalam sesuatu proses manual (melenturkan tiub kaca, atau mewarna tisu organ); dalam berbagai-bagai seni ( seperti melukis, menyanyi atau menari); dalam sains dan kejuruteraan (tunjuk cara langkah demi langkah mengenai fenomena kimia atau fizik), dan untuk berbagai-bagai tujuan lain.4

Selain daripada itu demonstrasi juga adalah satu cara penggerak yang berkesan untuk menghasilkan tingkahlaku yang baharu. Apabila sesuatu demonstrasi ditunjukkan dengan cara berkesan, murid-murid akan meniru tingkah laku itu. Cara ini dinamakan peniruan aktif, iaitu menghasilkan tingkahlaku yang serupa dengan tingkah laku yang ditunjukkan.

Peniruan pasif juga digunakan apabila murid mendapati sukar untuk meniru tingkahlaku guru. Di dalam peniruan pasif ini murid-murid tidak melakukan sesuatu dengan aktif tetapi guru yang memaninkan peranan aktif untuk membentuk tingkahlaku murid. Umpamanya murid-murid yang tidak dapat meniru tulisan guru di papan hitam dapat dibimbing dengan peniruan pasif, iaitu guru memegang tangan murid untuk menulis huruf-huruf yang dikehendaki. Peniruan pasif
5

ini

sesuai

untuk

pembentukan tingkahlaku jasmani atau pergerakan.


3

Prof. Dr Isahak Haron, Prof Madya Dr Koh Boh Boon, Asas-asas dalam amalan pedagogi, m.s74 4 Sharifah Alwiah Alsagoff(1983), Ilmu pendidikan pedagogi, m.s 189 5 Atan Long(1981), Pedagogi kaedah Am mengajar, m.s225

Kaedah demonstrasi memudahkan pemahaman pelajar serta menimbulkan minat mereka dalam pelajaran ugama.bincangkan.

Pada amnya, demonstrasi memerlukan pelajar membuat pemerhatian yang teliti. Ada juga demonstrasi yang berkehendakkan pelajar melakukan apa yang telah didemonstrasikan. Sama ada demonstrasi itu diikuti dengan perlakuan oleh pelajar atau tidak bergantung kepada apa yang diharapkan dari pelajar dapat belajar.6

Selain daripada itu kaedah demonstrasi atau amali dapat memberi pelajar-pelajar peluang untuk berinteraksi secara terus dengan isi dan situasi pembelajaran. Mereka akan memperoleh pengalaman langsung dalam memperoleh kemahiran, pengetahuan, kesimpulan dan celik-akal dalam unit-unit pembelajaran yang berkenaan. Kaedah demonstrasi/amali di sini merangkumi kaedah eksperimen dan praktikum.

TUJUAN DEMONSTRASI

Penggunaan

demonstrasi

adalah

sebagai

strategi

pengajaran

dan

pembelajaran sesuatu topic pelajaran mempunyai beberapa tujuan seperti berikut:

1) Melalui demonstrasi, pelajar dapat mencontohinya dengan lebih tepat serta lebih mudah untuk mereka laksanakannya sendiri. 2) Sesuatu demonstrasi yang baik akan mengukuhkan ingatan pelajar tentang langkah-langkah untuk melaksanakannya.

Prof. Dr Isahak Haron, Prof Madya Dr Koh Boh Boon, Asas-asas dalam amalan pedagogi, m.s74

Kaedah demonstrasi memudahkan pemahaman pelajar serta menimbulkan minat mereka dalam pelajaran ugama.bincangkan. 3) Demonstrasi memudahkan pemahaman pelajar serta menimbulkan minat mereka untuk belajar. 4) Melalui demonstrasi, pelajar mendapat latihan amali untuk membina kemahiran yang tepat dan kukuh. 5) Melalui demonstrasi pelajar, guru dapat membetulkan sebarang kesilapan yang berlaku. Dengan cara ini, mutu persembahan pelajar dapat dipertingkatkan. 6) Tujuan demonstrasi guru adalah untuk membina keyakinan pelajar supaya mereka dapat melaksanakan demonstrasi secara individu.

7) Idea, prinsip atau konsep pelajaran dapat diilustrasikan dengan tunjuk cara. 8) Penggunaan tunjuk ajar sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dapat mengurangkan masa pelajaran jika dibandingkan dengan kaedah cuba jaya. 9) Melalui demonstrasi guru, murid tidak akan melaksanakan aktiviti sesuka hati demi mengelakkan sebarang kemalangan yang mungkin berlaku.7

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN MELALUI KAEDAH DEMONSTRASI

Pengajaran dengan menggunakan kaedah demonstrasi melibatkan beberapa langkah utama seperti perancangan, perlaksanaan, latihan dan penutup. Perancangan ialah menetapkan topik dan tujuan/objektif pelajaran, membuat perancangan langkah-langkah demonstrasi, guru juga harus membuat persiapan yang sebaik-baiknya. Ia harus tahu teori-teori dan membuat
7

Mak Soon Sang(1997), Pedagogi untuk kursus diploma perguruan semester 3, M.s 158-159.

Kaedah demonstrasi memudahkan pemahaman pelajar serta menimbulkan minat mereka dalam pelajaran ugama.bincangkan. latihan/ percubaan beberapa kali. Guru juga hendaklah membuat persediaan alatan dan radas untuk digunakan dalam demonstrasi mengikut pelajaran yang diajar serta perlu memastikan sama ada ia benar-benar berfungsi. Guru harus peka dalam mempersiapkan tempat dimana amali, eksperimen dan demonstrasi hendak dilakukan, hendaklah penyusunan tempat demonstrasi diambil kira dari segi tempat duduk pelajar ketika sesi demonstrasi diadakan, keselamatan gelap atau terang, pengaliran udara, persekitaran dan lain-lain haruslah sesuai. Perlaksanaan yang ada di dalam kaedah demonstrasi ini ialah penerangan dan tujuan demonstrasi, perlaksanaan demonstrasi dengan guru sebagai model hidup, penggunaan alat/radas mengikut langkah-langkah yang disediakan, penggunaan kaedah menyoal untuk menarik perhatian pelajar. Latihan di dalam kaedah ini berbentuk perlaksanaan pelajar mencontohi guru di dalam aktiviti kemahiran seterusnya guru membetulkan kesilapan pelajar. Dan sesi penutup adalah sesi perbincangan antara pelajar dengan guru tentang aktiviti yang telah dijalankan dan seterusnya pelajar-pelajar

membuat rumusan dan mencatat nota-nota yang berkaitan.8 Guru harus memastikan bahawa semua pelajar berpartisipasi dengan aktiviti yang dilakukan dan gerakkan mereka untuk bersoal jawab agar menambah kefahaman.9

KAEDAH DEMONSTRASI DALAM PELAJARAN UGAMA


8

Mak Soon Sang(1997), Pedagogi untuk kursus diploma perguruan semester 3, M.s 160 9 Ghazali Darusalam (2001), Pedagogi pendidikan islam, m.s 284

Kaedah demonstrasi memudahkan pemahaman pelajar serta menimbulkan minat mereka dalam pelajaran ugama.bincangkan.

Dalam bidang pendidikan ugama Islam, kaedah demonstrasi di dalam pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dari menggunakan kaedah lain yang sedia ada, tanpa kita sedari sejak zaman Rasullullah demonstrasi memainkan peranan yang penting di dalam bidang ugama, sepertimana Rasulullah pernah bersabda:

"01"
Solatlah kamu sepertimana kamu melihatku bersolat Rasulullah Sallallahu Alaihi wassalam sendiri menggunakan kaedah

demonstrasi dalam perlakuan solat. Maka dengan adanya demonstrasi yang ditunjukkan oleh Baginda Rasul para sahabat mengikut dan sehingga kini kita melakukan solat sepertimana yang ditunjukkan Baginda Rasul kepada para sahabatnya. Adalah sukar bagi pelajar memahami sesuatu pelajaran ugama itu dengan hanya menggunakan teori tanpa diiringi dengan demonstrasi lebih-lebih lagi mata pelajaran feqh yang memerlukan kepada pergerakan seperti berwudhu, bertayamum, solat, mengerjakan haji dan lain-lain lagi. Contohnya pelajaran ugama dalam bidang Feqh tajuk wudhu, secara teorinya rukun wudhu itu ada enam perkara: 1) Niat

""
Sahaja aku mengangkat hadith yang kecil kerana Allah Taala 2) Membasuh muka. 3) Membasuh kedua tangan hingga ke siku. 4) Menyapu air ke sebahagian daripada kepala.
10

Sahih Ibnu Habban, Kitab Solat, Bab Azan.

Kaedah demonstrasi memudahkan pemahaman pelajar serta menimbulkan minat mereka dalam pelajaran ugama.bincangkan. 5) Membasuh dua kaki hingga ke buku lali. 6) Tertib. Dengan hanya berdasarkan teori dan kaedah syarahan sahaja menyukarkan bagi pelajar untuk membayangkan atau menggambarkan bagaimana cara berwudhu yang sebenar. Pelajar merasa ragu-ragu dan tidak berkeyakinan sekiranya diarahkan oleh guru untuk menunjukkan cara berwudhu secara amali. Apabila guru yang melakukan tunjuk cara kepada pelajar, dapatlah pelajar mengetahui dan membayangkan bagaimana membasuh muka

ketika

berwudhu, had-had muka yang wajib dikenakan air, had-had ketika menyapu air ke sebahagian dari kepala dan pelajar akan merasa yakin apabila diarahkan oleh guru untuk melakukan cara berwudhu secara amali ketika di dalam bilik darjah. Selain daripada memudahkan pelajar untuk memahami isi kandungan pelajaran yang disampaikan guru, pelajar-pelajar juga berminat untuk mendalami lagi pelajaran ugama kerana bagi mereka pelajaran ugama mudah untuk difahami disampaikan dengan menggunakan kaedah demonstrasi. Pelajar juga tertarik dengan aktiviti yang dijalankan ketika pembelajaran sedang berlaku dan lebih menumpukan perhatian apa yang dilakukan oleh guru berbanding dengan kaedah syarahan atau kuliah. Guru yang menggunakan kaedah demonstrasi dalam menyampaikan

pelajaran

ugama umumnya dan mata pelajaran feqh khususnya akan

memperolehi banyak faedah. Di antara faedah dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah demonstrasi ialah objektif pengajaran tercapai, memudahkan oleh guru, kefahaman perhatian kepada pelajar pelajar lebih apa yang ingin disampaikan tertumpu kepada

pembelajaran yang menggunakan kaedah demonstrasi, memberi keyakinan kepada pelajar itu untuk melakukan sendiri selepas diberikan tunjuk ajar, pelajar lebih berminat dalam mempelajari pelajaran ugama dengan menggunakan kaedah demonstrasi.

Kaedah demonstrasi memudahkan pemahaman pelajar serta menimbulkan minat mereka dalam pelajaran ugama.bincangkan.

KESIMPULAN

Sistem, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam yang teratur adalah diperlukan kerana ia dapat menarik pelajar dan memudahkan mereka memahami pelajaran ugama dengan lebih berkesan. Seperti yang penulis bincangkan sebelum ini iaitu kaedah demonstrasi di dalam pelajaran ugama dapat memudahkan lagi pelajar dalam pemahaman serta menimbulkan minat untuk mendalaminya lagi. Selain daripada itu guru juga berperanan penting dalam mengendalikan kaedah demonstrasi dengan lebih berkesan seperti memberi perhatian terhadap aspek kefahaman dan bukan hafalan semata-mata dan mewujudkan suasana yang gembira dalam proses pembelajaran (kondusif).

Kaedah demonstrasi memudahkan pemahaman pelajar serta menimbulkan minat mereka dalam pelajaran ugama.bincangkan.

10

BIBLIOGRAFI

1. Atan Long (1981), Kaedah Am Mengajar, Fajar Bakti Sdn.Bhd, Kuala Lumpur. 2. Isahak Haron, Koh Boh Boon(1982), Asas-asas dalam amalan

pedagogi, Percetakan Sumber Sdn.Bhd. 3. Ghazali Darusalam(2001), Pedagogi pendidikan Islam, Utusan

Publications & Distributors Sdn.Bhd, Kuala Lumpur. 4. Mak Soon Sang (1997), Pedagogi untuk kursus diploma perguruan semester 3, Kumpulan Budiman Sdn.Bhd, Subang Jaya. 5. Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), Ilmu pendidikan pedagogi, Heinemann Educational books (Asia) Ltd.

Kaedah demonstrasi memudahkan pemahaman pelajar serta menimbulkan minat mereka dalam pelajaran ugama.bincangkan. 6. http://paudfip.wordpress.com/2009/10/28/makalah-metodologipengembangan-pembelajaran-agama-islam

11

You might also like