Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
10Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Novel-'Sutera Dalam Lukisan'

Novel-'Sutera Dalam Lukisan'

Ratings: (0)|Views: 4,629|Likes:
ambo buak sdri ni !
ambo buak sdri ni !

More info:

Published by: Unstraightable Finger on Dec 05, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/27/2013

pdf

text

original

 
 
Bujei atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz banyak menghabiskan masa ditebing sungai. Di tebing sungai itulah Bujei berehat dan mengenang kisah padazaman kanak-kanaknya. Satu per satu tragedi yang menimpa ahli keluarganyadiimbas kembali oleh Bujei. Bapanya seorang tentera, manakala ibunya suri rumahtangga. Bujei amat bangga dengan tugas bapanya, malah dia ingin mengikut jejak bapanya apabila besar kelak. Malangnya, bapa Bujei terkorban dalam suatukemalangan di Lebuh Raya Karak. Selepas kematian bapanya, dia dan ibunya,Fatimah berpindah ke kampong itu. Kemudian, ibunya telah berkahwin denganHarun, duda yang bekerja sebagai mandur di ladang kelapa sawit, tidak berapa jauh dari kampung itu.Perkahwinan antara Fatimah dengan Harun kurang disenangi oleh sesetengahpihak. Mereka kesal dan kecewa kerana Fatimah memilih Harun sebagai penggantiarwah suaminya. Setelah beberapa bulan berkahwin, Harun mula menunjukkanbelangnya yang sebenar. Segala janji manis untuk menyayangi Fatimah dan Bujeihanya palsu semata-mata. Harta dan wang simpanan Fatimah habis dikikis olehHarun. Malah, Fatimah sering menjadi mangsa deraan Harun. Kemuncaknyaadalah apabila pada suatu hari Harun menerajang Fatimah sehingga pengsankerana enggan memberinya wang dan seutas rantai. Bujei yang cubamenyelamatkan ibunya itu turut menjadi mangsa sebelum Harun menyepak pelita.Api pelita itulah yang menyebabkan berlakunya kebakaran di rumah mereka,manakala ibu Bujei gagal diselamatkan oleh orang kampung. Bujei dituduh olehbapa tirinya sebagai punca kematian ibunya kerana suka bermain pelita. Kesandaripada peristiwa tersebut, Bujei mengalami gangguan jiwa dan tekananperasaan.Adila yang baru sahaja tamat pengajian dari England membawa diri kekampung bapa saudaranya, Sidang Saman. Selama dua bulan berada di kampungitu, Adila menunjukkan keprihatinannya terhadap nasib malang Bujei. Atas nilaikemanusiaan yang tinggi, Adila ingin memulihkan Bujei menjadi manusia yangnormal semula. Adila yakin bahawa Bujei memiliki kelebihan yang tersendiri danmampu dipulihkan. Dia juga tidak jemu-jemu memberi nasihat, dorongan,bimbingan, serta sokongan kepada Bujei. Walau bagaimanapun, hubungan yangterjalin antara Bujei dengan Adila kurang disenangi oleh Alias. Alias yang seringmembuli dan mempersendakan Bujei cuba meracuni fikiran Adila dengan
 
mengatakan bahawa Bujei menghidap penyakit kulit yang berjangkit dan seorangmaniac. Pada musim buah-buahan, Harun pulang ke kampung itu untuk mengutip hasildusun. Tujuan sebenar Harun adalah untuk meminta Bujei menandatangani surat jual beli tanah sawah dan tapak rumah milik Fatimah. Harun ingin membeli tanahtersebut yang telah dijual kepada Wak Senen dan menjualnya semula denganharga yang lebih tinggi. Atas saranan Sidang Saman, Harun menemui Bujei ditebing sungai untuk mendapatkan cap jarinya kerana mereka berdua mempunyaihak ke atas tanah pusaka tersebut. Disebabkan Bujei sengaja merosakkan surat jual beli tanah tersebut, dia telah ditampar dan dibelasah oleh Harun sehinggapengsan.Adila agak gelisah kerana Bujei tidak datang menemuinya sepeti biasa lalumeminta sepupunya, Samsul mencari Bujei. Akhirnya, Sidang Saman membawaBujei yang kesakitan ke rumahnya. Keesokan harinya, Bujei ke Bandar bersama-sama dengan Adila, Same’ah, Saniah dan Samsul untuk bergunting rambut. Bujeiturut membeli pakaian, kasut, jam tangan, dan radio. Bujei sangat gembira keranaradio baharunya berfungsi dan bersemangat mengemas rumahnya. Ketika diasedang mengemas, Alias datang ke rumah Bujei lalu mengejek dan merosakkanradio baharunya. Bujei yang naik marah telah menumbuk perut Alias danmenghayunkan parang karat ke arah Alias. Bujei juga meminta Alias membayarwang ganti rugi sebanyak RM80. Dengan campur tangan Sidang Saman, Aliasterpaksa membayar ganti rugi tersebut. Keberanian Bujei menentang Alias itumenjadi buah mulut orang kampung.Menjelang sepuluh hari majlis perkahwinan Same’ah, Pak Imam dan isterinyayang mewakili nenek Alias telah ke rumah Sidang Saman untuk merisik danmeminang Adila untuk Alias. Berita tersebut sedikit sebanyak melemahkansemangat Bujei untuk bercucuk tanam. Hal ini demikian kerana Bujei tidak mengetahui bahawa Adila telah menolak peminangan tersebut. Dalam pada itu,Bujei keliru akan perasaannya terhadap Adila. Pada malam majlis perkahwinanSame’ah, Bujei diminta menyampaikan sebuah lagu atas permintaan seseorang.Ternyata Bujei mempunyai bakat terpendam dan berjaya menyampaikan lagu“Bahtera Merdeka” dengan baik dan mendapat tepukan yang gemuruh daripadapara hadirin. Orang ramai turut memuji usaha murni Adila untuk memulihkanBujei dan keayaannya membentuk jati diri Bujei menjadi pemuda yang mampuberdikari. Alias berpura-pura insaf atas layanan buruknya terhadap Bujei selama ini. Aliastelah menyebarkan fitnah bahawa Adila mengamalkan gaya hidup kurang sihatsemasa menuntut di luar negara sehingga menyebabkan dia menghidap penyakitAIDS. Adila juga dikatakan berbuat baik kepada Bujei kerana inginmemperalatkannya semata-mata. Bujei termakan kata-kata hasutan Alias. Sejak 
 
itu, Bujei tidak berani bertandang ke rumah Sidang Saman kerana bimbang akandijangkiti penyakit AIDS. Adila pula amat kecewa kerana menjadi mangsa fitnahmelalui surat layang yang dihantarkan kepadanya. Adila kemudiannya membuatkeputusan untuk menenangkan fikirannya di Kuala Lumpur buat seketika.Kepulangan Adila itu menguatkan lagi kebenaran kata-kata Alias. Namun, setelahmengetahui hal yang sebenarnya, Bujei dan Adila kembali akrab. Sementara itu,Alias melakukan pelbagai usaha untuk memiliki Adila. Tanpa diduga, Aliasberubah menjadi seorang yang kurang siuman kerana tergila-gilakan Adila dankecewa peminangannya telah ditolak oleh Adila.Adila menyuarakan hasratnya untuk memilih Bujei sebagai bakal suaminyakepada Pak Long dan Mak Longnya. Pada mulanya, Sidang Saman dan MaLamah kurang bersetuju kerana taraf Adila dan Bujei jauh berbeza. Walaubagaimanapun, mereka terpaksa akur dengan pilihan hati Adila. Sidang Samanmenyatakan bahawa Bujei masih belum bersedia untuk menjadi suami.Perbincangan itu menjadi rahsia antara mereka bertiga dan menunggu masa yangsesuai untuk disuarakan kepada Bujei. Sebelum meninggalkan kampung itu, Adilamemberitahu Bujei bahawa dia telah ditawarkan pekerjaan sebagai pensyarah disebuah institut swasta di Kuala Lumpur. Bujei pula sudah mampu berdikari tanpabimbingan Adila. Ketika rancak berbual, mereka terpandang perlakuan Alias yangtidak siuman di luar pagar rumah Sidang Saman . Mak Lamah yang memerhatidari jauh mengharapkan yang terbaik buat Adila dan Bujei.

Activity (10)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Kameel Ibrahim liked this
Athirah Amni liked this
Aida Amira Kamis liked this
Adiey Harun liked this
siti_amalina_7 liked this
aneko_sasaki liked this
Dzee Zaidee liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->