You are on page 1of 1

Johor Premium Outlets terus diserbu

Utusan Malaysia : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_05.htm

PENGUNJUNG sanggup beratur panjang untuk memasuki salah satu premis di JPO, Kulaijaya, semalam.

KULAIJAYA 5 Dis. - Biarpun baru tiga hari dibuka, gedung membeli-belah yang menjual pelbagai barangan berjenama dengan harga lebih murah, Johor Premium Outlets (JPO) sudah mula dikunjungi beribu-ribu pelanggan dari dalam dan luar negara.
Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, hujan lebat tidak menjadi penghalang kepada pelanggan JPO yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara, malah tempat letak kereta di kawasan tersebut juga penuh sehingga 'melimpah' di tepi jalan. Rata-rata pengunjung yang ditemui juga ternyata berpuas hati dengan kewujudan JPO yang menyediakan lebih 80 jenama terkenal kerana ia menawarkan barangan dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di butik-butik. Antara jenama itu ialah Burberry, Coach, Salvatore Ferragamo, Tumi, Ralph Lauren, Tommy Hilfiger, Nike, Adidas, Clarks, Cooton On, Armani, Evita Peroni, Timberland, Gap, Guess, Ermenegildo Zegna dan Esprit. Seorang kakitangan swasta, Mohd. Kamil Nasiman, 28, berkata, dia dan keluarganya sanggup datang dari Batu Pahat semata-mata untuk melihat dan menikmati harga barangan yang ditawarkan di JPO dan ternyata ia berbaloi. "Selama ini kita selalu dengar mengenai gedung membeli-belah ini, namun hari ini akhirnya dapat melihat sendiri dan sememangnya ia sangat menarik bukan hanya dari segi harga malah persekitarannya juga," katanya ketika ditemui di sini. JPO yang merupakan cawangan ke-70 Premium Outlets yang diwujudkan dengan kerjasama Genting Bhd. dan Simon Property Group (SPG) mula dibuka kepada orang ramai kelmarin dengan menawarkan diskaun dari 25 hingga 65 peratus. Premium Outlets yang dimiliki oleh SPG mempunyai 57 cawangan di Amerika Syarikat (AS) antaranya Woodbury Common Premium Outlets di New York dan Desert Hills Premium Outlets di Los Angeles, California selain di Jepun, Korea, Puerto Rico dan Mexico. Pendapat sama turut dikongsi oleh seorang kakitangan awam, Farrah Miza Mohamed, 28, yang teruja untuk berkunjung ke JPO buat kali kedua kerana kunjungannya semalam membataskan pergerakan ekoran terlalu ramai pengunjung. "Hari ini pun rupanya sama juga, ramai orang malah untuk masuk ke sesetengah butik seperti Coach dan Burberry perlu beratur panjang, tidak sangka ia mendapat sambutan sebegini," ujarnya. Dalam pada itu, biarpun gembira dengan pembukaan JPO itu, pengunjung, Joan Chong, 26, dan kakak iparnya, Chua Chok Huang, 36, berpendapat, tempat itu boleh ditambah baik, terutama dengan memasang bumbung. "Konsep terbuka ini juga baik, tetapi masalahnya apabila hujan ia mendatangkan masalah. Lebih-lebih lagi apabila ramai orang semasa hujung minggu dan kami berharap pandangan itu

You might also like