You are on page 1of 5

Bubur Ayam (I)

Sumber: Majalah Jelita Mac 1992


Hits: 24693 Rating: 5.24 Review: 1
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: 300 gm beras, dicuci bersih
2 sm halia, dititik
3 batang serai, dititik
½ ekor ayam Air secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun sup

Cara: Beras, halia, ayam, serai dan air direbus hingga beras hancur. Masukkan
garam. Kacau hingga rata. Apabila beras hancur, angkat dan keluarkan ayam.
Ambil isi ayam dan masukkan semula ke dalam bubur. Kacau hingga rata.
Masak sebentar lagi baru diangkat. Ketika menghidang taburkan daun bawang
dan daun sup.
Bubur Ayam (II)
Sumber: Masakkan Idaman Melayu 1977
Hits: 4078 Rating: 8.50 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: 1 ekor ayam (disiang, dipotong kecil-kecil & diperasakan)
Garam & lada sulah secukup rasa
1.2 liter air
4 ulas bawang merah (dicincang)
5 cm halia (dihiris)
250 gm udang hidup (dibuang kulit & uratnya)
1 cawan beras (dikosek & ditoskan)
1 sudu kicap cair
1 cawan pati santan
2 tangkai daun bawang (dicincang)
1 tangkai daun sup (dicincang)
Serbuk perasa secukup rasa Bahan Tambahan:
3 sudu bawang merah goreng
1 keping telur dadar (digulung & dihiris halus)
6-8 batang lada merah (dibuang bijinya & dicincang)
Kicap cair & kicap pekat

Cara: Satukan ayam yang telah diperasakan, air, bawang merah & halia dalam
sebuah periuk. Jerang di atas api yang sederhana & biarkan hingga mendidih.
Masukkan udang & masaklah selama 1 minit. Masukkan beras, kicap cair,
serbuk perasa & perasakan secukup rasa. Masak hingga mendidih, kemudian
kecilkkan api. Didihkan perlahan-lahan dengan bertutup selama 20-30 minit,
dengan mengacaunya selalu untuk mengelakkan daripada melekat & berkerak.
Masaklah hingga berasnya kembang, kemudian masukkan santan. Sesuaikan
rasanya & masak dengan berkacau selama 5 minit. Angkat dari api & isikan ke
dalam mangkuk. Hiaskan dengan daun bawang & daun sup. Hidangkan panas-
panas, dengan bahan-bahan tambahan dalam pinggan yang berasingan.

Bubur Lambuk Segera


Kiriman: kumang gawai
Sumber: sendiri
Hits: 842 Rating: 3.60 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: Beras 1 pot
secubit halba
segenggam udang kering
garam secukup rasa
daun kunyit
bawang putih hiris
lobak merah potong dadu (jika rajin dan suka)

bawang goreng (jika suka)


secubit serbuk lada putih
santan
daun sup

Cara: -masukkan beras, bawang, udang kering, haba, daun kunyit, lobak merah
ke dalam periuk yang berisi air dan rebus sehingga mendidih
- masukkan santan, bawang goreng, serbuk lada putih, daun sup
-masak dalam lima minit, tutup api.

Cadangan Hidangan: -taburkan cili merah hiris

Tambahan: -terlalu senang untuk di masak.


-cuba yang original resepi dan kemudian boleh banding kelainan rasa untuk
tambahan-tambahan lain
-jika suka boleh tambah ayam atau daging hiris atau kedua-duanya sekali
- boleh juga dimasukkan kacang peas untuk kelainan rasa
-sekiranya ada kuah sup lebihan makan sebelumnya, cuma tambah sahaja
bahan-bahan dan tambah air jika perlu untuk rasa yang berbeza
Bubur Caca (I)
Sumber: Majalah Wanita Disember 1999 (Keluaran Khas)
Hits: 2757 Rating: 6.75 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: 500 gm keledek
250 gm keladi
1 liter santan
2 helai daun pandan 100 gm tepung caca (tepung gunting berwarna-warni)
Sedikit garam sebagai perasa.

Cara: 500 gm keledek dan keladi, dikupas dan dipotong dadu. Rebus keledek
dan keladi sehingga empuk. Rebus tepung caca hingga lembut, masukkan ke
dalam rebusan keledek dan keladi. Masukkan santan bersama daun pandan,
kemudian masukkan sedikit garam. Kacau perlahan-lahan hingga santan
mendidih, dan angkat untuk sejukkan.
Bubur Ayam Sedap
Kiriman: norasekin
Sumber: fr my sis
Hits: 848 Rating: 8.00 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: 1 cwn beras (dicuci terlebih dahulu)
5 cawan air
½ inch halia (dihiris)
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga

1 ketul kiub ayam


2 ketul ayam (dipotong dadu)
1 biji lobak merah (dipotong dadu)
sedikit serbuk lada hitam
bawang goreng (utk hiasan)
daun sup (dihiris utk hiasan)
1 biji lada merah (dihiris utk hiasan)

Cara: -masukkan semua bhn2 di atas (kecuali bhn utk hiasan)dan masak
sehingga nasi kelihatan empuk.
-kemudian letak bhn2 utk hiasan sebelum dihidangkan.

Cadangan Hidangan: sekiranya nampak kering, masukkan air panas dan kacau
hingga sebati.

Tambahan: sedap dimakan sebagai sarapan pagi. selamat mencuba.

You might also like