Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Henti Polemik Kontrak Sosial

Henti Polemik Kontrak Sosial

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 120 |Likes:
Published by egahmulia

More info:

Published by: egahmulia on Oct 24, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/06/2014

pdf

text

original

 
HENTI POLEMIK KONTRAK SOSIAL
''Raja-Raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu padu untukmempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja Melayu,melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sahkaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama darikepentingan politik atau kelompok.''Petikan di atas adalah sebahagian daripada kenyataan akhbar khas Majlis RajaRaja yangmenyeru semua rakyat Malaysia agar berhenti mempersoalkan kontrak sosial yang telahdipersetujui oleh semua kaum semenjak lebih lima dekad yang lalu.Demi kestabilan dan kemakmuran berterusan negara, semua rakyat tanpa mengira kaumperlu akur terhadap nasihat yang sarat kebijaksanaan ini.Jika tidak dihentikan, polemik berpanjangan ini berpotensi meranapkan masa depan negaradan rakyat Malaysia.Orang Melayu juga perlu mengambil iktibar daripada nasihat Majlis Raja-Raja tentang peripentingnya kita bersatu padu bagi mempertahankan kemuliaan serta kedudukan InstitusiRaja-Raja Melayu, peruntukan-peruntukan teras Perlembagaan (agama Islam dan bahasaMelayu) dan hak-hak istimewa orang Melayu.Jika perpaduan di antara orang Melayu rapuh kerana politik kepartian yang tidak terkawal,maka janganlah kita terkejut jika golongan tertentu cuba mengambil kesempatan denganmenggunakan pelbagai alasan termasuk alasan untuk mengembangkan demokrasi serta hakasasi manusia bagi mempersoalkan asas-asas kenegaraan Malaysia yang sudah sediatermaktub.Isu jelas memperlihatkan Raja-Raja Melayu menjadi pelindung kepada orang Melayu untukmempertahankan Artikel 153 ini daripada terus menjadi polemik di negara kita.Hari ini kita menyaksikan pihak-pihak ini dengan berani mempersoalkan status Malaysiasebagai sebuah negara Islam.Ini dilakukan walaupun majoriti penduduk Malaysia beragama Islam, walaupun Perkara 3Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan (undang-undang tertinggi negara) menyatakan Islamadalah agama rasmi negara, walaupun terdapat peruntukan Perkara 11 Fasal 4Perlembagaan Persekutuan yang menghalang penyebaran agama lain di kalangan orang-orang Islam dan walaupun Malaysia adalah anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).Selain daripada mempertikaikan status negara Islam Malaysia, mereka juga berusaha untukmenyama taraf kedudukan agama Islam dengan agama-agama lain melalui inisiatif sepertiSuruhanjaya Antara Agama (IFC) dan mereka berusaha meminda atau mentafsir semulamelalui keputusan Mahkamah, Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yangmelindungi bidang kuasa Mahkamah Syariah dari campur tangan Mahkamah Sivil.Yang menyedihkan usaha pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini dibantu olehpenganut agama Islam yang kononnya berfahaman liberal.Selain daripada percubaan untuk menurun taraf Islam mutakhir ini juga terdapat pihak-pihakyang cuba mempersoalkan kewajaran sama ada secara langsung mahupun tidak langsungperuntukan-peruntukan teras Perlembagaan Persekutuan.Antaranya peruntukan Perkara 152 berkenaan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasakebangsaan. Kenapa setelah lebih lima dekad amat sukar bagi golongan tertentu untuk
 
menerima kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaannegara.
Kegagalan
Kegagalan untuk bertutur secara fasih di dalam bahasa Melayu begitu juga kegagalan untukmenulis dan membaca di dalam bahasa Melayu di kalangan generasi pascamerdeka tidakdapat dimaafkan.Tiada alasan yang boleh menjustifikasikan keadaan ini. Kegagalan penguasaan hanyamencerminkan sikap endah tidak endah terhadap simbol kenegaraan ini.Ada yang memberi alasan bahawa di dalam era globalisasi kita hanya perlu menguasaibahasa Inggeris dan bahasa yang mempunyai nilai ekonomi.Ini satu alasan yang pelik kerana di antara negara G8 iaitu negara-negara yang super majudan mempunyai kemajuan teknologi serta kuasa beli yang secara kolektifnya melebihi Chinadan India hanya tiga negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasiiaitu Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada.Lima lagi negara G8 bangga menggunakan bahasa kebangsaan mereka iaitu Perancis,Rusia, Jerman, Itali dan Jepun malahan Wilayah Quebec di Kanada pun menggunakanbahasa Perancis. Bukan kita meremehkan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris tetapiapa yang ingin dinyatakan adalah janganlah menjadikan alasan globalisasi sebagai alasanmemperlekehkan keperluan penguasaan bahasa kebangsaan.Alasan globalisasi juga diberikan bagi mengabsahkan (mengesahkan) kenapa dasar ekonomi
affirmative
seumpama DEB yang dilaksanakan di bawah Perkara 153 (hak-hak keistimewaanorang Melayu) hendak dimansuhkan.Bagi golongan yang tidak sukakan dasa
affirmative
, mereka mendakwa bahawapelaksanaannya akan hanya melunturkan kelebihan persaingan negara di dalam menghadapiglobalisasi.Mereka memberi contoh di dalam bidang pelajaran tinggi bagaimana pengamalan dasar iniadalah penyebab kepada kenapa anak-anak muda bukan Melayu/bumiputera yang geniusberhijrah ke negara lain.Soalannya benarkah mereka bertindak demikian akibat tidak berpeluang mendapat tempat diinstitusi pengajian tinggi awam, mendapat biasiswa kerajaan untuk ke luar negara dan gagalmendapat peluang pekerjaan di sektor awam dan syarikat berkait kerajaan (GLC) atau sebabsebenar mereka bertindak sedemikian dan penyebab utama kepada apa yang disifatkansebagai
brain drain
adalah pencarian peluang ekonomi yang lebih baik.Alasan ini seolah-olah mengetepikan hakikat bahawa kerajaan semenjak pertengahan 90-antelah meliberalkan sektor pengajian tinggi bagi memberi peluang kepada seramai mungkinpelajar yang layak mendapat akses kepada pengajian tinggi.Bukankah langkah ini terbukti berjaya kerana hari ini di kalangan kohort (kumpulan) umur 17-23 mereka yang mendapat peluang pengajian tinggi telah meningkat kepada 27 peratus.Angka ini dijangka terus meningkat kepada 40 peratus menjelang 2010.Walaupun hari ini hanya terdapat 20 universiti awam tetapi hasil liberalisasi kerajaan kiniterdapat 33 universiti dan kolej universiti swasta termasuk institusi yang diasaskan parti politikbukan Melayu seperti Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR/ MCA), AIMST (MIC), UniversitiTerbuka Wawasan (WOU/Gerakan), 4 kampus tempatan universiti asing dan lebih 500 kolejswasta.Sebahagian institusi swasta ini mengadakan program berkembar dengan institusi pengajiantinggi luar negara melalui program '3+0', '2+1' atau '1+2' di mana pelajar tempatan

Activity (2)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->