1. Pengertian masalah sosial remaja
Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggotamasyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatansistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupunnegara.Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikanremaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkanseorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikanmereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakanmasalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahanPada lazimnya, masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah hanya berkisar di sekitar kenakalan mereka merosakkan harta benda awam, ponteng sekolah, merokok, melepak dan seumpamanya. Mereka semakin berani melakukan pelbagai perbuatan yang bercanggah dengan norma masyarakat dan undang-undang negara. Namun begituapabila pelajar sekolah mulai bertindak lebih jauh daripada itu, sesuatu perludilakukan segera untuk membendung mereka daripada terjebak dengan perkara-perkarayang tidak diingini.Kes terbaru melibatkan pergaduhan antara pelajar yang menyebabkanpembunuhan didalam sebuah bas sekolah ketika dalam perjalanan ke sekolah. Dalam kes seperti inisiapa yang patut dipersalahkan? Bagaimana ini boleh terjadi?