You are on page 1of 10

KEPENTINGAN SUNGAI Memori indah sewaktu usia kanak-kanak sering bermain dalam ingatan kita.

Keriangan zaman kanakkanak ketika mand-manda di sungai yang berair jernih dan sejuk tidak mungkin dapat kita lupakan sepanjang hayat. Sungai, sebagai salah satu unsur alam semula jadi ciptaan Tuhan merupakan satu khazanah yang perlu kita pelihara supaya fungsinya dalam kehidupan makhluk di dunia ini sentiasa berkekalan. Di Malaysia, kita amat beruntung kerana dikurniakan banyak sungai untuk kegunaan masyarakat tempatan biarpun corak kehidupan manusia pada masa ini telah berubah. Pergantungan manusia kepada sungai masih terus berkekalan namun disebabkan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab maka hari ini kita mendapati kebanyakan sungai di negara kita semakin tercemar. Masyarakat hari ini perlu menyedari bahawa sungai memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian baik dari segi sosial, ekonomi mahupun dari segi politik. Antara kepentingan sungai yang utama adalah membekalkan sumber air bersih kepada manusia untuk kegunaan domestik. Jika dahulu masyarakat menggunakan air sungai untuk membasuh, memasak atau mandi, kini fungsi tersebut masih berkekalan. Bezanya, hari ini bekalan air dari sungai-sungai disalurkan ke tempat kediaman dengan mengunakan saluran paip demi memudahkan kehidupan kita seharian. Masyarakat yang tinggal di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar tidak perlu lagi meredah semaksamun atau hutan belantara bagi mendapatkan bekalan air sungai untuk kegunaan harian. Di kawasan Lembah Kelang umpamanya, Syarikat Bekalan Air Selangor telah dipertanggungjawabkan bagi pengurusan sumber air di sekitar kawasan terbabit. Usaha-usaha membina empangan air dan proses penapisan dan merawat air dari beberapa batang sungai di Lembah Kelang telah dijalankan dengan menggunakan teknologi terkini demi memastikan bekalan air yang diterima oleh masyarakat berada dalam keadaan bersih dan selamat digunakan. Memandangkan sungai penting dalam kegunaan harian kita maka masyarakat perlu berganding bahu bagi memastikan kebersihan sungai perlu dipertingkatkan. Pada masa yang sama sungai-sungai juga amat penting kerana dapat menghasilkan tanah yang subur apabila berlaku banjir. Aliran sungai di kawasan hilir selalunya membawa bahan-bahan mendapan yang kaya dengan nutrien sebelum dimendapkan di kawasan lembah sungai. Tanah-tanih di kawasan lembah sungai ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan pertanian utama khususnya bagi tanaman padi. Di lembah Sungai Muda dan Sungai Kerian umpamanya, keadaan tanahnya yang subur telah menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan tanaman padi yang utama di Malaysia. Tidak hairanlah jika kawasan berhampiran dengan sungai sering menjadi tumpuan penduduk dan membentuk petempatan yang padat kerana di mana ada gula, di situ ada semut. Apabila zaman berubah, kawasan pinggir sungai dimajukan sehingga membentuk sebuah bandar seperti Kuala Lumpur, yang lazimnya menjadi pusat pentadbiran bagi kawasan tersebut. Oleh yang demikian, pergantungan manusia pada sungai secara semula jadi masih berterusan demi memastikan kawasan sumber makanan utama kita terus terpelihara. Jika kita menoleh ke belakang lalu merenung sejenak sejarah tamadun awal manusia di dunia, kita akan mendapati bahawa pusat tamadun selalunya tertumpu di kawasan lembah sungai. Hal ini dapat dilihat melalui pembentukan tamadun manusia di Lembah Sungai Nil dan Lembah Sungai Indus kerana sungai berfungsi sebagai sistem pengangkutan dan sistem perhubungan semula jadi manusia. Ketiadaan sistem pengangkutan jalan raya, jalan kereta api serta pengangkutan udara, menyebabkan fungsi sungai sebagai sistem pengangklutan manusia menjadi begitu dominen bak kata pepatah, tiada rotan akar pun berguna. Hari ini, kebanyakan kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak masih menggunakan sungai sebagai sistem pengangkutan utama. Penduduk di kawasan pedalaman bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain atau memasarkan hasil keluaran mereka dengan menggunakan laluan sungai. Di Sabah pula, sungaisungai digunakan untuk menghanyutkan kayu balak kerana kos pengangkutan bahan sumber asli ini dapat dikurangkan jika diangkut dengan menggunakan kaedah tradisional tersebut. Jelasnya, pergantungan manusia pada sungai sebagai jalan pengangkutan masih terus berlaku biarpun kehidupan telah berubah.

Jika dilihat dari sudut yang lain, sungai amat penting kerana berfungsi sebagai kawasan habitat semula jadi hidupan akuatik seperti ikan dan udang. Kewujudan hidupan tersebut dapat membantu mengekalkan ekosistem alam sekitar dan mengekalkan rantaian makanan semulajadi. Jadi tidaklah menghairankan jika sungai-sungai juga dapat menyediakan bekalan sumber protein yang murah kepada manusia. Di Sungai Pahang umpamanya, nelayan-nelayan pedalaman yang terdiri daripada petani-petani menggunakan jaring dan jala untuk mendapatkan bekalan ikan air tawar seperti ikan patin, sebarau dan kelah. Di Sungai Perak pula, bekalan udang galah dapat diperoleh dengan mudah sebelum dipasarkan dengan harga yang tinggi kepada penduduk terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Jelasnya, pada hari ini sungai masih penting kerana selain dapat membekalkan ikan air tawar, sungai juga menyediakan peluang pekerjaan dan pendapatan sampingan kepada penduduk di luar bandar khususnya kepada para petani. Selain itu, sungai-sungai di negara kita amat diperlukan untuk menghasilkan sumber tenaga elektik kepada penduduk dan kilang-kilang di kawasan perindustrian. Hal ini kerana jumlah hujan yang tinggi dan turun sepanjang tahun dapat membekalkan sumber air yang mencukupi untuk menghasilkan sumber hidro elektrik. Perkembangan teknologi telah dapat meningkatkan kegunaan sungai sebagai sumber tenaga hidro yang dilihat lebih murah dan selamat untuk digunakan berbanding dengan penggunaan sumber arang batu, petroleum mahupun sumber tenaga nuklear. Untuk menghasilkan bekalan hidro elektrik, empangan akan dibina merentasi sungai seperti Empangan Kenyir dan Empangan Pedu. Seterusnya, tenaga elektrik dari kawasan empangan tersebut akan disalurkan ke kawasan petempatan atau ke kawasan perindustrian. Berbanding dengan penggunaan arang batu dan petroleum yang banyak menyebabkan pencemaran, tenaga hidro elektrik adalah lebih bersih serta tidak mengakibatkan pencemaran malah kos untuk menghasilkan sumber ini jauh lebih rendah. Memandangkan bekalan arang batu yang hampir pupus dan harga petroleum yang semakin meningkat dengan mendadak, maka fungsi sungai untuk membekalkan sumber tenaga elektrik kepada manusia semakin diperlukan. Sudah terang lagi bersuluh, tidak seronok rasanya apabila kita berkunjung ke sesebuah kawasan rekreasi apabila kawasan tersebut tidak dilengkapi dengan sebatang sungai yang bersih, jernih dan berair sejuk. Hutan-hutan lipur yang mempunyai kemudahan sungai kini menjadi tumpuan masyarakat khususnya para pelancong. Di sinilah kita dapat berseronok dan mandi-manda sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan yang Maha Esa. Di kawasan sungai ini juga kita dapat merehatkan badan, berhibur sambil mencari ketenangan lantas melupakan segala tekanan yang kita tempuh di sepanjang perjalanan hidup kita seharian. Keindahan sungai yang dilengkapi dengan air terjun serta jeram yang berair deras juga menjadi tumpuan para pelancong untuk beriadah. Pelbagai aktiviti seperti berkayak mahupun sekadar berkelah di pinggiran sungai, dapat dilakukan pada setiap hujung minggu. Tuntasnya, sungai-sungai yang dijaga dengan cantik dan bersih selalunya menjadi tarikan pelancong sama ada pelancong domestik mahupun pelancong asing. Secara tidak langsung kewujudan sungai-sungai di negara kita telah dapat membantu meningkatkan ekonomi negara. Sementara itu jika dilihat dari sudut politik dan pentadbiran di sesebuah negara, selalunya sungaisungai berfungsi sebagai sempadan pentadbiran antara dua kuasa yang berlainan. Di Malaysia umpamanya, Sungai Kesang menjadi sempadan di antara negeri Melaka dengan negeri Johor. Di bahagian timur Semenanjung Malaysia pula, Sungai Golok menjadi sempadan pentadbiran di antara Malaysia dengan Thailand. Hal ini timbul sejak zaman lampau memandangkan sungai memisahkan dua buah kawasan tanah lapang yang mudah dikenal pasti dan diingati oleh masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut. Hingga ke hari ini, fungsi sungai dari sudut politik dan pentadbiran masih berkekalan dan terdapat di mana-mana juga negara di seluruh dunia.

Intihanya, sungai merupakan ciptaan-Nya yang amat penting kerana banyak memberi kemaslahatan dalam kehidupan harian manusia. Oleh yang demikian, orang ramai perlu bertanggungjawab dan bekerjasama dengan pihak berwajib bagi memelihara dan memulihara sungai-sungai kita agar dapat kita wariskan kepada generasi kita yang akan datang. Usaha memelihara keindahan sungai perlu sentiasa berterusan dan menjadi tanggungjawab semua pihak bak kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Sikap sambil lewa atau sikap suka lepas tangan dalam usaha memelihara kebersihan sungai harus kita jauhi sebelum nasi menjadi bubur. Segala-galanya terletak di tangan kita, tepuk dada tanya selera.

FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENCEMARAN SUNGAI Memori indah sewaktu usia kanak-kanak sering bermain dalam ingatan kita. Keriangan zaman kanakkanak ketika mand-manda di sungai yang berair jernih dan sejuk tidak mungkin dapat kita lupakan sepanjang hayat. Sungai, sebagai salah satu unsur alam semula jadi ciptaan Tuhan merupakan satu khazanah yang perlu kita pelihara supaya fungsinya dalam kehidupan makhluk di dunia ini sentiasa berkekalan. Di Malaysia, kita amat beruntung kerana dikurniakan banyak sungai untuk kegunaan masyarakat tempatan biarpun corak kehidupan manusia pada masa ini telah berubah. Pergantungan manusia kepada sungai masih terus berkekalan namun disebabkan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab, maka hari ini kita mendapati kebanyakan sungai di negara kita semakin tercemar seperti yang dapat kita lihat di Sungai Kelang, Sungai Gombak dan Sungai Skudai di Johordi Kuala Lumpur. Keindahan sungai seperti yang digambarkan melalui karya-karya sastera hanya sekadar impian yang jauh daripada realiti yang sebenarnya. Di media massa pula, kita sering melihat semua pihak saling menuding jari dan salah-menyalahkan pihak lain jika ditanya punca penemaran sungai di negara kita. Bagaikan sudah menjadi budaya dan cara hidup, masyarakat yang tinggal di kawasan bandar khususnya mereka yang tinggal berhampiran dengan sungai gemar membuang sampah-sarap ke dalam sungai berhampiran. Amalan int timbul disebabkan sikap tidak perihatin segelintir masyarakat yang tidak menyedari kemaslahatan sungai dalam kehidupan seharian. Tambah merumitkan keadaan, ramai peniaga dan pengusaha bengkel yang membuang sisa-sisa barangan tidak terpakai ke dalam longkang sebelum dibawa ke sungai oleh aliran air hujan. Kesannya, air sungai berubah warna menjadi hitam pekat serta dipenuhi dengan sampah-sarap dan lapisan minyak sehingga mengeluarkan bau busuk yang tidak menyenangkan. Air sungai yang telah tercemar ini adalah tidak sesuai untuk digunakan malah tidak selamat untuk diminum. Hal ini mengakibatkan masalah kekurangan bekalan air bersih bagi kegunaan harian kita. Jelasnya, pencemaran sungai ini berlaku disebabkan oleh sikap manusia yang terlalu mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kepentingan sungai pada masa yang akan datang. Selain itu, pencemaran sungai juga berlaku disebabkan oleh kerja-kerja pembinaan bangunan di kawasan bandar. Pembinaan bangunan untuk tujuan membina rumah kediaman, kilang atau premis-premis perniagaan telah mengakibatkan berlakunya hakisan tanah. Hakisan tanah yang berlaku secara berterusan menyebabkan aliran lumpur apabila berlaku hujan lebat yang seterusnya membawa bahan-bahan hakisan tersebut sebelum dimendapkan ke dalam sungai. Hal ini menyebabkan air sungai berubah warna menjadi keruh dan kekuningan di samping menyebabkan dasar sungai menjadi semakin cetek. Natijahnya, sungaisungai yang cetek ini kerap mengundang kejadian banjir kilat terutamanya apabila hujan turun dengan lebat seperti mana yang sering berlaku di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan Johor Bahru.sehingga dapat mengancam nyawa dan merosakkan harta benda. Memandangkan kerja-kerja pembinaan tanpa kawalan menjadi punca pencemaran sungai di bandar-bandar maka tindakan tegas perlu dikenakan kepada pemajupemaju perumahan yang menyebabkan gejala tersebut berlaku tanpa menunggu sehinga nasi sudah menjadi bubur supaya meraka tidak bersikap lepas tangan. Pada masa yang sama, pencemaran sungai juga berlaku apabila terdapatnya aktiviti penebangan hutan secara meluas tanpa kawalan oleh pihak yang berwajib. Kebanyakan hutan yang menjadi punca bekalan air bersih kepada sungai ditebang untuk aktiviti pembalakan atau dijadikan kawasan pertanian, kawasan petempatan mahupun sebagai kawasan perindustrian. Akibat pemusnahan kawasan hijau ini, bekalan air ke sungai-sungai semakin berkurangan dan menjejaskan sumber air untuk kegunaan orang ramai. Hakisan tanah juga akan berlaku dan dimendapkan di sungai-sungai berhampiran apabila hujan turun. Kesannya, air sungai akan tercemar dan bertukar menjadi keruh. Sungai Pahang yang dahulunya jernih dan sesuai dijadikan kawasan beriadah umpamanya, kini telah menjadi keruh dan tidak sesuai lagi dijadikan kawasan mandimanda. Para pelancong tidak lagi menjadikan sungai sebagai salah satu tarikan dan destinasi utama

disebabkan oleh pencemaran tersebut. Oleh itu untuk mengekalkan keindahan sungai di negara kita, aktiviti penebangan hutan yang menjadi punca pencemaran sungai perlu di kawal oleh pihak yang berwajib. Menurut hasil kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian Sumber Asli, Tenaga dan Air, lebih kurang 30 peratus pencemaran sungai di negara kita adalah disebabkan oleh usaha-usaha perlombongan sumber asli di kawasan sungai. Di Selangor dan Johor misalnya, kerja-kerja mengorek dan menyedut pasir sungai untuk tujuan pembinaan sama ada melalui kebenaran pihak berkuasa mahupun secara haram, telah menyebabkan air sungai menjadi kotor dan tercemar. Sementara itu, sungai-sungai di sekitar Lembah Kinta juga turut mengalami nasib yang sama kerana industri perlombongan bijih timah melalui teknik pam hidrol telah mengakibatkan pemendapan lumpur di kawasan sungai berhampiran. Pihak pengusaha yang bersikap terlalu mementingkan keuntungan semata-mata biasanya kurang menekan kesan yang bakal timbul akibat tindakan yang telah mereka lakukan. Akibatnya, sungai yang sudah sedia tercemar semakin menjadi kotor dan tidak dapt digunakan oleh orang ramai bagi mendapatkan bekalan air bersih bak kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga. Jadi, kerja-kerja melombong sumber asli di kawasan sungai ini perlulah dikawal supaya penemaran sungai dapat dikurangkan. Sementara itu jika dilihat dari sudut pandang yang berbeza, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga turut menyumbang pada pencemaran sungai. Hal ini berlaku apabila para pelancong sering membuang sampah-sarap seperti sisa makanan dan minuman ke dalam sungai terutamanya sungaisungai di kawasan rekreasi. Sikap tidak bertanggungjawab ini bagaikan sudah menjadi darah daging yang sebati dalam jiwa mereka biarpun kemudahan tong sampah telah disediakan. Pembinaan hotel-hotel yang menjadi tumpuan pelancong juga turut mencemarkan sungai kita apabila bahan-bahan kumbahan dari hotel tersebut disalurkan ke kawasan sungai. Kesannya bukan sahaja mengakibatkan air sungai menjadi kotor tetapi turut memusnahkan habitat hidupan akuatik serta menyebabkan kepupusan ikan dan udang yang boleh dijadikan sebagai sumber bekalan protein kepada penduduk tempatan. Memandangkan industri pelancongan turut mmberi implikasi negatif ke atas sungai-sungai di negara kita, maka tindakan bersepadu yang bersifat serampang dua mata perlu diambil bagi mengimbangi kemajuan industri ini sejajar dengan kepentingan memelihara alam sekitar khususnya sungai-sungai di negara kita. Bagaikan sudah terang lagi bersuluh, tiada siapa pun yang mampu menafikan bahawa pembinaan kilang-kilang pembuatan atau sektor perindustrian di negara kita telah menjadi punca utama berlakunya pencemaran sungai. Demi mengaut keuntungan berlebihan, selalunya pemilik kilang mengambil jalan mudah dengan membuang sisa-sisa kilang atau sisa-sisa toksik yang berbahaya ke dalam sungai. Menurut kajian oleh Kementerian Alam sekitar, kilang-kilang yang didirikan berhampiran dengan sungai menghasilkan kadar pencemaran sungai paling tinggi sehingga mengakibatkan kandungan asid yang tinggi. Hal ini berlaku kerana sisa kilang tidak diproses terlebih dahulu sebelum disalurkan ke sungai-sungai walaupun terdapat akta yang menghalang pemilik kilang daripada melepaskan sisa toksik ke dalam sungai. Sikap pemilik kilang yang besar kepala ini memberi impak yang amat buruk terhadap kebersihan sungai di kawasan berhampiran serta memerlukan kos yang tinggi untuk membaik pulih bagi membersihkan semula sungai di kawasan terbabit. Intihanya, kemusnahan sungai anugerah Tuhan kepada manusia adalah disebabkan oleh kecuaian manusia sendiri akibat sikap terlalu mengambil mudah demi kepentingan diri. Apa pula alasan yang bakal kita berikan kepada generasi akan datang jika anak cucu kita menyalahkan kita kerana memusnahkan sungai tersebut? Tepuk dada tanya selera. Oleh itu, tiada jalan pintas yang dapat kita lakukan melainkan berusaha lebih awal untuk menghalang pihak yang tidak bertanggungjawab daripada melakukan pencemaran sungai kerana mencegah lebih baik daripada mengubat. Tiada gunanya kita menangis air mata darah sekalipun sekiranya tiada lagi sumber air yang dapat kita gunakan untuk menyambung hidup kita nanti, bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

KESAN PENCEMARAN SUNGAI Memori indah sewaktu usia kanak-kanak sering bermain dalam ingatan kita. Keriangan zaman kanakkanak ketika mand-manda di sungai yang berair jernih dan sejuk tidak mungkin dapat kita lupakan sepanjang hayat. Sungai, sebagai salah satu unsur alam semula jadi ciptaan Tuhan Maha Esa, merupakan satu khazanah yang perlu kita pelihara supaya fungsinya dalam kehidupan makhluk di dunia ini sentiasa berkekalan. Di Malaysia, kita amat beruntung kerana dikurniakan banyak sungai untuk kegunaan masyarakat tempatan biarpun corak kehidupan manusia pada masa ini telah berubah. Pergantungan manusia kepada sungai masih terus berkekalan namun disebabkan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab, maka hari ini kita mendapati kebanyakan sungai di negara kita semakin tercemar seperti yang dapat kita lihat di Sungai Kelang, Sungai Gombak di Kuala Lumpur dan Sungai Skudai di Johor. Sesungguhnya, kemusnahan sungai yang disebabkan oleh tangan-tangan manusia ini memberi impak yang terlalu besar dalam semua aspek kehidupan seharian kita. Meskipun kita sedia maklum bahawa lebih daripada 80 peratus muka bumi kita diliputi oleh lapisan air, namun masyarakat seolah-olah menutup mata dan minda bahawa sumber air bersih yang dapat kita gunakan untuk meneruskan kehidupan adalah daripada sumber sungai. Pencemaran sungai yang lazimnya disebabkan oleh pembuangan sampah-sarap ke dalam sungai, pembuangan sisa toksik dari kawasan industri mahupun disebabkan oleh penebangan hutan, telah menyebabkan bekalan air bersih semakin berkurangan. Kawasan Lembah Kelang umpamanya dijangka akan menghadapi masalah bekalan air menjelang tahun 2020 sekiranya tiada usaha-usaha yang dijalankan bagi menampung bekalan yang semakin bertambah akibat pertambahan penduduk di kawasan tersebut. Beberapa batang sungai di kawasan Lembah Kelang seperti Sungai Gombak dan Sungai Kelang yang teruk tercemar, tidak mampu lagi membekalkan air bersih untuk tujuan tersebut sehingga memaksa kerajaan menyalurkan air dari Sungai Pahang ke Kuala Lumpur. Natijahnya, jika penemaran sungai ini tidak segera diatasi maka kerajaan terpaksa mencatu bekalan air bersih kepada penduduk sehingga menyukarkan kehidupan dan menjejaskan kesihatan mereka. Sementara itu, kajian yang dijalankan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor mendapati bahawa pencemaran sungai yang kini sampai ke peringkat yang amat membimbangkan, telah menyebabkan kos pengurusan sumber air negara meningkat dengan mendadak. Kekurangan sumber air dari sungai-sungai mengakibatkan kaedah lain dugunakan untuk mendapatkan bekalan air bersih termasuk mendapatkan bekalan sumber air dari bawah tanah. Sampah sarap yang banyak di sungai-sungai umpamanya, memaksa pihak syarikat membina alat perangkap sampah dan menjalankan usaha membersihkan sungai serta mendalamkan kawasan sungai yang cetek hingga menelan belanja terlalu tinggi. Syarikat berkenaan juga terpaksa melakukan proses merawat air tercemar dengan melakukan proses pengklorinan berulang-ulang kali sebelum dapat disalurkan kepada pengguna dan selamat digunakan. Kerja-kerja merawat air ini memerlukan kos yang tinggi di samping memerlukan masa yang lebih panjang. Oleh yang demikian, syarikat terpaksa menaikkan tarif bekalan air kepada pengguna demi menampung kos pengurusan yang semakin meningkat. Pada masa yang sama, kekurangan sumber air akibat kemusnahan dan pencemaran sungai akan turut mempengaruhi perkembangan ekonomi negara. Tanaman makanan utama negara iaitu padi, amat memerlukan bekalan air dalam jumlah yang banyak bagi memastikan kesuburan dan hasil yang tinggi kepada sumber makanan tersebut. Kekurangan sumber air yang disebabkan oleh kemusnahan sungai di negara kita mampu mengakibatkan usaha penanaman tanaman tersebut terjejas dan memberi kesan besar kepada penduduk. Hal yang sama turut akan dirasai oleh kilang-kilang di kawasan perindustrian terutamanya bagi kilang yang mengeluarkan hasil minuman jika masalah ini tidak segera diatasi. Sesetengah industri memerlukan bekal air bagi menjalankan jentera untuk memastikan pengeluaran dapat diteruskan. Oleh itu, kita sudah dapat menjangka malapetaka yang bakal menimpa ekonomi negara sekiranya bekalan air dari sungai-sungai terjejas. Jelasnya, kekurangan bekalan air akan mengakibatkan kekurangan bekalan makanan

kepada penduduk dan pada masa yang sama kerajaan terpaksa berbelanja lebih bagi mengimport keperluan tersebut. Selain itu, sungai juga merupakan aset penting kepada negara kerana berfungsi membekalkan sumber tenaga hidro bagi kegunaan penduduk serta kegunaan industri perkilangan. Kemusnahan dan pencemaran sungai akan menyebabkan bekalan air untuk menghasilkan sumber hidro elektrik terjejas. Hal ini akan memberi implikasi yang besar dalam kehidupan masyarakat di negara kita kerana sumber tenaga hidro membekalkan lebih daripada 60 peratus daripada jumlah bekalan elektrik negara. Keadaan akan menjadi bertambah sulit memandangkan berlakunya kenaikan harga petroleum yang begitu tinggi di peringkat global. Sumber lain seperti arang batu yang dapat dijadikan pengganti untuk menghasilkan tenaga elektrik juga semakin berkurangan memandangkan bekalannya yang hampir pupus, malah penggunaan teknologi moden untuk menghasilkan tenaga elektrik dengan menggunakan reaktor nuklear amat memerlukan kos yang amat besar dan membebankan kewangan negara. Maka kemusnahan sungai akan memberi implikasi yang amat kompleks dalam kehidupan kita kerana tenaga elektrik hidro menjadi keperluan utama seluruh masyarakat. Sudah terang lagi bersuluh, tiada siapa pun yang mampu menyangkal fakta bahawa selain perikanan laut dalam, perikanan air tawar yang dijalankan di kawasan sungai dapat membekalkan sumber protein kepada manusia. Oleh itu kemusnahan dan pencemaran sungai akan menjejaskan sumber protein kepada rakyat keseluruhannya. Penyaluran sampah sarap dan sisa toksik ke dalam sungai akan menyebabkan kemusnahan habitat dan kepupusan hidupan akuatik seperti ikan dan udang yang menjadi sumber makanan kepada penduduk. Hari ini, jumlah tangkapan ikan air tawar telah semakin berkurangan disebabkan keadaan sungai yang tercemar dan masalah tersebut akan menjadi lebih parah sekiranya masalah pencemaran ini tidak segera diatasi. Keadaan ini turut memberi impak kepada penduduk di kawasan luar bandar yang bergantung hidup mencari rezeki secara sambilan sebagai nelayan sungai. Selain mengancam peluang pekerjaan mereka, hal ini turut menjejaskan mata pencarian para petani yang bergantung hidup daripada hasil tangkapan ikan sungai. Secara tidak langsung, pencemaran sungai akan mempengaruhi teraf hidup masyarakat di kawasan luar bandar justeru langkah tegas perlu diambil sebelum nasi menjadi bubur. Jika dilihat dari sudut yang lain pula, sungai yang tercemar mampu menyebabkan penularan wabak penyakit berbahaya dan menjejaskan kesihatan orang ramai. Penemaran air sungai akan mengakibatkan jangkitan virus Coli yang boleh mengakibatkan penyakit untut di samping beberapa penyakit berbahaya yang lain iaitu demam malaria. Penyebaran virus berbahaya ini biasanya berlaku apabila orang ramai membuang sisa makanan, najis atau bangkai haiwan ke dalam sungai. Melalui kajian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan, faktor utama yang mendorong penularan virus Coli di negara kita lazimnya adalah disebabkan pembuangan najis khinzir ke dalam sungai oleh penternak-penternak khinzir yang kebanyakannya membina ladang ternakan mereka di kawasan yang berhampiran dengan sungai. Jelasnya, pencemaran sungai akan mengakibatkan penularan penyakit berbahaya yang mampu meningkatkan jumlah kematian di negara kita. Oleh itu, langkah awal mengekang kejadian tersebut wajar dititikberatkan kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubat. Pencemaran sungai juga akan membantutkan usaha kerajaan bagi menarik pelancong ke negara kita. Umum mengetahui bahawa sungai-sungai di negara kita merupakan salah satu unsur alam sekitar yang dapat dijadikan sebagai daya tarikan pelancong. Sungai yang bersih, jernih dan terjaga dengan rapi akan menjadi tumpuan pelancong bagi menjalankan pelbagai aktiviti seperti beriadah, mandi-manda mauhupun sekadar menikmati keindahan dengan memerhatikan anak-anak ikan berkejar-kejaran di dasarnya. Namun begitu, kemusnahan dan pencemaran sungai seperti yang berlaku di Sungai Gombak dan Sungai Kelang, telah menyebabkan fungsi sungai tersebut sebagai daya penarik pelancong semakin terhakis. Sungai-sungai yang kotor dan berbau busuk turut menjejaskan imej negara kita kepada para pelancong serta memberikan gambaran yang buruk kepada pelancong tentang sikap negatif rakyat negara kita yang gemar membuang sampah-sarap ke dalam sungai. Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang perihatin dan bertanggung jawab, kita

perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memelihara dan memulihara sungai kita supaya para pelancong tidak memandang kita sebagai rakyat yang tidak tahu menghargai keindahan alam sekitar. Pencemaran sungai. Kemusnahan sungai juga boleh menyebabkan berlakunya banjir kilat di bandar. - sampah-sarap menyekat aliran air sungai - sungai tidak dapat menampung jumlah air hujan yang banyak - kesannya banjir kilat mudah berlaku di hilir sungai dan di bandar cth kuala lumpur - pembuangan sampah sarap dan hakisan tanah di kawasan projek perumahan menyebabkan dasar sungai menjadi cetek menyebabkan banjir kilat mudah berlaku - kesannya boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda Intihanya, kemusnahan dan pencemaran sungai memberi implikasi yang amat besar dalam kehidupan kita. Namun disebabkan sikap kita yang terlalu alfa dan kerap terleka, masalah pencemaran sungai yang semakin meruncing. Kita tidak sepatutnya menyerahkan tugas menjaga sungai kita hanya kepada pihak yang bertanggungjawab sedangkan kita hanya tahu mengambil sikap lepas tangan sambil menuding jari menyarahkan pihak lain sekiranya masalah pencemaran tidak dapat diselesaikan. Oleh itu, kita perlu mengukuhkan ikatan dan bekerjasama bagi memelihara sungai kita tanpa perlu menoleh ke belakang sebaliknya bermaufakat kerana maufakat membawa berkat. Tiada siapa yang mampu membantu kita jika bekalan air yang menjadi tunjang kehidupan kita itu pupus suatu hari nanti, kecuali diri kita sendiri. Tepuk dada tanya selera.

LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN SUNGAI . Memori indah sewaktu usia kanak-kanak sering bermain dalam ingatan kita. Keriangan zaman kanakkanak ketika mand-manda di sungai yang berair jernih dan sejuk tidak mungkin dapat kita lupakan sepanjang hayat. Sungai, sebagai salah satu unsur alam semula jadi ciptaan Tuhan Maha Esa, merupakan satu khazanah yang perlu kita pelihara supaya fungsinya dalam kehidupan makhluk di dunia ini sentiasa berkekalan. Di Malaysia, kita amat beruntung kerana dikurniakan banyak sungai untuk kegunaan masyarakat tempatan biarpun corak kehidupan manusia pada masa ini telah berubah. Pergantungan manusia kepada sungai masih terus berkekalan namun disebabkan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab, maka hari ini kita mendapati kebanyakan sungai di negara kita semakin tercemar seperti yang dapat kita lihat di Sungai Kelang, Sungai Gombak dan Sungai Skudai di Johor. Sesungguhnya, kemusnahan sungai yang disebabkan oleh tangan-tangan manusia ini perlu segera diatasi kerana memberi impak yang terlalu besar dalam semua aspek kehidupan seharian kita. 1. melalui pendidikan alam sekitar pada peringkat kanak-kanak: - dijalankan disekolah - melalui mata pelajaran sivik, moral, pendidikan Islam, geografi - menanam rasa cinta kepada sungai kita melentur buluh biar dari rebungnya. - mengadakan program / kelab alam sekitar - mengadakan usaha amal membersihkan sungai berhampiran sekolah - ceramah tentang kepentingan sungai 2. melalui kempen pihak kerajaan: - boleh dijalankan di media massa spt tv/ akhbar/ majalah - untuk menyedarkan kepentingan memelihara sungai - menimbulkan rasa cinta pada sungai jangan sudah terhantuk beru terngadah - contoh : kempen cintai sungai kita - sambutan kempen amat menggalakkan - menjalankan aktiviti membersihkan sungai secara bergotong-royong - mengadakan kempen Hari Sungai Sedunia 3. menguatkuasakan undang-undang - perlu mengubal akta alam sekitar untuk mencegah kemusnahan sungai - akta bertujuan mencegah pencemaran perlu segera sebelum nasi menjadi bubur - menguatkuasakan pelaksanaan akta supaya mencegah orang ramai membuang sampah di sungai - denda perlu ditingkatkan serta mengenakan hukuman penjara kepada pesalah - dapat dijadikan teladan kepada orang ramai supaya tidak mencemarkan sungai - pemilik kilang perlu didakwa di mahkamah atau menyenaraihitamkan kilang yg cemarkan sungai - menarik lesen pembalak yang menyebabkan pencemaran sungai - menghentikan usaha menyedut pasir di kawasan sungai 4. menghijaukan kawasan berhampiran sungai - perlu menanam pokok di kawasan sungai utu mengelakkan hakisan tanah di bawa ke sungai - akar tumbuhan dapat mencengkam tanah daripada dibawa ke sungai - hutan yang ditebang perlu ditanam semula supaya bekalan air ke sungai tidak terjejas - hutan perlu dipelihara kerana hutan ialah kawasan tadahan air untuk sungai - di kawasan bandar perlu dibina lebih banyak taman utk banyakkan tumbuhan hijau - menggalakkan penduduk bandar bergotong-royong membersihkan sungai

5. memulihara semula sungai tercemar: - mendalamkan semula sungai dengan cara mengorek mendapan - di KL usaha dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan jabatan saliran dan perparitan - memerlukan kos yang tinggi - menyimen tebing sungai utk mengelakkan hakisan sungai yang memusnahkan sungai - membina sangkar batu di tebing sungai untuk mengelakkan hakisan sungai. - memasang perangkap sampah di hilir sungai supaya sungai dapat dibersihkan cth : sungai kelang memerangkap sehingga 2 tan sampah sehari melalui usaha ini - perlu dilakukan secara berterusan 6. menjadikan sungai sebagai kawasan tarikan pelancong: - dimulakan dengan kerja membersih dan mendalamkan sungai - membiakkan hidupan akuatik spt ikan utk memelihara dan memulihkan semula ekosistem sungai - menyediakan kemudahan awam di kawasan sungai contoh perahu, bot - cth sg Melaka dibaikpulih dgn belanja RM80 juta sebagai kawasan pelancongan - dilengkapi restoran terapung - dapat menanamkan kesedaran memelihara sungai dan mencintai sungai - menjadikan sungai sebagai khazanah warisan negara supaya timbul rasa cinta akan sungai - usaha memerlukan kerjasama semua pihak Intihanya, kemusnahan dan pencemaran sungai memberi implikasi yang amat besar dalam kehidupan kita. Namun disebabkan sikap kita yang terlalu alfa dan kerap terleka, masalah pencemaran sungai menjadi semakin meruncing. Kita tidak sepatutnya menyerahkan tugas menjaga sungai kita hanya kepada pihak yang bertanggungjawab sedangkan kita hanya tahu mengambil sikap lepas tangan sambil menuding jari menyarahkan pihak lain sekiranya masalah pencemaran tidak dapat diselesaikan. Oleh itu, kita perlu mengukuhkan ikatan dan bekerjasama bagi memelihara sungai kita tanpa perlu menoleh ke belakang sebaliknya mengatasi masalah tersebut secara bermaufakat kerana maufakat membawa berkat. Tiada siapa yang mampu membantu kita jika bekalan air yang menjadi tunjang kehidupan kita itu pupus suatu hari nanti, kecuali diri kita sendiri. Tepuk dada tanya selera.

You might also like