You are on page 1of 12

1

SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KRB 3033: PENGANTAR BAHASA MELAYU

TAJUK

ESEI : PERANAN GURU DALAM MENJAYAKAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DAN MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS KUMPULAN
EL-B35 DISEDIAKAN OLEH

NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

HAMIDAH BINTI ASBULLEH

D20102045949

019-5385962

NAMA TUTOR E-LEARNING: PROFESOR MADYA DR. HAJI ISHAK BIN SAAT

TARIKH SERAH: 27 NOVEMBER 2011

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT

ABSTRAK 1.0 2.0 PENGENALAN PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN DASAR MBMMBI 3.0 RUMUSAN 9 - 10 3-4 4-9

BIBLIOGRAFI

Abstrak

Rentetan pemansuhan dasar pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI) pada 8 Julai 2009, maka dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) telah mengambil tempat. Sejak sekian lama, Bahasa Melayu telah dianggap sebagai lingua franca dan sesuai menjadi bahasa ilmu serta bahasa perpaduan ke arah melahirkan Negara Bangsa berlandaskan prinsip 1Malaysia. Bahasa Inggeris pula merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang amat perlu dikuasai oleh para pelajar supaya kelak mereka mampu bersaing sama ada di peringkat nasional mahupun global. Justeru, Dasar MBMMBI yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah amat relevan dan bertepatan dengan keperluan pembangunan negara pada masa ini dan pada masa akan datang. Bagi mengelakkan Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran, maka Dasar PPSMI terpaksa dimansuh dan digantikan dengan dasar MBMMBI. Sementelahan pula, didapati tahap penguasaan pelajar dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris masih rendah dan hal ini sangat dipengaruhi oleh faktor latar belakang dan lokasi pelajar itu sendiri. Kekangan-kekangan yang dihadapi dalam mencapai keberkesanan serta kejayaan PPSMI menyerlahkan kepentingan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang perlu lebih diberikan fokus oleh pelbagai pihak khususnya kerajaan. Kerajaan sedang meneliti kemungkinan untuk melaksanakan dasar baru iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid Tahap Satu mulai tahun 2011. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin memaklumkan murid tahun satu yang baru memasuki persekolahan tidak terlibat dengan dasar lama. Namun demikian, perkara ini bergantung kepada beberapa faktor antaranya bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk mata pelajaran Sains dan Matematik sekiranya ia dapat disiapkan pada akhir tahun 2010. Langkah itu, katanya, adalah untuk membolehkan Kementerian Pelajaran membuat persiapan rapi dengan mengambil kira semua keperluan pengajaran dan pembelajaran disediakan secara teratur. Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin yang juga Menteri Pelajaran menegaskan, kerajaan komited tidak akan kembali kepada dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kerana dasar baru iaitu MBMMBI adalah selaras dengan keperluan negara untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 1.0 Pendahuluan

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan digantikan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dalam melaksanakan Dasar MBMMBI, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diperkukuh menerusi pendekatan yang lebih berkesan. Dengan pemansuhan dasar PPSMI, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, manakala di SJK (C) dan SJK(T) menggunakan bahasa penghantar masing-masing. Pada 5 Ogos 2009, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan supaya dasar

MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010.Semakin kita berjuang memartabatkan bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris di sekolah ini guru ialah agen pelaksana yang berperanan penting untuk melaksanakan dasar MBMMBI di sekolah. Memartabatkan Bahasa Melayu bermaksud meletakan bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukan bahasa tersebut sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta pendidkan 1996. Memperkukuhkan Bahasa Inggeris pulaadalah dengan meletakkan bahasa tersebut sebagai salah satu cabang yang akan membantu pelajar bersaing dalam semua bidang pekerjaan dan kerjaya bertaraf dunia. Penguasaan bahasa Inggeris kalangan masyarakat akan membolehkan masyarakat menceburi pelbagai bidang pekerjaan melalui pendidikan. Tujuan memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu kea rah membina Negara banagasa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Memperkukuh bahasa Inggeris adalah kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehakan penerokaan pelbaai ilmu untuk bersaing diperingkat nasional dan global. Strategi memartabatkan Bahasa Melayu melibatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dan menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran

bahasa Melayu. Manakalah, strategi memperkukuhkan penguasaaan Bahasa Inggeris melibatkan penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut. Beberapa Strategi bagi Memartabatkan Bahasa Melayu termasuklah pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik menggunakan bahasa Melayu di Tingkatan Satu hingga Lima di sekolah menengah kebangsaan dan sekolah kebangsaan , manakalah Bahasa Cina di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina dan Bahasa Tamil menambah waktu pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, bahasa Melayu di Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, menyediakan bahan bacaan bahasa Melayu yang saling melengkapi dan bersesuaian dengan aras dan garis panduan kurikulum terkini, serta memperkenalkan seni bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu seperti bercerita, drama, nyanyian, puisi, bahas, syarahan dan pengucapan awam. Bagi memperkukuhkan bahasa Inggeris pula, strategi pelaksanaan yang digunakan

termasuklah menyediakan guru Bahasa Inggeris yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui IPGM dan IPTA, menyediakan guru bahasa Inggeris di luar norma iaitu 2 orang guru bagi setiap kelas berenrolmen tinggi contohnya jumlah melebihi 35 murid bagi setiap kelas, menyediakan bahan bacaan bahasa Inggeris yang lebih interaktif dan pelbagai bentuk ilustrasi serta penyampaian dan memperkenalkan language arts dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris story telling, drama, singing, poetry, debate, public speaking dan apa sahaja seperti

pendekatan yang sesuai termasuk juga pendekatan menggunakan ICT yang menyeronokan.

2.0 Peranan guru dalam melaksanakan Dasar MBMMBI Antara peranan dan fungsi guru dalam pelaksanaan MBMMBI ini ialah salah satunya cabaran guru memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan bahasa inggeris dalam diri guru itu sendiri. Kita sedia maklum bahawa guru ialah penggerak dan agen untuk melaksanakan dasar yang diberikan oleh kerajaan. Oleh itu, guru seharusnya memantapkan ilmu dan pengetahuan dari segi kedua-dua bahasa itu. Banyak usaha dapat dilakukan agar dapat direalisasikan sepenuhnya dasar ini. Antaranya, melalui kursus-kursus dan kesedaran untuk terus menimbah ilmu untuk kepentingan diri sendiri dan generasi akan datang. Guru tidak

sepatutnya menganggap bidang perguruan dan pendidikan ini hanya sebagai satu kerjaya. Malah minda guru perlu diterapkan bahawa kita mempunyai tanggungjawab besar untuk memikul amanah bagi melaksanakan semua dasar-dasar kerajaan demi membina sebuah bangsa yang berjaya. Guru mestilah sentiasa menimba ilmu dari segi bahasa walaupun sebenarnya bahasa Malaysia itu ialah bahasa kita namum, orang Melayu lah yang banyak merosakkan dan menghilangkan martabat bahasa kita sendiri. Begitu juga dengan kemahiran berbahasa Inggeris. Guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan dan menguasai bahasa Inggeris kerana bahasa itu ialah bahasa antarabangsa. Guru perlu tahu kepentingan menguasai kedua-dua bahasa itu dalam bidang ilmu kerana apabila seseorang guru itu dapat menguasai dengan baik bererti mudahlah untuk guru menyampaikan ilmu kepada anak-anak didik dengan baik dan berkesan. Contohnya dengan mengambil kursus bahasa secara berbayar di luar dan selalu mengiatkan diri dengan program-program yang berkaitan dengan pemantapan bahasa yang dianjurkan. Seterusnya usaha lain yang boleh dilakukan oleh seseorang guru bagi melaksanakan dasar MBMMBI ini ialah Kompetensi Guru. Sekolah ialah sebuah institusi yang masyarakat sedia maklum amat penting untuk melahirkan insan yang kompeten dari segi bahasa. Sehubungan dengan ini jelaslah bahawa keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru dalam bahasa dapat memupuk jiwa cintakan bahasa kalangan murid-murid khususnya bahasa Melayu. Jadi, peranan guru di sini ialah sentiasa merancang pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan kerana pemerolehan bahasa berkait rapat dengan pendedahan kemahiran berbahasa. Contohnya, pembelajaran yang menggunkan ICT dan pengajaran berbantukan teknologi computer dalam kelas. Kaedah dan teknik-teknik yang lebih berkesan sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ini akan menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Begitu juga dengan penyediaan guru opsyen yang mencukupi bagi mata pelajaran bahasa Inggeris. Kita sedia maklum bahawa guru opsyen lebih berpengetahuan dan berkemahiran untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang lebih berkesan berbanding dengan guru yang bukan opsyen. Seharusnya negara kita pada masa ini telah menyediakan guru-guru terlatih yang mencukupi dan pakar dalam bidang masing-masing untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi guru opsyen agar mencukupi. Namun begitu guruguru opsyen kenalah sentiasa dan digalakkan menghadiri kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang dapat memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dalam dan luar negara. Kerana kita

sedia maklum bahawa ilmu pendidikan kita pada masa ini sentiasa berubah dan ada pembaharuan dari masa ke masa. Dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris institusi pendidikan di Malaysia pada masa ini memerlukan seseorang guru itu menggunakan pelbagai pendekatan secara holistik dan bersepadu. Hal ini sangat penting kerana kita sedia maklum bahawa bahasa Malaysia ialah bahasa yang digunakan untuk memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran, dan nilai tetapi juga sebagai bahasa perpaduan di negara kita. Begitu juga dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu yang penting di peringkat global. Oleh itu, keberkesanan pengajaran yang disampaikan oleh guru sangat penting untuk menjayakan dasar ini. Guru-guru perlu mengajar bahasa Melayu dengan berkesan dan menyeronokkan agar dapat menarik orang lain walaupun bukan penutur jati Melayu. Apabila kita merujuk kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan secara tidak langsung guru-guru berperanan penting menjayakan dasar ini dengan mengajar menggunakan kaedah yang pelbagai dan segar. Penyediaan dan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kelas juga perlulah pelbagai dan berkesan untuk murid-murid. Misalnya bahan bantu yang berwarna warni, interaktif, bersesuaian dengan aras murid, dan bersesuaian dengan perkembangan dunia teknologi masa ini. Apabila guru-guru menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan ini akan dapat membantu penguasaan bahasa di kalangan murid-murid tidak kiralah sama ada bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris. Contohnya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta tatabahasa dan seni bahasa akan diajar dan disampaikan oleh guru beserta aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, peloporan dan penghasilan produk. Kaedah sebegini akan menimbulkan rasa seronok dalam diri murid-murid dan perasaan ingin tahu mereka mendorong minat mereka untuk mempelajari bahasa dengan lebih mendalam lagi. Dengan cara ini guru-guru juga boleh memperkayakan pedagogi dalam kelas melalui kursus dalam perkhidmatan (LDP) bertujuan untuk meningkatkan prestasi guru Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris supaya dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Guru-guru perlulah mempraktikkan pelbagai bentuk dan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan minat dan motivasi murid untuk menimba ilmu pengetahuan. Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk hafalan perlulah dirangkumkan dengan kaedah-kaedah pengajaran berbentuk praktis, kolaboratif, dan penyelidikan. Guru juga harus mengikuti perkembangan arus kemodenan pada masa ini. System pendidikan kita sentiasa berubah dari masa ke masa bersesuain mengikut tuntutat global. Penggunaan teknologi dalam pengajaran bahasa tidah harus dipandang remeh. Jikalau dulu kerajaan menyediakan peruntukan yang banyak untuk melaksanakan dasar

PPSMI. Kita boleh mengambil contoh itu sebagai laternatif kita mengajar bahasa menggunakan teknologi agar ia lebih menyeronokkan. Contohnya guru menggunakan teknologi maklumat seperti perisian digital, e-mel,laman sembang, dan lamam sesawang dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat interaktif, serta menghiburkan kerana ini perkara baru yang dijelmakan untuk murid-murid kita. Sudah tentu mereka mempunyai semangat yang tinggi untuk meneroka dan mencuba. Murid-murid juga boleh mencari pelbagai maklumat tentang bahasa dalam internet. Seperti pepatah mengatakan Maklumat Di Hujung Jari. Hal ini akan menjamin penguasaan dan pencapaian bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang lebih mantap dan berkembang maju sebagai bahasa yang berdaya saing. Antara peranan yang guru boleh mainkan dalam pelaksanaan dasar MBMMBI ini juga ialah menjelmakan transformasi kurikulum dan peningkatan kapasiti guru. Kita sedia maklum bahawa tujuan MBM diperkenalkan adalah untuk menjadikan bahasa Malaysia sebagai alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina Negara bangsa untuk mencapai hasrat 1 Malaysia. Manakala MBI pula bertujuan diperkenalkan kepada generasi di Malaysia supaya kita dapat menghasilkan murid-murid yang dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik agar mereka mampu bersaing dan meneroka ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa kerana dunia pada masa ini telah bersetuju untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa Pengantara antarabangsa. Dengan ini guru harus sedar bahawa menguasai kedua-dua bahasa ini dengan baik sangat penting. Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum. Pihak sekolah mestilah selalu memantau guru-guru agar menggunakan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain walaupun bukan dalam Bahasa Malaysia. Bahasa yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran haruslah menggunakan bahasa yang betul dan tidak dicampur adukkan dengan dialek tempatan atau bahasa pasar yang lain. Hal ini jika tidak dipantau akan mengganggu gugat martabat Bahasa Malaysia kerana usaha untuk memartabatkannya mestilah dimainkan oleh semua guru tidak kirala guru yang mengajar mata pelajaran lain selain bahasa Malaysia. Kerana tidak relevenlah kalau hanya guru-guru bahasa Malaysia sahaja yang harus menggunakan bahasa yang betul sedangkan guru-guru lain juga sebagai model yang akan menjadi ikutan murid-murid. Guru-guru juga boleh melaksanakan dasar MBMMBI ini dengan cara memperkukuhkan budaya membaca kalangan diri guru-guru dan seterusnya murid-murid kita. Kita sedia maklum bahawa budaya membaca ialah asas dalam memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris. Bagi memperkukuhkan kemahiran berbahasa pada masa

ini banyak program-program yang telah dirancang dan perlu dilaksanakan oleh guru di sekolah. Antaranya ialah program Literasi untuk murid-murid Tahap 1 yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan program PROTIM untuk murid-murid tahap 2 yang masih belum dapat menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Selain itu program lain ialah Program Bacaan Awal Berstruktur untuk murid Tahun 1, Program Bacaan Ekstensif untuk murid Tahun 3 dan Program Bacaan Sastera Kontemporari untuk murid-murid tahap 2 serta bacaan nilam yang perlu dijalankan de sekolah-sekolah di seluruh Negara. Bagi merealisasikan semua program-program ini tanggungjawab besar ada di bahu setiap guru. Guru-guru haruslah bersungguh-sungguh melaksanakannya dan mestilah telus agar penilaian yang diberikan pada setiap program tidak dipertikaikan dan supaya hasilnya kita berjaya melaungkan Sifar Buta Huruf pada masa hadapan. Begitu juga dengan bahasa Inggeris. Guru-guru haruslah menyediakan pelbagai program untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid kita. Guru-guru boleh menyediakan pertandingan-pertandingan untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Antara aktivit-aktiviti yang dapat dilaksanan oleh guru ialah seperti Drama, Oratory,Choral Speaking, Debate, Action Song, dan Story Telling serta aktiviti English-In-Camp. Aktiviti-aktiviti sebegini member peluang kepada murid-murid menggunakan kemahiran yang dipelajari secara maksimum. Penglibatan sebegini secara tidak langsung akan memupuk minat murid untuk sentiasa menggunakan bahasa Inggeris dengan betul dan berkesan. Guru-guru juga mesti memupuk budaya membaca buku dalam kalangan diri murid-murid. Kerana semua kelemahan yang kita dapat daripada bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia ini ialah kerana kurangnya budaya membaca dalam diri. Guru-guru haruslah menyediakan ruang yang pelbagai bukan sahaja dalam pusat sumber malah dalam kelas atau di sudut-sudut yang sesuai di sekolah agar murid-murid menjadikan amalan membaca ini amalan rutin mereka. Jika ini dipantau dan dilaksanakan secara berterusan oleh semua guru di sekolah-sekolah secara tidak langsung akan membantu menjayakan dasar MBMMBI ini. Jelaslah bahawa peranan guru sangat penting untuk menjayakan dasar MBMMBI ini. Peranan guru tidak dapat dinafikan lagi sebagai tunjang utama bagi merealisasikan impian negara untuk menghasilkan masyarakat yang mempunyai etika dan nilai martabat yang tinggi dalam bahasa kebangsaan tetapi juga dapat menguasai bahasa antarabangsa dengan baik agar tidak ada seorang pun generasi akan datang yang akan tercicir daripada menikmati arus kemajuan negara di peringkat global. 3.0 Rumusan

10

Sebagai rumusan kepada rasional Dasar MBMMBI ini jelaslah bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum menentukan sesuatu dasar yang melibatkan perubahan dalam penentuan sistem pendidikan. Hal ini kerana sebelum pelaksanaan reformasi dibuat secara total ke atas sistem pendidikan negara, apakah sema yang akan terlibat dalam mendokong dan melaksanakannya telah tersedia? Kementerian Pendidikan perlu terlebih dahulu memastikan semua dalam keadaan bersedia bagi mendokong semua dasar atau sistem baru yang lebih futuristik. Sebagai contoh yang terdekat, sudah jelas lagikan bersuluh kegagalan PPSMI dalam menyarung dan mendokong hasrat perkembangan pendidikan negara hampir sahaja mematahkan jambatan pendidikan ketahap yang lebih tinggi. Pelbagai kesan negatif yang muncul dan apa yang paling jelas adalah jurang ketara antara pelajar dan masyarakat luar bandar dengan bandar. Menurut satu memorandum yang dikarang bersama oleh 11 pertubuhan pendidikan sekitar hujung tahun 2007, dinyatakan bahawa kajian-kajian telah dijalankan untuk membuktikan bahawa PPSMI membawa kesan negatif di peringkat sekolah rendah, termasuk amaran dari Kongres Pendidikan Melayu Kedua bahawa 500,000 orang pelajar Melayu akan keciciran dalam mata pelajaran terbabit kerana lemah menguasai bahasa Inggeris; formula-formula "2-4-3" dan "6-2-3-2" bagi SJK(C) bukan sahaja menjejaskan pembelajaran Sains dan Matematik, bahkan juga bahasa Cina di kalangan murid-murid; Persatuan Pendidikan Tamil juga meluahkan kebimbangan murid-murid SJK(T) yang kebanyakannya berasal dari keluarga miskin turut akan menghadapi keciciran kerana ketidakmampuan menguasai bahasa Inggeris, sekaligus memburukkan keadaan sosio-ekonomi masyarakat India kerana anak-anak sukar disalurkan ilmu untuk menaikkan taraf hidup masyarakat mereka. Memorandum 11 pertubuhan tersebut turut menyentuh satu laporan

kajian UNESCO yang turut menegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran terpenting di peringkat sekolah rendah lebih sesuai diajar dalam bahasa setempat. Ini sejajar dengan resolusi pendidikan yang diluluskan oleh UNESCO (1951:691) yang berbunyi: Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di rumah dan bahasa di

11

sekolah. Selain itu, memorandum juga merujuk laporan bertajuk Education for All: Policy Lessons From High-Achieving Countries ditulis oleh Santosh Mehrotra pada tahun 1998. Mehrotra menegaskan kepentingan mengutamakan bahasa ibunda sebagai bahasa perantara dalam buku yang dikarangnya bersama Enrique Delamonica bertajuk Eliminating Human Poverty: Macroeconomic & Social Policies for Equitable Growth yang mencatatkan pemerhatian terhadap persada pendidikan di benua Asia Selatan dan Afrika sub-Sahara, di mana adalah didapati bahawa jika bahasa perantara bukan bahasa ibunda, lebih-lebih lagi jika ibu bapa pelajar itu buta huruf, maka bertambah buruklah masalah belajar dalam persekitaran yang dikelilingi kemiskinan, diiringi kemungkinan keciciran bertambah. Bill Templer, seorang pensyarah kanan yang melawat di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, berhujah dalam satu surat kepada akhbar, bahawa dasar ini berat sebelah kepada anak-anak keluarga bandar yang berpendapatan tinggi, sambil meluaskan lagi jurang antara yang kaya dan miskin, baik di bandar mahupun di luar bandar, malahan boleh juga menjejaskan pemahaman konsep sains dan matematik kepada murid-murid biasa kerana mereka tidak mempelajarinya dalam bahasa ibunda mereka. Jelaslah di sini bahawa Dasar MBMMBI yang diketengahkan dalam arus tranformasi pendidikan akan dapat membuka ruang kepada alaf baru alam pendidikan, melalui pengembangan bakat yang sedia ada kepada perkembangan pendidikan secara holistik. Hanya apa yang kita perlu ingat bahawa kejayaan itu tidak akan datang bergolek. Usaha dan kerajinan adalah kunci utama bagi merealisasikan apa yang kita inginkan. Kesatupaduan, kekuatan mental dan keagungan sesuatu tamadun, hanya akan kekal melalui pendidikan yang mampu merentas kurikulum dan arus semasa. Bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

RUJUKAN 1. Asmah Haji Omar.1979, Language Plaining for Unity and efficiency. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaysia.

12

2. Datu Dr Haji Julaihi Haji Bujang. Pengarah Pelajaran Sarawak. Usaha-usaha Memantapkan Bahasa Inggeris Dalam Bidang Kurikulum dan Kokurikulum Sekolah ( The Kenyalang Way) 3. Dr Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Memartabatkan Bahasa Melayu di Sekolah: isu,pendekatan, dan cadangan. 4. Prof. Dato Dr Sidek Baba. Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Intelektual. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 5. Surat Pekeliling Ikhtisas BIL.2/2010: Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

You might also like