You are on page 1of 3

Kepupusan Ilora dan Iauna

DeIinisi Ilora dan Iauna


Menurut Kamus Dewan, Flora membawa maksud keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang
terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa.
Manakala Fauna bermaksud seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu.
Kepupusan ditakriIkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah.
Kesimpulannya deIinisi kepupusan Ilora dan Iauna dideIinasikan sebagai kemusnahan dan
kepupusan tumbuh tumbuhan dan haiwan semulajadi.
Faktor-Iaktor yang menyumbang kepada kepupusan Ilora dan Iauna
Kita sering diberi pilihan sama ada kita mahu mengekalkan Ilora (tumbuh-tumbuhan) dan
Iauna (hidupan binatang) ataupun tidak langsung menikmati penambahan kemudahan
inIrastruktur. Bagi kebanyakan kita, mengalah kepada tuntutan pemodenan dan kemajuan kita
korbankan Ilora dan Iauna di sekeliling kita bagi memberi laluan kepada pembangunan.
Implikasinya seperti yang kita lihat sekarang, banyak spesies-spesies Ilora dan Iauna yang
semakin diancam kepupusan. Selain itu, ancaman terhadap spesies-spesies Ilora dan Iauna ini
juga sebenarnya turut semula jadi. Jika kita kaji secara mendalam, punca masalah
kemusnahan Ilora dan Iauna ini adalah manusia sendiri.
Di bawah dikemukakan Iaktor-Iaktor yang menyumbang kepada masalah ini dengan tumpuan
kepada masalah pemusnahan Iauna yang menjejaskan kitaran ekologi secara keseluruhan
kerana kedua-dua unsur itu dan juga manusia sendiri adalah sebahagian daripada elemen yang
perlu ada untuk mewujudkan keseimbangan


Kemusnahan dan perubahan habitat
Seperti yang dinyatakan tadi, aktiviti-aktiviti manusia adalah punca utama kepupusan haiwan.
Contoh aktiviti pemusnahan manusia yang paling jelas ialah pembalakan dan penerokaan
kawasan baru untuk pembangunan. Aktiviti-aktiviti ini akan memusnahkan sesuatu habitat
dan spesies haiwan dalam sesuatu jangka masa tertentu.
Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnah atau mengecilkan habitat haiwan
tertentu seperti harimau dan gajah yang memerlukan kawasan yang luas untuk aktiviti-aktiviti
hidup. Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan kemampuan haiwan-haiwan ini
mencari makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan. Kematian dan
pengurangan bilangan adalah kesan utama yang akan berlaku disebabkan masalah ini
Pembakaran hutan
Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera
menyebabkan spesies-spesies yang terancam yang ada di kawasan tersebut akan musnah.
Lebih menyedihkan, kebakaran hutan yang besar dan tidak dapat dikawal akan memusnahkan
sesuatu spesies haiwan selama-lamanya.

Pemburu haram


Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan negara ini juga adalah Iaktor
kemusnahan habitat dan spesies haiwan. Pemburuan haram berlaku akibat permintaan tinggi
daripada negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Britian dan Eropah terhadap haiwan-
haiwan eksotik yang hanya terdapat di negara ini.
Sukarnya menyeludup haiwan ini daripada dihidu oleh pihak berkuasa menyebabkan haiwan-
haiwan ini sering disembunyikan dalam keadaan yang amat menyedihkan. Menurut kajian
yang pernah dilakukan, daripada 10 haiwan yang diseludup, biasanya hanya seekor sahaja
yang sampai ke tangan pembeli dalam keadaan selamat.
Hal ini menyebabkan nilai haiwan tersebut sangat tinggi dan ini menggalakkan lagi
pemburuan haram. Menyedihkan juga kerana haiwan-haiwan daripada golongan primat
seperti monyet dijual kepada institusi-institusi tertentu untuk tujuan penyelidikan.
Dianggarkan hampir 200,000 primat digunakan setiap tahun untuk tujuan penyelidikan
sehingga menyebabkan beberapa jenis primat hampir pupus kini.
Keperluan barangan berasaskan haiwan



Gaya hidup manusia juga turut menjurus kepada kemusnahan haiwan. Semua sedia maklum,
walaupun pelbagai undang-undang dan peraturan diperkenalkan, masalah memburu binatang
untuk mendapatkan kulit, gading dan bahagian-bahagian badan binatang yang dikatakan
memberi kekuatan pada manusia terus berleluasa. Harimau, memerang, paus, badak, dan
gajah adalah antara binatang yang diburu untuk tujuan tersebut
Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut
keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. Permintaan yang tinggi melalui pasaran
antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini
berleluasa.
Harimau Malaya merupakan satu spesies yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya.
Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau
Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

Pencemaran
Pencemaran yang teruk menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan, terutamanya hidupan
laut. Hidupan seperti ikan lumba-lumba dan paus pembunuh (killer wale) semakin pupus
disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan
manusia yang suka mengotorkan laut.
Beruang Panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara
China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh
juga menjadi penyebab kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan
utama habitat ini.


Perubahan suhu dunia
Faktor ini mungkin satu-satunya punca yang tidak boleh dikaitkan dengan aktiviti manusia.
Fenomena El-Nino umpamanya menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini
menyebabkan ada sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan
dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan menyebabkan kepupusan
hidupan ini.
Langkah-langkah mengatasi kepupusan Ilora dan Iauna
Langkah-langkah mengatasi kepupusan Ilora dan Iauna ialah dengan mendokumentasikan
kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada dalam hutan sebelum sesuatu tindakan mengubah
status kawasan dilakukan,seterusnya ialah dengan mewujudkan sistem pengurusan hutan
berkekalan yang dapat melindungi unsur-unsur hutan terutama kepelbagaian hayat spesis
yang menghadapi bahaya kepupusan misalnya seperti penanaman hutan semula, menghadkan
atau menentukan kapasiti hasilan hutan
Disamping itu, langkah-langkah lain yang boleh dilaksanakan ialah dengan mengiktiraI lebih
banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman laut atau taman negara dengan
keluasan mencukupi serta memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan
khasnya untuk mencegah pembalakan haram (membalak di kawasan perlindungan hutan
Taman Negara ), pemburuan haram atau pemusnahan spesis tumbuhan yang tidak terkawal
seperti tumbuhan jenis orkid .
Selain itu, FRIM, Perhilitan dan juga Jabatan Alam Sekitar perlulah menjalankan usaha
penyelidikan contohnya seperti usaha yang dilakukan oleh pihak Perhilitan untuk mengkaji
kepupusan Harimau Malaya. (Sekarang jumlah hanya 600 ekor seluruh Malaysia ) begitu juga
dengan penguasaan undang-undang oleh kerajaan seperti Akta Kualiti Alam Sekitar EQA
1974 (Pembuangan sisa minyak ke laut di denda RM 500.000) dan Pelan Tindakan
Kebangsaan Pendidikan Alam Sekitar 1986. Disamping itu, Peraduan menulis esei ,puisi dan
kempen-kempen (Cintailah Sungai kita ) juga bolehlah dilaksanakan diperingkat sekolah
untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar.
KESIMPULAN
Sebagai manusia yang sentiasa mengharapkan kebahagian hidup dan menjalani kehidupan
dengan penuh keselesaan, kita haruslah mensyukuri dan menghargai setiap pemberian nikmat
dari Allah s.w.t. yang menjadi keperluan asas bagi kehidupan dengan sebaik mungkin
terutamanya, nikmat air, udara, tumbuhan-tumbuhan, haiwan dan sebagainya yang merupakan
ciptaan Allah sebagai pelengkap kepada kelangsungan kehidupan manusia di atas muka bumi
ini. Sememangnya Allah s.w.t. menjadikan alam ini sebagai kemudahan dan keperluan bagi
kehidupan hambanya. Segala kemudahan dan ciptaan Allah sama ada di langit mahupun di
bumi merupakan nikmat Allah kepada hambanya dan dalam masa yang sama manusia
diamanahkan menjadi khaliIah untuk memikul tanggungjawab mengurus dan mengatur alam
ini dengan baik. Di samping menggunapakai segala kemudahan tersebut untuk urusan
keperluan hidup dengan Iaedah yang terbaik. Dengan ertikata kita tidak melanggar batasan-
batasan yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.,
terutamanya Allah memerintah agar manusia sentiasa menjaga dan memanIaatkannya tanpa
melakukan sebarang kerosakan. Hal ini sebagaimana Iirman Allah dalam surah al-A`raI ayat
56 :

Maksudnya : ' Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan
segala yang membawa kebaikan kepadanya. Dan berdoa`lah kepadanya dengan perasaan
bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terharap-harap (supaya
makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki
amalannya .

You might also like