You are on page 1of 12

PANTUN NASIHAT

Pergi mendaki Gunung Daik Hendak menjerat kancil dan rusa Bergotong-royong amalan yang baik Elok diamalkan setiap masa Air melurut ke tepian mandi Kembang berseri bunga senduduk Elok diturut resmi padi Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da Makan sekapur lalu mati Walaupun banyak ilmu di dada Biar merunduk resmi padi

Daun sirih ulam Cik Da Makan sekapur lalu mati Walaupun banyak ilmu di dada Biar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir Dibawa orang dari hulu Sebarang kerja hendak difikir Supaya jangan mendapat malu
Kemumu di tengah pekan Dihembus angin jatuh ke bawah Ilmu yang tidak diamalkan Bagai pohon tidak berbuah

Tumbuh melata si pokok tebu Pergi pasar membeli daging Banyak harta tak ada ilmu Bagai rumah tidak berdinding Tulis surat di dalam gelap Ayatnya banyak yang tidak kena Jagalah diri jangan tersilap Jikalau silap awak yang bencana

Hendak belayar ke Teluk Betong Sambil mencuba labuhkan pukat Bulat air kerana pembetung Bulat manusia kerana muafakat

Pakai baju warna biru Pergi ke sekolah pukul satu Murid sentiasa hormatkan guru Kerana guru pembekal ilmu Lagu bernama serampang laut Ditiup angin dari Selatan Layar dikembang kemudi dipaut Kalau tak laju binasa badan Padi segemal kepuk di hulu Sirih di hilir merekap junjungan Kepalang duduk menuntut ilmu Pasir sebutir jadikan intan

Budak-budak berkejar-kejar Rasa gembira bermain di sana Kalau kita rajin belajar Tentu kita akan berjaya
Jangan pergi mandi di lombong Emak dan kakak sedang mencuci Jangan suka bercakap bohong Semua kawan akan membenci Buah cempedak bentuknya bujur Sangat disukai oleh semua Jika kita bersikap jujur Hidup kita dipandang mulia

Jikalau tuan mengangkat peti Tolong masukkan segala barang Jikalau anak-anak bersatu hati Kerja yang susah menjadi senang Asam kandis mari dihiris Manis sekali rasa isinya Dilihat manis dipandang manis Lebih manis hati budinya

Kayu bakar dibuat arang Arang dibakar memanaskan diri Jangan mudah menyalahkan orang Cermin muka lihat sendiri

Selasih tumbuh di tepi telaga Selasih dimakan si anak kuda Kasih ibu membaa ke syurga Kasih saudara masa berada
Masuk hutan pakai sepatu Takut kena gigitan pacat Kalau kita selalu bersatu Apa kerja mudah dibuat Bandar baru Seberang Perai Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan tulang berkecai Budi yang baik dikenang juga

Encik Dollah pergi ka Jambi Pergi pagi kembali petang Kalau Tuhan hendak membagi Pintu berkancing rezeki datang Orang haji dari Jeddah Buah kurma berlambak-lambak Pekerjaan guru bukanlah mudah Bagai kerja menolak ombak

Pinang muda dibelah dua Anak burung mati diranggah Dari muda sampai ke tua Ajaran baik jangan diubah

Terang bulan di malam sepi Cahya memancar kepangkal kelapa Hidup di dunia buatlah bakti Kepada ibu dan juga bapa Kapal kecil jangan dibelok Kalau dibelok patah tiangnya Budak kecil jangan di peluk Kalau dipeluk patah tulangnya

Asal kapas menjadi benang Dari benang dibuat kain Barang yang lepas jangan dikenang Sudah menjadi hak orang lain

Tengahari pergi mengail Dapat seekor ikan tenggiri Jangan amalkan sikap bakhil Akan merosak diri sendiri
Kapal Anjiman disangka hantu Nampak dari Kuala Acheh Rosak iman kerana nafsu Rosak hati kerana kasih Tingkap papan kayu bersegi Sampan sakat di Pulau Angsa Indah tampan kerana budi Tinggi darjat kerana bahasa

Anak Siti anak yang manja Suka berjalan di atas titi Orang yang malas hendak bekerja Pasti menyesal satu hari nanti Bintang tujuh sinar berseri Bulan purnama datang menerpa Ajaran guru hendak ditaati Mana yang dapat jangan dilupa

Parang tajam tidak berhulu Buat menetak si pokok Ru Bila belajar tekun selalu Jangan ingkar nasihat guru

You might also like