Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Analisis Persepsi Guru J-QAF Terhadap Penggunaan Bahan Mengajar Berasaskan Teknologi

Analisis Persepsi Guru J-QAF Terhadap Penggunaan Bahan Mengajar Berasaskan Teknologi

Ratings: (0)|Views: 125 |Likes:
Published by izanjalil

More info:

Published by: izanjalil on Dec 09, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/26/2013

pdf

text

original

 
Persepsi Guru j-QAF Terhadap Penggunaan BahanMengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam P &P
ABSTRAK 
Artikel ini membincangkan tahap penggunaan bahan bantu mengajar(BBM) berasaskan teknologi multimedia (TMm) dalam pengajaran guru j-QAF. Dalam meningkat kualiti pengajaran dan pembelajaran,penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran danpembelajaran (P&P) dilihat amat efektif dan sesuai kepada parapendidik. Artikel ini menjelaskan dapatan kajian berkaitan persepsiguru-guru j-QAF terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm dalampengajaran mereka. Kajian ini menggunakan satu set borang soalselidik yang diberikan secara rawak kepada 10 orang guru j-QAF yangmengajar di 6 buah sekolah rendah di Batu Pahat, Johor. Hasil kajianmendapati bahawa guru j-QAF mempunyai persepsi yang sederhanaterhadap penggunaan BBM berasaskan TMm dalam P&P. Kajian ini jugamendapati terdapat masalah peralatanTMm yang dihadapi oleh guru j-QAF.
 
PENDAHULUAN
Di Malaysia, era perkembangan teknologi maklumat telahmempengaruhi pelbagai aspek kehidupan. Kepentingan teknologimaklumat dan komunikasi (TMK) dalam konteks masyarakatberpengetahuan hari ini semakin meningkat, sejajar denganperubahan dimesi dan inovasi dalam TMK. Senario ini menjadi petunjukuntuk menggerakkan Malaysia menuju Negara maju yang membangunmengikut acuannya sendiri menjelang tahun 2020.Berikutan itu juga, perkembangan pesat dalam pembangunanindustri negara dan ledakan teknologi maklumat dapat membantumeningkatkan penggunaan teknologi inovasi dan konvensional ke arahmemartabatkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan pembangunanmodal insan pelajar. Situasi ini menyaksikan perlunya kualiti dalampeningkatan infrastruktur sokongan yang berkesan dalam P&P melaluipenggunaan BBM yang dapat membuka ruang lebih luas kepada paraguru untuk mengaplikasi segala teori, kemahiran dan kepakaran yangsedia ada.Menurut Abd. Rahman (2000), sejak awal tahun 50-an, pelbagaialat teknologi pendidikan (ATP) digunakan dalam P&P sekolah-sekolahdi Malaysia. Walau bagaimanapun, penggunaannya adalah terhad.Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untukkemajuan teknologi pendidikan melalui peruntukan daripada pinjamanBank Dunia kepada sekolah seperti peti televisyen, perakam video danOHP (overhead projecter) yang menelan belanja jutaan ringgit.
 
 Tamadun manusia yang semakin berkembang mendorongpenggunaan teknologi moden dalam sistem pedidikan menjadikanusaha meringkas dan mempermudahkan BBM amat perlu supayakanak-kanak yang baharu memasuki alam persekolahan mudahmemahami pengajaran guru (Ahmad Kilani, 2005). Kenyataan inidisokong oleh Kamarul Azmi dan Ab. Halim (2007) bahawapenggunaan BBM berasaskan teknologi pendidikan boleh dipraktik bagimeningkatkan keberkesanan P&P guru terutama Pendidikan Islam,disamping minat dan tumpuan pelajar dapat ditarik menerusiperancangan penggunaan yang rapi.Oleh yang demikian, menurut Kamaruzzaman et al. (2002), guruPendidikan Islam perlu memperbanyakkan BBM bagi menarik minatpelajar mengikuti mata pelajaran tersebut. Mereka juga perlumempunyai tahap profesionalisme yang tinggi yang tinggi,melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, dan memperbahuruinyasepanjang masa. Hal demikian ini kerana bidang ilmu pengetahuansentiasa berkembang luas.Sehubungan dengan itu, penggunaan BBM berasaskan TMmdalam P&P, dilihat amat efektif dan sesuai untuk dilaksanakan disekolah bagi semua mata pelajaran termasuk Pendidikan Islam.Penggunaan TMm perlu dilihat secara optimis dan dilaksanakan secaraproaktif oleh guru untuk meningkat kemahiran guru dalam pengajarandan kefahaman pelajar dalam pembelajaran. Namun demikian,menurut Rohaya (2003) apa yang berlaku di sekolah secara realitinyamenunjukkan bahawa sistem pengurusan sekolah dan kaedahpengajaran guru masih tidak berupaya untuk mendukung penggunaanBBM berasaskan TMm dalam P&P mereka. Kebiasaannya pelajarditerapkan kepada pembelajaran secara hafalan semata-mata.
PENGGUNAAN BBM BERASASKAN TMm DALAM PENGAJARAN

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->