You are on page 1of 8

PenjagaanKesihatanPergigian

MENGGUNAKANFLOS

Apakah yang dimaksudkan dengan menggunakan flos?


Menggunakan flos dapat membantu menjaga kebersihan gigi. Ia dapat mengeluarkan sisa makanan dan plak gigi yang melekat di antara gigi yang tidak boleh dibersihkan ketika memberus gigi.

Mengapa menggunakan flos penting?


Menggunakan flos dapat membantu menjaga kebersihan gigi. Ia dapat mengeluarkan sisa makanan dan plak gigi yang melekat di antara gigi yang tidak boleh dibersihkan ketika memberus gigi.

Jenis-jenis flos gigi


Ada beberapa jenis flos gigi :

Flos berlilin atau tanpa lilin. Flos berperisa atau tanpa perisa. Pita gigi. Super flos.

Kesemua jenis flos yang dinyatakan di atas berkesan untuk membersihkan gigi jika anda menggunakan flos dengan teknik yang betul.

Berapa kerap anda perlu menggunakan flos?


Biasakan amalan menggunakan flos sekurang-kurangnya sekali sehari terutama sebelum tidur.

Bagaimana sepatutnya anda menggunakan flos?


Ikut langkah-langkah berikut :

Lilitkan sepanjang 18 inci flos di jari hantu dan pegang bahagian 1 inci dengan tegang. Arahkan flos dengan lembut di celah gigi anda.Gerakkan ke atas dan ke bawah beberapa kali dan lengkokkan keliling gigi dan tepi garisan gusi. Gunakan flos untuk membersih gigi belakang yang akhir. Buka flos yang bersih dari lilitan jari dan teruskan membersih gigi.

Bagaimanakah cara menggunakan flos untuk mereka yang kurang upaya?


Gunakan flos dengan pemegang untuk memudahkan dan membantu mereka yang kurang upaya.

Apakah yang perlu diberi perhatian ketika menggunakan flos?


Anda mesti menggunakan cara pergerakan yang betul. Teknik yang salah akan menyebabkan kecederaan pada gusi. Anda mungkin mengalami kesakitan atau pendarahan di bahagian gusi ketika mula menggunakan flos. Jika pendarahan masih berlaku selepas seminggu menggunakan flos, berjumpalah dengan doktor pergigian.

BERKUMUR-KUMUR

Latar belakang
Berkumur-kumur dapat membantu bersihkan sisa makanan dalam mulut, dan cecair yang digunakan dapat mengalir ke bahagian yang sukar dibersihkan seperti di celah-celah gigi. Penggunaan bahan kumuran menambah keberkesanan pembersihan gigi selain daripada memberus dan menggunakan flos. Walau bagaimana pun, bahan kumuran tidak dapat menggantikan penggunaan flos, berus dan ubat gigi.

Jenis bahan kumuran


Terdapat 2 jenis bahan kumuran: 1. Bahan kumuran biasa yang menyegarkan bau nafas. 2. Bahan kumuran terapeutik : o Memberi perlindungan pada jangkitan . o Merawat penyakit dalam mulut.

Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian


Penggunaan bahan kumuran boleh menyebabkan :

perubahan warna pada tampalan gigi sewarna seperti tampalan komposit. rasa mulut membakar. gangguan deria rasa. mulut kering.

Penggunaan bahan kumuran dapat menyegarkan bau nafas buat sementara TETAPI ia tidak merawat punca masalah nafas berbau.

Bagaimana menggunakan bahan kumuran?


Gunakan bahan kumuran seperti yang disyorkan oleh pengeluar.

MEMBERUS GIGI

Mengapa perlu memberus gigi ?


Amalan memberus gigi secara teratur dan berkesan adalah langkah pertama untuk mengekalkan gigi dan gusi yang sihat. Kesihatan mulut yang baik menyumbang kepada penambahbaikan kesihatan dan peningkatan kualiti hidup.

Bagaimana memberus gigi dapat membantu?


Amalan memberus gigi sehingga bersih dan secara teratur membantu :

bersihkan sisa makanan dan plak gigi. cegah kerosakan gigi (karies gigi), penyakit gusi (penyakit periodontal) dan nafas berbau (halitosis).

Perlukah berus gigi ditukar?


Ya, berus gigi perlu ditukar:

apabila bulu berusnya mula kembang atau haus. selepas berlaku jangkitan mulut atau kerongkong seperti batuk. selepas 3 bulan penggunaannya.

Berapa kerap gigi perlu diberus?


Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari terutamanya selepas makan dan malam sebelum tidur. Berus selama 2-3 minit.

Bagaimana memilih berus gigi yang baik?


Pilihlah berus gigi yang mempunyai ciri-ciri berikut :

saiz yang sesuai dengan mulut. pemegang yang selesa dan teguh. bulu berus yang lembut dan hujungnya membulat.

Apakah cara terbaik untuk memberus gigi?


Langkah-langkah berikut dapat membantu anda mengamalkan teknik memberus gigi yang berkesan : 1. Pada permukaan luar dan dalam, letakkan berus pada kecondongan 45 darjah dan mulakan memberus dari gusi ke gigi.

2. Pada permukaan mengunyah, pegang berus gigi mendatar dan berus ke luar dan ke dalam.

3. Pada bahagian dalam gigi hadapan, tegakkan berus gigi dan berus perlahan-lahan ke dalam dan ke luar dengan menggunakan hujung berus.

4. Di celah-celah gigi / kawasan interdental, gunakan berus gigi kecil (berus interdental) dengan gerakan ke luar dan ke dalam. 5. Pegang berus gigi mendatar dan berus lidah dengan menolak berus ke hadapan dan ke belakang.

Adakah petua-petua yang lain?


Pastikan memberus gigi dengan teliti terutama di pinggir gusi dan di celah-celah gigi. Jangan berkongsi berus gigi. Gunakan ubat gigi berfluorida. Simpan berus gigi berasingan (tidak bersentuhan dengan berus gigi lain) untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit melalui bulu berus.

PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN (SNEK)

Tabiat Pemakanan Yang Baik

Tabiat Pemakanan Yang Tidak Baik

Apa itu makanan ringan atau snek?


Makanan ringan atau snek merujuk kepada makanan atau minuman yang diambil di antara waktu makan utama. Mengambil snek yang tinggi kandungan gula dengan kerap boleh menggalakkan kerosakan gigi.

Apakah makanan berkhasiat yang boleh diambil sebagai snek?


Pilihlah snek yang kurang mengandungi gula. Pilihan di tangan anda..

Bila terasa dahaga, pilihlah : o air kosong. o jus buah atau sayur tanpa tambahan gula. o susu segar. Bila ingin makan makanan rangup, pilihlah : buah-buahan seperti jambu batu, dan tembikai. o sayur mentah seperti sengkuang dan mentimun. o kerepek dan kekacang.
o

Bila lapar, cuba :

Sandwich tuna atau telur, biskut tawar, roti,bijirin dan telur rebus.

Adakah gula-gula getah (chewing gum) itu baik?


Mengunyah gula-gula getah yang tidak mengandungi gula adalah baik kerana ia :

meransang pengeluaran air liur yang mana membantu membersih mulut. mengurangkan ketegangan otot muka.

Perhatian :

Anda tidak digalakkan mengunyah gula-gula getah sekiranya memakai gigi palsu dan aplians ortodontik. Gula-gula getah yang mengandungi gula boleh menyebabkan kerosakan gigi.

Adakah coklat dan gula-gula boleh merosakkan gigi?


Anda boleh menikmati coklat dan gula-gula tanpa merosakkan gigi sekiranya dimakan semasa waktu makan utama dan pastikan penjagaan kebersihan gigi diamalkan.

Apa yang perlu diberi perhatian ketika mengambil makanan ringan?

Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan snek yang manis. Baca label kandungan makanan semasa membeli belah. AWAS madu, sirap jagung, glukos dan sirap pekat adalah gula! Elakkan atau kurangkan minuman berkabonat. Amalkan penjagaan kesihatan gigi yang baik. Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.

___________________________________________________________________ Semakan akhir : 27 Mac 2007

You might also like