You are on page 1of 3

Fungsi Bahasa a.

Bahasa Kebangsaan Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diangkat menjadi bahasa utama sesebuah negara yang berdaulat dan lazimnya digunakan sebagai bahasa rasmi negara tersebut.

Ia merupakan lambang jati diri negara dan kewarganegaraan, bukti tentang kedaulatannya yang membolehkan sesebuah negara berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara berdaulat yang lain.

Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan undangundang dan ditetapkan di dalam sesebuah kerajaan negara.

b. Bahasa Rasmi Bahasa yang digunakan dalam perhubungan rasmi, seperti dalam ucapan rasmi dan surat-menyurat. Biasanya, bahasa kebangsaan sesebuah negara turut berfungsi sebagai bahasa rasmi.

Tetapi di Singapura, walaupun bahasa kebangsaannya ialah Bahasa Melayu, tiga bahasa lain turut diisytiharkan sebagai bahasa rasmi, menjadikan jumlah bahasa rasminya empat iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

c. Bahasa Perpaduan

Bahasa yang menjadi alat terpenting dalam pengucapan dan difahami Bahasa yang dipilih telah disepakati dan mendapat persetujuan

semua bangsa. perlembagaan negara.

d. Bahasa Pengantar

Bahasa Melayu sekian lama telah menjadi bahasa pengantar di sekolah, maktab, politeknik dan universiti.

Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan.

Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu.

e. Bahasa Ilmu

Bahasa Melayu tetap mempunyai peranan sebagai bahasa ilmu dalam dunia abad ke-21. Namun, kejayaan Bahasa Melayu dalam tugas ini amat bergantung pada kesediaan pengamal Bahasa Melayu untuk menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu.

Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan moden akan tetap kekal walaupun tidak dinafikan bahawa di negara ini, Bahasa Inggeris turut berfungsi sebagai bahasa untuk menimba ilmu. Keadaan ini tidak bercanggah kerana sudah menjadi dasar pendidikan negara untuk menghasilkan pelajar yang dwibahasa sifatnya.

Jika rasa megah terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak ada dan jika semua pihak lebih selesa menggunakan Bahasa Inggeris, lama-kelamaan fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan berkurangan.

Tetapi, kerana orang Melayu memang optimistik sifatnya, berdasarkan kejayaan Bahasa Melayu dalam 30 tahun yang lalu, potensi yang ada bagi Bahasa Melayu untuk kekal sebagai bahasa ilmu amat cerah.

f. Bahasa Komunikasi

Bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi atau bahasa perhubungan di antara rakyat jelata kerana bahasa itu dapat dipelajari dengan senang dan telah sekian lama menjadi lingua franca penduduk kawasan ini.

Rakyat jelata yang dimaksudkan ialah masyarakat biasa, bukan golongan elit yang, oleh sebab sifat dwibahasa mereka, lebih selesa menggunakan bahasa campuran (Melayu-Inggeris). Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa perhubungan rakyat jelata.

Maka, fungsi pembinaan jati diri akan tetap dimainkan oleh bahasa itu kerana pembinaan jati diri mempunyai ikatan yang erat dengan emosi.

Bahasa sebagai lambang jati diri Umumnya jati diri mempunyai perkaitan yang amat rapat antara individu dengan bangsa, Bahasa Melayu adalah unsur yang tidak dapat dipisahkan daripada jati diri individu. Oleh sebab itu, kedua-duanya perlu dibicarakan serentak dengan melihat lakuan individu bagi menentukan jati dirinya, dan jati diri individu kemudian membentuk jati diri masyarakatnya. Dengan melihat jati diri individu, kita dapat memahami jati diri masyarakat dan dengan melihat jati diri masyarakat, kita dapat memahami jati diri individu. Lazimnya dalam menghuraikan ciri-ciri yang membentuk jati diri sesebuah bangsa, ahli falsafah melihat kepada jati diri individu. Kita dapat menggunakan definisi daripada beberapa orang ahli falsafah Eropah yang membicarakan tentang perkara ini. Joseph Butler (16921752), seorang ahli falsafah Inggeris, menghasilkan idea tentang prinsip pengindividuan. Prinsip ini menyatakan bahawa idea kesedaran atau memori dan proses mengakui sesuatu dengan kesedaran yang tidak dipaksa-paksa kehadirannya dalam memori, jiwa dan perasaan. Persoalannya, apabila berlaku perubahan terhadap dasar bahasa dan tabiat berbahasa bangsa Melayu, apakah yang akan berlaku terhadap jati diri bangsa Melayu?

You might also like