Tajuk : Amalan Berjimat Cermat Mendatangkan Pelbagai Manfaat KepadaSesebuah Negara. Huraikan Kepentingan-Kepentingan dan Langkah-LangkahAmalan Berjimat Cermat.
Pendahuluan :
Istilah “berjimat cermat” sering diuar-uarkan oleh pihak kerajaan pada zamanmuasir ini. Adakah masyarakat Malaysia tidak tahu berjimat cermat? Sebenarnyaberjimat cermat merupakan istilah keramat yang memacu kepada kejayaan sesebuahbangsa dan negara.Tanpa amalan tersebut maka tidak mustahilah negara akanterdedah kepada krisis ekonomi, maka mundurlah ekonomi negara tersebut. Dalamkonteks ini, semua individu dalam sebuah negara memainkan peranan penting dalammengamalkan amalan berjimat cermat. Sesungguhnya, terdapat banyak faedah yangdiperoleh daripada amalan itu.
Kepentingan Amalan Berjimat Cermat.
Apakah kepentingan amalan berjimat cermat?.Isi 1: Persediaan dan Jaminan Masa Hadapan.
Apakah kepentingan amalan berjimat cermat?.
Amalan berjimat cermat membolehkan individu merancang masa depanmereka.
Mengapakah amalan berjimat cermat perlu dilakukan?
Hal ini perlu dilakukan oleh semua orang bak kata pepatah
“beringat sebelumkena, berjimat sebelum habis”
kerana kita tidak menduga sesuatu perkara yang akanberlaku pada masa hadapan.
Bagaimanakah amalan ini perlu dilakukan?
Golongan masyarakat terutamanya ibu bapa perlu mengamalkan sikap berjimatcermat terutamanya dalam aspek kewangan kerana
“sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”
dan
“sehari selembar benang lama-lama menjadi kain”
. Hal ini akan dapatmembantu mereka membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anak apabila melanjutkanpelajaran ke
menara gading
. Masyarakat terutamanya generasi muda perlu merancangperbelanjaan mereka agar tidak berdepan dengan masalah apabila menempuh usiaemas kelak. Kebanyakan warga emas menghadapi masalah kerana mereka gagalmerancang kewangan ketika usia muda. Hal ini perlu dielakkan supaya tidak sepertipepatah
“sudah terhantuk baru tengadah”
.
Contoh
Sebagai contoh, apabila anak-anak berjaya melanjutkan pelajaran, ibu bapaakan memerlukan kos yang banyak. Sekiranya ibu bapa mempunyai wang simpanan,mereka tidak menghadapi apa-apa masalah, sebaliknya jika ibu bapa tidak mempunyaiwang simpanan, mereka akan tertekan dengan kemelut kewangan sekali gus akanmengharapkan biasiswa dan pinjaman daripada pihak kerajaan.
Rumusan isi
Oleh itu, kita janganlah menjadi masyarakat yangn sentiasa mengharapkanbantuan daripada pihak kerajaan dan melahirkan bangsa yang sentiasa bertongkat.