You are on page 1of 6

Pengenalan

Tatabahasa merupakan bahagian penting dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM yang diuji dalam Kertas 1 dan juga Kertas 2. Dalam Kertas 1 tatabahasa diuji dalam bentuk soalan objektif manakala dalam Kertas 2 pula tatabahasa diuji dalam soalan Bahagian D. Penguasaan kemahiran tatabahasa juga amat penting kerana penggunaan tatabahasa yang betul menjadiulang belakang untuk memperoleh markah yang baik dalam Kertas 2 terutama bahagian karangan.

Banyak pelajar menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran tatabahasa.Pelajar-pelajar tingkatan enam sebenarnya telah melalui dua zaman yang berbeza sebelum menduduki zaman prau,iaitu zaman peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).Kedua-dua zaman ini mempersembahkan penulisan karangan yang memberikan penekanan penting dalam aspek tatabahasa.Namun begitu,pelajar Pra Universiti masih berasa sukar untuk menulis karangan dengan menggunakan tatabahasa yang betul.

Pelajar Pra Universiti menyatakan bahawa sukar untuk mereka menulis karangan dan menggunakan tatabahasa yang betul.Selain itu,teknik penulisan karangan yang tidak diberi penekanan dalam tatabahasa pada zaman peperiksaan sebelum ini juga turut mendatangkan masalah kepada mereka.Keadaan inilah yang memberi sedikit cabaran kepada guru-guru yang mengajar karangan bahasa melayu.Sememangnya guru perlu menganjakkan paradigma mereka untuk mengasah mata minda dan akspektasi pelajar bahawa mereka berpontensi untuk menulis karangan dengan tatabahasa yang betul.Syaratnya mereka mesti melaburkan kegigihan dan bermodelkan prasarana yang komprenhensif.

Matlamat kajian
Tatabahasa merupakan bidang yang menumpukan kepada pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa.Matlamat kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan tatabahasa dalam penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Pra Universiti.Selain itu,kajian ini juga bermatlamat untuk melahirkan aspirasi bahasa yang indah,serta menjamin kemantapan karangan bahasa melayu dalam kalangan pelajar Pra Universiti.

Objektif Kajian
Tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu kumpulan sistem yang harus dipatuhi oleh pengguna bahasa sesuatu bahasa itu, dan menjadi dasar untuk melahirkan asperasi bahasa yang baik dan indah, serta menjamin kemantapan bahasa sesuatu bahasa Selepas kajian selesai dijalankan, murid-murid diharapkan dapat mencapai objektif berikut :Objektif Umum Meningkatkan kemahiran tatabahasa dalam penulisan dalam kalangan pelajar Pra Universiti Objektif Khusus i) ii) Meningkatkan pemahaman murid terhadap penggunaan kata kerja berimbuhan. Membina ayat-ayat yang gramatis dalam pelbagai jenis penulisan.

III) Meningkatkan kualiti mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan sekolah dan peperiksaan awam. IV) Dapat membina kemahiran bertutur dengan baik

Persoalan Kajian
Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. Guru-guru perlu memberi penekanan dan perhatian kepada pengajaran bahasa.Mereka perlu mengetahui aspek bahasa yang dikuasai dengan lemah atau belum dikuasai dengan sepenuhnya oleh pelajar.Penekanan yang lebih perlu diberi kepada aspek yang menjadi masalah.Para pelajar perlu di beri penakana tentang sesuatu bidang dan pastikan bahawa mereka benar-benar memahaminya. Guru memainkan peranan besar dalam kejayaan pelaksanaan dan pembelajaran bahasa melayu.Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan yang mantap tentang teori,pendekatan,kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu serta mampu mengaplikasikanya dalam suasana yang sebenar dalam kelas.Ini juga bermakna seseorang guru tidak sahaja perlu mempunyai pengetahuaan yang cukup dalam aspek-aspek yang dinyatakan di atas,tetapi ilmu yang dimiliki harus ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Pengunaan kata singkatan dalam sistem pesanan ringkas,komputer dan laman web sosial seperti facebook,twitter,myspace dan lain-lain lagi merupakan satu punca kelemahan tatabahasa dalam karangan bahasa melayu.kekurangan amalan membaca dalam kalangan pelajar Pra Universiti juga salah satu punca kelemahan tatabahasa dalam karangan.Ini disebabkan masa pembelajaran pelajar Pra Universiti adalah agak panjang dan kebanyakan mereka menghadiri kelas tambahan selepas waktu persekolahan. Sesungguhnya,masalah kelemahan penguasaan tatabahasa dalam karangan bahasa melayu dalam kalangan pelajar pada hari ini adalah satu hakikat yang perlu diberi perhatian oleh pelbagai pihak yang terlibat seperti ibu bapa,para pendidik dan Kementrian Pendidikan Malaysia.Semua pihak haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ini.

Kepentingan Kajian
Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis.

Kajian ini penting kerana ini dapat memberi gambaran tentang pencapaian hasil pembelajaran yang dicapai oleh pelajar-pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam bidang estetik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Gambaran tentang pembelajaran ini boleh memberi input kepada pelbagai pihak seperti guru-guru, penggubal kurikulum, pihak-pihak yang menyediakan soalansoalan peperiksaan, perancang dasar negara, Bahagaian Pendidikan Guru dan Jabatan Pendidikan Negeri yang menyediakan kursus-kursus dalam perkhidmatan serta kursuskursus perkembangan profesional untuk guru-guru, pihak Nazir Sekolah dan akhirnya kepada pihak sekolah dan pelajar-pelajar sendiri. Kejayaan atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahan sastera amat penting dinilai untuk membolehkan proses penambahbaikan dilakukan terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah.Adalah amat penting, seperti yang telah ditunjukkan dalam perbincangan di atas bahawa melalui pembelajaran sastera dalam Bahasa Melayu, pelajar-pelajar membina kemahiran penguasaan tatabahasa yang baik. Tatabahasa membantu menulis ayat dramatik dalam karangan.Selain itu,tatabahasa juga berperanan untuk menghuraikan pemilihan pengguna bahasa itu untuk membina ayat yang baik.Dasar yang asar menjadi pedoman dan pegangan dalam menentukan betul atau salah sesuatu bentuk bahasa pertuturan atau penulisan yang dihasilkan.Peraturan atau hukum bahasa itulah yang dimaksudkan dengan dihasilkan.Peraturan tatabahasa. Peraturan itu akan menentukan bahasa yang kita gunakan itu dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya Kajian diharapkan boleh memberi gambaran kepada pihak sekolah dan para pendidik tentang tingkat penguasaan tatabahasa dalam kalangan pelajar Pra Universiti dan langkah yang patut diambil untuk mengatasi masalah penguasaan tatabahasa dalam karangan bahasa melayu.

Batasan Kajian
a) Batasan kewangan Batasan kewangan menyebabkan kami terpaksa menyesuaikan kaedah kajian berdasarkan yang terhad.Oleh yang demikian,proses pengumpulan data hanya dilakukan melalui soal selidik yang terhad terhadap responden yang dipilih secara rawak. b) Sampel Kajian Sampel kajian ini terdiri daripada 49 orang para pelajar Pra Universiti.Pemilihan responden adalah secara rawak yang dapat mewakili populasi sekolah tersebut.Oleh itu,hasil kajian yang diperolehi tidak memberi gambaran mengenai penguasaan tatabahsa dalam penulisan pelajar di seluruh negara ini. c) Tempoh Masa Tempoh masa yang terhad dalam masa tiga bulan dan kajian ini adalah berdasarkan soal selidik dalam para pelajar Pra Universiti di SMK Mutiara Rini.Johor Bharu. d) Prosedur Kajian Oleh kerana pengalaman membuat kolokium tidak pernah dilakukan semasa peringkat menengah rendah,semasa kolokium ini disediakan, kami terpaksa benyak bertanya kepada penyelia kami.Banyak pembetulan dan penambah baik terpaksa dilakukan.

You might also like