You are on page 1of 2

!!

k81 3013 1LknCLCCl MAkLuMA1 SLkCLAP 8LnuAP





AnAn1PA8A!AP A/L MunlAn u20102043403 LL!13MukasuraL 1

RefIeksi Pengajaran :

Berdasarkan kepada rancangan pengajaran diatas dan video pengajaran, saya
mendapati terdapat beberapa kelemahan dan kelebihan dalam pengajaran bilik darjah saya.
Pada set induksi, saya mendapati bahawa contoh cerita yang saya menceritakan kepada murid
tidak begitu mudah memahami kerana standard bahasa yang saya gunakan aras yang tinggi.
Oleh itu, murid sedikit sebanyak memahami cerita itu. Cerita itu akan menjadi seronok jika saya
menggunakan slide show sebagai bantuan sambil menceritakan kepada murid. Tambahan lagi,
jika memberi pilihan menjawab, situasi pengajaran akan menjadi lebih seronok. Saya akan
membetulkan keadaan pada masa pengajaran akan datang dengan menukar kaedah
penyampaian set indusi seperti ilustarasi komik. Seterusnya di bahagian langkah kedua saya
mendapati bahawa teknik bacaan pantas tidak mencukupi masa. Murid-murid tidak mencukupi
masa untuk membaca petikan. Tambahan lagi, bahan bacaan yang saya berikan merupakan
bahan bacaan yang aras tinggi. Jadi apabila saya menyoal kepada murid, hanya seglitir murid
sahaja yang menjawab soalan saya. Tambahan lagi, contoh-contoh yang saya berikan kepada
murid-murid tidak mencukupi dan membawa kekeliruan .
Jadi, saya harus mempelbagaikan contoh-contoh pengajaran dan memberi penekanan
kepada contoh-contoh kehidupan harian mereka. Dengan itu, murid mudah memahami konsep
pengajaran saya dan juga objektif pelajaran akan mudah mencapai. Dibahagian langkah 3,
saya mendapati bahawa murid-murid tidak mendapat menulis jawapan di kad manila dengan
selesa kerana ruang yang kelas yang tidak mencukupi. Tambahan lagi, suasana bilik darjah
juga kurang sesuai. Hal ini kerana, proses pengajaran ini berlaku semasa pendawaian. Jadi
disebabkan perkara, pengajaran ini dijalankan di bilik muzik. Selain itu, semasa pembentangan
saya mendapati, segelintir ahli kumplan sahaja yang membentangkan dan yang lain tidak
membentangkan. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, saya selepasa ini akan memastikan
semua murid membentang dan menyoal kepada seluruh kelas semasa pembentangan dibuat.
Melalui cara ini, saya dapat menarik perhatian semua murid .Saya juga akan meminta setiap
murid untuk membentang hasil kumpulan mereka. Ketiga tiga objektif pengajaran saya
mencapai .
Hal ini boleh dibuktikan di langkah 3, bahawa murid membaca petikan, menggariskan
petikan dan menulis ayat majmuk di kad manila yang disediakan. Tambahan lagi, ada murid-
murid yang membentangkan hasil kumpulan. Jadi murid-murid memahami konsep pengajaran

!! k81 3013 1LknCLCCl MAkLuMA1 SLkCLAP 8LnuAP



AnAn1PA8A!AP A/L MunlAn u20102043403 LL!13MukasuraL 2

dan teknik pengajaran saya. Murid-murid saya juga melibatkan diri secara proaktif di setiap
aktiviti kumpulan pengajaran. Hal ini dapat dibuktikan dengan murid-murid dapat menjawab
soalan dan murid murid juga dapat dapat merumuskan pengajaran pada hari itu. Saya
mengubah sedikit mengubah rancangan pengajaran saya di langakah pertama kerana
kesuntukan masa. Peruntukan masa yang saya membahagikan pada langkah satu tidak
mencukupi. Terdapat beberapa bahan tambahan atau bahan bantu mengajar yang perlu
ditambahkan seperti LCD, Komputer Riba, slide show atau video clip . Hal ini saya dapat
memperhatikan semasa set induksi dimana murid-murid tidak begitu aktif semasa saya
menceritakan sebuah cerita, jika saya menceritakan menggunakan video clip, murid-murid akan
aktif di set induksi dan juga akan menarik minat murid. Jika saya mendapat peluang untuk
pengajaran yang sama dan kumpulan yang sama, saya akan menambahkan aktiviti dan
menambahkan bahan bantu mengajar. Di set induksi, saya menceritakan cerita dengan
menggunakan bantuan video clip. Selain itu, di bahagian langkah 1, saya akan memberikan
petikan itu dalam bentuk ayat dahulu, kemudian akan menukar kepada perenggan. Seterusnya,
huraian jadual saya akan memeparkan dengan contoh-contoh jawapan murid menggunakan
slide show. Hal ini demikian, untuk menarik minat murid dan mengubah suasana pembelajaran.
Tambahan lagi, untuk huraian contoh-contoh, saya akan menggunakan kehidupan harian murid
serta video clip.
Kesimpulanya, saya akan membetulkan segala kelemahan dan mengekalkan segala
kelebihan yang ada pada saya. Saya juga tidak akan mengulangi kesilapan yang sama pada
pengajaran akan datang. Saya juga akan membahagikan masa dengan secukupnya dan
teratur.

You might also like