You are on page 1of 17

5 Misteri Susu Ibu Terbongkar

http://SusuSihat.com Panduan Lengkap Susu Ibu

Hakcipta Terpelihara SusuSihat.com All Rights Reserved Worldwide 2009

Pengenalan
Banyak perkara dalam breastfeed (BF) yang orang tak tahu sehingga sering disalahertikan sebagai taboo. Kadang-kadang rasa macam banyaknya pantang nak BF ni. Yang agak skeptiknya, orang yang tak pernah BF pun tahu banyak pantang larang BF. Oh, mungkin juga sebab banyak sangat pantang larang sampai dia pun tak BF kot. Bila sebut bab taboo ni, jarang sekali kita nak mengkaji atau sekurang-kurangnya bertanya pada sesiapa yang layak untuk memberi jawapan yang betul. Tapi, kadangkadang orang yang kita boleh harapkan pun percaya pada benda-benda ni. Tahu tak sebenarnya... kebanyakan yang kita duk dengar tak boleh.. tak boleh tu sebenarnya BOLEH! Banyak pendapatlah sebenarnya... terpulanglah pada anda nak percaya dan ikut pendapat yang mana. Tapi pada saya, selagi tak memudaratkan dan tak ada bukti dari segi saintifik atau hukum, buat sajalah. Namun, jika ada sesuatu perkara baru yang kita tidak pernah tahu kebenarannya, ada baiknya kita mengkaji terlebih dahulu kan. Di sini saya kompilasikan beberapa taboo tentang penyusuan yang jarang jarang diketahui kebenarannya. Semoga boleh menjadi panduan bakal ibu atau ibu-ibu yang masih ragu-ragu terhadap perkara tersebut.

Mommy Lyna
http://SusuSihat.com http://MySuperKids.net
HAKCIPTA TERPELIHARA 2009: Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua alat kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada SusuSihat.com

Isi Kandungan
Misteri #1: Menyusu Ketika Mengandung......................... 4 Misteri #2: Menyusu di Tempat Awam .............................. 6 Misteri #3: Menyusu Semasa Anda Sakit.......................... 9 Misteri # 4 Menyusu Melebihi 2 tahun............................. 11 Misteri # 5: Bila Bayi Tak Tembam dan Kurang Berat ... 14 Kesimpulan........................................................................ 16 Recommended Sites......................................................... 17

_____________________________________________________________________________________________ SusuSihat.com Sila rujuk kepada doktor anda untuk sebarang nasihat dan rawatan. Kandungan dalam buku ini adalah untuk maklumat umum semata-mata dan tidak bermaksud untuk menggantikan sebarang nasihat perubatan.

Misteri #1: Menyusu Ketika Mengandung


Ibu mertuaku pernah jugak halang daripada continue BF Hafiy (jantan sulung saya) time mengandungkan anak second, Fahry. Antara alasannya takut-takut anak dalam perut kurang khasiat untuk membesar. Kalau anda pernah meyusukan anak sambil pregnant, mungkin anda juga mengalami dilema yang sama... Namun hakikatnya, mana ada isu kekurangan zat baby dalam kandungan... Sebab, semua zat-zat dari makanan anda; KFC ke, McD ke, Vitamin Shaklee ke & etc., akan diserap oleh bayi dalam kandungan dahulu. Yang lebih-lebih tu (tapi bukan lah hampas-hampas makanan jer) baru la disalurkan kepada anda (ibu) sendiri. Yang kemudiannya, memberi anda tenaga untuk bekerja; atau mungkin juga membesarkan saiz badan anda, dan seterusnya menghasilkan susu untuk anak anda yang dah lahir tu. Tapi... bukan bermakna dah tak ada zat untuk anak yang anda susukan tu. Nama pun ZAT yang disalurkan. Tak adalah masalah kekurangan zat, melainkan anda memang menghadapi masalah kurang zat makanan. Ada juga yang kata, menyusu semasa mengandung tu seolah-olah mencuri hak adiknya. Tak ada dalil terhadap hak siapa-siapa ke atas susu ibu... ia adalah hak anak! Anak besar ke anak kecil ke, selagi berumur 2 tahun ke bawah, adalah hak mereka untuk disusukan. Ada juga kata, nanti si abang hisap darah adiknya! Aduh, susu ibu dihasilkan di mana dan dari apa? Dibuat di dalam rahim ke? Susu ibu kilangnya di payudara, memang betul ada urat dari payudara bersambung ke rahim, tapi susu tu tak datang dari darah si adik. Jangan risau, tiada masalah langsung untuk menyusukan semasa mengandung. Namun begitu, harus diingat, kebanyakan ibu akan mengalami masalah susu merudum secara mendadak sepanjang proses kehamilan kerana perubahan hormon (walaupun
_____________________________________________________________________________________________ SusuSihat.com Sila rujuk kepada doktor anda untuk sebarang nasihat dan rawatan. Kandungan dalam buku ini adalah untuk maklumat umum semata-mata dan tidak bermaksud untuk menggantikan sebarang nasihat perubatan.

ada yang tidak terjejas). Tambahan pula, dengan sendiri. Apa-apa hal pun, sebelum decide sama ada ingin menyusu semasa mengandung atau pun tidak, cuba perhatikan sekiranya anda mengalami kontraksi pramatang, pendarahan atau kesakitan jika pada anda abdomen. teruskan Kerana jugak, dikhuatiri

penghasilan kolostrum semasa trimester

kedua kadang-kala menyebabkan anak yang sedang menyusu akan berpisah susu

penyusuan boleh menjejaskan kandungan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan

normal, kontraksi akibat hisapan payudara oleh anak anda tak lah sekuat kontraksi yang anda alami semasa perhubungan seks. Kalau anda masih melakukan anak? hubungan mengapa Mungkin seks tidak sebab semasa mengandung,

menyusukan

hubungan seks lebih utama? HiHi.. Ingat, jika anda ingin menyusu semasa mengandung, pastikan anda mendapat kalori yang cukup. Fakta: Keadaan Wanita wanita mengandung wanita menyusu wanita mengandung + menyusu Keperluan Kalori 500 KCl 300 KCl 800 KCl

So, kalau anda biasa makan 2 senduk nasi time mengandung, mungkin anda perlu makan 3 senduk kalau mengandung dan menyusu. Anda juga memerlukan rehat yang mencukupi demi kandungan dan juga penyusuan. Alasan yang mantap untuk suami tolong kerja dapur anda
_____________________________________________________________________________________________ SusuSihat.com Sila rujuk kepada doktor anda untuk sebarang nasihat dan rawatan. Kandungan dalam buku ini adalah untuk maklumat umum semata-mata dan tidak bermaksud untuk menggantikan sebarang nasihat perubatan.

Misteri #2: Menyusu di Tempat Awam


Ramai juga ibu (bapa pun) yang segan menyusukan bayi masing-masing di tempattempat awam, contohnya shopping complex seperti KLCC Suria, Mid Valley, One Utama, Mesra Mall, Kuantan Parade etc. Apatah lagi, ibu-ibu generasi masa kini menjadikan shopping sebagai terapi stress yang berkesan! Malah ada juga ibu yang malu untuk menyusu bayi bila bertandang ke rumah saudaramara, terutama kalau ada majlis kenduri ke apa-apa. Sampai ada yang tidak mahu pergi ke tempat macam sebab takut anak minta susu di tengah-tengah ramai. Kalau majlis makan malam company, logik juga lah kalau tak mau pergi, tapi kalau saudara-mara, atau kawan-kawang yang jemput ke majlis mereka, lepas tu kita kata tak boleh pergi sebab breastfeeding, apa perasaan mereka agaknya ya. Entah-entah ada yang terus tak mau breastfeed anak sebab susah nak pergi ke mana-mana. Paling kasihan, sanggup tak balik kampung bila ramai orang, contohnya musim rayalah, sebab segan nak menyusukan anak bila ramai-ramai begitu. Tak eloklah begitu, kata nak menyusu sebab ikut al-Quran, tapi nak korbankan bab silaturrahim, tak molek lah kan. Kalau boleh, biarlah semuanya selari. Anda tidak perlu malu untuk menyusukan bayi di tempat awam sebenarnya. Apa yang anda perlukan cuma pakaian yang sesuai dan mungkin kain penutup yang sedikit lebar, cukup untuk melindungi bayi anda yang sedang menyusu di payudara anda. Kalau bertandang ke rumah sahabat handai dan saudara mara pun, lakukan perkara yang sama. Kalau segan juga, pinjamlah bilik tidur atau bilik apa-apa yang sesuai. Jangan bilik air sudahlah. Bila balik kampung yang tak ada bilik, kalau segan nak tidur ramai-ramai di hall, takut terselak, mintalah izin nak tidur dalam bilik (Takkan satu rumah tak ada bilik langsung
_____________________________________________________________________________________________ SusuSihat.com Sila rujuk kepada doktor anda untuk sebarang nasihat dan rawatan. Kandungan dalam buku ini adalah untuk maklumat umum semata-mata dan tidak bermaksud untuk menggantikan sebarang nasihat perubatan.

kot). Tak patut kalau mak/mentua/nenek kita nak berkira sebab kita bukannya nak bersenang-senang dalam bilik, sebaliknya nak menyusu cucu/cicit mereka kan. Ingat, kita cuma nak menyusukan bayi, bukan mempamerkan buah dada. Jadi, jangan segan-segan, dan coverlah bahagian tu betul-betul. Bab cover tu, kadang-kadang, saya cuma cover guna tudung saja. So, sangat advantage bagi ibu-ibu yang pakai tudung labuh. Memang menarik sekiranya anda cukup konfiden untuk menyusukan anak di manamana saja. Jangan terkejut jika anda sebenarnya boleh menyusu sambil jalan window shopping! Baby sling iaitu carrier yang sesetengah orang gunakan untuk mengendong bayi tu, boleh digunakan jika anda nak bershopping sambil menyusukan anak, tanpa was-was. Sambil berjalan okeh! Cuma pastikan anda memakai pakaian yang sesuai untuk penyusuanlah, jangan pula terselak sana terselak sini. Penyusuan susu ibu sepatutnya menjadi sesuatu yang memudahkan. Anda tidak perlu membawa peralatan untuk menyusu ke mana-mana. Tak perlulah bersusah payah membawa frozen EBM
Percaya tak ada baby dalam sling di bawah tudung itu?

keluar, sebab anda membawa kilang susu bersama kan? Memadai dengan pakaian yang

sesuai dan kain penutup. Kecuali jika anda perlu memandu atau mengikuti rawatan badan atau kelas erobik selama 5 jam tanpa henti yang tidak membolehkan anda menyusu direct, logik jika anda mahu bersusah-susah membawa EBM.
_____________________________________________________________________________________________ SusuSihat.com Sila rujuk kepada doktor anda untuk sebarang nasihat dan rawatan. Kandungan dalam buku ini adalah untuk maklumat umum semata-mata dan tidak bermaksud untuk menggantikan sebarang nasihat perubatan.

Jika tidak, tidak perlulah membuat kerja leceh sebegitu. Leceh? Memang leceh. Mana nak bawa cooler bag, warmer segala. Ingat, EBM beku tidak boleh dibiarkan cair dan hangat dalam suhu bilik! Jadi, jika anda tidak menghadapi situasi yang menjarakkan anda dengan bayi untuk tempoh yang lama, memadailah anda sehelai sepinggang bersama bayi dan diaper beg saja. Senang dan tidak perlukan extra beg, bukan? Malah jika kain penutup anda jenis yang nipis dan ringan, anda cuma perlu masukkan dalam beg tangan ajer.

***P/S: OK, saya memang tiada diaper bag, cuma membawa beg tangan saja keluar, dengan extra diapers je!

_____________________________________________________________________________________________ SusuSihat.com Sila rujuk kepada doktor anda untuk sebarang nasihat dan rawatan. Kandungan dalam buku ini adalah untuk maklumat umum semata-mata dan tidak bermaksud untuk menggantikan sebarang nasihat perubatan.

Misteri #3: Menyusu Semasa Anda Sakit


Pernah sekali seluruh keluarga saya dijangkiti demam. Paling teruk, Hafiy sampai demam panas, 400C! Saya sendiri demam flat seminggu. Sehingga suami saya pesan tak payah la susukan Fahry, takut nanti dia pun demam. Tapi, betul ke kalau demam ibu tak boleh susukan anak? Sebenarnya, walaupun demam panas mendidih ke, demam kepialu ke, or even demam chikunguya, ibu-ibu masih boleh menyusukan bayi mereka. Even ibu yang kena breast cancer pun masih boleh menyusu... Malah amatlah digalakkan! Kecuali kalau anda ada jangkitan HIV lah, dan jika doktor pakar yang pro-BF atau LC menasihatkan supaya jangan. Jangan memandai dari mereka pula nanti lain pula jadinya..... Sewaktu sakit, susu badan akan menghasilkan antibodi melawan penyakit yang anda tengah alami tu. Dan sekiranya bayi anda diberi minum susu tersebut, secara tidak langsung dia pun mendapat antibodi anda dan melindunginya daripada penyakit itu. Tidak perlu makan antibiotik? Itu kena tanya doktor la ma... Amaran... Seandainya, anda demam dan anak susuan anda dijangkiti sakit yang sama, jangan ingat itu disebabkan jangkitan daripada susuan ok. Sebab itu adalah sangat mustahil.
_____________________________________________________________________________________________ SusuSihat.com Sila rujuk kepada doktor anda untuk sebarang nasihat dan rawatan. Kandungan dalam buku ini adalah untuk maklumat umum semata-mata dan tidak bermaksud untuk menggantikan sebarang nasihat perubatan.

Anak anda dijangkiti sakit mungkin kerana terdedah kepada jangkitan virus daripada udara, sentuhan, cecair badan dan sebagainya. Jika berlaku kepada anda, JANGAN BERHENTI MENYUSU! Anda perlu memberikan antibodi yang cukup kepada anak anda supaya dia cukup kuat melawan pemyakit. Anda tergolong dalam golongan orang yang rugi jika anda berhenti menyusu bila bayi anda sakit kerana dia gagal mendapatkan mendapat antibodi yang tubuh anda hasilkan. Jika anda dijangkiti penyakit semasa menyusu, beritahu doktor anda dan make sure anda dibekalkan ubat yang sesuai dengan wanita menyusu. Sebab ada beberapa jenis dadah dan boleh meresap ke dalam air susu. Jangan malu-malu nak beritahu doktor yang anda BF. Silap-silap dia beri ubat yang tinggi kandungan sedatifnya, bayi boleh mengantuk sama. Bahaya kalau bayi bawah 6 bulan termengantuk sebab dadah ni. Kerana tu hospital jarang yang bagi ubat batuk pada bayi. Silap gaya, dalam mengantuk-ngantuk tu nyawa boleh malayang, sebab mereka lupa nak bernafas!

_____________________________________________________________________________________________ SusuSihat.com Sila rujuk kepada doktor anda untuk sebarang nasihat dan rawatan. Kandungan dalam buku ini adalah untuk maklumat umum semata-mata dan tidak bermaksud untuk menggantikan sebarang nasihat perubatan.

Misteri # 4 Menyusu Melebihi 2 tahun


Dalam masyakarat kita, menyusu melebihi usia anak 2 tahun memang satu kontroversi. Ada orang kata, bila menyusu lebih 2 tahun, anak jadi bodoh la, sakit la etc. Atas alasan, susu ibu dah tak cukup zat, dan jadi racun. Dan jugak, biasalah kan, bila budak-budak dah boleh berjalan, kalau masih menyusu mesti ada yang cakap Apa ni dah besar pun nenen lagi, tak malu ke?, padahal budak tu tak sampai 2 tahun pun lagi. Hafiy pun kena ni! Kalau dah 2 tahun lebih apatah lagi, confirmconfirm kena kutuk manjang! Ada juga berpendapat kalau menyusu melebihi usia 2 tahun anak tersebut mudah dijangkiti penyakit-penyakit berkaitan darah dan sebagainya. Tidak kurang juga yang mengaitkan penyusuan melebihi usia 2 tahun dengan salah orientasi seksual bila anak dah dewasa! Malah ada yang juga kata kalau menyusu melebihi usia 2 tahun, bukan memberi anak susu tetapi darah! Darah putih Mahsuri tu kot... Dahsyat tak??? Tapi tu orang kata la... Kalau ada orang cakap macam tu kat saya, sure kene tembak balik punya... Sebenarnya tiada bukti, fakta atau nas yang memperkatakan tentang perkara tersebut. Malah, di luar Negara ada ibu yang menyusukan anak sehingga usia anak tersebut 8
_____________________________________________________________________________________________ SusuSihat.com Sila rujuk kepada doktor anda untuk sebarang nasihat dan rawatan. Kandungan dalam buku ini adalah untuk maklumat umum semata-mata dan tidak bermaksud untuk menggantikan sebarang nasihat perubatan.

tahun tanpa sebarang masalah. Anak yang disusukan bijak dan sihat seperti kanakkanak lain juga. Sebab Quran (untuk Muslim) pun dah cakap, Ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan al-Baqarah ayat 233. Ibnu Kathir pula ada menerangkan tentang maksud nsempurnanya sebuah penyusuan, adalah syarat seorang bayi untuk menjadi anak susuan (menjadi mahram kepada ibu yang menyusui serta mahram kepada anak-anak ibu tersebut) iaitu mesti berumur kurang dari 2 tahun. Jika anak yang menyusui itu melebihi usia 2 tahun, dia tidak akan menjadi anak susuan. Imam Malik beritahu Jika seorang anak itu berhenti menyusu dari ibunya semasa berumur 2 tahun, dan kemudian menyusu dari ibu lain, dia tidak akan menjadi anak susuan ibu itu. OK, Imam Malik tak kata tidak boleh menyusu badan lepas anak berumur 2 tahun, cuma dia kata tidak menjadi anak susuan kalau menyusu dengan orang lain lepas umur 2 tahun. Maknanya, boleh lah kan? Tiada halangan jika anda nak menyusu anak sampai umur 9 tahun sekalipun. Malah dikatakan Imam Ghazali menyusu dari ibunya sampai umur 5 tahun! Agak-agak siapa lagi bijak, Imam Ghazali ke kata-kata orang di atas? Tapi, betul ke susu badan lepas anak umur 2 tahun dah tiada khasiat lagi? Menurut kajian, susu yang dihasilkan selepas anak berumur 2 tahun mengandungi lebih lemak (lemak untuk baby membesar, bukan lemak kolestrol tau) dan masih berkhasiat. Seorang pakar laktasi pernah juga beritahu saya, penyusuan melebihi 2 tahun akan menyebabkan anak tersebut mengalami masalah untuk bercerai susu, bukan menyebabkan dia sakit atau apa...
_____________________________________________________________________________________________ SusuSihat.com Sila rujuk kepada doktor anda untuk sebarang nasihat dan rawatan. Kandungan dalam buku ini adalah untuk maklumat umum semata-mata dan tidak bermaksud untuk menggantikan sebarang nasihat perubatan.

Memang benar, ada doktor, malah ustaz dan ustazah yang mengatakan tidak boleh menyusukan melebihi usia 2 tahun sebab ayat Quran kat atas tadi tu menghadkan menyusu sampai 2 tahun saja... Had, OK, so full stop. Tapi, bila sesuatu tu tak dinyatakan dengan jelas, terpulang kepada pakar-pakarnya untuk mengeluarkan pendapat. Dalam Islam pun terdapat perbezaan pendapat, dan amat digalakkan bila ada berbeza pendapat ni. Malah, antara 4 imam pun pendapat tak sama, tapi tak ada yang salah. So, terpulanglah pada anda nak ambil pendapat yang mana dalam hal menyusukan anak ni. Nak menyusu sampai 2 tahun ke, 3 tahun ke, 5 tahun ke, selagi larat, layan saja lah... Walau bagaimapun, kena ingat, walaupun bercerai susu badan, anak anda tu tetap kena minum susu untuk bekalan zat-zat terutamanya kalsium. Kalau anda nak beri susu lembu, boleh la beri sebab dah 2 tahun lebih pun. Kalau nak teruskan menyusu pun tak apa. Itu lebih baik kan? Free lagi... Cuma, sekiranya anda nak menyusukan anak selepas dia dah 2 tahun, pastikan anda meneruskan diet yang sihat seperti sebelumnya. Dan berikan anak makanan pejal yang sesuai dengan usianya. Sebab dah 2 tahun lebih, mereka lebih memerlukan makanan pejal dari susu. Sebab tu la anak susuan cuma sah di bawah usia 2 tahun je. Sebab bila dah 2 tahun lebih, kalau diberi susu sahaja, dia takkan kenyang punya, confirm!

_____________________________________________________________________________________________ SusuSihat.com Sila rujuk kepada doktor anda untuk sebarang nasihat dan rawatan. Kandungan dalam buku ini adalah untuk maklumat umum semata-mata dan tidak bermaksud untuk menggantikan sebarang nasihat perubatan.

Misteri # 5: Bila Bayi Tak Tembam dan Kurang Berat


Macam-macam pendapat orang tentang ni. Ada yang kata, bayi susu ibu ni badannya kurus. Ada yang kata badannya tegap. Ada yang kata bayi FM cepat besar. Macammacam lah. Tapi, betul ke? Hafiy saya lahirnya 3.3 kg, sebulan umur, beratnya 5 kg. 2 bulan 6.3 kg. 3 bulan 7.4 kg. Menyusu badan je. Tak pernah pula saya bagi dia FM ataupun nestum dalam botol susu supaya cepat besar. Mak saya pun tak pernah bagi rasanya sebab tak pernah ada tin nestum kat rumah. Bayi ni, tak kira la menyusu badan ke menyusu apa ke, dia punya growth rate atau kadar tumbesarannya unik dan tak sama antara satu dengan yang lain. Banyak la faktor nya... metabolisma, keturunan dsb. Sebab tu ada baby yang debab, ada yang kurus keding, ada yang bulat dsb. Cuma, bila bayi yang menyusu tak mencapai berat yang sepatutnya, atau pun dia memang capai berat yang sepatutnya tapi tak sedebab bayi-bayi yang lain, ramai yang suka buat assumption yang sebab ibu tu tak cukup susulah atau susu dah kurang khasiat. Paling lawak, ada yang kata susu awal pagi kalau minum akan memudaratkan bayi tersebut sebab susu dah basi! Kalau nak tahu sebab sebenarnya, bawalah bayi anda jumpa doktor. Sesetengah doktor atau misi, kalau dibawa bayi macam ni kepadanya, for sure kena suruh bagi FM dah. Betul ke tindakan tu?

_____________________________________________________________________________________________ SusuSihat.com Sila rujuk kepada doktor anda untuk sebarang nasihat dan rawatan. Kandungan dalam buku ini adalah untuk maklumat umum semata-mata dan tidak bermaksud untuk menggantikan sebarang nasihat perubatan.

Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira tentang pertambahan berat bayi. Adakah berat bayi anda tidak bertambah langsung, bertambah dengan kadar sangat perlahan atau tidak bertambah dengan pesat tetapi tetap bertambah di dalam kadar pertumbuhan yang sederhana? Sekali lagi, kena ingat, perkembangan setiap bayi adalah unik. Walau macamana pun, jangan sampai anak kurang berat, anda buat tak tahu pula. Kalau yang cakap bayi anda tak cukup berat badan itu adalah doktor yang pakar dalam hal bayi dan kanak-kanak, sangat-sangatlah boleh diterima. Kalau yang cakap tu, orang-orang yang sangat tinggi kepakarannya dalam bidang bezamembeza, lebih baik buat tak tahu saja. Bukan apa, kadang-kadang orang ni, bila anak dia tembam dan anak orang lain tak, suka la cakap anak dia je yang sihat, susu dia je yang bagus. Ingat, setiap baby adalah unik! Kalau anda rasa berat bayi tidak cukup menggalakkan, cuba bawa jumpa Paed yang pro-BF. Macam saya cakap tadi, kalau yang tak pro-BF sure diberi FM terus. Kalau yang pro-BF, atau lagi bagus Paed cum LC, dia mungkin akan periksa benda lain berkaitan BF, contohnya kot anak anda ada masalah latching ke, hisapan tak kuat ke, dan sebagainya yang membuatkan dia tak dapat hisap susu dengan secukupnya. Mereka ni ada cara-cara nak mengatasi masalah ni, bukan terus bagi FM. Tapi biasanya kalau anda bawa bayi anda ke pemeriksaan bulanan, anda tak perlu risaulah, doktor atau misi akan beritahu jikalau bayi anda ada masalah berat. Yang jadi masalah kalau tukang beritahu yang anak anda tak cukup berat dan suruh bago FM tu tak ada kaitan langsung dengan institusi kesihatan.

_____________________________________________________________________________________________ SusuSihat.com Sila rujuk kepada doktor anda untuk sebarang nasihat dan rawatan. Kandungan dalam buku ini adalah untuk maklumat umum semata-mata dan tidak bermaksud untuk menggantikan sebarang nasihat perubatan.

Kesimpulan: Jangan Dengar Cakap Orang!


Memang sukar untuk ibu-ibu menyangkal beberapa pendapat umum tentang breastfeed. Apatah lagi untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak mereka dan tak tahu langsung pasal breastfeed. Oleh yang demikian, saya rasa terpanggil untuk melancarkan SusuSihat. Sedikit sebanyak, saya dapat mendidik ibu-ibu baru terutamanya (ibu dah anak 10 pun ok jugak) untuk mendapatkan ilmu-ilmu breastfeed yang jarang didapati di kedai buku. Lebih utama, saya bukukan pengalaman pahit dan manis menyusukan anak-anak saya (yang masih lagi menyusu hingga kini) untuk panduan rakan ibu atau bakal ibu. Paling tidak, anda tahu apa yang perlu anda expect kalau anda berazam untuk breastfeed dan paling penting, tahu soalan apa nak tanya kepada doktor, misi atau Paed masingmasing.

_____________________________________________________________________________________________ SusuSihat.com Sila rujuk kepada doktor anda untuk sebarang nasihat dan rawatan. Kandungan dalam buku ini adalah untuk maklumat umum semata-mata dan tidak bermaksud untuk menggantikan sebarang nasihat perubatan.

Recommended Sites:
1. http://MamaModern.com - Nursing Bra Store Online. 2. http://LittleWhiz.com - Baju Menyusu, Breastpump, Accesories & Baby Sling. 3. http://MomsChoice.com.my Cooler Bag, Chiller & Nursing Bra.

_____________________________________________________________________________________________ SusuSihat.com Sila rujuk kepada doktor anda untuk sebarang nasihat dan rawatan. Kandungan dalam buku ini adalah untuk maklumat umum semata-mata dan tidak bermaksud untuk menggantikan sebarang nasihat perubatan.

You might also like