You are on page 1of 7

BAB 1

PENGENALAN





1.1 PendahuIuan

Dalam memenuhi syarat penganugerahan sijil/diploma Polliteknik, setiap
pelajar Kejuruteraan Politeknik Sulatan Salahhudin Abdul Aziz Shah perlu menjalani
satu Program Latihan ndustri yang dikendalikan oleh unit perhubungan Latihan
ndustri PSA. Setiap pelajar akan mengikuti latihan di semua sektor yang berkaitan.
Baik disektor awam atau swasta ianya bergantung kepada kesediaan Jabatan atau
Firma untuk menerima pelajar menjalani latihan industri mengikut kursus yang diambil
oleh pelajar.

Tujuan utama latihan industri ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada
alam pekerjaan yang sebenar dan secara tidak langsung ia juga dapat
menghubungkan latihan akademik secara formal di politeknik dengan latihan amali
apabila pelajar telah tamat pengajian melangkah ke alam pekerjaan kelak.

Dalam pada itu juga, pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi
secara teori semasa menjalani latihan industri. Secara tidak langsung pelajar dapat
memantapkan lagi daya pemahaman mereka berkaitan dengan apa yang dipelajari
dan diperolehi di dalam kuliah.

Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa apa yang dilakukan semasa
menjalani latihan industri tidak semestinya sama dengan apa yang di pelajari di

Politeknik. Dengan ini ianya dapat menilai inisiatif pelajar apabila diberi suatu tugas
yang tidak selaras dengan tugas yang diambil.

Melalui latihan industri juga, pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran serta
menambah kecekapan berkomunikasi dengan majikan dan rakan-rakan sekerja.
Menambah keyakinan pelajar dalam berperanan sebagai seorang jurutera di dalam
situasi kerja sebenar. Oleh itu, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Latihan ndustri ini
adalah memang berguna dan perlu sebagai persediaan sebelum menempuh alam
pekerjaan nanti.


1.1.1 Objektif Latihan Industri

Para pelajar yang mengambil apa-apa jua kursus di mana-mana Politeknik
haruslah menjalani latihan industri dalam tempoh masa yang ditetapkan salah sebuah
firma yang telah dipilih oleh para pelajar dan telah mengadakan perjanjian
persefahaman dengan pihak politeknik.

Latihan industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas pelajar
politeknik sebelum melayakkan untuk penganugerahan sijil/diploma daripada pihak
polteknik. Setiap pelajar mestilah lulus dalam menjalani latihan industri sebelum
dibenarkan memasuki semester seterusnya. Antara objektif latihan industri adalah
seperti berikut :

Membina pesonaliti individu yang positif.
Melatih kemahiran berkomunikasi.
Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.
Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan.
Mempelajari cara menghasilkan laporan harian latihan industri.

Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa Latihan ndustri sebenarnya penting
untuk menilai sejauh mana kebolehan yang ada pada diri pelajar. Sekaligus
membentuk persediaan kepada pelajar untuk menghadapi realiti sebenar apabila
menempuhi alam pekerjaan nanti.



1.1.2 Objektif Laporan

Setelah tamat menjalani Latihan ndustri di sesebuah firma, setiap pelajar
diwajibkan menyediakan satu laporan lengkap dan mengikut piawaian yang telah
ditetapkan oleh pihak politeknik. Tujuannya adalah untuk menilai sejauh mana
keberkesanan latihan yang telah dijalankan oleh setiap pelajar sepanjang tempoh yang
telah ditetapkan.

Laporan ini perlu dibuat kerana ianya merupakan satu dokumen yang penting
untuk dijadikan bahan bukti terhadap latihan yang telah diikuti. ni merupakan satu
cara mendokumentasikan segala aktiviti yang dijalankan sepanjang menjalani latihan.
a juga dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan untuk temuduga kelak.

Laporan yang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarah
yang berkaitan setelah para pelajar kembali mendaftar untuk semester yang
seterusnya. Laporan yang telah disediakan ini mestilah difahami oleh pensyarah yang
akan membuat penilaian serta rujukan terhadap laporan ini.


1.1.3 Kepentingan Latihan Industri Kepada PeIajar

ndustri yang telah dijalani oleh setiap pelajar mempunyai kepentingan yang
tersendiri. Antaranya ialah :

Dapat meningkatkan dan memahirkan diri dengan mempraktikkan
kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari dalam latihan industri.
Dapat mengaitkan teori teori dan amali yang telah dipelajari dengan
aktiviti aktiviti yang telah dilakukan dalam tempoh latihan industri
dijalankan.

Dapat mempelajari sifat bekerja dalam pasukan, tolong menolong dan


menjalinkan hubungan yang baik dengan pekerja dan pihak firma atau
syarikat.
Dapat mempelajari kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang
baru untuk menambahkan lagi ilmu tentang bidang yang akan diceburi.
Dapat membina daya ketahanan diri, mental dan fizikal dalam
mengharungi alam pekerjaan yang penuh dengan cabaran.
Dapat mempelajari selok belok dalam pengurusan dan pentadbiran
sesuatu firma atau syarikat.
Memupuk sahsiah diri supaya sentiasa berdisiplin dan
bertanggungjawab dalam menjalankan tugasan yang diberikan.
Dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran skil setiap individu dalam
melakukan sesuatu pekerjaan yang diamanahkan.
Melengkapkan salah satu skema yang telah disyaratkan dalam
penganugerahan sijil atau diploma kepada pelajar politeknik.

Dapat disimpulkan di sini bahawa Latihan ndustri yang telah dijalani oleh
setiap pelajar mempunyai kepentingannya sendiri dan amat berguna sebelum
menempuhi alam pekerjaan.







1.2 Sejarah Syarikat Hashim Bakar Sdn Bhd

Hashim Bakar Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat milik bumiputera yang
mula beroperasi sejak tahun 1985 di Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi. Syarikat ini,
menjalankan perniagaan jual beli atau trading perabot kemudian berkembang maju
dengan mengorak setapak ke hadapan menjadi sebuah syarikat pembuatan dan

penjualan perabot. Sebelum syarikat dikenali sebagai Hashim Bakar Sdn Bhd syarikat
diberi nama Hias Bina ndustri yang dimiliki sepenuhnya oleh Encik Hashim Bin Abu
Bakar. Kini Hashim Bakar Sdn Bhd memiliki sebuah showroom yang bertempat di
Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi, sebuah kilang yang sedang beroperasi di Permatang
Kerai Besar dan sebuah kilang lagi yang masih dalam pembinaan di Pongsu Seribu.
Rajah 1.2 menunjukkan logo bagi Syarikat Hashim Bakar Sdn Bhd.


Rajah 1.2 Logo bagi Syarikat Hashim Bakar Sdn Bhd.


1.3 Latar beIakang Syarikat Hashim Bakar Sdn Bhd

ama Firma : HASHM BAKAR SD BHD
ama Pengarah: TUA HJ. HASHM B ABU BAKAR
Tahun Ditubuhkan: 1985
Alamat firma : 1780, PERMATA KERA BESAR,
13210 KEPALA BATAS, S. P. U.
o.Tel: 04-5754062
o.Faks: 04-5752632
Pengkhususan: Pembekal dan membuat perabot
Kemudahan


1.3.1 Fungsi Syarikat

a) Perkhidmatan
Pembekal bahan produk berasaskan kayu.
Pemasangan bahan produk.


1.4 AhIi Iembaga pengarah

a) Pengarah urusan
Memastikan operasi syarikat berjalan lancar dan selaras dengan
matlamat.
Memastikan perhubungan yang baik antara syarikat dan pelanggan.

b) Pengarah kewangan dan pentadbiran
Melapor sesuatu perkara kepada pengarah urusan.
Bekerjasama dengan kakitangan lain untuk mentadbir Bahagian
Kewangan dan Pentadbiran.

c) Pengurus pengeluaran
Berhubung sesuatu perkara secara langsung dengan Pengarah Urusan.
Bekerjasama dengan pegawai dan kakitangan dari bahagian-bahagian
lain agar melahirkan suasana kerja yang baik.




1.5 Aktiviti Syarikat

Syarikat Hashim Bakar Sdn Bhd menjalankan pelbagai jenis aktiviti
perniagaan. Syarikat ini menjalankan aktiviti membuat dan membekalkan perabot
perabot untuk kediaman, pejabat, kilang, hospital, sekolah menengah mahupun
rendah, kolej dan institusi institusi pengajian tinggi. Perabot perabot yang
dibekalkan dan dihasilkan oleh syarikat ini sentiasa menepati citarasa para pelanggan
dari dulu dan kini. Kebanyakkan perabot perabot ini ditempah oleh kerajaan dan
orang perseorangan dari sekitar Pulau Pinang mahupun Kedah.



1.6 HaIatuju Syarikat


Untuk mengeluarkan dan menyediakan produk serta perkhidmatan berkualiti
bagi memenuhi keperluan pelanggan serta mampu berdaya saing dan berdaya maju.
Selain itu juga, Hashim Bakar Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang
mementingkan kepuasan para pelanggannya. Di samping itu, Hashim Bakar Sdn Bhd
mengembangkan pembuatan perabot di sektor swasta mahupun kerajaan. Contohnya
Hashim Bakar Sdn Bhd menjalankan kegiatan pemasangan perabot di sekolah, kilang
swasta, kolej dan uniersiti. Hashim Bakar Sdn Bhd bukan sahaja beroperasi di negara
Malaysia sahaja tetapi turut menjalankan kegiatannya di negara luar.

You might also like