You are on page 1of 7

Huraian Pembelajaran Maya dari Perspektif Falsafah Merujuk kepada artikel tersebut, cabang falsafah yang banyak digunakan

ialah teori ilmu pengetahuan iaitu epistemologi. Cabang falsafah ini memberi fokus kepada ilmu pengetahuan iaitu ke arah persekitaran pembelajaran maya. Di dalam artikel ini ditulis tentang keberkesanan penggunaan pembelajaran maya, .iaitu cara-cara memperoleh ilmu pengetahuan secara moden yang telah dilaksanakan di beberapa buah sekolah. Contohnya laporan Berita Minggu; Ahad, 20 Mac 2011 negeri Terengganu telah mengubah landskap pendididkan sebagai peneraju dalam penggunaan komputer riba mini menggantikan buku teks. Peranan guru hanya sebagai fasilitator manakala pelajar-pelajar hanya perlu mengakses maklumat secara kendiri. Cabang Falsafah kedua yang diutarakan ialah logik. Logik merupakan cabang falsafah yang berkaitan dengan pemikiran atau hujah yang betul atau sebaliknya. Ini jelas dinyatakan berdasarkan kajian Dr. Norrizan Razali, dapatan kajian di Hong Kong, Britain, Singapura dan Ireland akan keberkesanan pembelajaran maya yang mampu menarik minat dan memotivasikan pelajar termasuk pelajar yang bermasalah. Cabang falsafah yang seterusnya ialah aksiologi yang mana lebih tertumpu kepada persoalan nilai dan sistem nilai. Dalam artikel, falsafah ini diterapkan secara tidak langsung iaitu dari sudut nilai moral dan perubahan tingkah laku individu itu sendiri . Perubahan sikap individu yang mula berjinak-jinak dengan pembelajaran maya menunjukkan telah berlaku perubahan positif dalam dirinya.

10 Sebagaimana yang kita sedia maklum lazimnya isi kandungan pembelajaran maya biasanya digubal dengan teliti sebelum dijelmakan dan pastinya mengandungi nilai-nilai etika dan estetika. Etika ditakrifkan sebagai persoalan tentang nilai,moral dan peraturan dan tingkah laku manusia yang betul. Estetika pula memberi pengertian tentang pemahaman dan pengamatan intelektual. Bahan-bahan

pembelajaran yang mengandungi unsur-unsur penerapan nilai positif ini secara tidak langsung akan keperibadian pelajar. Berdasarkan kesemua cabangmembantu membentuk

Epistemolog i
Fokus kepada ilmu pengetahuan

maksud tersebut cabang falsafah yang

diterapkan amat berkait rapat dengan pendidikan dan kehidupan kita.

11 07. Peta Minda

Logik
Berkaitan dengan pemikiran atau hujah yang betul atau sebaliknya

Aksiologi
Penerapan secara tidak langsung

Etika
Persoalan tentang nilai, moral dan peraturan tingkah laku manusia yang betul

Estetika
Pengertian tentang pemahaman dan pengamatan intelektual

12

Ibu Bapa

Masyarakat

Penglibatan semua golongan masyarakat Warga sekolah Penjaga

Hong Kong, Britain, Singapura, Ireland

Pentadbir Pentadbiran Sekolah Kemudahan ICT

Pertukaran Maklumat

Tertumpu hanya pada musim peperiksaan sahaja

Penambahbaikan Keberkesanan Pemantauan

Tidak menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat

Perlantikan pasukan Khas Strategi pemantauan

Maklum balas

E-Learning
13 08. Kesimpulan

Sebagai kesimpulan dapatlah kami merumuskan bahawa artikel yang membincangkan Ke arah persekitaran pembelajaran maya merupakan tajuk menarik untuk di ketengahkan. Artikel ini ditulis dengan menghubungkaitkan konsep falsafah dengan perkembangan pendidikan dan kehidupan manusia sejagat. Hasil perkongsian dapatan dan lawatan ke sekolah-sekolah di luar negara yang dibuat oleh Dr. Norrizan Razali banyak menekankan perkara-perkara yang boleh dijadikan model pelaksanaan pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beliau berpendapat sekolah-sekolah di negara kita perlu mencontohi beberapa buah negara seperti Hong Kong, Britain, Singapura dan

Ireland yang telah berjaya melaksanaan persekitaran pembelajaran maya (virtual learning environment) secara menyeluruh di sekolah-sekolah. Melihat keberkesanan dan kejayaan sekolah-sekolah tersebut, justeru kita harus mengubah tanggapan terhadap kekangan yang berlaku di negara kita . Kita harus menjadikan ICT sebagai enabler untuk pihak sekolah melalui proses inovasi penyampaian pendidikan di peringkat sekolah secara menyeluruh. Beberapa langkah telah dikenal pasti ke arah inovasi pendidikan ke arah persekitaran pembelajaran secara maya ini. Antaranya ialah kesediaan kepimpinan sekolah ke arah usaha membangunkan dasar menyeluruh sekolah bagi tujuan pelaksanaan program tersebut. Matlamat tersebut mesti praktikal, boleh dicapai dan boleh mengatasi masalah berhubung pengajaran dan pembelajaran. 14 Selain daripada itu, pelaksanaan juga perlu melibatkan kesemua warga sekolah termasuk ibu bapa dan masyarakat. Program-program untuk meningkatkan kemahiran perlu diatur supaya penglibatan lebih aktif dalam pelaksanaan yang dirancang. Pemantauan perlu dijalankan untuk melicinkan keberkesanana pelaksanaan di samping maklum balas daripada pengguna untuk penambahbaikan. Hubungan dan kerjasama yang erat antara sekolah-sekolah perlu bagi membantu mempertingkatkan program pengintegrasian ICT(pembelajaran maya) ini agar pelaksanaannya lebih menyeluruh dalam kalangan warga sekolah. Di samping itu pihak kerajaan sewajarnya menyediakan prasarana yang lengkap untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT. Kemudahan tersebut akan membantu warga sekolah mengakses maklumat dengan cepat dan berkesan. Warga sekolah sendiri seharusnya bersedia menerima perubahan global yang menggunakan kemudahan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Tanpa kesediaan dari warga sekolah untuk mengikuti perkembangan semasa maka pembelajaran secara maya ini akan menjadi kurang efaktif di negara kita.

Peranan kepimpinan sekolah sebenarnya yang menentukan kejayaan dasar pembelajaran maya yang berkesan agar seiring dengan inovasi dalam pendidikan. Tahniah kepada sekolah-sekolah di negara ini yang telah pun melaksanakan perancangan dasar pengintegrasian ICT. Diharap sekolah-sekolah tersebut mampu menjadi contoh serta perangsang kepada sekolah-sekolah lain.

15

09.

Lampiran

16 10. Bibliografi 1. Abdul Rahman Haji Abdullah (2005). Wacana Falsafah Ilmu: Analisis Konsepkonsep asas Falsafah Pendidikan Negara. Utusan Publications. 2. Abdul Fatah Hassan (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan. Utusan Publications. 3. Gamal Abdul Nasir Zakaria. Prinsip-prinsip Pendidikan Islam. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. 4. Manja Muhd. Ludin (1990).Psikologi, sosiologi dan falsafah dalam pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. 5. Mohd. Nor Wan Daud (2005). Falsafah dan amalan pendidikan Islam Syed M. Naquib Al-Attas: Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi. Penerbit Universiti Malaysia. 6. Soccio, D.J.(2006). Archetypes of wisdom: An introducton to philosophy (6 th ed.) Belmont: Wadsworth Publishing. 7. Sufean Hussein (2004). Pendidikan Di Malaysia: Sejarah dan Falsafah (edisi kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 8. Yahya Don. Psikologi Sosial dalam Pendididkan. PTS Proffesional Publishing Sdn Bhd

You might also like