SULIT*
Soalan-soalan
1
hingga
3
berdasarkan petikan di bawah ini.
Tentu ramai yang bersetuju apabila Kementerian Kebudayaan, Kesenian danPelancongan menyatakan bahawa orang ramai semakin melupai permainan- permainan tradisional. Benarkah kanak-kanak era IT tidak tahu lagi bermain congkak,gasing, guli, teng-teng, layang-layang, dan banyak lagi permainan kesukaan ayah dandatuk mereka ketika kecil dahulu?Dalam hal ini, usaha untuk mempopularkan dan menghidupkan permainan- permainan tradisional berkenaan perlu digiatkan semula. Kita bimbang sekiranyatidak ada pihak yang mengambil berat fenomena ini, tidak lama lagi permainan- permainan tradisional tersebut akan pupus di muka bumi. Hal ini tentu menyedihkan.Membudayakan permainan tradisional seumpama congkak, gasing dan yanglainnya bukanlah satu kerja mudah. Zaman sudah berubah dan masa telah berlalu.Permainan-permainan tradisional tersebut seolah-olah sudah tidak relevan dengankeadaan sekarang. Kekurangan ruang di rumah pangsa atau pangsapuri tidak memungkinkan permainan gasing, guli dan lebih-lebih lagi layang-layangdilaksanakan.Congkak, teng-teng, dan batu seremban mungkin boleh dilakukan di dalamrumah kerana permainan ini tidak memerlukan ruang yang luas. Masalahnya sekarangialah bagaimana alat permainan ini dapat diperoleh dengan mudah. Alat ini kini hanyamudah diperoleh di kedai-kedai antik atau di tempat-tempat pelancongan danharganya di luar kemampuan orang biasa. Mereka yang mampu membeli peralatan permainan congkak lebih suka menjadikannya sebagai perhiasan dan bukannya permainan.Perkara yang lebih penting difikirkan ialah permainan-permainan tradisionalini tidak mempunyai nilai komersil. Ketika orang ramai berebut mementingkan nilai-nilai kebendaan, perkara yang tidak mendatangkan nilai wang ringgit tentunya akandiketepikan. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan wajar mengatur program untuk mengkomersilkan permainan-permainan tradisional tersebut.Tanpa menyuntik nilai komersil pada gasing, congkak, dan sebagainya,masyarakat akan lebih tertarik untuk bermain komputer dan pelbagai permainanmoden lain yang lebih menarik dan mencabar minda. Ketika negara mencanangkanarus kemajuan IT, sentimental terhadap permainan tradisional ini dengan sendirinya boleh mati. Oleh itu,usaha yang lebih serius diperlukan untuk mempopularkan permainan ini.(Dipetik dan diubah suai daripada
Minda
, September 2001)1Apakah kesan sekiranya tidak ada pihak yang mengambil berat untuk menghidupkan permainan tradisional?AKhazanah tradisi Melayu akan pupus.BIndustri membuat congkak akan mengalami kerugian.COrang-orang tua kehilangan nostalgia masa lampau mereka.DPermainan ini tidak dapat diperkenalkan di peringkat antarabangsa.
STPM
910/1
[LIHAT SEBELAH]*
Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
2
Add a Comment