High Quality
Open the downloaded document, and select print from the file menu (PDF reader required).
Kehidupan manusia di Zaman Jahiliyah dan kehidupan manusia sesudah kedatangan Islam mempunyai perbezaan yang ketara. Bincangkan kenyataan ini dengan merujuk kepada masyarakat Tanah Arab.
Bemula tahun 1500 orang-orang Aryan menyebarkan kepercayaan polithisme kepada masyarakat lembah Indus. Terdapat banyak dewa-dewi yang mewakili fenomena alam seperti langit, bumi, air,api, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Umumnya terdapat 3 bentuk kepercayaan yang utama:
Penyembahan Dewi Ibu – Merupakan amalan yang paling popular. Patung-patung yang menyerupai wanita banyak di temui di Selatan Baluchistan dan Lembah Zhob sehinggalah ke Asia Barat. Penyembahan Dewi Ibu meletakkan asas bagi penyembahan saktisma.
Penyembahan Dewa Berkepala Tiga (Shiva) – Penemuan mohor pada 1930 menunjukkan gambar seseorang yang duduk bersila dalam keadaan sedang membuat yoga. Pada gambar itu terdapat gambar berkepala tiga yang mewakili konsep Trimurthi. Dewa Shiva berfungsi sebagai pencipta, pemelihara dan pemusnah. Dewa Shiva dianggap ketau Yogi dan ini menunjukkan amalan Yoga berasal daripada masyarakat Indus.
Penyembahan Lingam – Bukti terdapat pada penemuan kon di Mohenjo-Daro dan Harappa. Lingam ialah lambang Dewa Shiva. Para sarjana mengaitkan objek-objek berbentuk Lingam ini dengan mohor yang mempunyai lambang proto Shiva.
Bukti pada penemuan mohor-mohor yang mempunyai lambang pokok pipal dan acacia di Mohenjoro-Daro dan Harappa. Pokok-pokok ini dianggap suci kerana menjadi tempat tinggal dewa-dewi. Pokok Pipal dianggap paling suci. Pokok ini melambangkan ilmu pengetahuan. Mereka yang mengikat daun pokok tersebut di kepala akan memperoleh segala ilmu. Pokok Pipal juga menjadi pelindung dewa daripada segala kuasa jahat. Dalam kalangan masyarakat Indus pokok Pipal juga dianggap menjadi lambang Dewa Pipal. Dewa Pipal pula ialah ketua bagi semua dewa orang Indus.
Add a Comment
Mohd Haniffleft a comment