Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
6Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Politik dan Kerajaan : Sistem Kerajaan Di Malaysia

Politik dan Kerajaan : Sistem Kerajaan Di Malaysia

Ratings: (0)|Views: 766|Likes:
Published by Akhi Muhammad Aiyas
Nota Tambahan Subjek Politik dan Kerajaan (PSS 3106) oleh guru pelatih PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 dari IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu
Nota Tambahan Subjek Politik dan Kerajaan (PSS 3106) oleh guru pelatih PISMP Kajian Sosial Sem 3/2012 dari IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu

More info:

Published by: Akhi Muhammad Aiyas on Dec 13, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

03/20/2013

pdf

text

original

 
 
SISTEM KERAJAAN DI MALAYSIA
Malaysia merupakan sebuah Negara yang mengamalkan sistem kerajaan demokrasi berparlimen dibawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagaiKetua Negara.Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaanadalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyatatau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasiadalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud "rakyat", ditambah pula denganκρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah olehRakyat” Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas
kerajaannya. Demokrasi secara ekstrim boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dankomunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimanademokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).Perlembagaan Negara Malaysia telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalamansistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tigabahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan,Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepadasistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang,Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabahtelah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan,pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalamPerlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasanegeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberikuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri PulauPinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalahPemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawahPerlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi KetuaNegeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
Struktur Parlimen Malaysia
 
 Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:1. Yang Di-Pertuan Agong2. Dewan Negara3. Dewan Rakyat
Yang di-Pertuan Agong
Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaituDewan Negara dan Dewan Rakyat.Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawahanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untukbersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimenbermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yangkemudiannya.Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalampenggal itu.Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkanitu dari masa ke semasa.Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi diMalaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun,dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum. Pada penghujung tempoh lima tahun ini,Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaranParlimen,Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan,danParlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikhpembubarannya.
Dewan Negara
Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan Negeri terbahagi kepada dua kategori iaitu26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili olehdua orang ahli) dan 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihatPerdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putra Jaya.Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-
 
warganegara Malaysia
 
tidak kurang dari 30 tahun
 
waras fikiran
 
bukan seorang muflis
 
tidak mempunyai rekod jenayahJawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satupenggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri.Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantikatau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->