You are on page 1of 6

PERANAN ETIKA PERNIAGAAN DAN PERUBAHAN PERSEKITRAN

Di barat, sekolah pengurusan sudah mula menagajar kursus-kursus seperti etika perniagaan.
Syarikat-syarikat korporat telah menerapkan program tanggungjawab korporat. Etika adalah
asatu keperluan sekarang dan bukannya berdiri sebagai satu ilmu semata-mata. Pendekatan
perniagaan dalam konteks etika bagi sesebuah entity perniagaan bergnatung kepada kepimpinan
organisasi. Teras nilai etika murni dalam perniagaan bermula pada peringkat awalan perniagaan
termasuklah interaksi dan hubungan entity peniagaan dengan pihak lain. Menurut, Weblay
pemimipin mestilah menjadi contoh teladan kepada orang bawahn. Mereka mestilah
mengamalkan semua etika yang ditentukan. Jika pemimpin korup, mako orang bawahan akan
terikut-ikut perlakuan negatiI itu.
Weblay telah mencadankan agar ditulis kod etika perniagaan seerti prinsip-prinsip
perniaagan dan pernyataan tentang bagaimana melakukan perniagaan yang beretika untuk
amalam organisasi. Para pekerja mestilah diberikan kaedah atau cara untuk meningkatkan sikap
prihatin mereka terhadap tingkah laku entity perniagaan dan membetulkan sebarang kesalah.
Weblay berpendapat etika membina budaya niaga dan perniagaan. Urus tadbir terbaik dan
amalan etika juga mampu memperkuatkan organisasi. Menurut Boye LaIayette De Mente, etika
perniagaan orang-orang cina berasakan kepada kepentingan pengguna (ideology kepenggunaan)
yang menarik perhatian dan minat pelabur-pelabur ke Chins. Dengan peningkatan 14juta
penduduk setahun dengan jumlah penduduk melebihi 1.2 billlion, China mampu menjadi gergasi
ekonomi. Pemikiran etika tamadun Cina dalam perniagaan berasal daripada dinasti-dinasti dalam
maharaja China, masyarakat, asal-usul, kelompom intelektual dan ahli IalsaIah yang membentuk
kerangka konseptual dan sumber-sumbernya.
Akhir-akhir ini kita sering menyaksi dan mendapat tahu melalui media massa banyak kes tragedi
yang melibatkan kematian atau kecederaan akibat daripada kemalangan` seperti keruntuhan
bangunan, keruntuhan jalan bukit, kebakaran tempat awam dan perlanggaran kenderaan atau
pengangkutan awam. Memang di akhir bahawa sesetengah daripada kemalangan` ini
disebabkan oleh Iaktor-Iaktor di luar kawalan manusia seperti hujan lebat selama beberapa hari
yang menyebabkan keruntuhan sebahagian bukit, tetapi kebanyakan daripada tragedi ini adalah
kerana kecuaian, kelalaian atau kealpaan manusia. Dalam bukunya Global Disasters, Allinson
(1993) menegaskan bahawa boleh dikatakan hampir semua kemalangan adalah berpunca
daripada kesilapan dalam pengurusan (mismanagement) atau mencerminkan pengurusan yang
tidak berIungsi (dyIunctional management). Kedua-dua ini berlaku sebahagian besarnya, kerana
salah cara berIikir tentang sesuatu.
Pertama, terdapat kepercayaan yang meluas bahawa kemalangan atau tragedi`, (label
yang selalu diberi) tidak dapat dielakkan. Kepercayaan ini berasaskan beberapa idea dan rangkai
kata. Oleh itu, syarat pertama untuk memulakan meneliti mengelakkan tragedi ialah
menyenaraikan dan membuang idea dan rangkai kata yang membuai pihak pengurusan dalam
pemikiran bahawa kemalangan atau tragedi tidak dapat dielakkan. Dalam menganalisis empat
kemalangan korporat yang besar (yang meliputi kemalangan kapal angkasa Challenger), Allison
mendapati pihak pengurusan tidak nampak perkaitan di antara asas-asas pengurusan yang lemah
dan kemalangan` yang berlaku. Biasanya tidak terdapat rangkaian arahan yang jelas,
pembahagian tanggungjawab, komunikasi yang berjalan dengan licin, arahan atau perintah
bertulis. Oleh itu, pihak pengurusan atas perlulah lebih peka terhadap tanggungjawab moralnya
menentukan sistem pengurusan yang betul dan berpandukan etika diwujudkan. Dengan lebih
khusus, satu sistem pengurusan yang berstruktur perlulah diadakan untuk mengelakkan suasana
beretika dalam organisasi yang menekankan keselamatan.
Mengikut Allinson lagi, banyak perbincangan menyebut konsep 'kesilapan manusia
(Human error) yang mana meletakkan kesilapan atau tuduhan berlakunya sesuatu tragedi ke atas
bahu seseorang atau orang-orang tertentu. Pendekatan ini cenderung mengelak dari menyebut
Iaktor pengurusan secara terasing daripada rangkaian atau sistem Iaktor-Iaktor penyebab yang
saling berinteraksi. Apabila terdapat usaha yang kuat untuk mengelak tuduhan atau menunding
jari kepada seseorang individu atau kumpulan sebagaimana dalam kes yang menuduh 'kesilapan
juruterbang, maka ini dipanggil mencari salah` (scapegoating).
Mencari salah tidak dapat menolong mengelakkan tragedi daripada berulang, cuma hanya
seolah-olah mewujudkan satu penyelesaian. Oleh kerana kesilapan manusia` atau Iaktor
manusia` senantiasa ada, maka tidak ada apa-apa yang boleh dibuat, dan rangkai kata yang selalu
disebutkan akan terus disebut kita semua membuat kesilapan`, tiada manusia sempurna`, dia
hanya manusia biasa`. Oleh itu tragedi dikatakan dapat dielakkan.
Penggunaan perkataan 'tragedi juga menunjukkan betapa kuatnya pengaruh perkataan :
tragedi` membawa makna tidak dapat dielak` bukan sahaja sesuatu peristiwa yang menjadi
tumpuan, tetapi juga peristiwa-peristiwa yang serupa dan banyak lagi yang akan berlaku. Jadi
tanggungjawab dengan senang sahaja dibatalkan atau dihapuskan dengan menggunakan
perkataan tragedi`. Sebagaimana kata Allison, contoh terbaik ialah kemalangan Bhopal yang
selalunya dirujuk sebagai tragedi Bhopal. Jadi,sebagai tragedi, kejadian ini dipanggil nasib` atau
telah ditentukan` dan respons yang boleh diambil ialah hanya menerimanya sebagai sesuatu
yang tidak dapat dielakkan. Begitu juga dengan kepercayaan bahawa kemalangan tetap akan
berlaku` atau tidak boleh dielakkan`. Sikap atau kepercayaan begini tidak hairanlah menjadi
satu penghalang kepada usaha menggubal satu program yang menyeluruh dalam pengurusan
pengekalan kemalangan (disaster prevention management).
Harus diingati bahawa tidak ada orang yang mengatakan bahawa kesilapan manusia
boleh dihapuskan sama sekali. Apa yang ditekankan ialah kesilapan manusia boleh dikurangkan
ketahap minimum. Malah satu daripada hasil pengurusan pengelakan kemalangan ialah
mengurangkan kekerapan dan kesan kesilapan manusia. Begitu juga dengan kemalangan. Kita
tidak mengatakan bahawa kemalangan tidak akan berlaku. Apa yang dihujahkan ialah
membuang kepercayaan karut daripada rangkai kata 'kemalangan tetap akan berlaku dan
menukarkannya dengan kata-kata 'kemalangan korporat secara global adalah sebahagian
besarnya bukan kemalangan , tetapi hampir semuanya Iungsi pengurusan yang salah
(mismanagement).
Pemikiran yang mencari sebab tunggal untuk sesuatu kemalangan (pemikiran
monocausal`) juga adalah simplistik. Contohnya adalah seperti yang diberi oleh Pratley (1995).
Pada 4 Oktober 1992, sebuah kapal terbang pengangkut barang Boeing 747 EI AI kehilangan
satu enjin semasa sedang mendaki perlahan-lahan selepas meninggalkan lapangan terbang
Schiphol. Enjin yang jatuh menimpa pula enjin berdekatannya dan menyerpihkannya. Akhirnya
kapal terbang itu jatuh beserta dengan lebih separuh daripada had minyak bahan bakarnya ke atas
satu blok rumah pangsa di kawasan luar bandar Amsterdam, membunuh sambil membakar anak-
anak kapal dan kira-kira 50 orang penghuni rumah pangsa tersebut.

Kejadian ini disebabkan oleh interaksi beberapa peristiwa, tindakan dan keadaan yang
malang. Walau bagaimanapun, laporan kemalangan itu mengatakan bahawa Iaktor penyumbang
utama ialah kesilapan dalam rekabentuk kancing besi (bolt). Pembuat kapal terbang, Boeing,
boleh dipersalahkan kerana kesilapan ini dan kerana mengambil masa untuk mencari kesilapan
itu. Tetapi adalah merupakan satu reaksi yang keterlaluan untuk menuduh Boeing kerana
keseluruhan rangkaian peristiwa yang membawa kepada kemalangan itu. Boeing hanya patut
dipersalahkan kerana kesilapan rekabentuk dan kecuaian serius dalam kawalan mutu, kerana
kelemahan Boeing dalam hal ini telah menyebabkan enjin pertama terserpih. Tetapi kesemua
peristiwa yang berikutnya tidak dapat dipersalahkan Boeing sahaja, walaupun kemalangan itu
tidak akan berlaku jika rangkaian peristiwa-peristiwa yang berlaku tidak dicetuskan oleh
kesilapan penting di pihak Boeing. Namun begitu, satu pengajaran besar boleh didapati di sini :
adalah satu menjadi perkara penting bagi sesebuah syarikat memperbaiki rekabentuk produknya
dan responsiI kepada pandangan timbalbalik mengenainya. Dalam kes ini Boeing memang telah
lama mengetahuinya.
Apa yang boleh dirumuskan di sini ialah konsep tanggungjawab moral, syarikat-syarikat
akan bertindak mengikut setakat mana komitmen moral mereka terhadap kesejahteraan komuniti
atau masyarakat umum




##


[1] Kebanyakan IsI dalam bahagIan InI dIambIl darIpada Idea Wesley. Untuk penjelasan
lanjut lIhat SImon Webley (200J), 0evelopIng a Code of 8usIness EthIcs, nstItute of
8usIness EthIcs, London.
[2] Untuk penjelasan lanjut lIhat 8oye Lafayette 0e |ente (2006), ChInese EtIquette E
EthIcs In 8usIness, |cCrawHIll, USA.
hLLp//LaklngoffLrlpodcom/eLlkahLml#ueflnasl

You might also like