Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Melayu Mungkin Kecundang Wawasan 2020

Melayu Mungkin Kecundang Wawasan 2020

Ratings: (0)|Views: 147|Likes:
Published by egahmulia

More info:

Published by: egahmulia on Oct 28, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/11/2012

pdf

text

original

 
MELAYU MUNGKIN KECUNDANG WAWASAN 2020
Oleh AZIZ ISHAK DI manakah kedudukan orang
Melayu
pada tahun 2020? Apakah perisytiharanMalaysia sebagai negara maju pada 1 Januari tahun itu dapat dilakukan sebagaimanadirancang?Atau kemungkinan Perdana Menteri yang ada pada masa itu terpaksa memohonmaaf kerana perisytiharan sebagai negara maju terpaksa ditangguhkan, antaranyadisebabkan orang
Melayu
sebagai masyarakat teras masih belum bersedia?Kalau ditakdirkan panjang umur pada masa itu, negarawan Tun Dr. MahathirMohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pasti mahumelihat kemuncaknya.Abdullah sendiri pernah meluahkan isi hatinya pada satu seminar tertutup, untukmelihat detik-detik kemuncak itu: ``Pemimpin UMNO berdiri tegak isytiharkanMalaysia negara maju, rakyat kita maju dan orang
Melayu
juga adalah kaum yangmaju.''Sebaliknya kata beliau: ``Tiada yang lebih pilu daripada melihat orang
Melayu
melarat dan ketinggalan di bumi ini semasa ketibaan 2020.''Dengan tempoh yang cuma tinggal 14 tahun sahaja lagi, kini semua pihak perlumewujudkan gelombang susulan besar-besaran bagi memastikan bahawamasyarakat
Melayu
mampu berdiri gagah dalam segala indeks pembangunanekonomi dan insan pada tahun 2020. Jika diamati permasalahan orang
Melayu
termasuk dalam pencapaian ekonomi yangmenyaksikan keciciran ketara berbanding bukan
Melayu
khususnya kaum Cina, misiitu rasanya bagaikan mustahil untuk dicapai.Lebih-lebih lagi jika dilihat makin banyak petunjuk kelemahan orang
Melayu
yangbelum dapat diatasi. Ini meliputi kemiskinan, penyalahgunaan dadah, kelemahanpencapaian akademik, keruntuhan institusi rumah tangga dan akhlak, lumba haram,tabiat kuat melepak dan tidak pandai memanfaatkan masa.Meneliti lebih terperinci dan analisis permasalahan tersebut secara lebih mikro,rumusannya tidak mungkin masyarakat
Melayu
kelihatan gagah apabila negaramelangkah ke tahun 2020.Bukanlah tujuan tulisan ini pesimistik terhadap kemampuan masyarakat
Melayu
mencapai tahap kaum maju. Tetapi itulah yang mung-kin menjadi realiti melainkanmasyarakat
Melayu
berpegang kuat kepada formula kejayaan.Orang
Melayu
perlu bekerja jauh lebih keras, berpersonaliti unggul, fokus kepadakecemerlangan dan bersatu padu. Perlu diinsafi bahawa puncak kejayaan sentiasaberubah seperti mengejar horizon yang tidak akan ada penamatnya. Untuk kejayaanlebih besar, usaha yang digerakkan dan digembleng tidak perlu ada hadnya.Obor Wawasan 2020 perlu bernyala kuat di sanubari rakyat terutama orang
Melayu
biar apa sekalipun cabaran yang melanda.
1

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Norzilayati Chik liked this
diqittihad liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->