You are on page 1of 8

PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan bilik darjah?

Haji Samsudin bin Md Noor dalam laporannya bertajuk Pengurusan Bilik Darjah Dinamik : Ke Arah Pembinaan Modal Insan Berkualiti mendefinasikan pengurusan bilik darjah sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Ia adalah satu kemahiran yang penting buat guru dan patut dikembangkan lagi agar guru dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Ia boleh ditakrifkan sebagai kebolehan guru mengawal murid bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Profesor Khairi Haji Alwi didalam blog beliau ada menyatakan pengurusan bilik darjah merujuk kepada set tingkah laku guru yang meliputi berbagai aspek di mana guru akan membentuk dan mengekalkan kondisi pembelajaran seperti diharapkan. Lemlech (1988), mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan tenteng pentingnya penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin akan timbul. Ini seiring dengan MacAulay (1990), dimana beliau menyatakan pengurusan bilik darjah sebaiknya diatur agar ianya dapat menampung aktiviti-aktiviti yang pelbagai sepanjang hari bagi memenuhi matlamat arahan yang ingin disampaikan oleh guru. Kalau Lemlech menyifatkan ia sebagai okestra, MacAulay menyifatkan susun atur ini umpama pentas, di mana guru dapat menguruskan keperluan akademik, sosial dan juga emosi pelajar. Hall (2000), pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan. Ianya melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar,menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja pelajar. Menurut beliau juga,pengurusan bilik darjah yang efektif haruslah bersifat proaktif,responsif dan menyokong.

Menurut Levin dan Nolan (2004) pula, lebih mudah bagi kita untuk membezakan antara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan membezakan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Menurut kedua-dua pakar ini, mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan dan sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Doyle (1979), pengurusan bilik darjah adalah satu proses menyelesaikan masalah berhubung dengan peraturan bilik darjah. Caslin dan Good (1992) pula menyatakan pengurusan bilik darjah merangkumi lebih daripada kepatuhan peraturan-peraturan bilik darjah iaitu suatu jentera bagi memupuk pemahaman kendiri, penilaian kendiri dan kawalan kendiri dalam diri murid-murid. Kajian Kounin (1970) terhadap pengurusan bilik darjah menunjukkan terdapatnya perubahan tumpuan daripada menekankan strategi disiplin kepada strategi pengurusan bilik darjah secara proaktif atau preventif. Kedua-dua strategi mengambil pendekatan bersifat mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini daripada berlaku dan tidak semata-mata mengenakan hukuman kepada pelajar.Didapati kebanyakan pengurus bilik darjah yang berkesan adalah mereka yang mengamalkan strategi preventif.Banyak lagi aspek pengurusan bilik darjah yang perlu diterokai oleh guru untuk melaksanakan pengajaran secara berkesan.

Menurut Levin dan Nolan (2004) pula, memberi tumpuan aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara ringkasnya, matlamat dalam memberi arahan merupakan kaedah yang terus membantu dalam pencapaian akademik pelajar. Dalam pengurusan pula, bertujuan untuk memupuk dan memelihara tingkah laku pelajar yang menerapkan arahan yang efektif dan efisien.

Daripada definisi-definisi yang diberi kita dapat memahami yang pengurusan bilik darjah melibatkan guru menguruskan bilik darjah dengan cara yang berkesan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku dengan lancar. Ia merangkumi tindakan dan strategi yang guru boleh gunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Guru bertindak sebagai adalah pengurus bilik darjah tersebut.

Konsep pengurusan bilik darjah dan bagaimana guru dapat bertindak sebagai pengurus yang berkesan? Konsep pengurusan bilik darjah seperti yang dinyatakan adalah tindakan dan strategi yang guru boleh gunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Peraturan bilik darjah perlu diberi perhatian oleh murid dan guru perlu pastikan peraturan bilik darjah ini difahami dengan jelas dan diikuti oleh semua murid dalam bilik darjah. Ketidakfahaman murid dalam peraturan bilik darjah boleh mendatangkan suasana caos atau kelam kabut dan akan menyusahkan guru dalam pengurusannya dalam bilik darjah.

Guru perlu mewujudkan bilik darjah yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah seharusnya selesa untuk murid dan guru. Bilik darjah perlu mempunyai pengudaaraan ya ng baik seperi tingkap yang banyak dan luas. Kipas juga perlu ada dalam bilik darjah dan boleh di pasang sekiranya hari panas atau terik bagi memberi keselesaan dan rasa aman pada murid. Di samping itu aspek pencahayaan juga amat penting. Cahaya dari luar dapat masuk ke dalam bilik darjah dan lampu kalimantang (putih) perlu ada dan dapat dipasang sekiranya hari mendung, hujan atau gelap. Guru juga perlu tahu bagaimana menarik perhatian murid di dalam bilik darjah agar tertarik dengan pengajaran. Ini dapat dilakukan bila guru berjaya mendapatkan kerjasama murid. Murid dapat memberikan kerjasama yang baik jika guru dapat kepercayaan dari murid. Guru sebegini disukai oleh murid dan menjadi contoh atau

model bagi murid-muridnya. Dengan ini, guru dapat mengekalkan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Selain dari itu, guru juga harus bijak menghadapi tingkahlaku murid. Kegagalan guru menguruskan tingkahlaku murid boleh menimbulkan gangguan di dalam bilik darjah. Ini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ada murid yang suka mengganggu murid lain semasa pengajaran dan pembelajaran berlansung. Ada yang lansung tidak member perhatian, kelihatan bosan dan tidak mahu mendengar arahan. Ada murid yang menhadapi masalah disiplin dan semua ini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Hasilnya, akan wujud murid yang tidak produktif dan memerlukan intervensi. Setelah mengetahui definisi, konsep dan bagaimana guru boleh menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan, adalah baik kita mengetahui Jenis-jenis bilik darjah yang terdapat di sekolah di Malaysia ini khasnya sekolah-sekolah di bawah pemantauan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Faktor-faktor Mempengaruhi Pengurusan Bilik Darjah Berkesan Terdapat 3 faktor yang mempengaruhi bilik darjah yang berkesan iaitu : 1) Faktor Fizikal 2) Faktor Sosial 3) Faktor Emosi Faktor Fizikal Faktor fizikal ini termasuk persekitaran fizikal. Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini, guru harus berusaha mewujudkan suasana yang kondusif. Bilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang dihiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru. Bilik darjah yang berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan 40 orang murid. Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya. Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, ujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.

Faktor Sosial Dalam faktor sosial guru harus bijak menentukan peraturan dalam kelas. Ia banyak berkaitan pengurusan tingkahlaku murid. Sebagai contoh rutin-rutin yang dilakukan di dalam kelas adalah satu cara yang efektif untuk mengawal tingkahlaku murid dalam bilik darjah. Kemahiran mengawal kelas apabila guru melangkah masuk ke kelas tersebut menjadi penting kerana seorang guru tidak boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan sekiranya muird-murid dalam kelas berkenaan tidak dapat dikawal dengan baik. Guru mungkin berhadapan dengan beberapa murid yang nakal, tetapi harus ingat bahawa bukan semua murid menjadi punca permasalahan tetapi jika tiada pengawalan yang baik, jumlah murid yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah dan akhirnya menjejaskan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran. Strategi bagi mengawal keadaan ini, guru mengenalpasti murid-murid yang menimbulkan punca permasalahan, supaya murid lain tidak menjadi pak turut dengan permasalahan rakan mereka itu, murid yang berkenaan dikenalpastikan pula punca yang menyebabkan ia bertindak sedemikian, cuba membantu menyelesaikan punca permasalahan itu, dan teruskan aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan murid yang berkenaan sehingga ia merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkahlakunya yang tidak disenangi guru. Guru juga sentiasa mempamerkan pengiktirafan terhadap murid berkenaan ketika berada di luar waktu pengajaran dan pembelajaran, ketegasan kepada disiplin pembelajaran perlu dilakukan dengan cara dan pedekatan yang berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan penderaan tetapi pengajaran. Sekiranya perlu murid berkenaan diberikan nasihat, teguran dan kata-kata motivasi yang menggambarkan bahawa guru menyayanginya. Apabila berlaku perubahan ke arah kebaikan, berilah pengiktirafan dan penghargaan terima kasih.Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk perangai mereka yang kadangkala mengambil masa yang agak lama. Beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan mengurus tingkahlaku murid, antaranya ialah senaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib murid patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran dan disertai dengan sebab-sebab dan objektifnya.

Membiasakan diri datang ke bilik darjah menepati masa, menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid, yang dimulakan dengan set induksi yang menarik dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menghilangkan rasa kebosanan mereka atau melakukan beberapa tugasan yang berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut, guru tidak melengah-lengah waktu untuk memulakan pengajaran dan menamatkan pengajaran diminit-minit yang akhir, untuk mengelakkan murid melakukan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan hasil pembelajaran, banyak merangsangkan minda mereka dengan kata-kata bermotivasi dan penuh dengan senyuman dan jenaka (sense humor), dan pujian supaya suasana senstiasa ceria, di samping memberi teguran umum yang berupa nasihat tetapi bukan leteran. Guru juga menghormati murid seperti orang lain, bersikap adil kepada semua murid, hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana menyebabkan hubungan guru dengan murid akan renggang dan menghilangkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran. Faktor Emosi Faktor emosi merujuk kepada gaya kepimpinan guru dalam bilik darjah. Sama ada guru menggunakan pendekatan autoritarian, demokratik atau laissez-faire. Peneguhan seperti member motivasi juga akan memberi kesan kepada murid. Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak member arahan dianggap sebagai pemimpin demokratik hanya akan mengambil masa untuk mendapatkan buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu, dan kelihatan kumpulankumpulan yang ujud di bilik darjah mempunyai hubungan yang lebih mesra dan saling bekerjasama. Berbeza dengan pemimpin Laiissez-faire yang memberi arahanarahan yang tidak jelas dan jawapan-jawapan yang ringkas tentang sesuatu persoalan. Pendekatan-pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah perlu berlandaskan tahap perkembangan murid-murid. Iklim bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid bersama guru dalam bilik darjah tersebut.Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia menerima dan menghormati setiap murid dalam bilik darjah, memperbaiki peraturan-peraturan supaya peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan

suasana serta menekan kepada jangkaan-jangkaan yang positif. Apabila keadaan ini berlaku guru sebagai pemimpin dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan pertumbuhan diri murid-murid serta bersikap keterbukaan dalam perkaraperkara yang membawa kepada kebaikan. Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika sistem penyeliaan diurus dengan berkesan. Murid-murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasantugasan yang diberikan kepada setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan budaya bertanggungjawab, berkerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan juga hubungan antara guru dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu penyelesaian masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Secara umumnya, pengurusan bilik darjah sebaik-baiknya merangkumi ciri-ciri kesesuaian (releven) dengan murid, persediaan suasana pembelajaran yang berkesan, dan organisasi dalam kalangan murid.

You might also like