DN.9.5.2005
2
Hasil lawatan penilaian akan dipantau dan sebarang penyemakan semula ko-kurikulum dilaksanakan secara berperingkat-peringkat selaras dengan maklum balaslawatan penilaian jaminan kualiti.Bagi sektor IPTS pula, LAN (Lembaga Akreditasi Negara) melaksanakan jaminan kualiti terhadap kursus pengajian IPTS berdasarkan standard pendidikan yangbukan sahaja menepati amalan terbaik antarabangsa, tetapi juga memenuhi keperluantempatan. Sistem yang berkualiti yang merangkumi proses kelulusan, standardminimum dan perakuan akreditasi memberi penekanan terhadap peningkatanberterusan pendidikan yang ditawarkan dari aspek akademik dan pengurusan kualiti.LAN juga dalam usaha mendedahkan IPTS kepada sistem pendidikanberasaskan hasil
outcome-based education
. Sistem pendidikan ini antara lainmenekankan kepentingan mendapatkan maklum balas pihak luar seperti majikan danalumni dalam penggubalan dan semakan keberkesanan kurikulum.Selain itu, setiap program baru yang ingin dilaksanakan di IPT haruslah melaluiKementerian Pengajian Tinggi, di mana program tersebut akan dinilai dan di antarakriterianya adalah bersesuaian dengan kehendak pasaran sebelum diluluskan. Denganusaha-usaha tersebut, adalah diharapkan pihak IPT dapat melahirkan graduan yangberwibawa dan sesuai dengan permintaan pasaran pekerjaan semasa. Sekian, terimakasih.
Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah:
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahansaya, di dalam penjelasan yang agak umum tadi, bagaimana kedudukan Bahasa Melayusebagai bahasa penghantar kursus dan bagaimana pula kedudukan Bahasa Inggerissebagai pengukuh pendidikan?
Datuk Dr. Adham bin Baba:
Tuan Yang di-Pertua, Bahasa Malaysia tetapdijadikan sebagai bahasa penghantar di IPT dan IPTS, tetapi Bahasa Inggeris akandijadikan bahasa penghantar utama di IPTA untuk program Sains dan Teknologi bagikemasukan 2005/2006 selaras dengan kemasukan cohort pertama pelajar dari sekolahmenengah dan matrikulasi yang mengikuti Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.Sebenarnya setiap pelajar dalam mempelajari bidang Sains dan Teknologi telahpun diberikan garis panduan supaya memahirkan dalam bahasa-bahasa asing, danbahasa ilmu seperti Bahasa Inggeris ditekankan dalam mereka menjalankan proses