You are on page 1of 3

RIWAYAT HIDUP HASSAN AL-BANNA

Syeikh Hasan Al-Bana dilahirkan pada tahun 1906, yang dibesarkan dalam keluarga Islam yang
taat. Dengan asuhan secara Islam itulah maka ia boleh berkata: “Hanya Islamlah ayah
kandungku.” Hal itu kerana rasa cintanya terhadap ajaran Islam, kerana ajaran itulah yang
membentuk watak dan keperibadiannya.

Ayah kandungnya sendiri adalah Syeikh Ahmad Abdurrahman yang lebih terkenal dengan
panggilan as-Sa’ati, atau si tukang jam.

Hasan Al-Bana hafal 30 Juz kitab suci Al-Quran, padahal umur beliau pada saat itu baru 20
tahun. Ketika umur yang sekian itu beliau berhasil menginsafkan Syeikh Abdul Wahab Jandrawy,
Pemimpin (Syeikh) Al-Azhar University yang mempunyai pengaruh besar pada segenap lapisan
masyarakat dan mempunyai hubungan yang akrab dengan berbagai pihak.

Namun Syeikh yang banyak ilmunya itu tidak mempunyai roh jihad membela rakyat dan Islam
dari kezaliman Raja Farouk dan penjajah Inggeris. Kecuali Syeikh Jandrawy ini adalah seorang
pemimpin Sufi yang mempunyai banyak pengikut setiap malam berzikir dan berselawat dengan
nyanyian-nyanyian khusus ahli Thariqat, tetapi mereka tidak mengerti sama sekali bahawa
mereka itu terkurung oleh suasana yang diliputi kejahilan dan kejumudan umat. Mereka jauh dari
semangat dan keagungan Islam kerana suasana kemunduran umat yang membelenggu.

Pada tahun 1927, ketika Hasan Al-Bana baru berusia 21 tahun, beliau telah lulus dari Perguruan
Darul Ulum Mesir, beliau terus mengajar di Ismailiyah. Di Ismailiyah beliau semakin mengerti
suasana rakyat Mesir yang telah sempurna rosaknya. Amat nyata perbezaannya antara kehidupan
bangsa Mesir yang menjadi pekerja kasar (dengan rumah serta perkampungan yang buruk)
dengan kehidupan orang-orang kulit putih yang menempati gedung-gedung megah dengan segala
keangkuhannya.

Kecuali kemiskinan dan kebodohan, rakyat juga banyak yang rosak moralnya kerana pengaruh
kehidupan Barat yang sengaja direka oleh kaum penjajah untuk menghancurkan rakyat Mesir
dari segi yang lain. Dalam suasana yang demikian itulah Hasan Al-Bana mendirikan suatu
jemaah yang dinamakan “lkhwanul Muslimin” (Persaudaraan orang-orang Muslim) pada bulan
Dzul Kaedah 1347 Hijrah (Mac 1928) yang bertujuan untuk mewujudkan cita-cita Sayid
Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh. Semangat kedua beliau itulah sebagai rantai
yang menyambung kepada cita yang diinginkan oleh Hasan Al-Bana beserta kawan kawannya
didalam membentuk organisasi tersebut.

Adapun khiththah gerakan lkhwanul Muslimin yang menuju cita yang diredhai Allah
berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW itu melalui tahapan yakni: 1. Membentuk
peribadi Muslim 2. Membentuk rumahtangga dan keluarga Islam 3. Cara hidup kampung Islam
4. Menuju kepada negeri Islam 5. Menuju kepada pemerintahan Islam.

Gerak Ikhwanul Muslimin meliputi segala bidang dakwah, mulai pendidikan terhadap anak-
anak, pelajaran Al-Quran bagi orang dewasa, pendidikan keluarga, bidang sosial walaupun
nampaknya sederhana sekalipun, dari kampung-kampung sampai kepada Universiti di kampus-
kampus, mulai artikel sampai penerbitan buku dan majalah-majalah, sampai kepada urusan
politik dalam amar makruf nahi mungkar, dan sebagainya.

Sampai kepada Muktamar Ikhwanul Muslimin yang ketiga tahun 1934, tampak tokoh-tokoh
intelektual dan para ulama terkenal yang menjadi anggota dan pendukung Ikhwan, seperti Syekh
Thanthawi Jauhari, seorang ahli tafsir terkenal dan Guru Besar. Kemudian Sayid Quthub, Dr.
Abdul Qadir Audah, seorang Hakim terkenal, dan juga Dr. Hasan Al-Hadlaiby, dan sebagainya.

Syeikh Hasan Al-Bana bersama kawan-kawannya tidak mampu berdiam diri menghadapi
kekuasaan Raja Farouk yang telah tenggelam dalam kemabukan, rasuah, dan sewenang-wenang.
Perbezaan pendapat, perselisihan, dan akhirnya pertentangan dengan penguasa yang aniaya dan
dibantu oleh kekejaman penjajah Inggeris tidak dapat dihindarkan.
Tentu saja penyokong Kerajaan bekerja keras untuk dapat mengawasi gerak-geri para anggota
Ikhwanul Muslimin. Kaum Imperialis Inggeris pula di dalam mencelakakan Ikhwanul Muslimin
mempunyai peranan yang sangat besar.
Akhirnya pada pagi hari tanggal 13 Februari 1949 beliau memanggil puteranya. Kemudian
beliau bercerita kepada puteranya itu bahawa semalam beliau bermimpi merasa dikunjungi
Sayyidina Ali bin Abi Thalib. Ali bin Abi Thalib berkata kepada beliau: “Wahai Hasan, kamu
telah menunaikan kewajiban, semoga amalmu diterima oleh Allah.”

Kemudian pada petang harinya, beliau meninggalkan rumah bersama kawan-kawan


seperjuangan pergi menunaikan tugas. Tiba-tiba beliau ditembak oleh seorang anggota Polis
kakitangan Raja Farouk, dan tersungkurlah beliau di tepi jalan Kairo, dan beliau menemui
syahidnya setelah sampai di hospital.

Beliau meninggal dunia kerana ditembak di pinggir jalan raya, dan tidak diketahui siapa
pembunuhnya. Bahkan pembunuhnya mendapat hadiah dari Raja Farouk.

Jenazah beliau hanya disolatkan oleh ayah beliau sebagai Imam dan anak lelaki beliau sebagai
makmum. Hanya dua orang. Kerana di sekeliling rumah beliau dijaga ketat oleh askar negara
untuk melarang siapapun masuk rumahnya memberikan penghormatan terakhir kepada beliau.

You might also like