Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anakyang bakal lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesaibidan akan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai diatas sehelai yang lain. Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut.Bidan akan mengurut ibu yang yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa atauminyak urut. Bidan mengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalumenggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus ke hujung kakinya sebanyaktujuh kali. Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya keatas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya.Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanitahamil itu. Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidanbeserta dengan peralatan upacara tadi. Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doaselamat akan diadakan dan ibu yang menjalani upacara ini dipakaikan denganpakaian baru. Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya Hindu.
Sewaktu Bersalin
Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluargaberkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilanbulan sepuluh hari. Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehinggasepuluh hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikutkepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dankapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita yanghendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Di samping itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiranini.
Potong Tali Pusat
Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah laludisemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan,tali pusatnya akan dipotong dengan menggunakan sembilubuluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit.Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakancincin emas. Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuhkunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yangtelah dilayukan di atas bara api sehinggalah tali pusat itutanggal sendiri.
Azan/Qamat
Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-duabelah telinganya manakala bayi perempuan akandiqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akanmelakukan upacara ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknyalebih merupakan amalan berunsur keagamaan.
Bayi yang baru lahirdiazankan/diqamatkan