You are on page 1of 50

Penghargaan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w,
keluarga serta sahabat baginda.
Penilaian dan pendokumentasian bagi sesuatu projek ilmiah yang telah terlaksana itu perlu
di terbitkan untuk menentukan tahap kualiti dan untuk dijadikan sebagai rujukan pada masa
akan datang. Penilaian merujuk kepada aktiviti menilai prestasi sesuatu projek ilmiah.
Persembahan projek ilmiah perlu dinilai secara berterusan untuk mengetahui sejauh mana
pelajar mencapai objektif pembelajaran.
Oleh yang demikian, pendokumentasian yang melibatkan usaha mengumpul, menyusun,
merakam dan sebagainya hasil-hasil projek yang telah terlaksana adalah untuk kebaikan
bersama. Sememangnya kerja-kerja ini menuntut kemahiran dan kesabaran yang tinggi bagi
melaksanakannya serta perlu mengaplikasikan setiap kemahiran yang telah di pelajari semasa
di dalam kuluiah dahulu.
Bagi menyiapkan projek ilmiah ini keseluruhannya, kami semua ahli kumpulan R Wacana
Akademik Bahasa Melayu (UBM 1032) ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada
semua yang terlibat di dalam perlaksanaan prjek ilmiah ini. Sama ada secara lansung mahupun
tidak, penglibatan anda semua telah membantu kami untuk melaksanakan ‘Hari Mesra wacana
Akademk Bahasa Melayu’ dengan berjaya sekali.
Kepada penasihat projek iaitu Puan Rohaizah Binti AB Karim, sekalung penghargaan
diucapkan kerana telah mengorbankan banyak masa dan tenaga semata-mata ingin melihat
kejayaan perlaksanaan projek ini. Juga tidak dilupa kepada Pengarah Pusat Bahasa Moden,
Prof. Madya Dr. Nor Azmi Bin Mostafa yang telah mengurustadbir kursus wajib universiti ini
berbanyak terima kasih diucapkan.
Dengan harapan agar Bahasa Melayu terus agung, tersanjung dan terbilang, laporan ini
moga-moga dapat memberi sedikit sebanyak input-input baru yang berguna kepada semua
pembaca.
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PENGAKUAN TANGGUNGJAWAB

UBM 1032
WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU

Kami dengan ini, mengaku bertanggungjawab di atas ketepatan semua pandangan, komen,
teknikal, laporan fakta, data, gambar rajah, ilustrasi dan gambar foto yang telah diutarakan di
dalam laporan ini. Kami bertanggungjawab sepenuhnya bahawa bahan yang diserahkan ini
telah disemak dari aspek hak cipta dan hak keempunyaan. Universiti Pendidikan Sultan Idris
tidak berketanggungan terhadap ketepatan mana-mana komen, laporan, dan maklumat teknikal
dan fakta lain, dan terhadap tuntutan hak cipta dan keempunyaan.

Kumpulan R
Kelas : Taman U 23
Tarikh : 13 - 10 - 2008
Senarai Kandungan

Halaman Tajuk
Halaman Anugerah
Penghargaan ii
Pengakuan Tanggungjawab iii
Senarai Kandungan iv

1.0Pengenalan

1.1 Latar Belakang Projek Ilmiah [1]

1.2Tinjauan Keseluruhan [1]

1.3Ringkasan [3]

2.0 Deskripsi Projek

2.1 Pengenalan Projek [4]

2.1.1 Pernyataan masalah [4]

2.1.2 Objektif Projek [6]

2.1.3 Kepentingan Projek [6]

2.1.4 Skop Projek [7]

2.2 Metodologi Projek [9]

2.2.1 Keperluan Projek [9]

2.2.2 Alatan : Perisian, Pengkalan Data [9]


2.3Keputusan Dan Analisis [9]

2.4Ringkasan [ 10 ]

2.5 Cadangan [ 11 ]

3.0 Pengalaman Keseluruhan

3.1Senarai Tugas Ahli Kumpulan [ 12 ]

3.2Laporan AJK Pelaksana [ 16 ]

3.2.1 Laporan Ajk Induk [ 16 ]

3.2.2 Laporan AJK-AJK Lain [ 17 ]

3.2.2.1Laporan AJK Protokol [ 17 ]

3.2.2.2Laporan AJK Publisiti [ 19 ]

3.2.2.3Laporan AJK Pendaftaran [ 19 ]

3.2.2.4Laporan AjK Makanan [ 20 ]

3.2.2.5Laporan AJK Keberihan [ 22 ]

3.3Laporan Ajk Permainan [ 23 ]

3.3.1 AJK Permainan 1 (Regu) [ 23 ]

3.3.2 AJK Permainan 2 (Kotak Beracun) [ 24 ]

3.3.3 AJK Permainan 3 (Teka Silang Kata) [ 28 ]

3.3.4 AJK Permainan 4 (susun Perkataan) [ 32 ]

3.4Masalah [ 34 ]

3.5Keberkesanan Projek Ilmiah [ 35 ]

3.5.1 Pencapaian Objektif Projek Ilmiah [ 35 ]

3.5.2 Hasil Pembelajaran semasa Projek Ilmiah [ 36 ]


3.6Cadangan Dan Saranan [ 38 ]

3.7Ringkasan [ 38 ]

4.0Kesimpulan [ 40 ]

Bibliografi [ 42 ]

1.0 Pengenalan

1.1 Latar Belakang Projek Ilmiah

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), projek membawa maksud rancangan kerja atau
aktiviti yang hendak dialankan atau sedang dijalankan. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi
Ketiga (1996), ilmiah membawa maksud perkataan arab yang bersifat (secara) ilmu pengetahuan,
keilmuan dan akademik. Di dalam projek ilmiah ini juga dapat memupuk lagi kecekapan berbahasa
dan kepandaian berbahasa dalam diri setiap mahasiswa. Setiap program atau aktiviti yang diadakan
atau dianjurkan mestilah berkaitan dengan penggunaan Bahasa Melayu yang betul dan selaras.
Projek atau aktiviti itu juga mesti berkaitan dengan bahasa Melayu supaya kita boleh memupuk
semangat kesukaan dan cinta terhadap bahasa kita kerana 'Bahasa Jiwa Bangsa'.
Projek ilmiah yang disarankan oleh Pusat Bahasa Moden kepada pelajar Semester 1 sesi 2008/
2009 yang mengambil kursus UBM 1032 adalah berbentuk tugasan; melaksanakan atau menjayakan
sesuatu projek atau majlis yang berkaitan dengan kecekapan berkomunikasi secara lisan dan tulisan
seperti mengendalikan sesuatu majlis formal. Dengan adanya projek ilmiah ini, para pelajar dapat
mempelajari atau mengetahui cara-cara untuk mengendalikan sesebuah majlis itu dari awal hingga
berjayanya majiis tersebut. Projek ilmiah ini juga mengajar pelajar untuk membuat kertas cadangan,
kertas kerja berbentuk proposal, saringan maklumat dan protokol-protokol sesuatu majlis.
Tujuan projek ilmiah ini diadakan supaya dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar-peiajar
semester 1 untuk mengendalikan sesuatu majlis atau program. Di samping itu, para pelajar dapat
mengatahui prosedur untuk membuat sesuatu projek dan juga keperluan yang diperlukan seperti
membuat kertas cadangan, kertas kerja, minit mesyuarat, kendalikan sesuatu mesyuarat serta yang
berkaitan dengan pengurusan projek ilmiah tersebut. Para pelajar juga akan diberikan tugas masing-
masing sebagai ahli jawatan kuasa (AJK) induk atau AJK peiaksana.
Selain itu, projek ilmiah juga dapat mengeratkan hubungan sitaturrahim antara ahli kumpulan serta
dapat mengeratkan hubungan antara pensyarah dengan mahasiswa sekiranya terdapat sebarang
permasalahan. Projek ilmiah ini juga boleh memupuk semangat kerjasama sesama mahasiswa.
Dengan adanya projek ini, pensyarah atau pihak lain dapat menilai tanggungjawab seseorang itu
terhadap amanah yang diberikan kepada mereka.

1.2 Tinjauan Keseluruhan

Untuk metaksanakan sesuatu projek ilmiah yang berjaya dan memberikan manfaat yang positif
kepada peserta mahupun penganjur itu sendiri, maka beberapa aspek yang penting perlulah di beri
perhatian sejak dari awal lagi. Sememangnya perancangan yang baik mestilah diikuti dengan
perlaksanaan yang lancar dan jelas menampakkan buah-buah kejayaan padanya. Setiap ahli
didalam kumpulan yang telah terbentuk organisinya perlulah mengetahui dengan tepat tentang apa
yang telah di tugaskan kepada mereka untuk menyokong setiap proses perlaksanaan supaya ia
dapat berjalan seperti mana yang telah dibincangkan dari awal lagi.
Sememangnya tinjauan keseluruhan penting untuk memastikan sesuatu projek ilmiah itu
berlansung sebagaimana yang telah dirancangkan. Sesebuah kumpulan itu perlu mengetahui secara
keseluruhan tentang perlaksanaan projek ilmiah mereka. Setiap langkah penting pertu diambil berat
supaya ahli-ahli kumpulan tidak melakukan sebarang kesilapan yang bakal merosakkan rencana
projek ilmiah mereka. Setiap lapisan di dalam organiasi itu mempunyai tugas tertentu dan perlu
ditaksanakan dengan cermat dan cekap supaya tidak mendatangkan sebarang masatah sehingga
menjejaskan prestasi sesuatu projek yang ingin diiaksanakan. Hal tersebut akan memberi impak
yang negatif terhadap perlaksanaan sesuatu projek ilmiah itu.
Sejak dari awal lagi setiap ahli kumpulan perlu bersedia untuk menghadapi segala apa rintangan
yang mendatang. Perkara ini amatlah penting untuk menghasilkan sesuatu projek ilmah yang berjaya
dan seterusnya memberikan kesan yang bermakna kepada semua. Setiap ahli perlulah bersifat
universal supaya mereka mampu untuk mengikuti segala perencanaan tanpa ada sebarang
masalah. Kemahiran-kemahiran tersebut perlulah di terapkan ke dalan diri setiap ahli kumpulan dan
perlu diaplikaskan berdasarkan kesesuaian semasa.
Tujuan, objektif dan justifikasi yang ditetapkan dari awal sesuatu projek itu berlansung perlulah
digerakkan seiring dengan matlamat dan hasrat pencapaian sesuatu projek tersebut. la merupakan
nadi kepada sesuatu projek yang ingin dilaksanakan itu. Hal ini kerana kejayaan sesuatu projek itu
bergantung kepada pencapaian terhadap objektif ataupun matlamat tertentu. Jika sesuatu objektif itu
dapat di capai dengan jayanya tanpa masalah yang timbul di dalam proses perlaksanaan maka
projek ilmiah itu sememangnya telah berjaya, dan begitu jualah sebaliknya.
Untuk mencapai objektif seperti mana yang telah ditetapkan, sesebuah kumpulan itu perlulah
berusaha dengan sedaya upaya yang mampu. Setiap sesuatu usaha yang kuat itu akan
menghasilkan pulangan yang menggembirakan dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri
penganjur dan peserta. Pengkhususan terhadap sesuatu tugasan untuk setiap ahli itu akan
menjadikan sesebuah perancangan itu berjalan dengan balk. Mereka akan dapat menumpukan
sepenuh usaha untuk mencapai matlamat projek.

1.3Ringkasan

Setetah melihat daripada bahagian pengenalan dan tinjauan keseluruhan, kita telah mengetahui
bahawa projek ilmiah yang disarankan oleh Pusat Bahasa Moden kepada pelajar semester I sesi
2008/ 2009 yang mengambil kursus UBM 1032 adalah berbentuk tugasan melaksanakan atau
menjayakan sesuatu projek atau majlis yang berkaitan dengan kecekapan berkomunikasi secara
lisan dan tulisan seperti mengendalikan sesuatu majlis formal. Dengan adanya projek ilmiah ini, para
pelajar dapat mempelajari atau mengetahui cara-cara untuk mengendalikan sesebuah majlis itu dari
awal hingga berjayanya majiis tersebut. Projek ilmiah juga mengajar pelajar untuk membuat kertas
cadangan, kertas kerja berbentuk proposal, saringan maklumat dan protokol-protokol sesuatu majlis.
Daripada tinjauan keseluruhan, kita dapat mengetahui beberapa aspek-aspek khusus tentang
perlaksanakan sesuatu projek ilmiah. Setiap ahli di dalam kumpulan itu telah di pertanggungjawabkan
untuk melaksanakan tugas seperti mana yang tetah dibahagikan. Hal tersebut dapat mengelakkan
sedikit-sebanyak masalah yang bakal timbul semasa menjalankan projek ilmiah. Pembahagian
tugasan yang jelas juga dapat melancarkan perjalanan projek tanpa ada sebarang kekaburan tentang
tugas dan peranan masing-masing.

2.0 Deskripsi Projek


2.1 Pengenalan Projek

Setetah berbincang dan mendapat persetujuan semua ahli jawatankuasa, kumpulan kami telah
menetapkan untuk mengadakan projek ilmiah yang dikenali sebagai "Hari Mesra Wacana Akademik
Bahasa Metayu". Projek ilmiah ini merupakan satu projek yang dihasilkan berdasarkan tututan projek
ilmiah seperti yang telah digariskan. "Hari Mesra Wacana Akademik Bahasa Melayu" merupakan
satu aktiviti yang meIibatkan penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya. Segala aktiviti yang
dimuatkan dalam program ini akan menonjolkan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan para
peserta (Kumpulan Q Wacana Akademik Bahasa Melayu).
Untuk menghasilkan aktiviti seumpama ini, ahli jawatankuasa permainan telah diarahkan untuk
merancang dan menghasilkan permainan yang bersesuaian. Oleh itu, ahli jawatankuasa permainan
teiah berjaya menghasilkan empat jenis aktiviti yang akan dimuatkan dalam projek ilmiah ini iaitu,
regu, kotak beracun, teka silang kata dan susun perkataan. Keempat-empat aktiviti ini mempunyai
objektif dan kepentingan yang berbeza tetapi ianya haruslah menerapkan penggunaan bahasa
Melayu. Objektif utama menjalankan projek ilmiah ini adalah untuk rnenerapkan rasa cinta para
peserta kepada bahasa Melayu dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan bahasa Melayu
dalam kalangan mereka.

2.1.1 Pernyataan masalah

Projek ilmiah “Hari Mesra Wacana Bahasa Melayu” ini dihasilkan adalah disebabkan beberapa faktor.
Antaranya ialah :

a) Kurangnya kesedaran dalam diri para pelajar mengenai kepentingan bahasa Melayu.

Kini, sesetengah daripada pelajar kurang berminat untuk mengambil tahu mengenai
perkembangan bahasa Melayu dari semasa ke semasa. Hal ini telah menyebabkan mereka
tidak mengetahui kepentingan sebenar bahasa Melayu. Keadaan ini telah menyebabkan
mereka tidak mengmbil berat mengenai penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan
seharian mereka.

b) Kurangnya komunikasi antara pelajar dari kumplan yang berlainan dalam kursus Wacana
Akademik Bahasa Melayu.
Salah satu daripada faktor yang telah mendorong kami untuk mengadakan “Hari Mesra
Wacana Bahasa Melayu” adalah disebabkan kurangnya komunikasi antara pelajar. Keadaan
ini secara tidak langsung telah menyebabkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan
mereka amat kurang. Di samping itu juga, hal ini telah menyebabkan silaturahim antara
pelajar kurang terjalin antara satu sama lain. Oleh yang demikian “Hari Mesra Wacana
Bahasa Melayu” ini diadakan dengan harapan dapat mengeratkan hubungan antara pelajar
dari kumpulan Q wacana akademik bahasa Melayu dengan pihak penganjur iaitu, kumpulan R
wacana akademik bahasa Melayu.

c) Kurangnya aktiviti yang berkaitan dengan bahasa Melayu yang dapat menarik minat para
pelajar masa kini

Seperti yang kita ketahui, para pelajar pada masa kini kurang berminat dengan aktiviti ilmiah
yang berkaitan dengan bahasa seperti ceramah, pidato, forum dan sebagainya. Oleh yang
demikian kami telah melakukan inisiatif untuk mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan
bahasa yang lebih kepada corak permainan untuk menarik minat pelajar. Maka dengan itu
lahirlah aktiviti regu, kotak beracun, silang kata dan teka perkataan. Kesemua aktiviti yang
dimuatkan dalam projek ilmiah ini telah diolah dengan memastikan ianya berkaitan dengan
bahasa Melayu. Hal ini secara tidak langsung akan menerapkan penggunaan bahasa Melayu
dalam kalangan para peserta.

d) Kurangnya penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat dalam kalangan pelajar

Pada masa kini, para pelajar kurang mengambil berat mengenai penggunaan bahasa Melayu
dalam kehidupan seharian mereka. Keadaan ini secara tidak langsung telah menyebabkan
penggunaan bahasa Melayu amat yang tepat dalam kalangan mereka amat lemah. Hal ini
bercanggah dengan hasrat negara untuk menjadikan generasi masa depan sebagai golongan
yang dapt mengekalkan dan memartabatkan bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi
pada masa yang akan datang. Melalui aktiviti yang diadakan ini, ianya secara tidak langsung
telah melibatkan para pelajar dengan penggunaan bahasa Melayu.

e) Memenuhi kehendak dan keperluan kursus Wacana Akademik Bahasa Melayu (UBM 1023)
Kursus Wacana Akademik Bahasa Melayu mewajibkan para pelajar yang mengambil kursus
ini untuk mengadakan satu projek ilmiah yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu.
Projek ilmiah ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi
dalam kalangan pelajar. Hal ini adalah untuk memenuhi tuntutan melahirkan pendidik yang
cemerlang. Di samping itu juga, program ini merupakan wadah bagi para pelajar untuk
mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari semasa proses pembelajaran.

f) Kurangnya semangat kerjasama dalam kalangan para pelajar

Kerjasama amat penting dalam mewujudkan masyarakat berintegrasi, namun begitu


semangat kerjasama dalam diri pelajar pada masa kini amat tidak menggalakkan. Oleh yang
demikian, projek ilmiah yang dijalankan oleh kumpulan kami adalah untuk memupuk
semangat kerjasama dalam kalangan pelajar. Hal ini dapat dilaksanakan kerana dalam aktiviti
yang dijalankan para pelajar dibahagikan mengikut beberapa kumpulan. Dalam
menyelasaikan setiap aktiviti yang dijalankan, para pelajar akan bekerjasama.

2.1.2 Objektif Projek

Terdapat beberapa objektif dalam menjalankan projek ilmiah “Hari Mesra Wacana Bahasa Melayu”
ini. Antara objrktifnya ialah seperti yang tersenarai di bawah :
a) Menyemarakkan semula bahasa Melayu di dalam jiwa setiap pelajar dan meningkatkan
kembali semangat kecintaan kepada bahasa Melayu di dalam sanubari mereka.

b) Mengeratkan silaturahim antara pihak penganjur (kumpulan R wacana akademik bahasa


Melayu) dengan para peserta yang terdiri daripada pelajar dari kumpulan Q wacana akademik
bahasa Melayu, semester 1, sesi 2008/2009.

c) Memupuk semangat kerjasama antara para peserta dan memberi pengalaman dalam
menguruskan program pembelajaran di luar kelas.

d) Memenuhi tuntutan kejayaan seimbang iaitu, jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI)
kepada para peserta.
2.1.3 Kepentingan Projek

Terdapat beberapa kepentingan projek ilmiah “Hari Mesra Wacana Bahasa Melayu”. Kepentingan
projek ini diadakan dilihat dari pelbagai aspek penting. Antara kepentingan projek ini ialah seperti
yang tersenarai di bawah :

a) Memberi pengalaman kepada para pelajar cara untuk mengurus dan mengadakan aktiviti luar
kelas

Kepentingan utama projek ilmiah “Hari Mesra Wacana Bahasa Melayu” diadakan ialah untuk
mendedahkan para pelajar mengenai cara untuk mengurus sesuatu projek yang dijalankan di
luar kelas. Aktiviti seumpama ini sememangnya amat penting untuk melahirkan guru yang
berkebolehan dalam pelbagai aspek yang tidak hanya tertumpu kepada sesi pembelajaran di
dalam kelas. Dengan adanya aktiviti ini, para pelajar akan mendapat gambaran sebenar
mengenai pengurusan sesuatu projek dari sebelum, semasa dan selepas sesuatu projek
dijalankan.

b) Memenuhi tuntutan dalam kursus Wacana Akademik Bahasa Melayu

Dalam kursus wacana akademik bahasa Melayu, semua pelajar diwajibkan menjalankan
projek ilmiah bagi memenuhi syarat dalam kursus tersebut. Oleh yang demikian antara
kepentingan utama kami menjalankan program “Hari Mesra Bahasa Melayu” adalah untuk
memenuhi syarat tersebut.

c) Memupuk semangat kerjasama antara pelajar

Program “Hari Mesra Wacana Bahasa Melayu” juga berkepentingan untuk memupuk
semangat kerjasama antara para pelajar. Hal ini dapat dilihat apabila semua aktiviti
pengurusan sebelum dan semasa program ini dijalankan. Untuk menjayakan program ini
sememangnya amat memerlukan kerjasama daripada semua ahli kumpulan. Semua ahli
kumpulan telahpun menjalankan tugas masing-masing dan berusaha bersungguh-sungguh
untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Perkara ini secara tidak langsung telah
memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan. Semangat kerjasama ini amat
diperlukan.

2.1.4 Skop Projek

Skop projek ialah tindakan yang diambil sebelum, semasa dan selepas projek ilmiah dijalankan.
Terdapat beberapa tindakan yang diambil sebelum, semasa dan selepas program “Hari Mesra
Wacana Bahasa Melayu”. Antaranya ialah seperti yang tersenarai di bawah :

a) Mengadakan mesyuarat

Sebagai permulaan untuk memulakan projek ilmiah “Hari Mesra Wacana Bahasa Melayu”,
kami telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan perkara yang harus diambil kira
sebelum menjalankan projek ilmiah tersebut. Mesyuarat pertama diadakan adalah untuk
membincangkan mengenai projek yang bakal kami jalankan. Semua ahli kumpulan telah
diminta untuk menyumbang idea mengenai aktiviti yang akn dijalankan. Terdapat beberapa
cadangan yang dikemukan. Antaranya ialah sukaneka, ceramah, dan forum. Tetapi setelah
semua cadangan dinilai dari pelbagai aspek terdapat banyak kekangan yang menghalang
kami untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut. Oleh itu kami merancang untuk mangadakan
aktiviti selain daripada yang telah dirancang.

b) Mengadakan perbincangan dengan Puan Rohaizah

Untuk mendapat cadangan setelah buntu memikirkan projek yang akan dijalankan, kami telah
membuat keputusan untuk meminta cadangan daripada Puan Rohaizah selaku pensyarah
wacana akademik bahasa Melayu kami. Puan Rohaizah telah mencadangkan kami untuk
mengadakan satu program yang berkaitan dengan bahasa yang boleh mengeratkan
hubungan dengan pelajar dari kumpulan lain wacana akademik bahasa Melayu. Setelah kami
membuat pertimbangan mengenai projek tersebut, semua ahli kumpulan kami setuju untuk
mengadakan program yang telah dicadangkan oleh Puan Rohaizah.

c) Membuat mensyuarat untuk membincangkan mengenai projek ilmiah yang bakal kami
jalankan
Kami sekali lagi telah mengadakan mesyuarat sekali lagi untuk membincang projek ilmiah
yang akan kami jalankan. Dalam mensyuarat kali ini, kami telah menetapkan tajuk bagi projek
ilmiah kami dan ahli-ahli jawatankuasa bagi projek tersebut. Setelah perbincangan dibuat,
projek ilmiah kami dikenali sebagai “Hari Mesra Wacana Bahasa Melayu”. Di samping itu,
setiap ahli jawatankuasa juga telah dilantik untuk memastikan segala urusan yang berkaitan
berjalan dengan lancar. Semua ahli jawatankuasa telah diarahkan untuk menjalankan tugas
masing-masing agar projek ilmiah kami berjalan dengan sempurna.

d) Membuat persediaan untuk menjalankan program “Hari Mesra Wacana Bahasa Melayu”

Banyak persediaan yang telah dilakukan untuk menjayakan program “Hari Mesra Wacana
Bahasa Melayu”. Antara persediaan yang dilakukan ialah, menyediakan kertas kerja untuk
mendapatkan kebenaran dan pengesahan dari pihak-pihak yang berkepentingan, dan
penempah tempat untuk mengadakannya iaitu Bilik Seminar/Pemeran Kokurikulum
Bitarasiswa. Selain itu juga setiap ahli jawatankuasa diarahkan untuk menjalankan tugas
masing-masing iaitu, ahli jawatankuasa permainan menyediakan segera bahan-bahan atau
peralatan yang diperlukan dalam permainan yang telah dirancangkan. Selain itu ahli
jawatankuasa lain seperti ajk makanan menempah makanan, ajk peralatan menyediakan
peralatan yang diperlukan, ajk protokol menyediakan teks ucapan dan sebagainya.
Persediaan-persediaan awal telah dibuat untuk memastikan segala urusan berjalan dengan
lancar.

e) Mengadakan raptai penuh program “Hari Mesra Wacana Bahasa Melayu”

Untuk memastikan projek ilmiah kami berjalan dengan lancar pada hari yang telah ditetapkan
kami telah mengadakan raptai penuh untuk program “Hari Mesra Wacana Bahasa Melayu”.
Semasa raptai diadakan, kami telah membuat segala persediaan dengan iaitu dengan
memastikan segala teratur seperti ucapan pengerusi majlis, kedudukan para jemputan dan
sebagainya. Raptai diadakan agar semasa majlis diadakan tiada masalah sampingan yang
kami hadapi. Hal ini adalah kerana, masalah sampingan yang wujud akan mencacatkan
majlis kami.
2.2 Metodologi Projek

2.2.1 Keperluan Projek

Setiap Ahli Jawatankuasa perlu memberikan komitmen yang tinggi dalam menyiapkan
sesebuah projek. Pengetahuan tentang isi kandungan sesebuah projek perlu diketahui oleh setiap
Ahli Jawatankuasa agar tidak tersasar daripada matlamat yang ditetapkan. Mesyuarat perlu
dijalankan dengan kerap bagi memantau perjalanan kerja setiap Ahli Jawatankuasa supaya mereka
menjalankan tugas mereka. Ketua Program perlu memantau setiap kerja Ahli Jawatankuasa.

2.2.2 Alatan : Perisian, Pengkalan Data

Perkakasan yang digunakan adalah seperti LCD, Komputer, meja, kerusi, bola, kotak, kabel, dan
sebagainya. Persian yang digunakan adalah microsoft office word, microsoft office power point,
windows movie maker dan sebagainya. Pengkalan data maklumat adalah daripada sumber bahan
rujukan seperti buku ilmiah dan internet.

2.3 Keputusan Dan Analisis

Keputusan dan anatisis yang dapat dibuat adalah seperti berikut:


1. Setiap ahli jawatankuasa diberi tugas untuk menyiapkan projek melalui pembahagian tugas.
Mereka telah berusaha sedaya upaya untuk merijalankan setiap tugasan dengan balk sekali
walaupun kadang kala dihalangi pelbagai masalah yang merumitkan.
2. Pada peringkat awal, setiap ahli jawatankuasa agak keliru dengan peranan mereka. Hal ini
berlaku kerana mereka masih kabur dengan tugasan yang dipertanggungjawabkan dan tidak
begitu memahami tentang prosedur serta tata cara sebenar bagaimana pertaksanaan sesuatu
projek ilmiah terebut.
3. Setelah melakukan perbincangan, hasil yang diberikan terhadap tugasan sememangnya
mencapai objektif yang di tetapkan. Para peserta dan penganjur sama-sama mendapat input
yang bermakna dan sememangnya amat berguna pada masa hadapan.
4. Setiap cabaran dan dugaan yang datang sejak dari awal lagi, iaitu sewaktu penubuhan
organisasi sehinggalah kepada terlaksananya projek ilmiah ini memberi ikhtibar yang bermakna
kepada semua ahli kumpulan. Hal tersebut menjadi dorongan dan kekuatan pada diri setiap ahli
kumpulan untuk meningkatkan potensi dan kebolehan diri masing- masing. Walaupun ia datang
secara tidak lansung, namun kesannya akan sentiasa diingati dengan tujuan untuk dljadikan
iktibar demi mencapai kejayaan yang lebih sempurna pada masa hadapan.

2.4 Ringkasan

Sesuatu projek ilmiah yang di rancang itu mestilah diteliti sedalam-dalamnya tertebih dahulu
untuk menjamin kelancaran pengurusan dan keberkesanannya. Oleh itu matlamat utama ataupun
objektifnya perlulah di rangka dengan baik dan sesuai dengan kebolehan setiap ahli kumpulan untuk
mencapainya. Kepentingan dan skop projek yang jelas matlamatnya akan menjadi penunjuk cara
kepada sesuatu projek ilmiah terebut. Hal tersebut dapat mengelakkan kepincangan dan kecacatan
semasa terlaksananya projek ilmiah.
Setiap metodotogi atau cara periaksanaan perlulah diberi perhatian untuk menyokong usaha
diatas. Segala keperluan dan alatan perlulah disediakan dengan sebaiknya dan memastikan ia
dipenuhi dan dapat beroperasi dengan sempurna bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian
hari. Sememangnya kelancaran dan keberkesanan sesuatu projek itu akan memberikan impak
ataupun keputusan yang positif kepada analisis yang akan djalankkan selepas sesuatu projek itu
terlaksana.
Ahli jawatankuasa memainkan peranan penting bagi memastikan projek berjalan lancar. Setiap
aktiviti yang dirancang perlu diselenggara dengan baik, maka usaha yang berterusan diberikan oleh
ahli jawatankuasa telah berjaya menyiapkan projek ini hingga ke akhimya. Peranan pengarah
program dalam memimpin ahli jawatankuasa dalam manyiapkan projek ini adalah diluar jangkaan
kerana komitmen yang diberikan begitu baik sekali.

2.5 Cadangan

Projek yang akan dijalankan kelak diharapkan dapat membantu dalam memartabatkan Bahasa
Melayu. Masa yang diperuntukan pertulah dimanfaatkan agar kualiti kerja yang dilakukan dapat
diipertingkatkan. Pengetahuan tentang Bahasa Melayu perlu dikuasai sebelum mengendalikan projek
ini. Semasa menjalankan projek ini setiap ahli jawatankuasa perlu mengenalpasti tugas mereka agar
tidak berlaku kesilapan. Justeru itu, setiap ahli jawatankuasa perlu peka dengan keadaan sekeliing.
Semoga projek yang dijalankan kelak mendapat komitmen yang Iebih baik dan lebih berjaya daripada
sekarang.

3.0 Pengalaman Keseluruhan

3.1 Senarai Tugas Ahli Kumpulan


AJK INDUK PERANAN
• Mengetuai dan mempengerusikan setiap kali perjumpaan dan
TENGKU SYED AZAN BIN TENGKU mesyuarat.
SYED REMAN

• Berjumpa dengan pihak atasan untuk menyelesaikan segala


(PENGARAH PROGAM)
urusan.

• Sebagai ketua dan memantau ajk-ajk pelaksana supaya


melakukan tugas.

• Membantu pengarah program dalam setiap urusan untuk

NURUL AIN ZAHARA BINT BAHARI berjumpa dengan pihak atasan.

(PENOLONG PENGARAH PROGRAM) • Memberi tunjuk ajar kepada ajk-ajk pelaksana untuk
melakukan tugas-tugasan mereka.

• Memberi idea-idea yang bernas semasa perjumpaan


serta mesyuarat.

• Mencatat serta merekod segala butir-butir yang dibincangkan


di dalam perjumpaan dan perbincangan dan mesyuarat.
ANNA YUENNA BINTI BUJANG

• Membuat kertas kerja projek.


(SETIAUSAHA)

• Membuat minit mesyuarat atau perjumpaan.



• Membuat surat pinjaman dewan.


AJK PELAKSANA PERANAN
• Mengambil borang untuk permohonan penggunaan
tempat.

AJK PERSIAPAN TEMPAT DAN TEKNIKAL : • Menyediakan tempat semasa hari projek tersebut.

 EDISON ANAK EMPERGAM (K)

 MOHD FAIZAL BIN ALEXANDER


• Menyediakan serta membuat persediaan awal
terhadap LCD, komputer riba, skrin putih, mikrofon,
 KAMARUL BAHREN BIN MAT JUSOH
pembesar suara dan penghawa dingin.

 MOHD EZANI BIN JAMALUDIN • Memastikan juga keselamatan dan keselesaan


tempat yang digunakan sebelum program
diadakan.

• Memastikan juga barang yang dipinjamkan seperti


LCD itu berfungsi dengan baik dan dipulangkan
dengan baik juga.
• Menyusun kerusi untuk para peserta, penasihat
dan tetamu jemputan.



• Menyediakan teks untuk pengacara majlis,


ucapan pengarah projek dan ucapan tetamu
jemputan.
AJK PROTOKOL :

• Menjaga protokol-protokol sepanjang program


 NUR berlangsung..
HIDAYAH
BINTI •
BASRUN •
(K)

 NURUL
ASMAT BT
RAMILY
AJK PERMAINAN PERANAN
AJK PERMAINAN 1 (REGU) : • Mencari peribahasa untuk dijadikan bahan
permainan.

 NOR IZZATI BINTI ABDUL HAMID


 ZAINAB BINTI IBRAHIM


• Menaip peribahasa dan potong untuk
dimasukkan ke dalam sampul surat.
 SITI NORHAYATI BINTI MOHD
• Mereka syarat-syarat permainan
dan mengelolakan permainan ini.

AJK PERMAINAN 2 (KOTAK BERACUN) • Menyediakan soalan yang berpandukan dari


modul.
 NUR NADIA BINTI ADNAN
 • Mencari bahan untuk digunakan pada hari
permaina.
 SITI RAUDHAH BINTI ABDUL
KARIM • Mereka soalan dan syarat-syarat permainan.

 NUR HIDAYAH BINTI MASARAN • Mengelolakan permainan ini.

 SITI FATIMAH BINTI KHANURDIN

AJK PERMAINAN 3 (TEKA SILANG KATA) • Mencari teka silang kata yang bersesuaian untuk
dijadikan bahan permainan.
 NORHAYATI BINTI KAMARUDDIN
• Mencari jawapan untuk teka silang kata
 FADHILAH BINTI ABD KHADIR

 ROSMADIA BINTI LAMAPA •

• Membuat fotokopi untuk setiap kumpulan yang


bermain.

• Mengelolakan permainan ini.





3.2 Laporan AJK Pelaksana

3.2.1 Laporan Ajk Induk

Laporan merupakan satu medium yang penting kepada sesuatu majlis, peristiwa atau
program itu. Setiap gerak kerja dan perlaksanaan projek itu akan di teliti supaya dapat
mengesan sebarang keberkesanan, kekurangan ataupun kelemahan sesuatu projek itu selepas
perlaksanaannya. Laporan yang positif akan memberikan satu gambaran awal kepada kejayaan
atau keberkesanan sesuatu projek itu, begitu jugalah sebaliknya.
AJK induk yang terdiri daripada pengarah program, penolong pengarah program, setiausaha,
penolong setiausaha, bendahari dan penolong bendahari telah melaksanakan setiap tugasan
yang dipertanggungjawabkan dengan baik sekali. Komitmen yang diberikan oleh setiap
daripada mereka sedikit-sebanyak membantu didalam keberkesanan projek ilmiah ini. Selaku
penggerak utama kepada sesuatu projek, ajk induk telah memainkan peranan mereka dengan
berkesan sekali.
Pada peringkat awal, setiap ajk yang ditantik telah bersedia untuk memberikan sepenuh
perhatian kepada perlaksanaan projek ilmiah inl. Sikap saling bantu-membantu di dalam diri
setiap daripada mereka menyumbangkan satu impak positif kepada perlaksanaan projek ini.
Komitmen yang jitu dan kemampuan menerima tugasan yang di berikan telah menjadi kekuatan
dan dorongan kepada setiap ahli kumpulan untuk melaksanakan tugasan mereka.
Pelbagai masalah dan kekangan yang telah timbul sewaktu ajk induk melaksanakan tugasan
mereka. Hal ini berlaku kerana terdapat sedikit-sebanyak kekurangan oleh setiap ahli di datam
kumputan ini. Bermula dari peringkat atasan sehingga bawahan, masalah-masalah yang timbul
tetah menambahkanan kerumitan kepada setiap ahli untuk melaksanakan tugas yang di berikan
dengan lancar dan berkesan. Antaranya adalah kekaburan peranan, yang mana menjadi punca
utama kepada setiap masalah yang bertaku sewaktu perlaksanaan projek ini. Kebanyakan
daripada ahli kumpulan kurang faham tentang apa sebenarnya yang perlu di buat oleh mereka
bagi projek ini. Hal tersebut timbul kerana kecekapan dan kelancaran yang masih kurang oleh
pihak atasan untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada ahli kumpulan.
Selain itu, komitmen setiap ahli kumpulan juga menjadi masalah kepada perlaksanaan projek
ilmiah ini. Kelemahan ahli kumpulan di dalam memberikan perhatian tentang tugasan dan
peranan mereka amatlah mengecewakan. Hal tersebut telah menjadi punca utama kepada
permasaalahan yang timbul sewaktu perlaksanaan projek ilmiah ini. Kebanyakannya adalah
berpunca daripada kekangan masa yang terhad dan tugasan-tugasan lain setain perlaksanaan
projek ini yang juga perlu disiapkan.
Peruntukan masa yang terhad oleh setiap ahli telah merumitkan lagi proses perlaksanaan
projek ini. Kebanyakan daripada mereka terlalu sibuk dan tidak dapat menyumbangkan masa
untuk tujuan perlaksanaan projek ini. Hal ini dapat dijelaskan lagi dengan melihat pada
kehadiran bagi setiap kali mesyuarat kumpulan diadakan. Mereka tidak bersedia untuk hadir
kerana perlu terlibat dengan tugasan-tugasan lain yang tidak kurang pentingnya.
Setiap daripada masalah diatas telah memberikan kesan yang negatif terhadap
perlaksanaan projek ini. la menjadi halangan dan cabaran kepada setiap ahli kumpulan bagi
melaksanakan projek ini dengan jayanya. Namun begitu semangat kekuatan dan berpasukan
yang ada di dalam diri setiap dari ahli kumpulan telah menjadi batu loncatan dan dorongan yang
memberansangkan untuk menempuhi segala dugaan yang mendatang dengan tenang dan
penuh kesabaran. Sokongan dan nasihat yang diberikan oleh pensyarah kami sendiri telah
menjadi sumber inspirasi untuk mengorak langkah kejayaan projek Imiah ini.
Apa yang menjadi penghalang tidak dijadikan masalah kepada kami untuk melaksanakan
tugasan ini. Kesepaduan dan pengorbanan masa dan tenaga setiap daripada ahli kumpulan
sememangnya penting untuk menjamin perlaksanaan sesuatu projek itu. Keberkesanan ajk
induk di dalam menguruskan semua itu telah terserlah dengan tercapainya matlamat dan
objektif utama projek ilmiah ini. Bermula dengan keprihatinan penganjur sendiri tentang
pentingnya kemahiran insaniah yang menjadi teras kepada pembangunan modal insan
cemerlang, mesej yang ingin di sampaikan kepada peserta program sememangnya tercapai.
Reaksi positif dan memberansangkan yang telah di berikan oleh setiap peserta didalam
projek ini telah menjadi mercu kepada kejayaan perancangan ahli kumpulan selama ini.
Sememangnya segala usaha, tenaga, masa dan jerih perih yang telah di korbankan oleh setiap
daripada ahli kumpulan telah mendatangkan hasil sebagaimana yang diharap-harapkan. Jelas
di sini menampakkan sesuatu perancangan yang baik itu perlu di dasari dengan kesungguhan
demi menjamin keberkesanan kepada perlaksanaannya, bak kata pepatah 'Jika tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya'.
3.2.2 Laporan AJK-AJK Lain

3.2.2.1 Laporan AJK Protokol

Senarai nama ahli:


1) NUR HIDAYAH BT BASRUN
2) NURUL ASMAT BT RAMILY
3) ABDUL HALUM BIN LAH
4) MOHD SHARIZWAN BIN MOHAMMAD SHAH

Laporan aktiviti :
1. Fungsi dan tugas AJK protokol
1) Menyediakan teks ucapan, khususnya kepada pengacara bagi mengacarakan majlis
supaya ianya dapat berjalan dengan tancar.
2) Bersedia untuk menyambut kehadiran tetamu kehormat iaitu menunjukkan arah atau
tempat duduk apabila beliau sampai ke majlis tersebut.
3) Mengacarakan majiis sepanjang ianya berlangsung.

2. Masalah-masalah yang timbul


1. Tidak mengetahui nama atau panggian kehormat tetamu yang hadir.

2. Sebahagian peserta hadir lewat ke dewan kerana mereka terpaksa berkumpult di kelas
dahulu sebelum datang ke dewan tersebut.

3. Terdapat sebahagian peserta yang tidak mengetahui tentang pelaksanaan program


tersebut dan ini telah menyebabkan sebahagian daripada mereka tidak hadir.

3. Punca-punca kepada masalah


1. Tidak peka terhadap nama panggilan tetamu kehormat atau tidak membuat kaji
selidik terlebih dahulu.

2. Peserta hadir ke kelas lewat dan tidak berkumpul dalam satu kumpulan untuk ke
dewan.
3. Jarak dari kelas mereka iaitu di Taman Universiti ke Bitara Siswa adalah jauh sedikit
dan ini tetah menyebabkan kelewatan peserta hadir.

4. Sebahagian daripada peserta kurang memberi kerjasama untuk turut serta dalam
menjayakan program tersebut.

4. Langkah-tangkah mengatasi
1) Membuat kaji selidik secara terperinci dalam semua perkara terutamanya mengenai
panggilan kehormat bagi tetamu kehormat yang hadir.
2) Memberi risalah kepada peserta supaya mereka mengetahui tentang pelaksanaan
program tersebut untuk menarik minat mereka hadir ke majlis tersebut.
3) Memberitahu terlebih dahulu kepada peserta supaya terus berkumpul di dewan bagi
memudah dan mempercepatkan kehadiran mereka.
4) Membuat strategi yang teratur bagi sesuatu permainan supaya peserta memberi
kerjasama dalam menjayakan program tersebut.

3.2.2.2 Laporan AJK Publisiti

Ahti jawatankuasa:
1. Umi Nadrah bt Hussein
2. Zainab bt Ibrahim
3. Nor Izzati bt Abdul Hamid

Tugas ahli jawatankuasa pubtisiti ialah mengambil gambar, menyediakan montaj, membuat
pamplet dan mengedit gambar. Pada pukul 4.30 petang iaitu sebelum majlis bermula, kami
dikehendaki untuk menyediakan kelengkapan peralatan yang dipertukan iaitu projektor supaya
acara majlis pada petang itu berjalan dengan lancar. Semasa acara bermula, kami mengambil
gambar dan montaj yang telah kami sediakan telah ditayangkan selepas Aktiviti 2 (kotak
beracun).
Setelah semuanya telah selesai, kami dikehendaki untuk mendokumentasikan semua
dokumen yang telah kami kumpul sejak dari permulaan hingga akhimya perjalanan projek
ilmiah. Kami telah menyediadan montaj AJK, senarai lampiran gambar dan montaj akhir iaitu
hasil daripada gambar-gambar yang di kumpulkan daripada keseluruhan aktiviti.
3.2.2.3 Laporan AJK Pendaftaran

1. Senarai AJK :
1) Siti Fatimah Bt. Khanurdin (K)
2) Siti Norhayati Bt. Mohd
3) Nur Hidayah Bt. Masaran
2. Laporan penuh
Sesi pendaftaran para peserta telah dibuka seawal jam 5 petang. Tugas AJK Pendaftaran
adalah menanda nama para peserta yang hadir dan memberitahu nombor kumpulan mereka.
Para peserta yang sepatutnya hadir mendaftar adalah seramai 30 orang dan mereka telah
diagihkan mengikut kumpulan masing-masing. Mengikut perancangan, terdapat 6 buah
kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai seramai 5 orang ahli. Para peserta yang datang
mendaftar akan mendapat tentatif program dan nombor kumpulan mereka seperti yang telah
ditetapkan.
Namun, hanya 18 orang sahaja peserta yang hadir mendaftar iaitu 7 orang lelaki dan 11
orang perempuan setelah sesi pandaftaran tamat. Oleh itu, pihak kami terpaksa mengagihkan
semula para peserta dan akhimya hanya 3 kumpulan sahaja yang dapat dibentuk. Setiap
kumpulan mempunyai seramai 6 orang ahli.

3.2.2.4 Laporan AjK Makanan

Senarai ahli :

i) Norhidayah Binti Ruslan


ii ) Siti Raudhah Binti Abdul Karim

Dalam memastikan sesebuah majlis berjalan dengan lancar dan berkesan, unit
makanan dan minuman ditubuhkan untuk memastikan majlis berjalan dengan lebih lancar
dengan adanya hidangan ataupun jamuan ringan untuk tetamu jemputan dan peserta yang
menghadirinya.
Ojektif utama bagi unit makanan dan minuman antaranya adalah untuk memastikan
agar kesemua peserta dan tetamu jemputan mendapat makanan dan minuman bagi pihak
masing – masing. Dengan adanya makanan dan minuman, majlis yang dijalankan akan berjalan
dengan lancar. Selain itu, objektif bagi pengurusan makanan dan minuman adalah agar semua
peserta dan tetamu jemputan dapat menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak majlis.
Unit makanan dan minuman telah diperuntukan sebanyak Ringgit Malaysia seratus (RM
100.00) oleh pihak pengurusan tertinggi. Peruntukan yang diberi adalah untuk memastikan unit
makanan dan minuman berjalan dengan lancar hasil peruntukan yang diberi.
Berikut merupakan peruntukan perbelanjaan bagi unit makanan dan minuman serta
jadual pengiraan bagi setiap peruntukan yang digunakan bagi menyempurnakan kelancaran
majlis.

JENIS PERBELANJAAN Jumlah x kuantiti JUMLAH


( RM ) (orang) KESELURUHAN

Bihun goreng RM 1.00 x 62 orang ( jemputan ) RM 62.00


Air Sirap RM 0.50 x 60 peserta RM 30.00
Teh Susu ( jemputan ) RM 5.00 x 2 orang RM 5.00
Penyewaan pinggan, jag RM 10.00 RM 10.00
dan cawan

RM 107.00
JUMLAH PERUNTUKAN RM 100.00
BAKI RM 7.00

Peruntukan untuk perbelanjaan unit makanan dan minuman adalah RM 100.00.


Walaupun jadual di atas menunjukkan perbelanjaan melebihi peruntukan yang diterima, tetapi
sebenarnya peruntukan yang diterima daripada pihak pengurusan tertinggi adalah mencukupi
kerana jadual di atas hanyalah menunjukkan perbelanjaan secara kasar sahaja. Disebabkan
pembelian makanan dan minuman secara banyak, pihak pembekal memberi diskaun kepada
unit makanan dan minuman. Secara keseluruhannya, peruntukan yang diterima sama
jumlahnya dengan harga keseluruhan pembelian makanan dan minuman.
Walaupun unit bahagian makanan dan minuman tidaklah sesukar seperti unit–unit lain,
unit ini masih terdapat sedikit masalah dalam memastikan ianya berjalan dengan lancar.
Masalah yang dihadapi adalah kelewatan penghantaran makanan. Pembekal makanan telah
berjanji untuk menghantar makanan sebelum jam 6.00 petang tetapi di atas kesulitan yang
mereka hadapi, makanan yang ditempah tiba pada jam 6.30 petang. Kelewatan ini telah
menyebabkan majlis terpaksa menangguhkan jamuan yang tetapkan waktunya.
Namun, kelewatan penghantaran makanan ini tidak mencacatkan majlis yang sedang
dijalankan kerana waktu yang ditetapkan untuk jamuan bagi peserta dan jemputan telah
dilewatkan dengan permainan terakhir untuk penutupan majlis. Akhirnya majlis ini dapat
dijalankan dengan baik dan kesemua peserta serta tetamu jemputan dapat menikmati jamuan
yang disediakan oleh pihak majlis.

3.2.2.5 Laporan AJK Keberihan

1. Objektif Ahli Jawatankuasa Kebersihan.

a. Memastikan kebersihan kawasan projek ilmiah dalam keadaan bersih.


b. Mengemas semula kawasan tempat projek selepas tamat program.
c. Memastikan tempat berlansung projek kemas dan bersih daripada sebarang
kekotoran selepas projek tamat.

2. Pengenalan
Tugas utama ajk kebersihan adalah untuk memastikan kebersihan tempat dan kawasan
berlangsug program bersih. Kami perlu memastikan kawasan program berada pada tahap
kebersihan yang baik dari sejak awal program bermula sehingga program tamat. Pada
permulaan kami memastikan kebersihan kawasan progran terjamin dan bersih. Selepas tamat
sahaja program pula tugas kami beralih kepada aktiviti mengemas semula kawasan tempat
program daripada sebarang kekotoran. Kami perlu melakukan aktiviti mengemas pada akhir
program kerana kawaasan tempat menjadi agak kotor. Hal ini kerana, wujudnya sampah sisa
makanan daripada para peserta yang kami jemput setelah mereka selesai menjamu selera.

3. Masalah
Terdapat beberapa masalah timbul yang telah menyukarkan tugas ajk makanan. Masalah
pertama ialah tempat menjadi terlalu kotor setelah tamat program, terutamanya setelah para
peserta menjamu selera. Selain itu, masalah lain yang juga wujud adalah tiada kelengkapan
yang cukup untuk kami mengemas dan membersihkan kawasan. Contohnya tiada penyapu
untuk menyapu sampah dan peralatan untuk mengelap kotoran, terutamanya sisa air dan
makanan yang tumpah.

4. Tindakan
Bagi meneruskan tugas untuk pembersihan kami menggunakan altenatif lain untuk tujuan
pembersihan. Kami menggunakan tangan untuk memungut sampah yang bertabur. Bagi tujuan
membersih sisa makanan dan minuman yang tumpah pula kami menggunakan kertas untuk
mengelapnya sehingga bersih. Walaupun tiada peralatan yang lengkap, tugas membersih
menjadi agak mudah kerana semua ajk lain yang bukan daripada ajk kebersihan juga turut
sama membantu bagi memudahkan dan meringankan tugas pembersihan.

5. Cadangan
Cadangan kami sebagai ajk kebersihan pada masa hadapan sebaiknya sebelum suatu
program atau majlis berlangsung kelengkapan untuk kebersihan perlulah lengkap terlabih
dahulu. Sebaiknya ajk kebersihan mengembangkan skop tugasan iaitu memastikan terlebih
dahulu peralatan untuk mengemas dan membersih cukup, misalnya peralatan untuk membersih
iaitu penyapu. Hal ini supaya pada masa hadapan masalah dan kesulitan yang sama tidak akan
wujud lagi. Selain itu, ia juga untuk memudahkan tugas ajk kebersihan setelah sesuatu majlis
tamat dan melicinkan perjalan tugas yang dipertanggungjawabkan.

3.3 Laporan Ajk Permainan

3.3.1 AJK Permainan 1 (Regu)

1. Senarai ahli jawatankuasa:

1) Zainab binti Ibrahim

2) Nor Izzati binti Abdul Hamid


3) Siti Norhayati binti Kamaruddin

2. Laporan

Aktiviti 1 (regu) bermula pada pukul 5.25 petang. Iaitu selepas perasmian pembukaan
majlis. Pengerusi majlis diambil allih oleh zainab selaku ketua ahli jawatankuasa aktiviti. Peserta
dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada enam orang peserta.
Seorang wakil dari setiap kumpulan dilantik sebagai ketua kumpulan dan mengetuai permainan
ini. Wakil dari setiap kumpulan memilih sampul yang telah diisikan peribahasa. Masa yang
diberikan untuk menyelesaikan seberapa banyak peribahasa yang terdapat di dalam sampul
adalah 5 minit. Setiap wakil dari kumpulan tadi membuat gaya dan diteka peribahasa yang
digayakan oleh ahli kumpulan. Selepas 5 minit, jam dibunyikan dan masa ditamatkan.
Peribahasa yang telah dijawab oleh para peserta dikutip dan dikira markah. Permainan ini
dimenangi oleh kumpulan 3. Tempat kedua dimenangi kumpulan 1 dan ketiga dimenangi oleh
kumpulan 2.

Contoh senarai peribahasa yang


diberikan:
 sehari selembar benang lama–
lama jadi kain

 diberi betis hendak peha  buah tangan

 ada air adalah ikan  kain dalam lipatan

 rusa masuk kampung  duri dalam daging

 bagai melukut di tepi gantang  isi dengan kuku

 tikus membaiki labu  talam dua muka

 seperti pahat dengan penukul  katak bawah tempurung

 ada kerak ada nasi  anak emas

 ada padang ada belalang  pinang dibelah dua


 anjing menyalak bukit  ada gula ada semut

 buah hati

3.3.2 AJK Permainan 2 (Kotak Beracun)

Senarai nama AJK :


1. NUR NADIA BTE ADNAN

2. SITI RAUDHAH BINTI ABD KARIM

3. NUR HIDAYAH BINTI MARASAN

4. SITI FATIMAH BINTI KHANURDIN


Nama ahli Tugas-tugas

Menjadi MC atau ketua yang


mengendalikan permainan ini.
NUR NADIA BTE ADNAN
Bertanggungjawab dalam memastikan
segala aturcara permainan berjalan
dengan sempurna.

Menjadi penasihat dan pembantu MC


dalam mengacarakan majlis ini. Dan
SITI RAUDHAH BINTI ABD KARIM
menyelia segala aturcara agar terkawal
rapi.

Menjadi ajk bawahan yang menguruskan


segala kerja yang berkaitan dengan
permainan ini. Juga memastikan segala
NUR HIDAYAH BINTI MARASAN aturcara majlis berjalan dengan sempurna
sepanjang program ini djalankan.

Menjadi ajk bawahan yang membantu


menguruskan segala kerja yang berkaitan
SITI FATIMAH BINTI KHANURDIN
dengan aturcara permainan ini. Dan
memastikan majlis berjalan dengan lancar
dan teratur.

1. Objektif permainan

• Matlamat penubuhan permainan yang bercorak kotak beracun seperti ini adalah
untuk mendekatkan diri para peserta dan pihak penganjur dalam menyemarakkan
semula Bahasa Melayu bahasa ibunda dalam jiwa dan meningkatkan kembali
semangat cintakan Bahasa Melayu didalam sanubari mereka yang semakin
menghilang ditelan arus permodenan.
• Melalui permainan kotak beracun seperti ini yang mengandungi banyak unsur
pengajaran dan pendidikan dapat mendidik jiwa mereka mengenal kembali
pembelajaran seperti zaman dahulu yang mementingkan bahasa Melayu dalam
pertuturan misalnya bersyair, bersajak, berpantun dan sebagainya.

• Seterusnya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak penganjur


program dan para peserta dari kumpulan Q Kelas Wacana Akademik Bahasa
Melayu, semester 1 Sesi 2008/2009.

• Memupuk semangat kerjasama antara peserta dan member pengalaman yang


berguna dalam menguruskan program pembelajaran di luar kelas.

2. Syarat-syarat permainan

Seramai 26 orang peserta yang terdiri daripada 6 kumpulan melibatkan diri dalam
acara ini. Setiap kumpulan mempunyai bilangan ahlinya antara 4 hingga 5 orang sahaja.
Permainan seperti ini memerlukan muzik sebagai agenda utama dalam memastikan
kelancaran program.
Yang mana muzik digunakan bagi menentukan siapakah yang akan menjawab
soalan yang disediakan untuk melengkapkan permainan seperti ini. Selain muzik
sebagai penyeri majlis, bola juga menjadi sasaran kepada para peserta untuk mengelak
diri daripada menjawab soalan.
Jika salah seorang peserta tidak dapat menjawab tambahan boleh dibantu oleh
rakan-rakan yang lain, akan dikenakan denda iaitu bersyair, berpantun, berlakon dan
sebagainya dan markah yang diperolehi adalah sebanyak kosong tanpa tujuan.

3. Cara-cara permainan

1. Apabila muzik dibunyikan, bola akan bergerak mengikut bulatan kumpulan besar,
sehingga muzik berhenti maka MC yang menjadi pengadil dan pembaca soalan
akan mula membaca soalan yang diletakkan dalam kotak khas.
2. Soalan yang ditanya berkaitan dengan ilmu pengetahuan yang berlajar di dalam
kelas akan dijawab oleh para peserta, jika betul muzik akan mula bergerak
mencari sasarannya yang seterusnya.

3. Dan jika peserta tidak dapat menjawap soalan yang diberi, mereka akan
dikenakan hukuman berbentuk dendaan. Dendaan ini memerlukan para peserta
melakonkan, bersyair, berpantun dan sebagainya berkaitan dengan tajuk yang
diberi.

4. Aktiviti permainan kotak beracun :

• Permainan kotak beracun ini dicetuskan ilham daripada perbincangan dengan


ahli kumpulan. Hal ini kerana melalui permainan ini dapat menguji ketajaman
akal fikiran para peserta dalam menyelesaikan pelbagai soalan yang berkaitan
dengan aktiviti pembelajaran didalam kelas Wacana Akademik Bahasa Melayu.
Antara bentuk soalan yang diajukan kepada para peserta iaitu:

a) Beri 5 peribahasa Melayu ?

b) (Topik 5)Kesalahan bahasa sering dalam penggunaan bahasa . berikan


maksud kesalahan bahasa ?

c) ( Topik 4) Berikan jenis penulisan ilmiah ?

d) (Topik 6) Berikan 5 jenis perenggan ?

e) (Topik 1) Berikan 3 contoh bentuk pengucapan awam ?

f) (Topik 7) Huraikan 2 tujuan penyuntingan ?

g) (Topik 3) Berikan 3 jenis kemahiran maklumat ?

h) Berikan tujuan pengucapan awam ?

5. Denda-denda

1. Cipta pantun secara spontan.

2. Cipta pantun dua kerat berkaitan perayaan hari raya Aidilfitri.


3. Berlakon mengikut teks yang diberikan berserta intonasi yang bersesuaian
“SAYA MAHU BALIK KE KAMPUNG, BANG. SAYA MAHU BERHENTI
KERJA”.

4. Berbalas pantun dalam kumpulan.

5. Bersyair.

6. Berlakon mengikut teks yang diberikan serta intonasi yang sesuai. “SAMPAI
HATI ABANG TINGGALKAN SAYA, APA SALAH SAYA??”.

7. Nyanyi satu lagu melayu asli.

6. Masalah yang timbul

1. Penggantian jurucara majlis tidak tersusun mengikut jawatan dalam aktiviti


yang dijalankan.

2. Aktiviti atau permainan yang dijalankan tidak menepati masa yang


sepatutnya.

3. Para peserta datang lewat untuk melaporkan diri.

4. Ketua yang menguruskan sesuatu projek tidak mementingkan kehadiran


guru penilai yang menilai aktiviti yang dijalankan tetapi melebihkan kepada
tetamu yang diundang.

5. Kesan kepada peserta dan penganjur

Selesai sudah projek Ilmiah Wacana Akademik Bahasa Melayu yang berlangsung
pada 13 0ktober 2008 bertempat di bilik seminar/pameran kokurikulum Bitara Siswa.
Antara kesan yang timbul daripada aktiviti yang dijalankan adalah setiap peserta dan
penganjur berasa sendiri pengalaman pahit manis dalam melibatkan diri dan
mengendali program seperti ini. Selain itu, pihak penganjur dan peserta dapat
memahami dengan lebih mendalam terhadap objektif yang ingin disampaikan. Justeru,
dapat menyemarakkan rasa cinta terhadap Bahasa Melayu selepas tamatnya program
ini. Akhir kata, semua pihak berasa berpuas hati terhadap pencapaian tentatif program
yang dijalankan dengan kerjasama daripada semua pihak.

6. Kesimpulan

Aktiviti seperti ini seharusnya lebih giat diadakan kepada para remaja diperingkat
rendah dan tinggi bagi menghindari diri mereka daripada melupakan bahasa ibunda kita
iaitu Bahasa Melayu diperingkat kebangsaan dan antarabangsa kelak. Justeru, dapat
melahirkan perasaan cinta dan semangat patriolitik terhadap bahasa dan bangsa
Malaysia. Oleh itu, untuk melahirkan generasi yang cemerlang dan kaya dengan
pelbagai bahasa terutamanya Bahasa Melayu, semua pihak seharusnya menghulurkan
tangan membimbing anak merdeka mengenali jati diri yang tersemat didalam diri untuk
melahirkan insan yang berkualiti.

3.3.3 AJK Permainan 3 (Teka Silang Kata)

1. Senarai AJK :
a) Norhayati Binti Kamaruddin
• Mengedarkan kertas soalan permainan teka silang kata dan mengawasi para
peserta.
b) Fadhilah Binti Abd Khadir
• Bertindak sebagai pengacara ketika permainan dan menerangkan syarat-
syarat permainan kepada para peserta.
c) Rosmadia Binti Lamapa
• Mengedarkan kertas soalan permainan teka silang kata dan mengawasi para
peserta.

2. Objektif :
i. Menambah pengetahuan mengenai pembandaharaan dan kosa
kata para peserta yang terlibat.
ii. Mamastikan kelestarian penguasaan bahasa Melayu dalam
kalangan peserta.
iii. Merangsang minda untuk berfikir dan memahami perkataan seerti
dengan pantas dan tepat.
iv. Meningkatkan semangat cintakan bahasa Malaysia.
v. Meningkatkan pengetahuan peserta pemainan silang kata dalam
mata pelajaran Wacana Bahasa Melayu.

3. Cara-cara dan syarat permainan :

i. Setiap kumpulan akan diberikan sekeping kertas soalan permainan teka silang
kata.
ii. Setiap kumpulan dikehendaki menjawab seberapa banyak soalan yang boleh.
iii. Jawapan yang diberikan haruslah menepati soalan yang dikemukakan.
iv. Masa yang diperuntukkan untuk permainan ini adalah selama 10 minit.
v. Setiap peserta haruslah bekerjasama dalam kumpulan masing-masing dan tidak
bersikap pasif bagi melancarkan perjalanan aktiviti permainan silang kata ini.
vi. Kerjasama anda semua amatlah kami hargai.

4. Penilaian :

a) Penilaian permainan kepada fasilitator :


 Fasilitator akan mencuba mencari jawapan dengan mencari dalam kamus .
 Peringatan terhadap setiap subjek akan diimbas semula.
 Dapat meningkatkan lagi daya berfikir fasilitator dalam mencari jawapan
terhadap soalan yang akan dijawab oleh peserta.
b) Penilaian permainan kepada para peserta :
 Para peserta akan mencuba mencari dan menjawab soalan yang dikemukakan
secara bekerjasama dan bantu-membantu antara ahli kumpulan.
 Peserta akan dapat mempelajari maksud kata seerti yang dikemukakan di
dalam soalan yang diberikan.
 Dapat meningkatkan daya berfikir peserta yang menyertai aktiviti projek ilmiah
Wacana Bahasa Melayu ini.

5. Perbincangan :
a) Para peserta mampu menyelesaikan soalan yang diberikan dalam masa yang
ditetapkan oleh fasilitator.
b) Jawapan yang diberikan oleh setiap kumpulan adalah berbeza iaitu terdapat
jawapan yang tepat dan terdapat juga jawapan yang kurang tepat.
c) Selepas membuat semakan jawapan teka silang kata yang dijawab oleh peserta,
kumpulan yang dapat menjawab soalan teka silang kata dengan tepat adalah
kumpulan dua dengan pungutan markah sebanyak 18/31 diikuti oleh kumpulan satu
dengan pungutan markah sebanyak 16/31 dan kumpulan tiga dengan markah
sebanyak 15/31.
d) Kumpulan dua telah memenangi permainan yang ketiga ini iaitu permainan teka
silang kata.
6. Ringkasan dan kesimpulan

Secara kesimpulannya, aktiviti teka silang kata ini dapat menambahkan ilmu
pengetahuan mengenai penggunaan kata seerti di samping dapat memahirkan para
peserta mengenai kepentingan bahasa Malaysia.
Sememangnya ia dapat memberi input yang sangat berguna kepada para peserta
mahupun penganjur sendiri. Soalan-soalan yang mencabar minda akan dapat
membantu pelajar untuk mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Penganjur juga telah dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan dari awaltadi
iaitu ingin memastikan kelestarian penguaaan Bahasa Melayu, hal ini telah di capai
apabila semua peserta dan penganjur berjaya untuk menyiapkan semua soalan yang
telah di sediakan dengan jayanya. Semangat berkumpulan yang menjadi tonggak utama
kejayaan peserta juga terserlah apabila mereka saling bantu-membantu di dalam
menyiapkan teka silang kata tersebut.

3.3.4 AJK Permainan 4 (susun Perkataan)

1. Senarai nama AJK


I. Norhidayah Binti Ruslan.
II. Nurzatul Ain Binti Seri Lanang Jaya.
III. Umi Nadrah Binti Hussein

2. Objektif aktiviti
1. Menambahkan perbendaharaan kata.
2. Meningkatkan tahap pemikiran.
3. Membuat keputusan dengan tepat dan tepat.
4. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan.

3. Cara-cara permainan
1. Perkataan akan dipaparkan dihadapan skrin.
2. Setiap perkataan akan diteka dan diselesaikan dalam masa 10 saat.
3. Sekiranya peserta tidak dapat meneka perkataan yang dipaparkan, perkataan
tersebut akan dibuka kepada kumpulan lain dan masa 5 saat diberi untuk
menjawab.
4. Peruntukan masa permainan adalah 10 hingga 15 minit.
5. Kumpulan yang banyak menjawab, dikira pemenang.

4. Peralatan
a. Komputer riba
b. LCD projektor
c. Mikrofon

5. Laporan penuh
Permainan ini dikendalikan oleh AJK aktiviti empat, iaitu Norhidayah Binti Ruslan dan
Nurzatul Ain Binti Seri Lanang Jaya. Seorang lagi AJK iaitu Umi Nadirah Binti Hussein tidak
dapat mengendalikan aktiviti ini kerana menghadiri kuliah. Namun begitu, rakan-rakan lain
turut membantu menjayakan aktiviti ini. Norhidayah telah memainkan peranan sebagai juru
acara, Nurzatul Ain sebagai pengendali bahagian dokumentasi serta dibantu oleh rakan lain
iaitu Anna Yuenna binti Bujang sebagai penjaga masa.
Aktiviti ini dilaksanakan sebaik sahaja aktiviti tiga selesai kira-kira pada pukul 6.30
petang. Peserta-peserta diminta berada dalam kumpulan masing-masing. Aktiviti dimulakan
sebaik sahaja juru acara memberitahu cara-cara aktiviti dimainkan. Sepanjang
berlangsungnya aktiviti ini, kami mendapati bahawa mereka sangat terhibur dalam
menjalankan aktiviti susun perkataan yang dikendalikan oleh kami. Setiap pelajar
mengambil bahagian dalam permainan ini. Mereka menunjukkan minat terhadap aktiviti ini.
Hal ini kerana mereka belum pernah merasai aktiviti sebelum ini.
Di samping itu juga, kami merasai bahawa objektif kami melaksanakan aktiviti ini
tercapai. Pelajar dapat mengenalpasti perkataan-perkataan yang dipaparkan walaupun ada
sesetengah perkataan mereka tidak dapat meneka. Daya kecekapan mereka untuk meneka
perkataan ada kalanya cekap dan sebaliknya. Selain itu, setiap kumpulan bersemangat
untuk meneka perkataan yang dipaparkan disamping memungut mata untuk kumpulan
masing-masing. Disini kami dapat lihat kerjasama dalam kumpulan yang ditunjukkan oleh
mereka. Selain menghiburkan mereka, aktiviti ini juga telah memberi input-input yang baik
melalui perkataan yang disusun. Disamping dapat menguji tahap kefahaman mereka dalam
subjek Wacana Akademik Bahasa Melayu.
Walaupun demikian, kami juga menghadapi masalah dan kekangan dalam
melaksanakan aktiviti ini. Antaranya ialah para peserta tidak mendengar arahan daripada
rakan-rakan kami yang meminta supaya mereka mengangkat tangan jika ingin meneka
perkataan yang dipaparkan. Selain itu juga, kami merasakan bahawa masa yang
diperuntukkan untuk permainan ini adalah singkat. Kami terpaksa menghadkan bilangan
perkataan supaya program dapat dihabiskan dengan cepat.
Kesimpulannya, melalui aktiviti ini kami merasakan segala objektif kami tercapai. Setiap
pelajar memberi rangsangan dan komitmen yang baik sehingga selesai aktiviti ini. Akhir
sekali, melalui aktiviti ini juga kami mendapat satu pengalaman untuk mengendalikan
program sebegini. Kami juga dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari melalui kursus ini.
Pengalaman mengendalikan aktiviti ini akan kami jadikan panduan pada masa akan datang.

3.4 Masalah

Sememangnya setiap perancangan yang berjaya sudah tentu ada pelbagai halangan,
cabaran dan masalah yang tersendiri yang telah mendatangkan sedikit-sebanyak impak
kepada sesuatu projek itu. Masalah yang dihadapi telah menjadikan sesuatu projek ilmiah
itu semakin rumit untuk dilaksanakan. Ini adalah kerana ia menjadikan kelancaran projek ini
terhalang, kesan akhir bagi projek ini juga akan terjejas sedikit-sebanyak kerana objektif
yang telah di tetapkan sukar untuk di capai dan perlu mengambil langkah-langkah yang
rumit untuk menyelesaikannya.
Pelbagai masalah telah timbul sejak dari awal lagi iaitu semasa pembentukan ajk
organisasi dan perancangan tentang penyediaan kertas kerja projek. Masalah utama yang
sememangnya merumitkan adalah untuk mendapatkan kerjasama daripada ahli-ahli
kumpulan. Hal tersebut menjadi rumit kerana sebilangan daripada mereka tidak dapat
memperuntukkan masa untuk menghadiri mesyuarat. Ia juga adalah disebabkan oleh
kekangan masa yang begitu terhad dan jadual kelas kuliah yang tidak sama bagi semua ahli
kumpulan (Wacana Akademik Bahasa Melayu Kumpulan R).
Masalah-masalah yang timbul telah menjejaskan perjalanan perencanaan projek ilmiah
ini. Kurangnya komitmen, jadual waktu yang terlalu padat dan ahli-ahli kumpulan daripada
kelas kuliah yang berlainan telah menyebabkan pelbagai kesan iaitu ada sebilangan ahli
kumpulan yang kabur tentang tugas sebenar mereka untuk menjalankan projek ilmiah ini.
Mereka juga bersifat tidak mengambil berat tetang keperluan perlaksanaan projek ini yang
menjadi syarat untuk lulus Kursus Wacana Akademik Bahasa Melayu (UBM 1032). Sikap ini
telah menjejaskan perjalanan projek ilmiah kerana setiap ajk yang dipertanggungjawabkan
untuk melaksanakan tugas masing-masing telah gagal. Perbezaan dan percanggahan
pendapat juga turut berlaku di kalangan ahli kumpulan. Ia disebabkan oleh ramai daripada
mereka mempunyai cadangan-cadangan dan idea-idea yang tersendiri. Hal tersebut telah
menyebabkan perancangan projek ilmiah ini tertangguh beberapa kali dan terpaksa
mengambil masa yang agak panjang untuk menyiapkannya.
Masalah-masalah lain yang timbul adalah semasa perlaksanaan projek ilmiah oleh ajk-
ajk tertentu, diantaranya adalah daripada ajk permainan, ajk protokol, ajk makanan dan ajk
kebersihan. Ajk protokol telah menghadapi masalah untuk melaksanakan tugas dengan baik
yang membawa kepada kesilapan penggunaan nama panggilan dan gelaran semasa
mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat. Hal tersebut telah berlaku kerana mereka tidak
cukup bersedia dan kurang arif tentang perkara terebut. Ajk kebersihan telah mengalami
beberapa masalah. Masalah pertama ialah tempat menjadi terlalu kotor setelah tamat
program, terutamanya setelah para peserta menjamu selera. Selain itu, masalah lain yang
juga wujud adalah tiada kelengkapan yang cukup untuk kami mengemas dan
membersihkan kawasan. Contohnya tiada penyapu untuk menyapu sampah dan peralatan
untuk mengelap kotoran, terutamanya sisa air dan makanan yang tumpah.
Ajk-ajk permainan juga turut mengalami pelbagai masalah yang tersendiri yang turut
menjejaskan perjalanan tentatif program. Peserta yang hadir agak lewat dan bilangan
kehadiran tidak seperti yang di rancangkan telah mengakibatkan pengurusan perjalanan
projek ini terjejas. Masa yang telah diperuntukkan terpaksa di singkatkan dan kesemua
permainan perlu di rombak semula untuk dapat disesuaikan dengan masa program supaya
tidak terkeluar daripada perancangan. Selain itu mereka juga turut mengalami masalah
apabila melaksanakan tugasan untuk mengacarakan permainan masing-masing. Ini telah
menyebabkan peserta kurang faham tentang peraturan, pemarkahan dan penilaian sebenar
sesuatu permainan itu pada peringkat awal.

3.5 Keberkesanan Projek Ilmiah

Bermula dengan langkah awal sewaktu perancangan kertas kerja projek ilmiah lagi,
matlamat akhir yang sebenar tentang perlaksanaan dan keberkesanan projek ilmiah
perlulah menjadi tonggak utama bagi setiap ahli kumpulan. Hal tersebut penting kerana
sesuatu perancangan yang baik itu mestilah di sesuaikan dengan gerak kerja yang proaktif
dan dapat memberikan impak yang berkesan pada akhir sesuatu projek itu.
Tujuan, objektif dan sasaran yang telah di tetapkan perlulah berjalan seiring dengan
usaha setiap ahli kumpulan untuk mendapatkan keputusan projek ilmiah yang berkesan
kepada semua, samada kepada kumpulan sasaran iaitu peserta mahupun penganjur
sendiri. Usaha yang gigih oleh setiap ahli kumpulan di dalam mengorak langkah tersebut
telah memberi kesan yang positif seperti mana yang telah diharap-harapkan. Setiap objektif
perlulah di bincangkan supaya dapat memberikan kesan pembelajaran yang baik supaya
dapat diambil manfaatya oleh seluruh yang terlibat.

3.5.1 Pencapaian Objektif Projek Ilmiah

Objektif-objektif yang di tetapkan pada peringkat perancangan awal sesuatu projek itu
perlulah diselidiki dengan cermat samada ia telah mencapai sasaran atau tidak. Projek
ilmiah yang mengutamakan kemahiran berbahasa dan memupuk keterampilan dalam
kalangan siswa telah di tetapkan objektif yang khusus untuk dicapai pada akhirnya. Bagi
projek ilmiah ‘Hari Mesra Wacana Akademik Bahasa Melayu’ kami telah menetapkan
beberapa objektif utama yang bertujuan untuk kebaikan bersama diantara penganjur dan
peserta.
Hasrat utama kumpulan kami bagi mecapai objektif untuk menyemarakkan semula
semangat Bahasa Melayu dan mengembalikan kecintaan didalam sanubari semua, telah
tercapai dengan jayanya. Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan sejak dahulu
lagi telah dilupakan sedikit demi sedikit oleh semua lapisan rakyat Malaysia. Atas dasar
keprihatinan tersebut kami telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai
objektif tersebut. Setiap peserta menampakkan reaksi yang positif semasa perlaksanaan
projek ilmiah ini. Hal tersebut telah memberikan kesan yang memberansangkan dan
menampakkan kesedaran kepada mereka tentang pentingnya semangat Bahasa Melayu
didalam diri mereka.
Antara lain yang menunjukkan objektif projek ini berjaya dicapai adalah, hasrat untuk
mengeratkan silaturrahim di kalangan peserta dan memupuk semangat kerjasama bagi
mengaplikasikan pembelajaran di luar kelas. Keberkesanannya dapat dilihat apabila para
peserta dan penganjur dapat berinteraksi dengan baik sekali, mereka juga dapat memberi
tindak balas yang meyakinkan apabila diajukan soalan dan diminta untuk memberi jawapan.
Semangat kerjasama juga terserlah dikalangan penganjur program juga berhasil kerana
mereka telah menyedari tentang kepentingannya semangat Bahasa Melayu yang
mendalam didalam diri mereka. Demi melihat Bahasa Melayu terus agung, tersanjung dan
terbilang mereka telah berkorban sedaya upaya, masa dan tenaga untuk mencapai
matlamat itu.

3.5.2 Hasil Pembelajaran semasa Projek Ilmiah

Sesuatu projek ilmiah yang di rangka itu adalah diatas dasar untuk memberikan
kebaikan dan kesedaran kepada semua yang terlibat mahupun secara lansung ataupun
tidak tentang kepentingan untuk menyemarakkan semula Bahasa Melayu di dalam jiwa dan
sanubari semua. Setiap tujuan dan objektif yang telah di tetapkan perlulah tercapai dengan
jayanya bagi menjamin setiap matlamat yang ditetapkan berkesan dan dapat memberi
impak yang maksimum kepada peserta dan penganjur.
Objektif-objektif yang di tetapkan pada peringkat awal lagi telah menunjukkan kesan
ianya berjaya di capai. Hal tersebut membawa kelansungaan kepada hasil pembelajaran
semasa pojek ilmiah seperti mana yang diharap-harapkan oleh semua. Pelbagai
pengalaman baru yang dapat di pelajari semasa projek ilmiah ini berlansung dan
sememangnya ia berguna untuk diaplikasikan pada masa akan datang.
Peserta projek ilmiah ini telah mendapat pengetahuan baru yang sebelum ini tidak
pernah difikirkan oleh mereka. Melalui permainan-permainan yang disertai, mereka dapat
menguji sedikit-sebanyak pengetahuan yang sedia ada dalam diri mereka di samping
menambah beberapa pengetahuan dan pengalaman baru apabila menyertai permainan-
permainan tersebut. Sememangnya permainan yang menguji minda dan berkonsepkan
kemahiran berfikir didalam konteks mengaplikasikan Bahasa Melayu telah banyak
memberikan input-input yang berguna kepada mereka semua. Ini akan mengembalikan
semangat tentang kepentingan Bahasa Melayu dan keperluan untuk menyemarakkannya
semula kepada seluruh warga Malaysia yang tercinta ini.
Kepada pihak penganjur program pula, mereka telah dapat mengambil banyak
pengalaman-pengalaman yang berharga daripada perlaksanaan projek ilmiah ini. Sejak
dari permulaan perancangan projek ini, kami telah mempelajari pelbagai teknik atau langkah
untuk menjalankan sesuatu projek ilmiah itu. Sewaktu penyediaan kertas kerja misalnya,
penganjur telah dapat mengetahui tentang format dan tata cara penyediaannya. Hal
tersebut penting kerana penghasilan kertas kerja yang baik pada peringkat awalnya akan
dapat melancarkan perencanaan sesuatu projek itu. Kertas kerja merupakan tunjang
kepada perlaksanaan sesuatu projek ilmiah itu, ia akan menjadi panduan, rujukan dan
sumber maklumat kepada penganjur program mahupun pihak-pihak yang memelukannya.
Melalui perlaksanaan projek ini juga, peserta dan penganjur akan mendapat faedah
yang sama rata iaitu apabila berpeluang untuk mengeratkan silaturrahim diantara mereka.
Persahabatan yang terjalin akan menjadi bertambah erat dan kukuh apabila kami semua
dapat bersama-sama di dalam permainan-permainan yang telah dianjurkan. Input-input
berguna telah datang sekali dengan semangat ikatan ukhuwah yang dapat menjadi asas
yang kukuh di dalam melahirkan semangat perpaduan di kalangan kita. Sikap saling
bertolak ansur dan bertoleransi di kalangan peserta dan penganjur telah mengukuhkan lagi
silaturrahim ini. Kini, tiada lagi sebarang rasa tidak puas hati dan prasangka yang buruk di
kalangan peserta dan penganjur. Sikap saling tolong-menolong diantara kami telah
membuahkan hasil yang sempurna apabila ia telah melancarkan perjlanan majlis kami pada
hari tersebut walaupun ada sedikit sebanyak masalah yang timbul secara sengaja mahupun
tidak.

3.6 Cadangan Dan Saranan

Projek ilmiah yang ingin dilaksanakan mestilah di perincikan dengan penuh teliti dan
perlu kajian secara mendalam. Hal tersebut menjadi teras bagi menjamin kelancaran
perlaksanaannya nanti. Masalah-masalah yang bakal timbul sama ada pada peringkat awal,
semasa atau akhir perlaksanaan sesuatu projek ilmiah itu mestilah di kaji terlebih dahulu
bagi mengelakkan sebarang halangan di dalam perlaksanaan projek itu. Setiap ahli juga
wajib untuk memberikan sepenuh perhatian dan komitmen semasa menerima tugas untuk
melaksanakan projek ilmiah. Mereka tidak seharusnya mengambil mudah kepada
perlaksanaan projek ini kerena ia merupakan syarat lulus bagi kursus Wacana Akademik
Bahasa Melayu (UBM 1032) ini. Usaha yang gigihdi samping doa dan tawakkal akan dapat
menjamin kejayaan perlaksanaan sesuatu projek ilmiah itu.
Semoga dengan terlaksananya program seperti ini diharapkan semua peserta program
dapat mengambil sedikit sebanyak pengetahuan, pengalaman mahupun kemahiran yang
sememangnya berguna untuk dijadikan sebagai pedoman pada masa akan datang.
Sememangnya program-program seperti ini perlu dititikberatkan untuk dijalankan secara
berkala dari semasa ke semasa agar pembawaannya dapat difahami oleh generasi semasa
dan pelapis akan datang. Semoga dengan apa yang disumbangkan pada hari ini akan
dapat dituai hasilnya pada masa akan datang.

3.7 Ringkasan
Di dalam bahagian ini kita telah mengkaji dan mengetahui sedikit sebanyak tentang
tugas-tugas bagi setiap ahli kumpulan. Bermula dengan tugas oleh pengarah program, ajk
induk, ajk pelaksana sehinggalah kepada ajk permainan, kita akan mendapat tahu tentang
keperluan setiap individu tersebut secara terperinci bagi memenuhi tututan kerja mereka.
Setiap yang telah di pertanggungjawabkan dengan tugasan masing-masing perlulah
menyelesaikannya dengan penuh komitmen dan bersungguh-sungguh. Hal tersebut bagi
mengelakkan sebarang kerumitan dan permasaalahan yang bakal timbul di kemudian hari.
Selain itu, laporan-laporan yang terperinci oleh setiap ajk yang terlibat sememangnya
berguna kepada semua untuk tujuan di jadikan rujukan dan panduan kepada perlaksanaan
projek ilmiah itu. Penganjur sendiri akan dapat menggunakan laporan-laporan tersebut
sebagai panduan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul selepas
perlaksanaannya projek ilmiah itu. Ia amat berguna sebagai penanda aras dan penilai
prestasi kepada sesuatu projek ilmiah tersebut. Segala permasaalahan, langkah
mengatasi, cadangan dan saranan yang terdapat didalam setiap laporan itu berguna
kepada semua dan boleh di jadikan panduan untuk memperbaikinya pada masa akan
datang. Ia akan menjadi bahan rujukan apabila pengalaman-pengalaman yang berharga di
dalamnya diambil untuk diguna pakai bagi tujuan menghasilkan perubahan dan
perlaksanaan projek ilmiah yang lebih baik pada masa hadapan.
Keberkesanan projek ilmiah yang membincangkan tentang pencapaian objektif projek,
hasil-hasil pembelajaran serta cadangan dan saranan juga penting kepada sesuatu projek
ilmiah itu. Ini adalah kerana ia menunjukkan bertapa pentingnya usaha dan komitmen yang
gigih di kalangan rakan penganjur bagi menjamin kelancaran dan pencapaian terhadap
projek ilmiah yang memberansangkan.
4.0 Kesimpulan

Tujuan projek ilmiah ini diadakan supaya dapat memberi pendedahan awal kepada
pelajar-pelajar semester 1 untuk mengendalikan sesuatu majlis atau program. Di samping
itu, para pelajar dapat mengatahui prosedur untuk membuat sesuatu projek dan juga
keperluan yang diperlukan seperti membuat kertas cadanagan, kertas kerja, minit
mesyuarat, kendalikan sesuatu mesyuarat serta yang berkaitan dengan pengurusan projek
ilmiah tersebut. Para pelajar juga akan diberikan tugas masing-masing sebagai ahli jawatan
kuasa (AJK) induk atau AJK pelaksana. Selain itu, projek ilmiah juga dapat mengeratkan
hubungan silaturrahim antara ahli kumpulan serta juga dapat mengeratkan hubungan antara
pensyarah dengan mahasiswa sekiranya terdapat sebarang permasalahan. Projek ilmiah ini
juga boleh memupuk semangat kerjasama sesama mahasiswa. Dengan adanya projek ini,
pensyarah atau pihak lain dapat menilai tanggungjawab seseorang itu terhadap amanah
yang diberikan kepada mereka.
Untuk melaksanakan sesuatu projek ilmiah yang berjaya dan memberikan manfaat yang
positif kepada peserta mahupun penganjur itu sendiri, maka beberapa aspek yang penting
perlulah di beri perhatian sejak dari awal lagi. Sememangnya perancangan yang baik
mestilah diikuti dengan perlaksanaan yang lancar dan jelas menampakkan buah-buah
kejayaan padanya. Setiap ahli didalam kumpulan yang telah terbentuk organisinya perlulah
mengetahui dengan tepat tentang apa yang telah di tugaskan kepada mereka untuk
menyokong setiap proses perlaksanaan supaya ia dapat berjalan seperti mana yang telah
dibincangkan dari awal lagi.
Laporan merupakan satu medium yang penting kepada sesuatu majlis, peristiwa atau
program itu. Setiap gerak kerja dan perlaksanaan projek itu akan di teliti supaya dapat
mengesan sebarang keberkesanan, kekurangan ataupun kelemahan sesuatu projek itu
selepas perlaksanaannya. Laporan yang positif akan memberikan satu gambaran awal
kepada kejayaan atau keberkesanan sesuatu projek itu, begitu jugalah sebaliknya.
Masalah-masalah yang timbul telah menjejaskan perjalanan perencanaan projek ilmiah ini.
Kurangnya komitmen, jadual waktu yang terlalu padat dan ahli-ahli kumpulan daripada kelas
kuliah yang berlainan telah menyebabkan pelbagai kesan iaitu ada sebilangan ahli
kumpulan yang kabur tentang tugas sebenar mereka untuk menjalankan projek ilmiah ini.
Mereka juga bersifat tidak mengambil berat tetang keperluan perlaksanaan projek ini
yang menjadi syarat untuk lulus Kursus Wacana Akademik Bahasa Melayu (UBM 1032).
Sikap ini telah menjejaskan perjalanan projek ilmiah kerana setiap ajk yang
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas masing-masing telah gagal. Perbezaan
dan percanggahan pendapat juga turut berlaku di kalangan ahli kumpulan. Ia disebabkan
oleh ramai daripada mereka mempunyai cadangan-cadangan dan idea-idea yang tersendiri.
Hal tersebut telah menyebabkan perancangan projek ilmiah ini tertangguh beberapa kali
dan terpaksa mengambil masa yang agak panjang untuk menyiapkannya. Namun begitu
setiap permasaalahan tersebut telah ditangani degan baik sekali. Dengan bantuan dan
pandangan daripada penasihat program iaitu pensyarah sendiri telah menjadi panduan
kepada kami semua untuk mengatasi setiap permasaalahan tersebut dengan berkesan.
Reaksi positif dan memberansangkan yang telah di berikan oleh setiap peserta didalam
projek ini telah menjadi mercu kepada kejayaan perancangan ahli kumpulan selama ini.
Sememangnya segala usaha, tenaga, masa dan jerih perih yang telah di korbankan oleh
setiap daripada ahli kumpulan telah mendatangkan hasil sebagaimana yang diharap-
harapkan. Jelas di ini menampakkan sesuatu perancangan yang baik itu perlu di dasari
dengan kesungguhan demi menjamin keberkesanan kepada perlaksanaannya, bak kata
pepatah ‘Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’.
Program yang akan dijalankan kelak diharapkan dapat membantu dalam
memartabatkan bahasa melayu. Masa yang diperuntukan perlulah dimanfaatkan agar kualiti
kerja yang dilakukan dapat dipertingkatkan. Pengetahuan tentang Bahasa Melayu perlu
dikuasai sebelum mengendalikan projek ilmiah ini. Semasa menjalankan projek ini setiap
ahli jawatankuasa perlu mengenalpasti tugas mereka agar tidak berlaku kesilapan. Justeru
itu, setiap ahli jawatankuasa perlu peka dengan keadaan sekeliling. Semoga projek yang
dijalankan kelak mendapat komitmen yang lebih baik dan berjaya daripada sekarang.
Semoga dengan terlaksananya program seperti ini diharapkan semua peserta program
dapat mengambil sedikit sebanyak pengetahuan, pengalaman mahupun kemahiran yang
sememangnya berguna untuk dijadikan sebagai pedoman pada masa akan datang.
Sememangnya program-program seperti ini perlu dititikberatkan untuk dijalankan secara
berkala dari semasa ke semasa agar pembawaannya dapat difahami oleh generasi semasa
dan pelapis akan datang. Semoga dengan apa yang disumbangkan pada hari ini akan
dapat dituai hasilnya pada masa akan datang.

Bibliografi

Buku

Hajah Noresah Baharom, Rusli Abdul Ghani, Mohd Nor Abd. Ghani, Ibrahim Ahmad, Aziah

Tajudin, Salmah Jabbar, Mariam Mahmud, Diarani Mat Adam, Rahamah Othman, et al.

(1996). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Idris Mohd Radzi, Razali Ayob, Mohd Ra’in Shaari, Hamid Awang, Zuraini Ramli, Fadzlina

Amran, Ahmad Khair Mohd Nor, Abdullah Yusof, Abu Hassan Abdul, et al. (2008).

Wacana Akademik Bahasa Melayu. Tanjung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Artikel

Teka Silang Kata. (2008,September 21). Mingguan Warta Perdana, 6.

You might also like