You are on page 1of 20

NAMA : MOHD IQBAL B.

MOHD TAIB

NO. MAKTAB : 08524

KELAS : 403

HOMEROOM : SITI NORHASIMAH


ISI KANDUNGAN

BI PERKARA M/
L. S
1. PENGHARGAAN 1
2. PENDAHULUAN 2
3. HASIL KAJIAN 3
-13
4. PENUTUP 14
5. RUJUKAN 15
6. LAMPIRAN 16-
17
PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah, buku skrap ini dapat


disiapkan dalam jangka masa yang
ditetapkan. Pertama sekali saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Cik Maisyarah Bt. Isa, guru Pendidikan
Sivik & Kewarganegaraan kelas 403 MRSM
Pengkalan Hulu, Perak yang telah banyak
memberikan tunjuk ajar dan bimbingan
kepada saya dalam menghasilkan buku
skrap ini dengan jayanya.

Selain itu, penghargaan ini juga saya


tujukan kepada ibu bapa saya kerana
memberikan dorongan dan galakan
kepada saya dalam menyiapkan buku
skrap ini.

PENDAHULUAN
Bagi mengisi cuti persekolahan sempena
cuti Hari Raya, guru Sivik &
Kewarganegaraan telah menyarankan
agar semua pelajar tingkatan 4
menghasilkan buku skrap yang
bertemakan Perayaan Pelbagai Kaum di
Malaysia.

Saya telah memilih Kaum Melayu untuk


buku skrap ini kerana ia mudah untuk
dikaitkan dengan diri saya kerana saya
merupakan kaum melayu. Saya
menyiapkan buku skrap ini dalam masa
seminggu.
Kemudian saya menulis laporan lengkap
mengenai Perayaan Kaum Melayu di
Malaysia iaitu Hari Raya Aidilfitri seperti
yang disyaratkan .
HASIL KAJIAN
Pengenalan hari rAYA AIDILFITRI

Ramadhan ialah satu bulan dimana semua


umat Islam berpuasa, bermula dari subuh
hingga ke maghrib. Selain dari larangan
terhadap makan dan minum, umat Islam
juga dilarang memasukkan sesuatu
kedalam rongga, merokok, dan melakukan
hubungan seks di waktu siang.Hanya
mereka yang benar-benar uzur sahaja
diizinkan untuk tidak berpuasa. Ramadhan
juga adalah bulan dimana umat Islam
menyucikan diri dengan menambah amal
ibadah, seperti solat terawih di malam
hari, berzikir, dan berzakat. Selepas bulan
Ramadhan, bulan Syawal menyusul tiba.
Kehadiran dua bulan berkat ini
sememangnya dinantikan umat Islam
sedunia. Ramadan adalah bulan ujian dan
Syawal membawa bersamanya perayaan
Aidilfitri meraikan kejayaan umat Islam
berjaya melalui ujian Ramadan.
Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1
Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut
juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa,
Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari
Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang
dirayakan oleh umat Islam di seluruh
dunia bagi menandakan berakhirnya bulan
Ramadhan yang mana umat Islam telah
menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia
merupakan antara dua perayaan terbesar
bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua
cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak
bulan) ataupun secara hisab(kiraan).
Sekiranya melalui rukyah, apabila anak
bulan kelihatan, ini menandakan
bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-
10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di
Malaysia, anak bulan akan diperhatikan
oleh pegawai bertugas pada sebelah
petang hingga waktu maghrib di beberapa
tempat strategik.
Amalan –amalan atau Keunikan
sambutan perayaan .

Zakat fitrah dan takbir


Perayaan Hari Raya Puasa merupakan
berakhirnya tempoh untuk membayar
zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan
kepada mereka yang masih hidup
sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu
dibayar bagi mereka yang telah meninggal
dunia. Kebiasaannya orang Islam juga
akan mula membayar zakat fitrah
semenjak bulan puasa bermula dan zakat
fitrah ini akan berhenti dikutip apabila
solat sunat Aidilfitri dimulakan.
Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan,
umat Islam akan bertakbir dan bertahmid
sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh
takbir pada Hari Raya antara terbenam
matahari(hari terakhir bulan Ramadan)
sehingga solat sunat Hari Raya bermula
pada pagi 1 Syawal.

Solat sunat aidilfitri


Solat ini hanya dilakukan pada pagi 1
syawal sahaja. Hanya dilakukan setahun
sekali. Selepas solat sunat, khutbah hari
raya pula diperdengarkan. Ia bertujuan
untuk menasihatkan.

Juadah wajib
Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya
Aidilfitri di Malaysia ialah ketupat. Ketupat
adalah juadah istimewa yang masih
dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah
nasi yang dikukus di dalam anyaman daun
kelapa atau daun palas dan selalunya
dihidangkan bersama dengan rendang.
Juadah-juadah yang lain termasuklah
lemang, lontong, dodol, kuah kacang,
serunding dan kuih raya.

Persiapan
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut
dengan meriah. Berminggu-minggu
sebelum perayaan tersebut menjelma,
suasana persiapan menjelang Aidilfitri
telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah
akan mengadakan jualan murah dan
dihiasi dengan perhiasan secara besar-
besaran. Lagu-lagu raya juga akan
diputarkan di radio dan di televisyen.
Rancangan-rancangan yang berkisarkan
Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah,
dan premis-premis perniagaan akan
ditutup selama beberapa hari sehingga
seminggu sempena Aidilfitri.
Di jalan raya utama dan lebuh raya di
seluruh negara, kesesakan akan berlaku
akibat kebanjiran warga bandar yang
pulang ke kampung halaman untuk
menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak
saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini
juga dikenali sebagai Balik Kampung.

Bersalaman & Bermaaf-maafan


Bersalaman dan bermaafan menjadi
kemestian setiap kali menjelang Lebaran .
Bagi setiap keluarga bersalaman lazimnya
dilakukan pada pagi Aidilfitri. Bermula
dengan isteri mencium tangan suami
diikuti anak menghulurkan salam kepada
ibu dan bapa. Budaya ini bagaikan sudah
sebati dalam masyarakat kita. Jika tidak
berkesempatan melakukannya pada pagi
raya, kita boleh menghulurkan salam
apabila bersua. Aidilfitri diraikan sebulan,
kita seharusnya maanfaatkan bulan ini
sebaiknya untuk memohon maaf.
Menziarahi Pusara
Pusara sering dikaitkan dengan kematian
seseorang. Pada pagi Syawallah ahli
keluarga melawat pusara sanak saudara
mereka yang telah ke Rahmatullah.
Amalan ini sering dilakukan semasa pagi
Syawal selepas solat sunat Aidilfitri.
Menziarahi sanak saudara
(kunjung-mengunjung)
Kunjung mengunjung adalah suatu tradisi
yang sering dilakukan. Amalan ini adalah
untuk menziarahi sanak saudara, rakan
taulan, jiran tetangga untuk bertanya
khabar, serta dapat mengeratkan
hubungan silaturrahim sesama ahli
keluarga.

Duit raya
Kanak-kanak biasanya akan membuat
kumpulan lain untuk berziarah, samada ke
rumah jiran, saudara atau rakan-rakan ,
dimana tradisi memberi ‘duit raya’
memeriahkan lagi suasana.

Rumah terbuka
Rumah-rumah terbuka akan diadakan
pada Hari Raya itu sendiri ataupun
sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari
Raya Aidilfitri selalunya akan
berpanjangan sehingga sebulan, dan
kemeriahan itu akan hilang dengan
sendirinya apabila semua orang pulang ke
bandar setelah cuti tamat.
Nilai- nilai murni agama islam dalam
menyambut perayaan

Nilai kasih sayang

Nilai ini dapat dilihat melalui hubungan


kekeluargaan yang rapat. Secara tidak
langsung nilai kasih sayang dapat
diterapkan dalam kehidupan. Kasih sayang
juga merupakan asas kebahagiaan
sesebuah institusi kekeluargaan.

Nilai tolong- menolong

Dalam menyambut perayaan, tolong


menolong diperlukan untuk memudahkan
sesuatu perkara ibarat “berat sama
dipikul, ringan sama di jinjing”. Kerja yang
banyak dapat dimudahkan. Islam juga
menyarankan umatnya tolong menolong
kerana itu adalah amalan mulia.

Nilai berjimat cermat

Berjimat cermat amatlah dituntut dalam


Islam untuk mengelakkan pembaziran.
Kita dinasihatkan supaya jangan
membazir kerana itu adalah amalan
syaitan. Sesungguhnya dalam menyambut
perayaan, kita digalakkan bersederhana
sahaja.
PENUTUP

Hari Raya Aidilfitri adalah hari


kemerdekaan umat Islam setelah
menjalani ibadah puasa selama sebulan
Sesungguhnya, Aidilfitri adalah bukti
rahmat Allah kepada umat Islam. Melalui
perayaan ini, syiar keagungan Islam
disebarkan terutama apabila takbir dan
tahmid berkumandang.
Aidilfitri adalah hari persaudaraan dan
kegembiraan dalam suasana
mentauhidkan Allah, mengingati,
memenuhi tuntutan fitrah manusia adalah
sebahagian daripada keperluan agama
dan kerana itu ia perlu disyukuri. Sesuai
dengan namanya, Aidilfitri adalah
perayaan bagi meraikan tuntutan fitrah
anugerah Allah kepada seluruh umat
manusia.
Kesimpulannya, Aidilfitri adalah hari di
mana nilai positif sejagat diraikan sebagai
satu tuntutan agama. Adalah malang
sekali andainya Aidilfitri semata-mata
menjadi hari di mana kita membalas
dendam terhadap nafsu makan dan
minum yang dikekang di Ramadan lalu.
“SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN”

RUJUKAN

• http://en.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_
Aidilfitri
Tarikh Akses: (3/Oktober/2008)
Tajuk : Hari Raya Aidilfitri
• Ratu, Berita Harian, Selasa, 30 Oktober
2008

• SKOR, Berita Harian, 1-7


Oktober 2008
SUASANA DI PAGI RAYA

ANTARA JUADAH HARI RAYA

You might also like