/  2
 
Soalan 3
 
Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “Vandalisme danPenyelesaiannya”.
Yang saya muliakan Tuan Pengerusi Majlis , barisan panel hakim yangbijaksana , dan hadirin yang saya hormati . Assalamualaikum dan salam sejahterasaya ucapkan .Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan ialah “ Vandalisme danPenyelesaiannya ”.Para hadirin yang saya muliakan ,Tahukah anda , apakah yang dimaksudkan dengan vandalisme ? MenurutKamus Dewan , vandalisme dapat didefinisikan sebagai perbuatan membinasakanatau merosakkan harta benda awam atau persendirian . Vandalisme merupakan suatuperbuatan yang tidak bermoral dan kurang sihat . Lazimnya , perbuatan ini dilakukanoleh golongan remaja yang bermasalah . Antara contoh-contoh vandalisme ialahmerosakkan pondok telefon , paip bomba serta menconteng dinding bangunan ,tandas , lif , dan juga perhentian bas .Para hadirin sekalian ,Banyak punca yang mengaitkan fenomena ini dengan tingkah laku remaja . Halini demikian kerana golongan remaja merupakan golongan yang kuat memberontak .Sebagai jalan keluar , mereka bertindak merosakkan harta benda awam bagimelahirkan perasaan tidak puas hati mereka . Golongan remaja ini biasanya terlibatdengan pelbagai gejala sosial yang kurang sihat seperti menagih dadah , merokok ,mencuri , melepak , dan ponteng sekolah .Perbuatan vandalisme banyak menyusahkan pihak berkuasa dan jugamasyarakat . Semua kemudahan awam yang dirosakkan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk dibaiki atau diganti dengan yang baru . Orang ramai juga turutmengalami kesukaran untuk menggunakannya terutama ketika kecemasan .

Share & Embed

More from this user

Recent Readcasters

Add a Comment

Characters: ...

Sasuke Maedaleft a comment

terima kasih! sangat berguna untuk rujukan remaja.. :D (Y)

Amir Iskandar Abd Kadirleft a comment

good...saya boleh copy karangan ini sebagai rujukan...

Elyn Shazlienleft a comment

memg bagus !

Hafizi Zainudinleft a comment

pnt dh cri...tlg la

Ranger Dave Azleft a comment

sy mh prnt