You are on page 1of 9

Huraikan dasar tutup dan dasar buka pintu yang diamalkan oleh China dan Jepun terhadap kuasa

Barat pada abad ke-19.


Oleh : Adli &Farhan

Pengenalan

CHINA
China telah menjalinkan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat sejak abad ke-16. Pada abad ke-19 China menutup pintunya kepada kuasa barat dengan alasan Barat sentiasa menimbulkan masalah dan huru hara. China juga mempunyai rasa bangga terhadap keupayaan negaranya sebagai middle kingdom dan tidak mengharap serta memerlukan mana-mana barangan dari luar. Maharaja China juga khuatir akan pengaruh agama Kristian dan budaya Barat sekiranya mereka diberi peluang masuk secara total ke China kerana ini pasti akan mencemar agama asal, kebudayaan dan adat resam temapatan masyarakat Cina.

Kerajaan Manchu berusaha untuk menyekat dan mengehadkan perdagangan China dengan kuasa-kuasa Barat. Kuasa-kuasa Barat hanya dibenarkan bergerak di kawasan yang terhad di China, iaitu hanya di pelabuhan Canton. Maharaja Chien Lung memperkenalkan Dikri Lapan Peraturan. Kuasa-kuasa Barat dikehendaki mematuhi peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan. Sekatan China ke atas para pedagang asing menimbulkan pelbagai masalah. Peperangan menyebabkan China menukar dasar tutup pintu kepada dasar buka pintu.

JEPUN

Jepun beranggapan bahawa orang asing sering menimbulkan masalah perbalahan serta huru-hara dan ini pasti mengancam ketenteraman negaranya.

Syogun Tokugawa juga mencurigai kejujuran Barat dan bimbang Barat akan mengambil kesempatan untuk campur tangan dalam politik dan hal ehwal pemerintahan Jepun lebih-lebih lagi apabila melihat Filipina dijajah oleh Sepanyol.

Kuasa Barat seperti Belanda dan British berusha meminta Kesyogunan Tokugawa supaya menghentikan dasar tersebut tetapi gagal.

Keadan di China menjadi teladan yang amat baik kepada Jepun dalam menghadapi tekanan Barat.

Tahun 1853, Amerika Syarikat mengumumkan akan menghantar misi ke Jepun.

Dasar Isolasi Jepun hanya berakhir apabila termetrainya Perjanjian Kanagawa(1854) Perubahan dasar Jepun telah mengubah sistem ekonomi, politik dan sosial.

Dasar Tutup Pintu yang diamalkan oleh China dan Jepun sebenarnya bertujuan untuk menyekat penguasaan asing.

Dasar Tutup Pintu China berakhir apabila British berjaya mengalahkan China dalam dua siri peperangan. Jepun terpaksa membuka negaranya kepada Amerika Syarikat kerana diugut dengan menggunakan kekuatan tentera.

Mereka bimbang terhadap penyebaran agama Kristian.

Kesimpulan

You might also like