You are on page 1of 12

MAKSUD PENDIDIKAN

Dapat dilihat dari perspektif Islam & Barat. Tokoh Islam dan tokoh Barat

PENGERTIAN PENDIDIKAN MENURUT BAHASA MELAYU. Pendidikan berasal dari perkataan didik . Merujuk kamus dewan edisi keempat didik bermaksud menjaga, mengajar dan melatih baik-baik Pendidikan pula bermaksud perihal mendidik/ proses mendidik.

PENGERTIAN DALAM BAHASA ARAB

Talim ( -)asal alama ( )yang membawa maksud mengetahui sesuatu. Talim: mengajar sesuatu yang tidak diketahuinya dengan cara memindahkan ilmu tersebut. Tadib ( -)berasal dari kata adab. Iaitu adalah proses membentuk disiplin yang baik. Tarbiah ( -)pendidikan, pengasuhan; mentarbiahkan mendidik, mengasuh; pentarbiahan perihal (proses, perbuatan atau usaha mentarbiahkan.

MENURUT BAHASA INGGERIS


Dalam bahasa Inggeris ialah education. Daripada perkataan Latin : Educare (memelihara, membimbing atau mengasuh kanak-kanak). Sehubungan itu, perkataan Latin :educare juga diguna pakai bagi membawa maksud pendidikan secara lebih menyeluruh.

TOKOH ISLAM

Syed Muhammad Qutb :

Pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Menurut beliau, tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah tahap kesempurnaan.
Menurut al-Ghazali pula, proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat - menghormati

TOKOH ISLAM

Sharifah Alwiyah Alsagoff menghuraikan di dalam bukunya Falsafah Pendidikan pengertian pendidikan sebagai satu proses atau aktiviti yang berikut:Pendidikan sebagai proses persekolahan formal. Pendidikan sebagai proses latihan. Pendidikan sebagai proses perkembangan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu. Pendidikan sebagai proses yang berterusan untuk kemajuan individu seumur hidup. Pendidikan sebagai aktiviti yang bersepadu untuk mencapai matlamat seperti memperolehi kemahiran pengetahuan dan sikap dengan secara integrasi. Pendidikan sebagai satu disiplin, seni dan sains.

TOKOH BARAT

Swift D.F di dalam bukunya Sociology of Education menghuraikan pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh beberapa orang sarjana dan Ilmuan dari Barat berkenaan dengan pendidikan. Plato: Pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberi latihan moral kewarganegaraan yang baik.

TOKOH BARAT
John McDonald : menghuraikan perbezaan pendidikan diantara masyarakat primitif dengan masyarakat moden.

Masyarakat primitif : Latihan vokasional dan pelajaran adat resam, kepercayaan serta cara sembahyang, disamapaikan melalui tunjuk ajar dengan secara tidak langsung daripada keluarga dan pergaulan dengan orang dewasa.
Masyarakat Moden : Latihan khusus menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu pengetahuan yang penting untuk kehidupan disampaikan melalui pengajaran secara langsung daripada guru yang berilmu tinggi serta mempunyai kemahiran mengajar.

TOKOH BARAT

Aristotle: Ilmu yang bersifat etikal dan politikal. Mengikut beliau, tujuan pendidikan ialah memberikan setiap warganegara peluang untuk mencapai kebahagiaan hidup.

TOKOH BARAT

John Dewey : Pendidikan adalah satu proses perkembangan individu. Mengikut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pendidikan berupaya mengubah corak kehidupan seseorang ahli dalam sesebuah Negara. Melalui pendidikan juga dapat membentuk masyarakat yang berakhlak tinggi, berpengetahuan luas, bijaksana dalam membuat keputusan, dan tegas dalam mengendalikan emosi seterusnya dapat memacu kegemilangan dan kecemerlangan sesebuah Negara.

RUJUKAN

RujukanAtan Long (1976-1978), Psikologi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Sharifah Al-sagoff (1985), Sosiologi Pendidikan, Heinmann(Malaysia) Sdn.Bhd. Petaling Jaya Swift, D.F (1969-1973), The Sociology of Education, Routledge & Keagan Paul, London Portal Pendidikan Utusan,www.tutor.com.my

You might also like