Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
20110427230411Format penulisan ilmiah

20110427230411Format penulisan ilmiah

Ratings: (0)|Views: 50 |Likes:
Published by Salihah Taib

More info:

Published by: Salihah Taib on Dec 17, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/09/2013

pdf

text

original

 
PENULISAN ILMIAH
9.1Pengenalan
Bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan ilmu memiliki ciri-ciri yang tersendiri.Bahasa ilmu itu sendiri merupakan satu laras bahasa.Bahasa terhad (
restricted code
) adalah variasi bahasa yang digunakan dalam situasi biasaseperti perbualan dan komunikasi asas seperti dalam keluarga dan jual beli di pasar.Bahasa terbina (
elaborated code
) pula adalah variasi yang mempunyai ciri-ciri kompleks,tersusun rapi dan tidak bergantung kepada latar belakang yang saling difahami oleh penutur-pendengar atau penulis-pembaca.Dalam penulisan ilmu, variasi bahasa terbinalah yang menjadi asas. Oleh sebab itu, ilmutidak mungkin dapat diungkapkan dengan bahasa basahan atau yang digunakan dalamsuasana yang tidak formal. Penulis ilmu perlu menguasai ragam bahasa yang baku dan juga laras bahasa ilmu.Jelasnya, penulis ilmu perlu menguasai tatabahasa, sistem ejaan, peristilahan dan kosakata terlebih dahulu supaya bahasa yang digunakan memenuhi ragam baku, iaitu ragam bahasa untuk suasana dan keperluan formal.Bahasa formal ialah bahasa yang digunakan dengan teratur untuk mengungkapkansesuatu konsep, proses, sifat atau ciri dalam konteks intelektual dan ilmiah. Bahasaformal dikenali juga sebagai bahasa tinggi dan kedudukannya mengatasi dialek atauideolek. Bahasa formal dianggap sebagai superlek yang harus mempunyai ciri gramatis(betul dari segi nahu), halus (
 finesse
), jitu, intelek dan elitis. Kecemerlangan menjadi peringkat yang dituju. Ini menunjukkan bahawa karya ilmu bukan sahaja cemerlangdalam hal kandungan ilmunya tetapi cemerlang juga dari aspek penyampaian atau bahasanya.
9.2Ciri Khusus Bahasa Ilmiah9.2.1Nada Formal
Bahasa ilmiah bukan merupakan dialek, bahasa pasar, bahasa orang yang baru belajar bahasa Melayu, bahasa budak dan bahasa orang yang mengalami gangguan jiwa.Bahasa ilmiah mesti bersifat formal. Oleh itu, setiap fakta atau hujah perlu disampaikandengan sempurna, iaitu dengan bahasa yang teratur dan cukup jelas. Penulis tidak bolehmengandaikan bahawa pembaca sedia faham atau dapat menduga maksud penulis.1
 
9.2.2Bersifat Objekti
Selain itu, penulisan ilmiah perlu bersifat objektif, iaitu penulisan mestilah berdasarkan fakta dan kajian. Penggunaan ungkapan seperti
 pada umumnya
,
barangkali
,
mungkin
dan
 sudah tentu
adalah tidak wajar. Sebaliknya kita perlu menyatakan sesuatudengan ungkapan seperti
berdasarkan kajian
,
analisis menunjukkan bahawa
dan
didapatibahawa
supaya tidak timbul keraguan pembaca tentang kesahihan dan ketepatan kajian.
9.2.3Sudut Pandangan Orang Ketiga
Walaupun bukan syarat, disarankan bahawa penulis menggunakan sudut pandangan orang ketiga, dan mengelakkan penggunaan sudut pandangan orang pertama(diri penulis). Jadi, di sebalik menyatakan Berdasarkan kajian,
 saya
mendapati bahawa…” disarankan pernyataan seperti “berdasarkan kajian,
 pengkaji 
mendapati bahawa…”. Kaedah ini disarankan untuk mengelakkan hubungan yang bersifat personalantara pengkaji dengan pembaca.
9.2.4 Ragam Pasif Neutral
Sungguhpun sudut pandangan orang ketiga boleh digunakan dalam penulisanilmiah, namun penggunaannya perlu diminimumkan dengan bantuan ragam pasif.Konsep ayat pasif berkaitan dengan penegasan objek ayat, bukan subjek pelaku. Denganmenggunakan ragam ayat pasif, dapat dielakkan penegasan pelaku (penyelidik);sebaliknya yang menjadi fokus ayat ialah objek ayat (kajian). Ragam pasif yang palingsesuai untuk maksud ini ialah ragam pasif neutral, iaitu ragam pasif yang menggugurkan pelaku. Contohnya ragam pasif neutral ialah “Data ini dikumpul berdasarkan kaedah soalselidik”.
9.2.5Istilah Khusus
Laras bahasa ilmiah dengan jelas ditandai oleh istilah-istilah khusus menurut bidang tertentu. Setiap istilah perlu ditakrifkan. Selain itu, kata-kata yang dalam penggunaan biasa dapat digunakan secara agak bebas menjadi demikian khususnya dalamtulisan ilmiah. Hal ini bererti bahawa pemilihan kata amat dititikberatkan dalam tulisanilmiah.
9.2.6Nada Bersahaja
Dalam tulisan ilmiah perlu dihindari ungkapan yang ekstrim, berlebihan danemosional. Oleh itu, ungkapan seperti
amat mendukacitakan
,
 sayangnya
, dan
malang  sekali
, tidak harus muncul dalam tulisan ilmiah. Sesuai dengan wacana pemaparan, tugas2
 
 penulis ilmiah adalah memaparkan hasil kajiannya, bukan memaparkan sentimen. Olehitu, ungkapan yang bersifat emosional perlu digugurkan sahaja.
9.2.7Kata Mubazir
Oleh sebab tulisan ilmiah perlu bersifat tepat, maka kata yang digunakan perlulahyang setepat-tepatnya. Kata mubazir tidak diperlukan. Maksud kata mubazir ialah katayang tidak berfungsi dan jika ditinggalkan tidak mengurang makna. Dalam tulisan biasa,sering kali penulis menggunakan kata-kata yang sebenarnya berfungsi sebagai “hiasan”semata-mata. Dalam tulisan ilmiah, kita mengharapkan pembaca cepat menangkap uraiankita. Oleh itu, pembaca tidak perlu diganggu dengan kata-kata yang tidak diperlukan.
9.3Laras Bahasa
Laras bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud penggunaan sesuatu tahap bahasa atau variasi bahasa oleh penutur. Setiap laras berubahmengikut lokasi atau mengikut orang yang mendengar. Jadi penggunaan sesuatu variasi bahasa terpulang pada pendengar dan situasi tertentu.Setiap laras yang digunakan ada penuturnya. Penutur akan mengubah bahasa atau variasiyang digunakan semata-mata untuk mendapatkan reaksi daripada pendengar. Jadi, ciri-ciri yang terdapat dalam sesuatu laras ialah cara penyampaian, perhubungan sosial dan peribadi antara yang terlibat, isi yang diperkatakan dan fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa. Antara contoh laras yang mengandungi ciri-ciri tersebut ialah laras lisan, larassains, laras akademik dan laras agama.
Laras Undang-undangBahasa yang digunakan dalam konteks undang-undang berbeza dengan bahasa yang digunakan dalam konteks yang lain. Laras bahasa undang-undang dapat dikenal pasti daripada perkataan mahupun istilah khususyang digunakan. Contohnya perkataan ‘habeas corpus’, ‘locus standi’,‘peguam cara’, dan ‘peguam bela’. Konteks bahasa yang digunakan dalam bidang perundangan berkisar dengan daerah yang ada kena-mengenadengan masalah yang dikemukakan di mahkamah seperti kes-kes jenayah,kes rogol, kes bunuh dan kes penipuan.
Laras AgamaPengaruh agama Islam dan seterusnya penggunaan kata-kata yangdipinjamkan daripada bahasa Arab menyebabkan banyak perkataan danayat yang digunakan khusus untuk agama mencerminkan ciri-ciri bahasa3

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->