You are on page 1of 59

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BOLA KERANJANG

Sejarah Permulaan Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas dan pasukan yang markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata. Boladigerakkan di dalam gelanggan dengan melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola bola dikawal (penalty).

Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr. James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan YMCA dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu permaianan berpasukan yang boleh dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam gelanggang sesebuah bangunan. Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk permainan bola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah untuk ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk menyediakan dua kotak besar sebagai goal. Namun begitu, pegawai 1

tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Justeru, Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajarpelajar Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891. Naismith telah menamakan permaianan ciptaannya basket ball. Markah diberikan kepada pemain pasukan yang menjaringkan bola di petak lawan. Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan menjuarai permainan tersebut. Selepas permainan experiment pertama, Naismith telah menyediakan draft peraturan pertama untuk permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal. Peraturan-peraturan ini diterbitkan dalam surat khabar sekolah, the Triangle pada 15 Janauri 1892. Permainan ini mendapat sambutan ramai melalui penerbitan ini. Tidak lama kemudian, bola keranajang mula dimainkan oleh pasukan YMCA, sekolah menegah, kolej, universiti, dan pasukan professional dari Amerika Syarikat dan Kanada. Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium YMCA pada 20 Januari 1982. Hanya 9 orang pemain yang terlibat dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang cuma separuh saiz gelanggang NBA pada hari ini. Perkembangan Awal Pada peringkat awal permainan, satu pasukan mengandungi tujuh orang pemain. Kemudian bilangannya ditambah menjadi sembilan orang. Bagaimanapun bilangan ini kemudian dikurangkan menjadi lapan orang, dan akhirnya menjadi lima orang sahaja. Bilangan ini dikekalkan hingga ke hari ini. Permainan ini turut dimainkan oleh kaum wanita, iaitu setahun selepas ia diperkenalkan. Masa permainan dibahagikan kepada dua bahagian, yang setiap satunya mengandungi 15 minit. Untuk memulakan permainan, lompat tengah dijalankan oleh pemain dari kedua-dua pasukan. Cara yang sama dijalankan selepas sesebuah pasukan menjaringkan gol. Pemain tidak dibenarkan berjalan atau berlari semasa memegang bola. Mereka juga tidak dibenarkan mengelecek bola seperti yang dilakukan dalam permainan bola keranjang sekarang. Pemain dikehendaki berdiri dan membuat hantaran atau jaringan dari kedudukan tersebut.

Permainan Antarabangsa Lama-kelamaan bola keranjang disebarkan ke negara-negara luar Amerika, seperti ke Eropah, Rusia dan Asia. Dalam masa yang singkat sahaja permainan ini diterima dan dimainkan di banyak negara. Undang-undang permainannya diperkenalkan dan sentiasa dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Bagi menyelaraskan permainan ini dan pada masa yang sama mengembangknnya agar diterima menjadi permainan bertaraf antarabagsa, Persekutuan Persatuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa (FIBA) ditubuhkan pada tahun 1932. Persekutuan ini beribu pejabat di Munich, Jerman, dan pada mula-mula ditubuhkan, ia hanya mempuyai lapan negara ahli sahaja. Kini jumlah negara yang menganggotainya meningkat kepada 160 negara. Dianggarkan lebih kurang 200 juta orang lelaki dan wanita bermain bola keranjang di seluruh dunia. Pada tahun 1936, bola keranjang diterima sebagai acara Sukan Olimpik. Pada tahun pertama kemasukannya ini, sebanyak 21 negara mengambil bahagian. Pasukan Amerika Syarikat adalah pasukan yang paling banyak memenangi pingat emas. Bola keranjang wanita mula dipertandingkan di dalam Sukan Olimpik tahun 1976. Terdapat juga kejohanan dunia yang diadakan untuk bola keranjang lelaki dan wanita. Selain dari itu, ada pula kejohanan lain yang agak popular seperti Kejohanan Eropah, Kejohanan Amerika, Kejohanan Asia. Ini membuktkan bahawa bola keranjang merupakan sukan bertaraf antarabangsa. Di samping itu terdapat pula bola keranjang profesional, khususnya di Amerika Syarikat yang terdapat sambutan amat menggalakkan. Para pemain dibayar gaji secara kontrak untuk bermain bola keranjang, sehingga ramai sudah pemain bola keranjang yang bermain dalam liga Amerika Syarikat yang menjadi jutawan, termasuk pemain dari luar Amerika. Sambutan penonton juga amatlah menggalakkan di mana purata 30-50 ribu orang penonton setiap perlawanan liga tersebut.

Bola Keranjang Di Malaysia Tidak ada catatan atau rekod sebenar kedatangan permainan ini ke negara kita. Namun ia dipercayai diperkenalkan ke negara ini pada awal abad ke-20 oleh orang-orang Inggeris. Sambutan yang diterima daripada penduduk tempatan pada peringkat awal kedatangnya adalah dingin. Cuma ahli-ahli beberapa kelab rekreasi di bandar-bandar utama seperti Kelab Rekreasi Cina Selangor, Kelab Rekreasi Cina Pulau Pinang, Singapura dna Negeri Sembilan bermainnya. Perkembangan sukan ini cuma kelihatan dan terbukti selepas Perang Dunia Kedua. Ini dilakukan dengan memperkenalkannya ke sekolah-sekolah selain ke bandarbandar. lama-kelamaan semakin ramailah penduduk negara ini yang mula meminati dan bermsin bola keranjang, khususnya kaum Cina. Pada awal tahun 1960-an Persatuan Bola Keranjang Amatur Malaysia (MABA) ditubuhkan dan pertandingan antara negeri bagi merebut Piala Agong dimulakan beberapa tahun kemudian. Selain itu terdapat juga pertandingan dan kejohanan antara kelab, antara sekolah dan antara pertubuhan dan persatuan dianjurkan dari setahun ke setahun. Negara kita juga sering menjadi tuan rumah untuk beberapa kejohanan antarabangsa seperti Kejohanan Asia, Kejohanan Kelab-kelab Asia, Kejohanan Terbuka Malaysia dan pelbagai pertandingan dan kejohanan peringkat kebangsaan. Menyentuh tentang kejayaan yang dicapai oleh pasukan negara kita, bolehlah dianggap berjaya. Dalam Sukan SEA umpamanya, pasukan kita lelaki dan wanita sering memenangi pingat emas dan dalam kejohanan Asia kita pernah beberapa kali menduduki tempat keempat, di belakang gergasi bola keranjang Asia seperti China, Korea Selatan dan Jepun. Sambutan terhadap bola keranjang di kalangan penduduk negara ini, walaupun meningkat namun belum mencapai tahap sambutan yang diterima untuk sukan bola sepak atau badminton umpamanya. Sambutan dingin daripada kaum bukan Cina harus diberika perhatian bagi menjadikan bola keranjang permainan seluruh rakyat negara ini.

PERALATAN PERMAINAN BOLA KERANJANG

Gelanggang
1. 2. Saiz gelanggang maksimum 28 m x 15 m dan mininum 24 m x 13 m. Nama-nama garisan dan kawasan dalam gelanggang : a. c. e. g. garisan belakang garisan tengah garisan lontaran 3 mata kawasan terhad (zone 3 second) b. d. f. garisan tepi garisan lontaran percuma bulatan tengah

Papan Jaringan Dan Keranjang


1. Di kedua-dua bahagian gelanggang didirikan papan jaringan bersama keranjangnya (basket). Papan ini diperbuat daripada kayu/papn, atau sebarang bahan yang bersesuaian, tebalnya 0.03 m. Bahagian hadapan papan ini hendaklah sama rata dan hendaklah diwarnakan putih. Saiz papan ialah 1.8 m x 1.2 m (sekolah rendah 1.2 m x 0.9 m). Segiempat bujur kecil di dalamnya berukuran 0.59 m x 0.45 m. 2. Keranjang terdiri daripada 2 bahagian iaitu bulatan (ring) dan jaring (net). Bulatan dibuat daripada besi berdiameter 0.45 m di bahagian dalamnya. Jaring yang panjang 0.4 m digantung di bawah bulatan 3. Tiang penyokong papan jaringan dan keranjang ini hendaklah 2.75 m tinggi (sekolah rendah 2.3 m). 0.45 m 1.2 m 0.59 m 0.9 m 0.45 m 2.75 m (2.3m) 0.6 m 0.3 m

0.3 m

1.2 m

Garisan Belakang

Bola
Dibuat daripada getah atau sebarang bahan tiruan yang menyerupai getah yang mudah melantun apabila dijatuhkan. Saiz bola yang diguna oleh lelaki dewasa ialah bola saiz 7, manakala untuk wanita dewasa ialah saiz 6, dan untuk sekolah rendah pula ialah saiz 5.

Kasut
Kasut yang sesuai ialah kasut getah yang dapat melindungi buku lali seperti dalam gambar. Kasut yang mempunyai lapisan kusyen yang lembut dapat melindungi kaki semasa melompat dan mendarat. Stoking yang tebal juga dapat melindungi pemain daripada kecederaan seperti melecek.

Pakaian
Pakaian pemain bola keranjang hendaklah selesa longgar dan mebolehkan pemain bergerak dengan selesa. Biasanya pakaian rasmi untuk pemain ialah singlet dan seluar pendek dengan nombor pemain tertera di bahagian hadapan dan belakang.

BAGAIMANA BERMAIN BOLA KERANJANG

Tujuan atau objektif permainan


Untuk membolehkan sesuatu bola keranjang dimainkan , pemain, bola dan gelanggang adalah perlu.tujuan atau objektif permainan bola keranjang ialah mendapat jaringan gol sebanyak mungkin dan mampu melebihi jaringan yang dipungut oleh pasukan lawan. Pada masa yang sama, sebuah pasukan itu akan berusaha pula menghalang pasukan lawan daripada melakukan jaringan. Dalam permainan bola keranjang, pasukan yang membawa atau menguasai bola disebut sebagai pasukan penyerang, manakala pasukan yang kehilangan bola atau berusaha merampas bola itu daripada pihak lawan di panggil sebagai pasukan bertahan. Dalam usaha mendapatka bola sering berlaku perebutan bola yang menjadi permainan itu lebih menarik dan kadangkala mendebarkan. Dalam permainan bola keranjang, pergerakan pemain dan bola adalah pantas. Dalam masa yang singkat sahaja, bola bergerak dari hujung gelanggang ke hujung gelanggang yang lain. Setiap kali bola berjaya di jaringkan pasukan lawan akan memulakan perlawanan tidak kira berapa jumlah gol yang diperoleh dengan cara melontar bola dari belakang garisan belakang kawasannya.

Masa permainan
Walaupun tempoh atau masa permainan ditetapkan, tetapi masa permainan masih boleh berubah. Ini bergantung kepada peringkat umur pemain. Pemain belasan tahun, tempoh permainannya adalah empat pusingan. Setiap pusingan mempunyai lapan minit dengan masa rehat sepuluh minit. Pemain pada peringkat umur lebih dewasa, tempoh permainan ialah dua pusingan dengan 20 minit setiap pusingan dengan 20 minit dengan rehat selama 15 minit diberikan antara pusingan kedua dan puasingan ketiga. Setiap kali wisel dibunyikan, untuk sesuatu kesalahan, jam randik akan diberhentikan dan masa permainan akan dikira semula setelah permainan bermula. Oleh yang demikian tempoh masa sebenar permainan ini ialah 40 minit seperti yang telah ditetapkan. Penjaga masa akan menentukan masa permainan sebenar dan akan menyembunyikan isyarat atau wisel lain untuk menandakan tamat sesuatu tempoh masa permainan.

Permulaan permainan
Untuk menentukan pasukan yang mana akan memulkan perlawanan pengadil akan membuat undian dimana pengadil akan melambungkan duit syiling atau alternatif lain yang dipersetujui. Permulaan bola keranjang ialah dengan membuat lontaran di tengah-tengah gelanggang oleh pengadil. Kedua-dua pasukan akan cuba mendapatkan

bola yang dilambung oleh pengadil dengan cara menepis bola itu kepada rakan yang sudah bersedia menerima bola. Apabila bola sudah disenuh oleh mana-mana pemain, bermulalah permainan bola keranjang. Pemain akan berusaha menguasai bola untuk digerakkan kepada rakan dan matlamat akhirnya ialah untuk menjaringkan gol. Dalam hal ini pemain boleh mengelecek atau melantun bola atau terus menghantar bola itu kepada rakan. Pemain boleh mengelecek dan melantun dengan menggunakan mana-mana tangan. bagaimanapun pemain tidak boleh melantun semula bola itu setelah pertama kali mengelecek. Bola masih dalam permainan selagi pengadil tidak membunyikan wisel untuk kesalahan. Pergerakan yang pantas ini memerlukan pemain memerlukan kecergasan yang tinggi.

Pengadil memulakan permainan

Membuat jaringan daripada lontaran percuma

Kedudukan semasa membuat lontaran ke dalam

10

KEMAHIRANKEMAHIRAN DALAM BOLA KERANJANG


CARA MEMEGANG BOLA

11

KEMAHIRAN MENGHANTAR BOLA Pelajar seharusnya diajar pelnagai jenis hantaran yang boleh diamalkan dalam permainan. Ini adalah penting kerana semasa permainan, pelbagai situasi berlaku dan ini memaksa pemain-pemain menggunakan hantaran yang berbeza, kawalan tempoh permainan dan sesuatu serangan itu menjadi lebih mudah sekiranya pemain-pemain cekap menghantar dan menyambut bola.

Kedudukan tangan dan bola untuk membuat hantaran Cara Hantaran. 1) Hantaran aras dada Hantaran ini di gunakan untuk hantaran jarak dekat, pantas dan tepat.

Hantaran aras dada

12

2) Hantaran lantun Hantaran ini biasanya dilakukan secara mengejut untuk mengatasi pihak lawan yang mengawal rapat. Bola dilantunkan pada masa yang sesuai supaya tidak dipintas mahupun disekat oleh pihak lawan. Lantunan dibuat dengan sebelah atau dua belah tangan secara menolak bola kepada bola kepada pemainnya.

Hantaran Lantun

13

3) Hantaran rendah atau dari bawah Hantaran ini merupakan cara yang sesuai untuk memberi bola kepada kawan yang bergerak berhampiran dengan pemilik bola ataupun semasa pihak yang mengawal itu mengangkat tinggi tangannya untuk mengadang.

Hantaran rendah atau dari bawah 4) Hantaran atas Hantaran ini merupakan cara yang boleh diamalkan apabila pemain hendak membuat hantaran tinggi kepada kawannya. Seringkali cara ini dilakukan supaya bola tidak dipintas atau disekat oleh pihak yang mengawal dengan keadaan tangannya ke atas.

Hantaran atas

14

Butir-butir menagajar am untuk kemahiran hantaran bola. 1. Cara memegang bola hendaklah sesuai dengan jenis hantaran . 2. Hantar kepada pemain yang berada di kedudukan yang sesuai sekali untuk menerimanya. 3. Bola dihantar ke depan penerima. 4. Semasa menghantar bola, peliharakan imbangan badan. 5. Mata memandang arah penerima bola. 6. Gunakan gerak keliru jika perlu. 7. Bergerak ke tempat lain selepas menghantar bola.

15

KEMAHIRAN MENANGKAP BOLA Dalam menangkap bola, tapak tangan tidak boleh menyentuh bola, sebaliknya jari-jari memainkan peranan. Kadar kelajuan bola menentukan sejauh mana pemain merentangkan lengannya ke arahnya daripada rakannya yang membuat hantaran. Seandainya hantaran daripada rakannya adalah lemah atau terlalu jauh daripada pemain ynag menerimanya, lengan pemain ini hendaklah direntangkan dengan kedua-dua belah tangan lebih jauh ke hadapan badan. Jika bola itu datang dari aras bawah dada, jari pemain yang akan menerimanya hendaklah menghala ke bawah ketika menangkap bola. Pemain hendaklah sentiasa menggunakan kedua-dua belah tangan untuk menangkap bola. Hanya dalam keadaankeadaan tertentu sahaja pemain dibolehkan menggunakan sebelah tangan. Sebagai persediaan menangkap bola, pemain perlu mengamalkan perawakan atau kedudukan badan ( stance ) yang sesuai untuk memudahkan tindakannya. Dalam melakukan tangkapan teknik berikut hendaklah digunakan oleh setiap pemain : 1. Keluarkan tangan dari hulurkan ke hadapan ke arah bola datang. 2. Gunakan jari-jari tangan untuk menangkap. Jari-jari hendaklah dibuka dengan ibu jari dibelakang bola. 3. Jangan sekali-kali menggunakan tapak tangan untuk menangkap. 4. Bawa bola ke badan selepas menangkap bola. 5. Bersedia untuk pergerakan selanjutnya untuk mengelacek atau menghantar bola.

16

Jenis-Jenis Tangkapan Bola. 1. Tangkapan statik Dalam melakukan tangkapan statik ini, biasanya tangkapan ini dirujuk kepada bola yang datang pada aras pinggang ke atas. Dalam hal demikian, perkara-perkara berikut hendaklah dijadikan panduan : Pemain berdiri dengan membukakan kakinya selebar bahu, dengan meletakkan satu daripada kakinya ke hadapan dan menghala ke arah bola. Pemain membengkokkan lutut serta mencondongkan badan sedikit ke badan bermula daripada bahagian punggungnya. Pemain menghulurka tangan ke hadapan dengan siku dibengkokan sedikit. Pemain memerhatikan bola yang bakal dihantar oleh rakannya, dan kini bersedia untuk membuat tangkapan. Bawakan bola ke badan spaya bola dalam kedudukan selamat.

Tangkapan Statistik

17

2. Tangkapan Lompat Pemain berada dalamkeadaan sedia untuk menerima hantaran. Pemain membengkokkan lutut sedikit untuk dan bersedia untuk melonjak. Pemain melompat ke atas, dan ke arah bola dan mengikut ketinggian bola yang dihantar. Pemain menangkap bola ketika di uadara menggunakan cara dan kaedah yang sama seperti tangkapan statik. Pemain hendaklah mengawal bola itu dengan selamat dan mendarat ke tanah dengan membengkokkan lutut. Mendarat hendaklah pada hujung kaki.

Tangkapan Lompat

18

3. Tangkapan Berlari. Pemain berlari ke rah yang bakal dihantar bola oleh rakannya dan biasanya bebas daripada kawalan lawan. Semasa berlari pastikan kedua-dua belah tangan bersedia untuk bertindak. Pemain hendaklah menangkap bola menggunakan kedua-dua belah tangan. Pemain hendaklah memastikan ada persefahaman antaranya dengan pemain yang membuat hantaran. Pemaian hendaklah berhenti berlari sebaik sahaja bola berjaya ditangkapnya, jika dia mahu menghantar bola kepada rakannya. Tetapi jika dia mahu terus berlari, dia hendaklah mengelecek bola itu mengikut arah yang dikehendakinya.

Menangkap Bola Sambil Berlari

19

4. Tangkapan Bola Lantun. Semasa bola dilantunkan oleh rakan, pemain hendaklah mencuba melaraskan dengan segera dan berada pada kedudukan untuk menangkap bola sekiranya bola kembali kehadapan pemain itu. Bagi menangkap bola daripada hantaran lantun atau daripada lantunan, pemain hendaklah menggunakn gaya berdiri paling baik untuk sama ada bola yang laju, perlahan, tinggi atau rendah. Jika lantunan itu daripada aras pinggang, pemain hendaklah menggunakan tangkapan gaya berdiri yang paling sesuai tetapi dengan memastikan lengannya dihulurkan ke arah bola.

Tangkapan Lantun ( aras pinggang )

20

5. Tangkapan Bola Bergolek. Adakalnya bola terpaksa dileret atau digolekkan oleh rakan atau hasil daripada pergerakan lawan. Untuk menangkap bola daripada kedudukan begini, pemain hendaklah membengkokkan lututnya supaya dia hampir-hampir menyentuh lantai. Kemudian pemain membuntukkan tangannya seperti cawan untuk menangkap atau menerima bola. Tangan pemain hendaklah sebaik-baiknya hendaklah menghampiri lantai dengan jari ditegangkan serta menghala ke bawah.

Butir-butir mengajar menangkap bola. 1. Perhatikan bola. 2. Bersedia untuk menerima. Hulurkan tangan dan menyambut bola dengan hujung tangan (jari-jari). 3. Tangan dilembutkan apabila menerima bola hantaran kuat. 4. Lompat untuk menyambut bola tinggi. 5. Gunakan dua belah tangan untuk menyambut bola. Jika sebelah tangan sahaja digunakan, kawalan bola menyusuli tangkapan itu hendaklah dibuat dengan kedua-dua belah tangan. 6. Rendahkan badan apabila menerima bola rendah. 7. Bersedia untuk tindakan selanjutnya selepas menyambut bola.

21

Kesilapan Umum Dalam Menangkap Bola 1. Pemain menahan bola dengan tangan dan jari yang terbuka tetapi secara kaki terlalu keras ketika menagkap bola. 2. Pemain cuba mengelakkan kepala, memejamkan mata atau

mengelakkan kepala, memejamkan mata atau mengelakkan badan ketika membuat tangkapan. 3. Pemain menghukurkan atau mengarahkan jari-jari ke hadapan ke arah bola. 4. Pemain menggunakan tapak tangan untuk menangkap. 5. Pemain menggunakan jenis tangkapan yang salah untuk hantan daripada rakannya.

22

KEMAHIRAN PIVOT

FREE THROW

23

POSISI BERSEDIA (TRIPLE THREAT POSITION).

Posisi paling asas sekali dalam permainan bola keranjang ini ialah posisis bersedia (triple threat position). Pemain akan berdiri selesa dengan lengan bengkok (elbow out) dan lutut yang bengkok (knees bent). Berat badan akan diletakkan di atas bebola kaki. Dengan posisi tersebut, pemain mudah bergerak kehadapan, kebelakang, menggelongsor kesisi, berputar dan melompat. Latihan ini termasuk di dalam line warmout yang dilakukan sebelum memulakan latihan.

24

KEMAHIRAN MENGELECEK BOLA Menggelecek bola dalam permainan bola keranjang bererti bola digerakkan oleh pemain dengan cara melantukan bola dengan sebelah tangannya. Ini dilakukan untuk beberapa tujuan semasa permainan. Untuk membuat jaringan dari dekat. Untuk menyimpan bola sehingga satu hantaran dapat dilakukan. Untuk bergerak ke ruang kosong dengan bola supaya pasukannya dapat mengatur sesuatu pembentukan (formation) Semasa permainan, cara mengelecek bola bergantung kepada situasi yang dihadapi oleh pemilik bola. Pada umumnya ada 2 cara digunakan : 1. Mengelecek dengan lantunan rendah Cara ini diamalkan dalam situasi di mana pemain itu dikawal ketat oleh pihak lawan yang berkerumun dekatnya. Melantunkan bola rendah adalah cara yang baik untuk mengawal dan melindung bola dari dirampas. Selain itu, lantunan bola yang rendah memudahkan pemain menukar hala pergerakannya secara mengejut.

Mengelecek dengan lantunan rendah

25

2. Mengelecek dengan lantunan tinggi Cara ini adalah sesuai apabila pemain hendak bergerak pantas dengan bola dan tidak ada pihak lawan yang mengawalnya. Bola dilantunkan pada aras pinggang dan ke hadapan.

Mengelecek dengan lantunan tinggi. Mengelecek bola juga memerlukan pemain bertindak mengikut keadaan. Oleh itu ia mesti melantukan bola dengan tangan kiri dan tukar kepada tangan kanan. Juga, ia mesti bersedia untuk menukar arah pergerakan atau kepantasannya untuk mengelirukan dan mengatasi pihak yang mengadangnya.

Mengelecek bola tukar hala dan tukar tangan.

26

Gerak keliru bersedia untuk menjaring tetapi dengan tiba-tiba mengelecek bola.

Pemain pivot mengacah hendak membuat hantaran tetapi dwngan tiba-tiba mengelecek bola. Ini adalah satu cara untuk melepaskan diri dari kawalan lawan.

27

KEMAHIRAN MENJARING Semasa prmainan, kecekapan menghantar dan menyambut bola ataupun mengelecek bola tidak bererti jika pemain-pemain lemah dalam membuat jaringan. Aspek yang menetukan kemenangan adalah bilangan jaringan dan aspek ini juga yang menarik sekali kepada penonton-penonton. Jenis-jenis jaringan. 1. Jaringan tolak (dengan sebelah atau dua belah tangan) 2. Jaringan lompat. 3. Jaringan layang. 4. Jaringan lengkung. 5. Jaringan lemparan bebas.

Jaringan tolak sebelah tangan

28

Jaringan lompat

Jaringan layang

Jaringan lengkung

29

Semua jaringan boleh dilakukan secara berlari (satu langkah), melompat, ataupun dari satu tempat. Pada asasnya,jaringan tolak dan jarngan lompat hampir sama. Dalam cara jaringan tolak, kedua belah kaki pemain tetap di atas lantai. Bagi jaringan lompat, pemain melompat dari tempat persediaannya dan mengarahkan bola ke sasaran sebaik sahaja ia tiba ke aras lompatan maksimumnya. Jaringan layang merupakan teknik menjaring yang paling menarik dan tepat. Pemain-pemain memerlukan lompatan yang baik dan koordinasi kaki dan tangan untuk melaksanakan pergerakannya secara licin. Jaringan lengkung juga dikenali sebagai jaringan pivot. Biasanya cara ini diamalkan apabila pemain itu dikawal ketat dan ingin mengatasi lawannya dengan membuat jaringan. Juga, cara ini diamalkan secara tiba-tiba untuk mengelirukan pihak lawan. Pergerakan bola dari tangan pemain ke sasaran adalh dalam bentuk arc. Jaringan lemparan bebas adalah balingan penalti sebenarnya. Percubaan ini diberi oleh pengadil dan lemparannya dibuat dari belakang garis lemparan bebas. Tekniknya adalah sama seperti untuk jaringan tolak.

30

Butir-butir mengajar menjaring.

1. Mata memandang sasaran semasa membuat jaringan.

2. Tumpukan perhatian kepada pergerakan menjaring (konsentrasi).

31

3. Gunakan tindakan jari-jari untuk mengarahkan bola ke sasarannya dan tangan hampir lurus setelah bola dilepaskan (tindakan ikut lajak).

4. bersedia untuk memungut bola semula (rebound ball).

32

KEMAHIRAN MENGAWAL DAN MENGADANG Sebaik sahaja bola berpindah tangan, pasukan yang tidak menguasai bola terpaksa bertahan. Ini bererti setiap pemain perlu tahu tugas masing-masing dan cara untuk mengawal lawannya. Kawalan adalah bertujuan mematahkan serangan lawan dan mendapat balik bola untuk mengatur serang balas. Teknik Mengawal. 1. Amalkan gaya peninju (boxers stance) apabila berhadapan dengan pemain yang membawa bola. 2. berada di antara pihak lawan yang dikawal dan jaring sendiri. 3. gerakkan secara berganti-ganti sebelah tangan ke atas dan sebelah lagi ke sisi (rendah) untuk mengganggu pergerakan lawan. 4. bergerak secara langkah boxers shuffle (hampir sama langkah galop) semasa mengawal. 5. Apabila mengawal pengelecek cuba tepis bola dengan tangan semasa bola melantun naik. Sebelah tangan yang bebas itu untuk mengadang jika pengelecek itu menggunakan gerakeliru dan tukar halanya. 6. Paksakan pemain itu bergerak ke tempat atau kawasan yang tidak sesuai baginya untuk bertindak. 7. apabila mengawal pemain pivot, berdiri di belakangnya dengan gaya peninju jika belakangnya mengadap jaring pihak lawan. Jika mengiring ke kiri, kawalan lebih kesebelah kirinya. 8. Apabila pemain pivot memperoleh bola, kawal dengan rapat supaya ia tidak mudah membuat jaringan lompat.

33

Teknik mengawal

34

Butir-butir mengajar mengawal.

1. Mata memerhati pemain dan bola.

2. Mengganggu dan memberi tekanan (presure) dengan pergerakan tangan. 3. Berada di antara pemain yang dikawal dan jaring sendiri. 4. Jarakkan kaki semasa mengawal untuk memelihara imbangan badan.

35

STRATEGI PERTAHANAN Dua sistem asas yang biasa diamalkan semasa mengawal atau bertahan adalah sistem seorang kawal seorang dan sistem zon. 1. Sistem seorang kawal seorang (one-to-one defence) Setiap pemain akan ditugaskan mengawal seorang pemain lawan tidak kira ke mana pemain yang dikawal itu bergerak. Semasa mengawal pemain hendaklah memastikan bahawa pemain yang dikawal itu : Tidak dapat bergerak menghampiri kawannya yang menguasai bola. Tidak berpeluang untuk membuat hantaran. Sukar untuk membuat jaringan.

Pengawal bertukar tempat Kadangkala semasa permainan penyesuaian perlu dibuat kepada sistem seorang kawal seorang. Misalnya, pemain yang dikawal oleh kawan anda dengan tiba-tiba bergerak dan menghampiri anda. Tugas mengawalnya diambil oleh oleh sebelum ini. Pertukaran ini seharusnya berlaku dengan licin dan penuh persefahaman antara pemain-pemain yang bertahan. Mengawal sedar tekanan (press) Sistem seorang kawal seorang juga diamalkan apabila sesuatu pasukan itu melancarkan tekanan seluruh gelanggang (all-court press) untuk mengejut dan menekan lawannya. Setiap pemain yang bertahan akan mengawal lawannya dengan ketat tidak kira di mana lawannya berada. Tujuannya adalah untuk merebut bola dengan mangganggu pihak yang memiliki bola. Serangan yang tiba-tiba dan tekanan yang habis-habisan ini menjadikan permainan lebih rancak. Biasanya pasukan yang

36

ketinggalan beberapa mata akan melancarkan tekanan diperingkat akhir permainan denagan harapan dapat mengatasi skor lawannya.

Sistem seorang kawal seorang

37

2. Sistem pertahanan zon Dalam sistem ini setiap pemain yang bertahanakan menjaga suatu bahagian kawasan yang tertentu. Ini bereti seseorang pemain itu akan mengawal pemain lawan yang bergerak di kawasan tersebut. Susunan pemain untuk pertahanan zon boleh diatur seperti yang biasa dilakukan : Sistem 2 : 3 Sistem 2 : 1 : 2 Sistem 3 : 2

Sistem mana yang patut dilaksanakan oleh pasukan yang bertahan adalah bergantung kepada corak serangan yang dilancarkan oleh pihak yang menguasai bola. Gambarajah menunjukkan susunan pemain-pemain mengikut sistem yang tertentu.

38

Tiga contoh sistem pertahanan zon

39

STRATEGI SERANGAN Pasukan yang menguasai bola dengan serta merta hendaklah bergerak dengan pantas ke jaring untuk membuat jaringan. Pergerakan bola boleh sedar menghantar atau mengelecek oleh pemain-pemain. Pemain-pemain yang menyerang hendaklah membebaskan dirinya dari kawalan supaya dapat membantu kawannya yang memiliki bola dan juga membantu mewujudkan sesuatu corak serangan yang akan dilancarkan oleh pasukannya. Untuk menyulitkan tugas pihak pengawal, pemain-pemain yang menyerang perlu sentiasa bergerak untuk mencari ruang dan mewujudkan tempat kosong, bertukar-tukar tempat, dan bersedia memotong untuk menerima bola atau sebagai gerakeliru untuk menipu pihak lawan. Corak gerakeliru 1. Melompat untuk menjaring tetapi menghantar bola kepada kawan yang lebih sedia untuk menjaring. 2. Selepas menyambut bola, angkat bola untuk membuat hantaran tetapi tukar kepada mengelecek bola. 3. pemain pivot memusingkan badan dan terus menjaring.

40

Serangan terobos deras (fast break) Pasukan yang pantas, cekap menghantar dan menyambut bola semasa berlari boleh mencuba serangan terobos deras apabila mendapat peluang. Tujuan cara serangan terobos deras apabila mendapat peluang. Tujuan cara serangan ini adalah untuk membuat jaringan sebelum pihak lawan dapat atau sempat mengatur pertahanannya. Serangan terobos deras boleh dilakukan sebaik sahaja a) pemain mendapat bola yang melantun balik dari papan tampan b) jaringan dibuat c) balingan percuma dilakukan. Serangan jenis ini juga diamalkan untuk mengahadapi pertahanan sistem zon.

41

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG Pertandingan 5 lawan 5


5 lawan 5 merupakan corak pertandingan yang formal, biasanya dipertandingan di bawah penganjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri, Malaysia Basketball Association (MABA), sekolah-sekolah, kelab-kelab, dan pertubuhan-pertubuhan lain. Peraturan dan undang-undang adalah seperti berikut : 1. Cara Bermain :

Setiap pasukan menghantar 5 orang pemain untuk turun gelanggang, dengan 7 orang sebagai pemain pengganti. 2. Tempoh Pertandingan :

Tempoh masa 40 minit setiap pertandingan dibahagikan kepada 4 suku (quarter), dengan setiap suku 10 minit. Waktu rehat antara suku ialah 2 minit, 5 minit, dan 2 minit. Jika seri, tambahan masa 5 minit diberi, jika masih seri, tambahan masa 5 minit diberi lagi sehingga dapast menentukan pihak menang. Setiap suku diberi satu time-out untuk setiap pasukan. Pertandingan untuk bawah 16 tahun, bawah 14 tahun, dan bawah 12 tahun tiada waktu rehat diperuntukan antara suku masa I dan suku masa II. 3. Jenis Mendapat Mata (Score)

Lontaran percuma 1 mata; jaringan di dalam kawasan lingkungan garisan 3 mata ialah 2 mata (termasuk garisan tersebut); dan 3 mata untuk jaringan yang dibuat diluar lingkungan garisan 3 mata (untuk pertandingan sekolah / bawah 12 tahun, tiada jaringan 3 mata).

42

4. Permulaan Permainan Permainan Suku Masa I dimulakan dengan lontaran bola oleh pengadil di bulatan tengah. Setiap pasukan menghantar seorang pemain (biasanya pemain yang tinggi) untuk menampar atau menguis bola kepada rakan sepasukan.mereka tidak dibenarkan menangkap bola sebelum bola itu terkena kepada pemain-pemain lain. Pemain-pemain lain akan berada di luar bulatan tengah. Permulaan suku masa seterusnya tidak lagi dimulakan dengan lontaran pengadil, ia bergantung kepada pasukan masa yang menguasai bola selepas lontaran pengadil pada suku masa I, jika pasukan A yang menguasainya, maka pasukan B akan memulakan permainan dengan lontaran masuk di tengah-tengah garisan tepi pada suku masa II, kemudian diikuti oleh pasukan A pada suku masa III, pasukan B pada suku masa IV.

5.

Pertukaran Pemain (Substitution)

Pertukaran pemain boleh dibuat semasa bola mati (dead ball), iaitu semasa berlakunya faul oleh pemain mana-mana pasukan, bola keluar gelanggang, lontaran percuma (kecuali pemain yang melontar), rebutan bola. Pertukaran pemain juga boleh dibuat melalui permintaan time-out oleh jurulatih / pengurus pasukan. Jurulatih bebas untuk menggantikan pemain dalam gelanggang dengan mana-mana pemain penggantinya.

43

Bagi pertandingan bawah 16 tahun, bawah 14 tahun, dan bawah 12 tahun, jurulatih perlu mendaftarkan 6 orang pemain dalam suku masa I dan 6 orang pemain dalam suku masa II, maka hanya pemain ke-6 yang didaftarkan boleh menggantikan pemain dalam gelanggang pada suku masa tersebut. Pertukaran pada suku masa seterusnya sama dengan pertandingan peringkat dewasa. 6. Rebutan Bola

Apabila dua orang pemain yang berlainan pasukan merebut bola lebih dari 3 saat, pengadil akan meniup wiselnya untuk menentukan hak penguasaan bola. Ia diberi secara bergilir-gilir. Bola keluar yang tidak dapat menentukan hak penguasaannya juga ditentukan dengan cara ini. 7. i. Faul (Fouls) Faul Individu :- menolak, memegang, mengadang yang tidak sah, memukul pemain lawan. Jika seseorang pemain melakukan kesalahan yang tersebut di atas, ia dikira faul individu, setiap faul dicatat oleh pencatat. Setiap pemain tidak boleh melakukan faul individu lebih daripada 5 kali, kali kelima faul dilakukan, ia tidak lagi dibenarkan untuk terus beraksi dalam permainan tersebut. ii. Faul Pasukan :- Faul pasukan adalah faul-faul yang terkumpul daripada faul individu. Pasukan yang mencapai 4 kali faul pasukan dalam satu-satu suku masa permainan, faul yang seterusnya akan didenda dengan memberi 2 kali lontaran percuma kepada pihak lawan (kecuali pihak lawan tidak dalam keadaan penguasaan bola).

44

8. i.

Pelanggaran Peraturan (Violations) pelanggaran peraturan cara bermain : a. b. traveling iaitu melangkah dahulu lalu mengelecek, melangkah lebih daripada 2 langkah sebelum menjaring atau menghantar. double dribble menangkap bola setelah mengelecek, dan mengeleceknya sekali lagi, atau mengelecek dengan menggunakan kedua-dua tangan serentak. c. d. e. bola terkena kaki (jika menendang dengan sengaja boleh dianggap faul). pelanggaran peraturan semasa lontar permulaan oleh pengadil. over-and-back iaitu setelah penyerang membawa bola melepasi back court, dan menghantar atau membawa bola ke kawasan back court semula.

ii.

pelanggaran peraturan had masa : a. b. 3 saat iaitu pemain penyerang berada di dalam zon 3 saat front court melebihi 3 saat. 5 saat pemain yang hendak membuat lontar masuk (throw in) gagal melakukannya dalam masa 5 saat, atau seseorang pemain memegang bola melebihi 5 saat tanpa mengelecek, menjaring atau menghantarnya, atau pun gagal melakukan lontaran percuma dalam masa 5 saat. c. d. 8 saat pasukan penyerang gagal membawa bola melepasi back court dalam masa 8 saat. 24 saat pasukan penyerang gagal membuat sebarang cubaan menjaring dalam masa 24 saat.

45

9.

Lontaran Percuma

Lontaran Percuma diberi apabila faul dilakukan oleh pemain ke atas pemain yang hendak / sedang membuat percubaan menjaring. Jika jaringan tersebut masuk jaring, 1 lontaran percuma diberi, jika tidak, ia bergantung kepada tempat percubaan jaringan dibuat, iaitu 2 lontar percuma untuk percubaan dari zon 2 mata, 3 lontaran percuma untuk percubaan dari zon 3 mata. Semasa melakukan lontaran percuma, hanya 3 orang pemain pertahanan dan 2 orang pemain penyerang (selain pelontar) dibenarkan berada di kawasan selepas garisan lontaran percuma front court, pemain-pemain selebihnya mesti berada di belakang garisan lontaran percuma. Kedudukan mereka seperti dalam rajah di bawah :

46

ISYARAT TANGAN PENGADIL

47

48

AKTIVITI PEMANASAN DAN MENYEJUKKAN BADAN


49

AKTIVITI PEMANASAN BADAN Pemanasan badan perlu dilakukan untuk memastikan badan adalah bersedia

untuk melakukan aktiviti yang seterusnya. Kegagalan menyediakan otot pada tahap pemanasan badan akan menyebabkan pengumpulan asid karbonik (laktik) dalam otot. Pergerakan dalam permaian bola jaring adalah pantas dan cepat. Ketrampilan diri dan badan sewaktu melakukan pergerakan badan hendaklah dinamik. Selepas sesi pemanasan badan selama 10 atau 15 minit, pemain sepatutnya telah berpeluh dan seharusnya mempunyai keupayaan untuk bergerak dengan pantas. Mulakan pemansan badan dengan berlari anak ke hadapan, ke belakang, ke sisi ke kanan dan ke kiri. Selepas itu lakukan aktiviti regangan untuk menambahkan kelenturan otot-otot apabila membuat pergerakan selama lebih kurang 10 minit. Perlu diingatkan bahawa otot akan lebih menganjal selepas aktiviti pemanasan dilakukan. Berikan tumpuan kepada otot besar dahulu seperti hamstring, quadriceps, groin, calves, bahagian belakang, tangan dan bahu. Berehat seketika sebelum memulakan permainan sebenar dan pastikan minum air untuk elak dehidrasi. AKTIVITI MENYEJUKKAN BADAN Semua jenis latihan kemahiran atau permainan mestilah diakhiri dengan sesi penyejukan badan atau cooling down. Penyejukan otot diperlukan untuk mengembalikan otot kepada keadaan rehat. Semasa latihan asik laktik akan terkumpul dan jika tidak dialirkan dengan sebaiknya ia akan menyebabkan berlakunya kesakitan dan kelesuan. Aktiviti penyejukan badan hendaklah dilakukan dengan lebih relaks dan ringan bagi menurunkan kadar degupan jantung. Lakukan selama 10-15 minit. Selain itu tujuan menyejukkan badan juga akan:

50

Meningkatkan fleksibiliti Mengembalikan darah ke jantung Mengelak dari berlaku kekejangan Menurun kadar suhu badan Mengurangkan kesakitan dan kecederaan Mengembalikan otot yang direngang ke tahap asal

51

CONTOH AKTIVITI REGANGAN

52

53

54

55

56

57

58

59

You might also like