berlarutan antara28 Julai1914hingga11 November 1918dan bermuladiBalkan.Pada28 Jun1914, ArchdukeFranz FerdinanddariAustria-Hungarybersama isterinyaterbunuh diSarajevo,Bosnia. Bosnia merupakan kawasan Austria yang dituntuti olehSerbia, sebuah negara Balka yang kecil di mana pembunuhan tersebut telah dirancang.Dengan sokongan negaraJerman, Austria-Hungary memutuskan menghukum Serbia.Austria-Hungary menyerang Serbia pada 28 Julai 1914.Rusiamembuat penyediaanuntuk menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. NegaraPerancis pula menyokongRusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai diParisdengan secepat mungkin,tentera Jerman menyerangBelgium, sebuah negara yang berkecuali.Britainkemudianmenyerang Jerman.Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negaraPerancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan sekutunyadigelarkan "Kuasa-kuasa Pusat" manakala negara-negara yang menentangi merekadigelarkan "Tentera Bersekutu". Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun1915,Italimenyertai Tentera Bersekutu kerana ingin menguasai tanah Austria. Dan padatahun1917,Amerika Syarikatmemasuki peperangan memihaki Tentera Bersekutu.
Sekitar kemusnahan serta pertempuran yang berlaku semasa
Perang Dunia I
.Sungguhpun Tentera Bersekutu amat kuat, negara Jerman kelihatan hampir-hampir memenangi peperangan itu. Selepas 1914, negara Jerman menguasaiLuxemborg,kebanyakan Belgium, serta sebahagian daripada Perancis utara. Negara Jerman jugamenang di Barisan Timur ketika usaha Rusia tergagal. Akan tetapi menjelang 1918,tentera Jerman telah mengalami keletihan. Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya pergolakan sosial di dalam negara sendiri. Pada waktu yang sama, semakin ramai tenteraAmerika Syarikat baru tiba untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Padamusim panas1918, tentera Amerika Syarikat membantu menentangi serangan Jerman yang terakhir di barat. Negara Jerman menurunkan tandatangan perjanjian gencatan senjata pada 11 November.Di bawahPerjanjian Versaillesyang ditandatangani selepas Perang Dunia I, negaraJerman menyerahkan tanah-tanah jajahan dan sebahagian daripada wilayahEropahnya.Polanddiasaskan semula dan menerima Posen {sekarang digelar Poznani
), sebahagianSilesiaserta sebahagianPrussiaBarat.Alsacedan bahagianLorraineyang dikuasai olehJerman dipulangkan kepada negara Perancis. Negara Perancis juga dapat menguasaikawasanSaar selama 15 tahun. Perjanjian ini juga meletakkan Rhineland di bawah pendudukan Tentera Bersekutu selama 15 tahun. Bilangan tentera Jerman dikecilkantidak melebihi 100,000 askar serta dilarang mempunyaitentara udara.Jerman juga perlumembayar Tentera Bersekutu pampasan perang yang sungguh besar.
Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia I. Pihak Bersekutu kehilangan 5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5 juta. Peperangantersebut mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang terlibat dandikenali sebagai "peperangan untuk mengakhiri semua peperangan" sehinggalahPerangDunia IIberlaku.
Punca Perang Dunia I
Perang Dunia I berlaku disebabkan oleh faktor politik danekonomi. Antara faktor politik termasuklah kemunculannasionalismedan sistem pakatan negara-negara Eropah, iaituPerikatan Kuasa TengahdanPakatan Bertiga. Faktor ekonomi pula melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.Pada penghujungabad ke-19, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu danmembentuk sebuah bangsa yang lebih besar, contohnya Jerman dan Itali. Kedua-duanegara ini menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis, Austria-Hungary dan Rusia dalam usaha mendapatkan tanah jajahan. Nasionalisme yang kuatmenyebabkan kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaanmasing-masing. Menjelang penghujung abad ke-19 dan awalabad ke-20,persaingansengit berlaku di kalangan kuasa Eropah ini akibatImperialisme Baru. Kuasa besar mula bersaing bagi membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk mendapatkan bahan mentahserta untuk memasarkan barangan siap mereka.