You are on page 1of 47

SKEMA JAWAPAN SEJARAH KERTAS 2 j2k

SOALAN 1

BINCANGKAN SISTEM POLITIK DI NEGERI-NEGERI MELAYU


SEBELUM CAMPUR TANGAN BRITISH PADA TAHUN 1874.

A) PENGENALAN (2@3M)

1. Semua Negeri-Negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan mempunyai sistem politik


yang sama. Sistem politik di Negeri-Negeri Melayu adalah berasaskan kepada
sistem politik Kesultanan Melayu Melaka.

2. Sebelum campur tangan British, sistem politik di Negeri-Negeri Melayu boleh


dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Negeri, Daerah atau Jajahan dan
Kampung. Sementara sistem politik di Negeri Sembilan pula berasaskan Adat
Pepatih.

B) ISI (20 M)

1. Peringkat Negeri (10m)

a. Dalam sistem politik Melayu tradisional, unit politik yang paling besar ialah
Negeri. Pada abad ke-19, perkataan Negeri dirujuk kepada satu kawasan
yang merdeka di bawah pemerintahan sendiri. Sesebuah Negeri terletak di
kawasan muara sungai. Kedudukan yang strategik ini amat berguna untuk
membolehkan seseorang pemerintah mengawal setiap pergerakan keluar-
masuk penduduk ataupun pedagang luar.

b. Pentadbiran Negeri Melayu diketuai oleh Sultan, Raja ataupun Yang


DiPertuan Besar. Sultan atau Raja merupakan pemegang kuasa politik
tertinggi dalam pentadbiran sesebuah Negeri.

c. Bagi melaksanakan pentadbiran Negeri, Sultan dan Raja dibantu oleh


pembesar. Pembesar menjadi tulang belakang pentadbiran sesebuah Negeri
Melayu kerana mereka menolong Raja / Sultan mentadbir Negeri masing-
masing. Gelaran pembesar bagi setiap Negeri Melayu adalah berbeza.

d. Contohnya di Perak, Sultan di bantu oleh pembesar 4 yang terdiri daripada


Raja Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung Paduka Raja dan
Menteri Paduka Tuan. Di Pahang pula Sultan di bantu oleh pembesar 4 yang
terdiri daripada Orang Besar Indera Maharaja Perba Jelai, Orang Kaya Indera
Segara Temerloh, Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor dan Orang Kaya
Indera Syahbandar. Di Kelantan Sultan Kelantan dibantu oleh pembesar yang
terdiri daripada Raja Bendahara, Raja Temenggung, Perdana Menteri dan
Engku Besar Jeram. Di Kedah pula Sultan Kedah di bantu oleh Seri Paduka

1
Maha Menteri, Seri Paduka Laksamana, Paduka Maharaja Temenggung j2k
Anggota Besar, dan Seri Maharaja Putra Dewa.

e. Sementara sistem politik di Negeri Sembilan pula berasaskan kepada Adat


Pepatih. Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan dibantu oleh Undang 4 bagi
melaksanakan pentadbiran Negeri yang terdiri daripada Undang Johol,
Jelebu, Rembau, dan Sungai Ujong.

f. Bagi mengukuhkan kedudukan Sultan atau Raja dalam pentadbiran Negeri,


Sultan atau Raja seringkali dikaitkan dengan konsep Daulat. Kedaulatan
seseorang Sultan diperkukuhkan melalui penggunaan bahasa dalam, warna
kuning dan peralatan kebesaran seperti cop mohor, nobat, serunai, nafiri,
tombak, keris dan lain-lain.

g. Pelantikan seseorang Sultan atau Raja bagi meneruskan pentadbiran negeri


di semua Negeri Melayu kecuali Perak dilakukan berasaskan sistem warisan
atau keturunan. Menurut sistem warisan, apabila seseorang Sultan atau Raja
mangkat, putera sulong Sultan daripada Permaisuri berdarah Raja ataupun
adik lelakinya sekiranya baginda tidak mempunyai waris akan berhak
mewarisi takhta kerajaan. Bakal pengganti Sultan digelar Raja Muda ataupun
Tengku Mahkota. Mereka akan dilantik sebagai Sultan sebelum jenazah
Sultan dimakamkan.

h. Sementara di Perak, perlantikan seorang Sultan atau Raja bagi mentadbir


negeri dilakukan melalui sistem giliran. Melalui sistem ini bakal Sultan
hendaklah terlebih dahulu memegang jawatan Raja DiHilir, Raja Bendahara
dan Raja Muda. Perlantikan yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan pula
dilakukan oleh Undang 4 di kalangan putera Yang DiPertuan Besar Negeri
Sembilan.

2. Peringkat Daerah (6m)

a. Bagi melicinkan pentadbiran, setiap negeri dipecahkan pula kepada


beberapa Daerah atau Jajahan.

b. Pentadbiran Daerah atau Jajahan diketuai oleh Pembesar Daerah ataupun


Ketua Jajahan. Mereka di gelar Orang Besar-Besar.

c. Pembesar Daerah atau Ketua Jajahan dilantik oleh Sultan melalui surat
tauliah yang mempunyai cop mohor. Mereka akan melaksanakan tugas dan
mempunyai kuasa penuh dalam Daerah/Jajahan pentadbiran masing-masing.
Kawasan pentadbiran mereka bergantung kepada kawasan yang
diperuntukan dalam surat tauliah yang dikurniakan oleh Sultan atau Raja.
Pembesar Daerah atau Jajahan bertanggungjawab kepada Sultan/Raja.

d. Dalam sistem politik masyarakat Melayu tradisional, kedudukan pembesar


Daerah adalah sangat penting. Ini disebabkan oleh pembesar Daerah sangat
rapat dengan rakyat. Oleh yang demikian, mereka sangat berkuasa dan

2
penting sebagai perantaraan antara Sultan dan rakyat. Justeru itu terdapat j2k
kes-kes di mana pembesar Daerah lebih kaya dan berkuasa daripada Sultan.
Contohnya di Perak, pembesar Daerah berhak memilih bakal Sultan dan
berkuasa menyingkirkan Sultan yang mereka tidak sukai.

e. Pembesar Daerah di benarkan memungut cukai di daerah yang diperuntukan


kepada mereka sebagai pendapatan mereka. Sebahagian kecil daripada
cukai tersebut akan diserahkan kepada Sultan sebagai tanda taat setia.
Contohnya, Sultan Perak akan diberikan sebanyak RM6.00 bagi tiap-tiap
bahara bijih timah yang dieksport dari mana-mana daerah di Perak oleh
pembesar Daerah.

f. Kekuasaan dan pengaruh pembesar Daerah adalah berdasarkan kepada


jumlah pengikutnya.

g. Antara Pembesar Daerah ialah Long Jaafar dan Ngah Ibrahim di Larut, Dato
Maharaja Lela di Pasir Salak, Dato Sagor di Kampung Gajah, Raja Jumaat di
Lukut, Raja Abdullah di Kelang, Dato Bahaman di Semantan dan sebagainya.

3. Peringkat Kampung (4m)

a. Kampung merupakan unit politik yang paling kecil dalam sistem politik
masyarakat Melayu tradisional.

b. Pentadbiran kampung diketuai oleh penghulu atau Tok Kweng di Kelantan.

c. Mengikut adat, penghulu dipilih berdasarkan keturunan. Mereka yang dipilih


akan dilantik oleh Sultan dengan cara menganugerahkan surat tauliah.

d. Penghulu akan menjadi perantara antara pembesar Daerah dengan


penduduk kampung.

e. Penghulu tidak dibayar gaji, tetapi memperolehi pendapatan daripada hasil


cukai yang dipungut daripada penduduk kampung.

f. Sementara di Terangganu semasa pemerintahan Sultan Omar pada abad ke-


19 penghulu bertanggungjawab terus kepada baginda.

C) KESIMPULAN (2@3M)

1. Sistem politik Melayu tradisional yang berasaskan kepada kerajaan Kesultanan


Melayu Melaka telah memberikan Sultan dan Raja kuasa mutlak untuk mentadbir
sesebuah Negeri Melayu. Bagi melicinkan pentadbiran, Negeri telah dipecahkan
kepada beberapa daerah yang diketuai oleh pembesar-pembesar Daerah dan
Kampung yang diketui oleh penghulu.

3
2. Namun selepas campur tangan British, sistem politik di Negeri Melayu telah j2k
dibahagikan kepada empat peringkat iaitu Negeri, Daerah/Jajahan, Mukim dan
Kampung.

3. Sultan tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran negeri. Peranan Sultan telah
diambil alih oleh Residen British. Sementara pentadbiran Daerah pula diambil
alih oleh pegawai Daerah British. Pentadbiran peringkat Mukim dan Kampung
pula di ketuai oleh pembesar Melayu yang sanggup berkerjasama dengan
British.

4
SOALAN 2 j2k

BINCANGKAN PENGARUH AGAMA ISLAM TERHADAP MASYARAKAT


MELAYU TRADISIONAL DI TANAH MELAYU SEBELUM KEDATANGAN
BRITISH.

A) PENGENALAN (2@3 M)

1. Agama Islam telah dibawa masuk ke Tanah Melayu pada abad ke-15 melalui
kerajaaan Kesultanan Melayu Melaka dan seterusnya dikembangkan ke
seluruh Tanah Melayu serta dianuti oleh masyarakat Melayu tempatan.

2. Agama Islam telah mempengaruhi setiap aspek kehidupan masyarakat


Melayu tradisional di Tanah Melayu sebelum kedatangan British pada abad
ke-19.

3. Kedatangan Islam telah membawa perubahan kepada masyarakat Melayu di


Tanah Melayu dalam bidang politik, perundangan, adat dan kebudayaan,
semangat jihad dan pendidikan.

B) ISI (20M)

PENGARUH AGAMA ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU


TRADISIONAL

1) Politik
a. Kedatangan agama Islam telah memperkenalkan konsep kesultanan yang
berbeza dengan konsep beraja yang dipengaruhi oleh unsur agama Hindu-
Buddha. Konsep Dewa Raja yang menganggap Raja sebagai bayangan
tuhan di muka bumi telah digantikan dengan Sultan sebagai Khalifah Allah di
muka bumi.

b. Agama Islam juga turut memperkukuhkan kedudukan dan taraf raja-raja


Melayu. Raja dalam masyarakat Melayu tradisional telah digantikan dengan
gelaran Sultan yang menjadi penaung kepada agama Islam dan bertindak
sebagai Ketua Agama Islam di Negeri-negeri Melayu.

c. Sementara pemimpin-pemimpin Islam pula telah dilantik sebagai penasihat


sultan dalam semua perkara yang berkaitan dengan hukum syarak ataupun
mengenai agama Islam. Mereka menerima anugerah daripada Sultan seperti
Imam Maharaja, Maharaja Kadi, Dato Mufti dan Seri Utama.

5
d. Di Terengganu, golongan agama digelar Tokku. Keturunan mereka dikenali j2k
sebagai Engku atau Tuan.

2) Perundangan
a. Hukum Syarak telah dijadikan sebagai sistem perundangan di negeri-negeri
Melayu tradisional. Hukum syarak telah dijadikan sistem perundangan secara
meluas di Perak, Terengganu, Pahang dan Johor.

b. Hukum Syarak yang dilaksanakan di negeri-negeri Melayu pada abad ke-19


termasuklah undang-undang jenayah yang melibatkan hukum bagi kesalahan
mencuri, samun, membunuh, berzina dan liwat. Sementara undang-undang
muamalat pula melibatkan hukuman bagi kesalahan menjual-beli, hutang-
piutang, sewa tanah, hukum berhuma, berladang, menternak dan larangan
melakukan kerja-kerja mungkar seperti meminum arak dan tuak.

c. Contohnya, pada abad ke-19, Terengganu melaksanakan hukum Syariah/


Undang-Undang Islam. Hukuman yang dijatuhkan ialah kesalahan mencuri
dikudungkan tangan, yang bersalah dipenjarakan, yang membunuh dihukum
bunuh dan kesalahan-kesalahan Mal akan didenda.

3) Adat-istiadat
a. Selepas kedatangan Islam beberapa adat dan undang-undang tempatan
telah disesuaikan dengan hukum syarak.

b. Contohnya, Adat Perpatih telah dibawa masuk ke Tanah Melayu pada abad
ke-17. Selepas kedatangan Islam, Adat Pepatih telah disesuaikan dengan
unsur-unsur ajaran Islam. Begitu juga dengan Adat Temenggung. Kedua-dua
adat ini telah menggunakan hukum syarak yang berasaskan Mazhab Shafie.

c. Sementara adat-istiadat yang dahulunya dipengaruhi oleh unsur agama


Hindu telah digantikan unsur agama Islam seperti adat persandingan,
pertabalan, pijak tanah, melenggang perut, berkhatan dan sebagainya.

d. Upacara mengkhatam Al-Quran telah diadakan bagi meraikan kanak-kanak


yang tamat mengaji Al-Quran, kenduri arwah dan kesyukuran serta adat
berkampung yang mengkehendaki semua penduduk kampung lelaki
mengerjakan sembahyang Jumaat adalah merupakan unsur-unsur Islam.

e. Adat bercukur turut diadakan dan dimulakan dengan berzanji dan marhaban
iaitu bacaan mengenai kisah-kisah kelahiran dan kebesaran Nabi
Muhammad. Adat ini diakhiri dengan bacaan tahlil dan doa selamat sebagai
mengucap syukur kepada Allah.

6
f. Sementara upacara pengkebumian pula dilakukan dengan bacaan talkin dan j2k
diakhiri dengan doa oleh imam atau orang alim.

g. Kumpulan-kumpulan hadrah dan kompang pula akan mempersembahkan


lagu-lagu bagi memuji kebesaran dan kemuliaan Nabi Muhammad pada
majlis sambutan maulidul Rasul.
h. Perayaan-perayaan yang diadakan di istana turut dipengaruhi oleh unsur
Islam.

i. Adat-istiadat dan perayaan-perayaan di Istana akan dimulakan dan diakhiri


dengan bacaan Al-Quran dan doa.

j. Sementara pegawai-pegawai agama seperti Imam memainkan peranan


penting dalam setiap Majlis dan perayaan di Istana.

k. Imam adalah orang yang membaca doa dalam setiap majlis dan perayaan di
istana.

l. Imam akan duduk di Balairong bersama-sama dengan pembesar. Ini


bermakna agama Islam telah diberikan penghormatan dan kemuliaan yang
amat tinggi pada masa ini.

4) Kepercayaan
a. Agama Islam juga turut memperkenalkan konsep tauhid iaitu menafikan
kewujudan banyak tuhan. Ia bermula dengan keesaan tuhan dan konsep
ibadat yang luas. Faktor ini telah berjaya menarik minat penduduk-penduduk
tempatan terhadap agama Islam.

b. Agama Islam juga turut memberi penekanan kepada fahaman akliah/rasional.


Fahaman ini telah berjaya mengubah pemikiran masyarakat Melayu daripada
mempercayai unsur-unsur tahyul kepada kepercayaan yang bersifat akliah
atau rasional.

c. Selepas kedatangan Islam, pandangan masyarakat Melayu juga telah


berubah daripada tokoh-tokoh Hindu, ahli sihir dan bomoh kepada tokoh-
tokoh Islam.

5) Pendidikan
a. Kedatangan Islam juga turut mempengaruhi perkembangan pendidikan di
Tanah Melayu.

b. Kanak-kanak Melayu dikehendaki mempelajari bahasa Arab, membaca Al-


Quran, belajar sembahyang dan fardu ain. Guru-guru agama biasanya
keturunan Arab yang digelar Sayid ataupun Syeikh.

7
j2k
c. Kelas-kelas agama akan diadakan di rumah guru agama pada waktu malam.
Dari sini lahirlah sistem pendidikan pondok.

d. Sekolah-sekolah pondok ini akan mengajar mata pelajaran Tauhid, Fekah,


Tafsir Al-Quran, Ilmu Mantik, Tasawwuf, Akhlak, Sejarah Islam dan
sebagainya.
e. Tujuan penubuhan sekolah-sekolah pondok ialah untuk melahirkan pelajar
yang berakhlak tinggi, berpengetahuan Islam dan beribadat dengan betul.
Pengajian di sekolah-sekolah pondok ini adalah merupakan pendidikan yang
tertinggi di negeri-negeri Melayu sehingga tahun 1850-an.

6) Kesenian
a. Pengaruh Islam juga dapat dilihat dalam bidang kesenian melalui ukiran-
ukiran di dinding-dinding masjid, kubah masjid, menara azan, tempat
berwuduk, madrasah, batu nisan dan sebagainya.

b. Terdapat juga tulisan dan ukiran yang bercorak bunga geometri dan ayat-ayat
Al-Quran dan Hadith yang menghiasi rumah dan bangunan.

7) Bahasa dan Kesusasteraan


a. Kedatangan agama Islam turut menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu pengetahuan.

b. Bahasa kuno yang menggunakan huruf-huruf dari India telah digantikan


dengan tulisan Arab iaitu Jawi.

c. Dengan adanya tulisan jawi, ilmu pengetahuan dan Kesusasteraan Melayu


telah mengalami perkembangan pesat. Banyak buku-buku telah dihasilkan
dengan menggunakan tulisan Jawi.

d. Melalui pengaruh Islam, Bahasa Melayu telah berkembang maju dengan


pelbagai istilah yang dipinjamkan dari Arab dan Parsi.

8) Konsep Jihad
a. Konsep Jihad yang muncul selepas kedatangan Islam telah memainkan
peranan penting dalam membina tenaga dan menggerakkan tindakan
terhadap Imperialisme.

b. Contohnya di Kedah, selepas Kedah ditakluki Siam, usaha-usaha telah


dilakukan oleh Sultan Ahmad Tajuddin dan puteranya untuk mengambil
semula Kedah daripada kerajaan Siam yang telah dilakukan melalui Perang
Jihad terhadap musuh yang bukan Melayu atau kafir. Selama hampir dua

8
dekad putera-putera Sultan Kedah serta alim ulama menyertai penentangan j2k
terhadap Siam. Saudagar Islam di NNS turut memberi sokongan secara
diam-diam.

9. Ekonomi
a. Islam juga mempengaruhi sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional.

b. Baitulmal telah diperkenalkan yang berfungsi sebagai perbendaharaan


Negara dan hasilnya diperoleh daripada zakat dan sedekah.

c. Islam menggalakkan umatnya rajin bekerja dan mencari rezeki yang halal
dan melarang perbuatan mengemis.

d. Menggalakkan berdagang dan mengamalkan unsur-unsur yang halal semasa


berniaga.

e. Amalan riba, penindasan dan penipuan adalah dilarang.

f. Islam juga menggalakkan nilai-nilai murni dalam ekonomi seperti berjimat


cermat dan berusaha bersungguh-sungguh

C) KESIMPULAN (2 @ 3 M)

a. Agama Islam mempunyai pengaruh dan kesan yang penting dalam masyarakat
Melayu serta menjadi amalan seharian dalam kehidupan.

b. Namun begitu, selepas kedatangan British ke Tanah Melayu, British telah


mengubah amalan kehidupan seharian masyarakat Melayu sama ada dalam
bidang politik, perundangan, ekonomi, sosial dan sebagainya.

9
SOALAN 3 j2k

JELASKAN PERLUASAN KUASA BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU


UTARA ANTARA TAHUN 1897 SEHINGGA TAHUN 1909.

A) PENGENALAN (2 @ 3 M)

1. Hubungan antara British dengan Siam pada abad ke 19 keseluruhannya


ditentukan oleh perjanjian Burney pada tahun 1826. Melalui perjanjian ini, British
telah mengakui Kedah sebagai jajahan takluk Siam, manakala kedudukan
Kelantan dan Terengganu tidak dinyatakan dengan terang.

2. Pada akhir abad ke 19, kerajaan British ingin meneruskan hubungan baik dengan
Siam untuk melindungi kepentingan perdagangannya di Siam. Pada masa yang
sama, Perancis yang menduduki Indo-China cuba memperluas pengaruhnya di
Siam.

3. Persaingan antara Inggeris – Perancis telah berkurangan pada akhir ke 19,


dengan termaktubnya Pengisytiharan Inggeris – Perancis pada 15 Januari 1896.
Pengisytiharan ini telah menjamin kemerdekaan Lembah Menam Chao Phraya
dan secara tidak langsung telah melindungi kepentingan British di Siam dan
Tanah Melayu. Ini bermakna selepas Pengisytiharan Inggeris- Perancis, British
boleh memberi perhatian terhadap Negeri-negeri Melayu Utara (NMU).

B) ISI (20 M)

1. Perjanjian Rahsia atau Sulit Inggeris – Siam 1897 ( 4 M)

a. Pada 6 April British telah menandatangani Perjanjian Rahsia dengan Siam.


British menandatangani perjanjian tersebut bagi memastikan tidak ada kuasa
Eropah yang lain terutama Jerman dapat menguasai NMU.

b. Melalui perjanjian ini, secara tidak langsung Siam telah mengakui peranan
dan kedudukan British di NMU. Inggeris seolah-olah diakui oleh Siam
mempunyai kuasa di negeri-negeri tersebut.

c. Ini disebabkan Siam bersetuju tidak akan menyerahkan sebarang kawasan di


selatan Siam termasuk NMU kepada mana-mana kuasa asing tanpa keizinan
British. Melalui perjanjian ini pihak British akan membantu Siam sekiranya
kawasan-kawasan tersebut diancam oleh kuasa-kuasa asing.

d. Perjanjian ini merupakan tahap permulaan bagi dasar British yang aktif
terhadap NMU.

2. Pengisytiharan Inggeris – Siam 1902 (8 M)

Sebab- sebab:

a. Kebimbingan terhadap kuasa barat yang lain:


i. Pada tahun-tahun 1880an beberapa buah kuasa Eropah berlumba-lumba
untuk mendapatkan kawasan di Asia Tenggara. Kemungkinan campur

10
tangan kuasa asing yang lain terutamanya Jerman di NMU amat j2k
membimbangkan British.

ii. selepas penyatuannya oleh Bismark, Jerman telah muncul sebagai


sebuah kuasa besar dan cuba menyaingi Britain, tetapi Jerman tidak
mempunyai sebarang penempatan di Asia Tenggara.

iii. Antara tahun 1899 –1900. Jerman dikatakan telah membuat beberapa
percubaan untuk mendapatkan Pulau Langkawi daripada kerajaan Siam.

iv. Sementara Rusia pula sedang mengenakan tekanan ke atas Bangkok


supaya menyerahkan Teluk Siam dan Ujong Salang kepadanya untuk
dijadikan pengkalan arang batu.

v. Pada tahun 1901 Amerika Syarikat sedang berusaha untuk mendapatkan


konsesi kawasan perlombongan bijih timah di pulau-pulau di sekitar
perairan Terengganu.

vi. Inggeris tentu sekali tidak sanggup membiarkan mana-mana kawasan di


NMU jatuh ke tangan kuasa-kuasa Eropah yang lain.

b. Rusuhan di Negeri-negeri Melayu Utara.

i. Semenjak peringkat awal lagi, sultan-sultan NMU tidak suka berada di


bawah naungan Siam. Mulai abad ke 19, Siam telah menjalankan dasar
mengetatkan kekuasaannya ke atas NMU yang telah mengakibatkan
tercetusnya rusuhan di NMU.

ii. Raja Abdul Kadir dari Patani dan Sultan Muhammad ke IV dari Kelantan
telah meminta bantuan British. Sekiranya British tidak membantu
pemerintah-pemerintah tersebut, terdapat kemungkinan mereka akan
mendapatkan bantuan daripada kuasa-kuasa Eropah yang lain.

c. Kegiatan R. W. Duff di Kelantan.

i. Pada tahun 1900, R.W. Duff, seorang bekas anggota polis di NMU telah
berjaya mendapatkan kawasan seluasa kira-kira 7770 km persegi
daripada Sultan Kelantan untuk dimajukan.

ii. Beliau telah menubuhkan Perkongsian Pembangunan Duff yang tidak


diiktiraf oleh Kerajaan Siam. Kerajaan Siam mendakwa mempunyai hak
ke atas Kelantan dan tidak membenarkan Duff melaksankan projek-
projeknya.

iii. Tindakan ini telah mendorong Duff meminta sokongan kerajaan


British untuk menentang bantahan Siam. Duff mengugut sekiranya British
tidak menyokong permintaanya, maka beliau akan mendapatkan bantuan
daripada kuasa Eropah yang lain seperti Perancis dan Jerman.

11
d. Peranan Frank Swettenham: j2k

i. Frank Swettenham yang memainkan peranan mempengaruhi keputusan


kerajaan British untuk melaksanakan dasar yang lebih aktif terhadap
NMU.

ii. Beliau telah memberitahu pejabat luar negeri British bahawa Siam tidak
berupaya menguruskan hal-ehwal luar NMU yang berkemungkinan besar
akan cuba mendapatkan bantuan kuasa-kuasa Eropah yang lain.

iii. Frank Swettenham berpendapat British harus memperluas pengaruhnya


di negeri Kelantan dan Terengganu yang kaya dengan sumber-sumber
bahan galian. Malahan hampir kesemua perdagangan di kedua-dua
negeri tersebut dijalankan dengan Singapura.

iv. Beliau mencadangkan bahawa kepentingan British harus dipelihara sama


ada melalui rundingan dengan negeri-negeri berkenaan bagi
mendapatkan hak-hak menguruskan hal-ehwal luar negeri mereka atau
pun rundingan dengan pihak Siam untuk melantik pegawai-pegawai
British di NMU.

Syarat-syarat Pengisytiharan Inggeris – Siam 1902.

a. Pengisytiharan Inggeris –Siam ditandatangani pada 5 Oktober 1902.

b. Syarat-syarat Pengisytiharan:-

i. Siam akan mengawal hubungan luar negeri Kelantan dan Terengganu.

ii. Seorang penasihat berbangsa Inggeris akan dilantik oleh Siam bagi
membantu Sultan dalam semua hal pentadbiran kecuali mengenai soal
agama dan adat resam Melayu

iii. Kelantan dan Terengganu tidak boleh menyerahkan konsesi kepada


kuasa asing tanpa izin Siam

iv. British mengakui ketuanan Siam ke atas Terengganu dan Kelantan.

c. Pengisytiharan ini merupakan langkah penting dalam proses perluasan


kuasa British ke atas NMU. Sultan Kelantan menerima perlantikan penasihat
British pada tahun 1903, manakala Kedah pada tahun 1905, tetapi Sultan
Terengganu tidak bersetuju berbuat demikian.

3. Perjanjian Bangkok 1909 (8 M)

Sebab-sebab perjanjian:

a. Pakatan Inggeris – Perancis 1904

i. Pada April 1904, Inggeris telah menandatangani perjanjian pakatan


Inggeris – Perancis, Pakatan ini telah menamatkan persaingan antara
Inggeris dan Perancis.

12
ii. Pakatan ini memberi implikasi secara tidak langsung terhadap dasar j2k
Inggeris di NMU. Pakatan ini telah menamatkan kebimbingan British
terhadap perluasan pengaruh Perancis di NMU yang akan menjejaskan
kepentingan British di Siam

b. Keputusan untuk membina landasan kereta api


i. Pada awal abad ke 20, Siam telah mengambil keputusan untuk membina
landasan kereta api yang akan menghubungkan Bangkok dan Kedah
dengan bantuan buruh dan modal dari Jerman.

ii. British bimbang langkah tersebut akan mengakibatkan campur tangan


Jerman di Kedah.

c. NMU tidak menguntungkan Siam.


i. Menjelang tahun 1904, Siam telah menyedari bahawa NMU tidak
menguntungkannya. Pada tahun 1904 Kedah menghadapi masalah
kewangan selepas mengadakan majlis perkahwinan diraja secara besar-
besaran. Siam terpaksa memberi pinjaman sejumlah RM 2 juta kepada
Kedah.

d. Pemerintahan Siam di NMU tidak diterima oleh pemerintah dan rakyat


tempatan.
i. Pihak Siam juga mendapati adalah terlalu sukar untuk mengendalikan
NMU. Mulai abad ke 19, pemerintahan Siam di NMU tidak diterima oleh
pemerintah dan rakyat tempatan.

ii. Sultan-sultan di NMU berusaha bersungguh-sungguh untuk


membebaskan negeri mereka dari naungan Siam. Contohnya Sultan
Terengganu enggan menerima penasihat yang dilantik oleh kerajaan
Siam sebagai memenuhi pengisytiharan Inggeris – Siam 1902.

iii. Siam juga bersedia menyerahkan NMU kepada Inggeris sekiranya


Inggeris bersedia menyerahkan kembali hak wilayah asingannya di Siam.

e. Kepentingan perdagangan dan pelabuhan British;


i. British juga bersedia mengambil alih NMU, memandangkan NMU
mempunyai potensi bagi perkembangan perdagangan dan pelabuhan
British.

Syarat-syarat Perjanjian Bangkok ( 9 Julai 1909 ).

a. Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu diserahkan kepada British.

b. British pula menyerahkan kembali hak wilayah asingan di Siam.

c. Kerajaan British di Tanah Melayu akam memberi pinjaman sebanyak 4 juta


kepada Siam untuk membina landasan kereta api dari sempadan Tanah
Melayu ke Bangkok.

d. British juga akan menanggung semua hutang keempat-empat negeri


Melayu berkenaan.

13
C) KESIMPULAN ( 2 @ 3 M) j2k

1. Dengan termaktubnya perjanjian Bangkok dan penerimaan penasihat British


oleh Johor pada tahun 1914. maka tamatlah proses perluasan kuasa British di
Tanah Melayu.
2. Perjanjian Bangkok 1909 juga merupakan satu peristiwa sejarah yang
menentukan sempadan antara Tanah Melayu dan Siam.

14
j2k
SOALAN 4

SEJAUH MANAKAH PERASAAN TIDAK PUASHATI GOLONGAN


PEMERINTAH MENYEBABKAN TERCETUSNYA KEBANGKITAN
MASYARAKAT PERIBUMI TERHADAP PENTADBIRAN BRITISH DI PERAK
DAN PAHANG PADA PENGHUJUNG ABAD KE-19.

A) PENGENALAN. (2@3 M)

1. Sistem Residen yang merupakan satu sistem pentadbiran secara tidak


langsung di Negeri-Negeri Melayu mula diperkenalkan di Perak pada tahun
1874 melalui Perjanjian Pangkor. Menjelang tahun 1888, Sistem Residen
telah dilaksanakan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

2. Sistem Residen yang dilaksanakan di Negeri-Negeri Melayu pada


penghujung abad ke-19 telah mendapat tentangan hebat masyarakat
peribumi terutamanya di Perak dan Pahang.

3. Faktor terpenting tercetusnya penentangan terhadap Sistem Residen di


Perak dan Pahang ialah perasaan tidak puas hati golongan pemerintah.
Walau bagaimanapun terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi
penentangan orang Melayu terhadap Sistem Residen di Perak dan Pahang
pada penghujung abad ke-19.

B) ISI (20 M)

FAKTOR PENENTANGAN DI PERAK. (10 M)

1. Perasaan tidak puas hati golongan pemerintah.


a. Perlantikan J.W.W. Birch sebagai Residen Perak selepas 10 bulan Perjanjian
Pangkor dan pengenalan pelbagai pembaharuan di Perak menyebabkan
Sultan Abdullah tidak puas hati.

b. Tindakan Birch membatalkan hak pungutan cukai Sultan Abdullah dan


pembesar Perak tanpa bayaran ganti rugi yang mencukupi.

c. Penghapusan sistem pengabdian hutang menimbulkan kemarahan Sultan


dan pembesar Perak.

d. Pembatalan pajakan Sultan Abdullah kepada Lee Cheng Tee seorang


saudagar Singapura hak memungut cukai kastam di hilir Sungai Perak
selama 10 tahun dengan nilai 26,000 ringgit setahun.

15
e. Raja Ismail dan pembesar di Hulu Perak tidak mengiktiraf Raja Abdullah j2k
sebagai Sultan Perak. Justeru itu Raja Ismail enggan menyerahkan peralatan
kebesaran DiRaja Perak yang perlu bagi pertabalan seorang Sultan kepada
Raja Abdullah.

f. Ngah Ibrahim tidak puas hati dengan kedudukannya sebagai pembesar Larut.
Beliau tidak dapat bertindak dengan bebas seperti dahulu kerana terpaksa
mematuhi nasihat penolong Residen iaitu Kapten Speedy.

g. Perasaan tidak puas hati ini menyebabkan Sultan Abdullah dan pembesar
Perak enggan bekerjasama dengan Birch, malahan mereka telah bersatu
menentangnya.

h. Faktor perasaan tidak puas hati golongan pemerintah bukanlah merupakan


faktor tunggal orang Melayu Perak menentang pentadbiran British, malahan
terdapat juga faktor-faktor lain.

2. Kelemahan peribadi Birch.

a. J.W.W. Birch tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengenai


adat-istiadat orang-orang Melayu.

b. Birch juga tidak tahu berbahasa Melayu.

c. Birch juga bersikap sombong dan bongkak dan menganggap dirinya sahaja
yang bijak dalam pentadbiran.

d. Birch tidak menggunakan diplomasi dan tolak ansur ketika berhubung dengan
Sultan dan pembesar Melayu. Birch juga seringkali membelakangi Sultan
Abdullah ketika mengeluarkan arahan atau perintah.

e. Dalam usaha untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan baru, Birch


seringkali bertindak keterlaluan dan biadap.

3. Perasaan tidak puas hati rakyat.

a. Birch juga turut memperkenalkan beberapa peraturan baru di Perak yang


telah menimbulkan kemarahan rakyat.

b. Antaranya Birch telah memperkenalkan cukai baru ke atas bot dan padi.

c. Penduduk-penduduk Perak juga diwajibkan membeli lesen untuk membawa


senjata, memotong kayu, dan mengambil daun nipah.

16
d. Birch juga memperkenalkan undang-undang awam dan jenayah bagi j2k
memastikan peraturan baru dipatuhi.

4. Kesilapan Sir William Jervois.

a. Sir William Jervois telah dilantik sebagai Gabenor Negeri-Negeri Selat pada
bulan Mei 1875 bagi menggantikan Sir Andrew Clarke.

b. Beliau telah membuat keputusan untuk mengambil alih pentadbiran Negeri


Perak melalui perlantikan pegawai British atas nama Sultan.

c. Sultan Abdullah dan pembesar Perak akan dibayar pencen yang


memuaskan bagi penyerahan kuasa pentadbiran Perak.

d. Pada 11 September 1875, beliau mendesak Raja Ismail supaya


menyerahkan peralatan kebesaran Diraja Perak kepada beliau tetapi ditolak
oleh Raja Ismail.

e. Sir William Jervois juga memaksa Sultan Abdullah menyerahkan kuasa


pentadbiran Perak kepada pegawai Inggeris. Sultan Abdullah akhirnya
terpaksa menandatangani pengisytiharan penyerahan pentadbiran Perak
kepada British pada 2 hb. Oktober 1875.

FAKTOR PENENTANGAN DI PAHANG. (10 M)

1. Perasaan tidak puas hati golongan pemerintah.

a. Pengenalan sistem Residen dan penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri


menyebabkan Sultan Ahmad kehilangan banyak kuasa dan hak
keistimewaan. Semua keputusan dalam Majlis Mesyuarat Negeri dibuat oleh
Residen. Sultan hanya menandatangani surat-surat perintah sahaja.

b. Tindakan British memaksa Sultan Ahmad melantik putera sulongnya iaitu


Tengku Mahmud sebagai pemangku Raja yang berkuasa penuh.

c. Tindakan British memperkenalkan pelbagai peraturan baru yang diluluskan


oleh Majlis Mesyuarat Negeri pada 31 Disember 1889.

d. Penghapusan hak pemungutan cukai pembesar-pembesar dalam daerah


pentadbiran masing-masing.

e. Penubuhan daerah – daerah baru yang diletakkan di bawah pentadbiran


pegawai British yang digelar sebagai pemungut cukai dan majistret telah
mengambil alih tugas yang sebelum ini dilaksanakan oleh pembesar daerah.

17
j2k
f. Tindakan Residen British mengambil alih peranan pembesar Pahang sebagai
penasihat Sultan dalam Majlis Penasihat Istana melalui penubuhan Majlis
Mesyuarat Negeri.

g. Dato Bahaman tidak puas hati kerana beliau tidak dibenarkan memungut
cukai dan ditawarkan elaun sebanyak 70.00 ringgit sebulan. Beliau juga
menentang penubuhan balai polis di Lubuk Trua tanpa kebenarannya.

h. Sementara Tok Gajah tidak puas hati apabila rayuannya untuk


menambahkan elaun dan penangguhan cukai tanah kepada orang Melayu
ditolak oleh Majlis Mesyuarat Negeri.

i. Tok Raja pula tidak pula hati mengenai syarat yang dikeluarkan oleh Sultan
atas arahan Residen mengenai tanah yang tidak bertuan akan dipajak oleh
pelombong British.

2. Perasaan tidak puas hati rakyat.

a. Pengenalan beberapa peraturan baru oleh British di Pahang menyebabkan


rakyat tidak puas hati.

b. Antaranya pengenalan sistem lesen dan permit bagi memungut hasil hutan,
tidak dibenarkan memakai keris, mengenakan cukai ke atas tanah yang
diperolehi dan melaksanakan sistem kerah bagi projek-projek awam selama 2
bulan dalam setahun.

3. Sentimen bencikan orang asing di kalangan rakyat.

a. Tidak puas hati dengan kehadiran orang asing terutamanya pasukan polis
yang terdiri daripada orang-orang Sikh dan orang Eropah serta Cina yang
terlibat dalam perusahaan perlombongan.

b. Sikap sombong dan jahil orang asing terhadap adat resam tempatan telah
menyinggung perasaan orang-orang Melayu.

c. Perasaan anti-asing jelas terlihat apabila Dato Bahaman dan Mat Kilau
seringkali menyerang pedagang Cina di Pahang.

18
4. Penahanan beberapa orang Melayu. j2k

a. Penahanan orang-orang Melayu oleh pasukan polis British atas kesalahan


memungut hasil hutan tanpa permit merupakan sebab serta merta
meletusnya kebangkitan Rakyat Pahang.

5. Kelemahan peribadi J.P. Rodger.

a. J.P. Rodger seorang yang tidak pandai menggunakan diplomasi dan tolak
ansur ketika berurusan dengan Sultan Ahmad dan pembesar Pahang.

b. Beliau telah bertindak melaksanakan pelbagai peraturan baru tanpa


menghiraukan perasaan Sulatan, pembesar dan rakyat Pahang.

C) KESIMPULAN (2@3 M)

1. Jelaslah bahawa faktor perasaan tidak puas hati golongan pemerintahan


merupakan faktor terpenting meletusnya penentangan masyarakat peribumi
Perak dan Pahang terhadap pentadbiran British pada penghujung abad ke-19.

2. Walau bagaimanapun, terdapat faktor-faktor lain yang mencetuskan penentangan


tersebut.

19
SOALAN 5 j2k

HURAIKAN PERKEMBANGAN PARTI KOMUNIS MALAYA ( PKM ) DI TANAH


MELAYU DARI TAHUN 1930 SEHINGGA 1954.

A) PENGENALAN (2@3 M)

1. Ideologi Komunis dikemukakan oleh Karl Marx di Eropah pada penghujung


abad ke-19. Ideologi ini memperjuangkan kewujudan masyarakat tanpa
kelas iaitu tidak ada orang yang terlalu kaya atau terlalu miskin.

2. Di Tanah Melayu ideologi komunis mula tersebar pada tahun 1920-an.


Beberapa orang pemimpin komunis Indonesia telah menyebarkan fahaman
ini di Singapura di kalangan orang Melayu.

3. Di kalangan orang Cina disalurkan melalui kewujudan Parti Kuomintang dan


Nanyang yang berpusat di Singapura.

4. Pada tahun 1930 Parti Komunis Malayu ditubuhkan dan mula menjalankan
kegiatan aktif dan berbentuk radikal.

5. PKM bertujuan untuk menggulingkan kerajaan British dan menubuhkan


sebuah Republik Komunis Malaya dengan bantuan kaum buruh dan tani
dengan melancarkan pemberontakan bersenjata.

B) ISI (20 M )

1. Tahap PKM Sebelum Perang Dunia Kedua (1930-1940)

a. Matlamat PKM ialah untuk menubuhkan sebuah Republik Komunis


Malaya. Semenjak Penubuhannya, PKM bergerak di bawah tanah kecuali
pada tahun 1945-48

b. PKM telah menerima tamparan yang hebat sejurus ditubuhkan. Pada bulan
Jun 1931, polis Singapura telah menangkap seorang egen Comintern,
Joseph Dacroux. Beliau memberi maklumat penting mengenai PKM kepada
polis Singapura yang mengakibatkan penangkapan beberapa orang
pemimpin PKM.

c. Namun demikian PKM dapat memulihkan diri. Ahli-ahli PKM telah berjaya
menyusup ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja, sekolah swasta dan
pertubuhan belia Cina.

d. Kemelesetan ekonomi dunia pada awal tahun 1930 membolehkan PKM


mendapat sambutan daripada pekerja-pekerja.

e. Pada tahun 1936 -1937 PKM melancarkan beberapa pemogokan.


Pemogokan yang paling hebat berlaku di Batu Arang yang melibatkan
kira-kira 6000 orang buruh mengambil alih lombong arangbatu di kawasan
berkenaan.Akibatnya, Kerajaan British telah menangkap dan menghantar
pulang pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja ke China. Kerajaan British

20
bertindak dengan melancarkan Ordinan Pembuangan yang menyebabkan j2k
20 orang pemimpin kanan PKM yang bergiat dalam kesatuan sekerja
dibuang negeri pada tahun 1937 .

f. Kegagalan pemogokan ini menyebabkan PKM mulai hilang


pengaruh Pengaruh PKM di kalangan orang Cina kemudiannya bertambah
semula apabila ianya memainkan peranan yang penting dalam memeupuk
parasaan antiJepun.

g. Selepas serangan Jepun ke atas Negara China pada tahun 1937, PKM
telah memperjuangkan nasionalisme Cina dengan mengumpul wang bagi
membiayai peperangan di Negara China.

h. Menjelang tahun 1939, PKM mempunyai kira-kira 37,000 orang ahli di


Singapura dan di Tanah Melayu . Kebanyakan ahli PKM terdiri daripada
kaum Cina terutamanya puak Hailam.

i. Tahun 1940 : Trade Unions Enactment berjaya mengawal kesatuan


sekerja. Kesannya, pengaruh PKM semakin merosot

2. Tahap Semasa Perang dunia kedua Perkembangan PKM dari tahun 1941 -
1945

a. Kedudukan dan perjuangan PKM semakin mantap semasa Perang Dunia


Kedua. PKM bersifat anti-Jepun dan bekerjasama dengan British
menentang kemasukan Jepun ke Tanah Melayu.

b. British telah mengiktiraf PKM sebagai pertubuhan yang sah pada


Disember 1941 dan membebaskan semua pemimpin yang ditangkap.

c. Kekejaman Jepun ke atas orang cina telah memberi kesempatan PKM


meluaskan pengaruh di kalangan orang-orang cina. Ramai orang cina
melarikan diri ke kawasan pinggir hutan dan menyertai MPAJA yang
dianggap sebagai pelindung orang cina.

d. British memberi bantuan kepada MPAJA yang di bawah pimpinan Lai


Teck ketika itu melalui Force 136 termasuklah senjata dan peluru, ubatan,
makanan, pakaian, dan latihan ketenteraan di Sekolah Latihan Khas 101 di
Singapura.

e. PKM juga mendapat bantuan bekalan makanan, ubatan, pakaian, serta


maklumat tentang Jepun daripada ahli-ahli Min Yuen (Gerakan Rakyat).
Min Yuen berpusat di bandar-bandar, kampung-kampung dan kawasan
pinggir hutan. Keahliannya hampir setengah juta orang.

f. Dengan adanya bantuan British, PKM menubuhkan unit-unit rahsia yang


terdiri daripada 8 rejimen dengan kekuatan 1000 orang setiap pasukan.
Tujuannya melancarkan revolusi bagi membentuk Republik Komunis
Malaya selepas Jepun menyerah kalah.

g. Walau bagaimanapun , MPAJA tidak pernah menghadapi sebarang


pertempuran hebat dengan tentera Jepun sehingga Jepun menyerah kalah
pada bulan ogos 1945. Walaupun PKM bekerjasama dengan British

21
semasa pendudukan Jepun PKM tetap mempunyai cita-cita tersembunyi j2k
untuk menubuhkan Republik Komunis Malaya.

3. Tahap Perkembangan PKM Selepas Perang Dunia Kedua dari tahun 1945 –
1948

a. Tahun 1945-1848 memperlihatkan PKM berjuang secara berpelembagaan


dan bercita-cita untuk membentuk sebuah negara Komunis.

b. Selepas peperangan tamat, PKM muncul sebagai sebuah parti yang kuat.

c. Oleh kerana kelewatan British kembali ke Tanah Melayu berlakunya


kekosongan pentadbiran selama lebih kurang dua minggu. Kesempatan ini
diambil oleh PKM (Bintang 3 ) keluar dari hutan merampas senjata-senjata
Jepun dan melakukan kekejaman terutama membalas dendam terhadap
orang Cina dan Melayu yang bekerjasama dengan Jepun dahulu.

d. 12 September 1945, British tiba di Tanah Melayu dan memperkenal


Pentadbiran Tentera British (BMA).

e. MPAJA dibubarkan dan anggotanya diminta menyerahkan senjata mereka.


Hanya 6800 orang anggota MPAJA sahaja yang menyerah senjata .
Sejumlah besar senjata disembunyikan di dalam hutan.

f. Walaupun begitu, PKM terus diiktiraf pertubuhan yang sah kerana jasa-
jasa bekerjasama dengan British menetang Jepun.

g. Bagi menjayakan cita-citanya PKM bergiat aktif dalam kesatuan-kesatuan


sekerja dan menubuhkan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth
League).

h. PKM mengambil beberapa langkah untuk merealisasikan matlamat


penubuhan Republik Komunis Malaya:
i. menyusun satu gerakan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan
barang keperluan daripada Min Yuen.
ii. Bekerjasama dengan gerakan-gerakan radikal seperti AMCJA-
PUTERA untuk mendapatkan kekuasaan melalui perlembagaan.
iii. Menyelaraskan ideologi komunis di sekolah-sekolah malam cina dan
menghasut kesatuan-kesatuan sekerja supaya melancarkan mogok .
iv. PKM membentuk barisan bersatu iaitu membentuk perikatan dan
menyusup masuk kedalam kesatuan sekerja dan parti-parti nasional.

i. Antara tahun 1946 – 1947 PKM telah melancarkan kira-kira 300 hingga 360
pemogokan besar.

j. Tujuan utama PKM mengadakan pemogokan ialah untuk menghalang dan


merosakkan usaha-usaha pemerintahan British untuk memulihkan kembali
kedudukan ekonomi dan sosial yang telah musnah akibat peperangan.

k. Kerajaan British mula bimbang dengan kegiatan radikal PKM dan


menguatkuasakan undang-undang baru untuk melemahkan PKM.

l. Masalah dalaman PKM di mana Lai Teck setiausaha PKM dituduh


mengkhianati PKM turut melemahkan parti. Seramai 29 orang telah

22
terbunuh di Batu Caves. Lai Teck juga dituduh gagal mengambil alih j2k
pemerintah Tanah Melayu selepas kekalahan Jepun dan dia telah
melarikan diri bersama wang parti. Keadaan ini telah mengoncangkan
kedudukan PKM dengan melemahkan semangat anggota PKM.
m. Ahli PKM telah berpecah dua, iaitu sebahagian menyokong Lai Teck dan
sebahagian menyokong Chin Peng.

4. Tahap Perkembangan PKM dari tahun 1948-1951

a. Chin Peng telah mengantikan Lai teck sebagai ketua PKM. Beliau seorang
yang radikal dan bertindak dengan mengubah dasar berpelembagaan PKM
kepada melancarkan revolusi bersenjata.

b. Tindakan ini hasil dari Keputusan Persidangan Pemuda Komunis


Antarabangsa Culcutta 1948 yang meminta dilancarkan gerakan gerila di
seluruh dunia.

c. Keganasan dimulakan dengan pemogokan buruh telah merebak di Tanah


Melayu. Pemogokan ini disertai perbuatan-perbuatan jenayah seperti
membakar kilang-kilang getah, menetak beribu-ribu pokok getah,
membunuh pekerja estet, dan pengurus ladang.

d. PKM telah menggelarkan diri mereka sebagai Tentera Pembebasan Rakyat


Malaya . Pada masa darurat juga , Min Yuen diperkenalkan. Tujuan Min
Yuen ,supaya dapat membekalkan makanan dan barangan keperluan
seperti pakaian dan ubat-ubatan di samping egen perisik bagi pihak
komunis.

e. Pada 12 Jun 1948, komunis telah membunuh tiga orang pemimpin


Kuomintang di Johor. 15 Jun 1948 pula komunis telah menembak mati dua
orang pengurus dan seorang penolong pengurus ladang getah berbangsa
Eropah di Sungai Siput, Perak.

f. Peristiwa pembunuhan memaksa Edward Gent (Pesuruhjaya Tinggi


Persekutuan Tanah Melayu ) mengisytiharkan ‘darurat negeri’ di Perak dan
Johor. Pada 19 Jun 1948 seluruh Tanah Melayu diisytiharkan darurat.
Semasa Darurat berbagai-bagai langkah untuk membanteras komunis di
jalankan.

g. PKM dan beberapa buah persatuan yang dianggap berbahaya kepada


negara telah diharamkan. British juga telah melaksanakan Undang-undang
Darurat pada 7 Julai 1948.

h. Di antara tahun 1948 – 1951 , PKM telah melancarkan serangan-serangan


ke atas kawasan lombong, balai polis, ladang-ladang dan orang awam.

i. Taktik peperangan yang digunakan ialah perang gerila iaitu secara


serangan dan lari. Akibatnya ramai orang terkorban dan banyak harta
benda telah dimusnahkan oleh PKM. Tindakan PKM telah berjaya
melumpuhkan kedudukan ekonomi T. Melayu.

j. Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya tinggi Inggeris telah dibunuh pada 6 Okt
1951 dalam perjalanan Bukit Fraser. Ekoran daripada peristiwa
pembunuhan itu, kerajaan Inggeris telah mengambil langkah yang lebih

23
tegas untuk mementang PKM. Kegiatan PKM telah disekat dan ramai j2k
daripada pemimpin-pemimpin PKM ditangkap.

5. Tahap Perkembangan PKM dari tahun 1951-1954

a. Serangan ganas yang dilancarkan oleh PKM mendapat kritikan daripada


orang ramai kerana orang yang tidak berdosa turut menjadi korban.

b Pada bulan Februari Jeneral Temppler telah dilantik menjadi Pesuruhjaya


Tinggi . Beliau bertindak dengan memperkuatkan lagi tenteranya dan
melancarkan Perang Psikologi. Perang Psikologi telah berjaya melemahkan
keanggotaan PKM dengan menawarkan pemberian pengampunan, hadiah
dan wang tunai serta syarat-syarat kewarganegaraan yang longgar kepada
anggota PKM yang menyerah diri.

c. Menjelang tahun 1954, perjuangan bersenjata komunis mengalami


kekalahan. PKM telah menyedari bahawa mereka tidak akan berjaya
dengan cara pemogokan. Maka pada tahun 1955 PKM bersetuju berunding
dengan Ketua Menteri Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman. Walaupun
rundingan itu gagal, namun pada tahun 1960 dengan rasminya darurat
diumumkan tamat.

C) KESIMPULAN (2@3 M )

1. Langkah yang berterusan kerajaan British melemahkan perjuangan dan kegiatan


PKM

2. Kegiatan PKM mula kurang mendapat sokongan dan sambutan daripada


penduduk Tanah Melayu yang yakin dengan ketegasan pihak British dan langkah
menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu.

3. PKM masih meneruskan perjuangan secara gerila biarpun bilangan ahlinya


semakin mengecil.

4. Rundingan Baling pada 1955 menandakan ambang kejatuhan PKM apabila


rundingan dalam pertemuan ini menemui kegagalan.

5. PKM semakin terhimpit apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31


Ogos 1957 dan darurat ditamatkan pada 31 Julai 1960.

24
SOALAN 6 j2k

BINCANGKAN CORAK PEMERINTAHAN DEMOKRASI BERPARLIMEN YANG


DIAMALKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA.

A) PENGENALAN (2 @ 3 M)

1. Negara demokrasi lahir berasaskan kedaulatan rakyat.

2. Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen


sejak tahun 1957 selepas mencapai kemerdekaan.

3. Walaupun demokrasi berparlimen menekankan kebebasan bersuara,


namun kebebasan 100% tidak diamalkan di Malaysia.

4. Parlimen mempunyai kuasa menjalankan pemerintahan melalui undang-


undang yang digubal.

B) ISI (20 M)

1. Parlimen Malaysia terdiri dari tiga komponen iaitu Yang Di Pertuan Agong,
Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Kuasa parlimen diperuntukkan melalui
Perlembagaan Negara.

2. Fungsi utama parlimen ialah menggubal undang-undang. Parlimen juga


merupakan badan penggubal undang-undang meminda atau membatalkan
undang-undang tertinggi di Malaysia. Setiap undang-undang mesti diluluskan
oleh ketiga-tiga komponen Parlimen.

3. Parlimen juga bertanggungjawab mengawal kuasa eksekutif supaya tidak


disalahgunakan. Parlimen menentukan kadar cukai dan mengawal kelulusan
anggaran belanjawan negara.

4. Parlimen akan bersidang apabila dibuka oleh Yang di Pertuan Agong. Baginda
akan memberi titah ucapan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ucapan
baginda akan dibahaskan di Parlimen selama beberapa hari. Ianya disebut
sebagai perbahasan usul terima kasih. Yang di Pertuan Agong juga berkuasa
menangguhkan sidang Parlimen dan membubarkan dewan.

5. Rakyat merupakan salah satu dari tiga komponen Parlimen – Fungsi Dewan
Rakyat ialah menggubal undang-undang Malaysia, mengenakan cukai dan
mengawal badan eksekutif melalui kelulusan anggaran belanjawan. negara.
Dewan rakyat juga menyediakan satu forum di mana dasar-dasar kerajaan boleh
dipersoalkan dan diperdebatkan.

6. Dewan rakyat terdiri dari ahli yang dipilih melalui pilihanraya. Umur minimum bagi
pengundi dan ahli Dewan Rakyat ialah 21 tahun. Setiap ahli Dewan Rakyat akan
memegang jawatan selama 1 penggal iaitu 5 tahun. Dewan Rakyat diketuai oleh
Yang di Pertuan Agong. Speaker Dewan Rakyat mempengerusikan persidangan
Dewan Rakyat serta menentukan tatatertib dan peraturan dewan rakyat. Speaker
Dewan dibantu oleh dua timbalan speaker yang dilantik di kalangan ahli Dewan
Rakyat. Dewan Rakyat mempunyai seorang Setiausaha yang dilantik oleh Yang
di Pertuan Agong.

25
j2k
7. Dewan Negara merupakan salah satu dari tiga komponen Parlimen Malaysia. 69
ahli Dewan Negara dilantik dan dikenali sebagai senator. 43 ahli dilantik oleh
Yang di Pertuan Agong dan 26 lagi dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dan 13
buah negeri. Ahli terdiri daripada warganegara Malaysia yang berbakti dengan
cemerlang atau mencapai taraf tinggi dalam perkhidmatan awam, perdagangan,
perusahaan, pertanian, kebudayaan atau mewakili kaum minoriti.

8. Setiap ahli Dewan Negara berumur 30 tahun ke atas memegang jawatan selama
3 tahun bagi satu penggal dan boleh dilantik semula untuk penggal kedua. Yang
di Pertuan Dewan dan timbalannya dilantik di kalangan anggota. Manakala
Setiausaha Dewan dilantik Yang di Pertuan Agong.

9. Peranan Dewan Negara ialah membahaskan rang undang-undang yang


diluluskan oleh Dewan Rakyat secara lebih mendalam dan teliti tetapi tidak boleh
membatalkannya. Dewan Negara hanya boleh melambatkan kelulusan rang
undang-undang tersebut selama 1 bulan bagi rang udang-undang kewangan dan
setahun bagi rang undang-undang lain.

10. Yang di Pertuan Agong juga merupakan komponen parlimen. Jawatan ini
diwujudkan sejak tahun 1957. baginda merupakan Ketua Negara. baginda
menjadi lambang kedaulatan dan taat setia seluruh rakyat. Baginda dilantik di
kalangan Raja-raja Melayu. Memegang jawatan selama 5 tahun secara bergilir-
gilir. Baginda memiliki kuasa eksekutif tertinggi seperti yang diperuntukkan oleh
Perlembagaan Malaysia. Kuasa eksekutif dijalankan oleh Kabinet yang diketuai
oleh Perdana Menteri.

11. Antara tugas Yang di Pertuan Agong ialah:

a. Pemerintah tertinggi angkatan tentera Malaysia.


b. mempunyai kuasa memberi pengampunan bagi setiap hukuman.
c. memberi tauliah kepada duta-duta negara yang akan dihantar bertugas di
luar negara dan menerima tauliah duta asing.
d. pemerintah tertinggi angkatan tentera.
e. ketua agama negeri yang tidak bersultan semua raja-raja 9 buah negeri yang
layak.

12. Menjadi Yang di Pertuan Agong kecuali baginda menolak pencalonan, uzur, tidak
waras dan belum cukup umur. Yang di Pertuan Agong dilantik oleh Majlis Raja-
Raja dan diuruskan oleh penyimpan mohor besar Majlis Raja-raja. Yang di
Pertuan Agong tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah. Baginda tertakluk
kepada beberapa larangan tertentu seperti tidak boleh memegang jawatan
bergaji, terlibat secara aktif dalam perniagaan. baginda berkuasa bertindak ikut
kuasa budi bicara seperti melantik Perdana Menteri, membubar atau
menangguhkan sidang parlimen atau memanggil Persidangan Majlis Raja untuk
membincangkan tentang kedudukan raja-raja Malaysia.

) KESIMPULAN (2@3 M)

1. Parlimen Malaysia mempunyai 3 komponen iaitu Yang di Pertuan Agong, Dewan


Rakyat dan Dewan Negara.

2. Kuasa ketiga-tiga komponen tadi diputuskan melalui perlembagaan Malaysia.

26
SOALAN 7 j2k

BANDINGKAN SISTEM PEMBESAR DI THAILAND DAN MYNMAR SEBELUM


CAMPUR TANGAN BARAT

A) PENGENALAN (2 @ 3M)

1. Pembesar ialah pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja/maharaja untuk


memegang jawatan tertentu dan menjalankan tugas dalam bidang kuasa yang
diberikan kepadanya.

2. Dalam sIstem pemerintahan beraja di Asia Tenggara, kedudukan pembesar


sangat penting. Dari segi hiraki pentadbiran pembesar berada pada kedudukan
kedua selepas raja/maharaja.

3. Terdapat pelbagai gelaran tertentu yang diberikan kepada pembesar


berdasarkan pangkat dan kedudukannya yang melambangkan ketinggian
jawatan seseorang pembesar itu. Begitu juga dengan pembesar di Myanmar dan
Thailand, mereka ada hiraki dan peranan masing-masing.

B. ISI (20 M)

1. Pembesar Myanmar (10 M)

a. Di Myanmar, golongaan pembesar dibahagikan berdasarkan pangkat dan


kekayaan. Kelompok pembesar bertanggung jawab memastikan
pemerintahan kerajaan berjalan dengan baik dan lancar.Mereka menjadi
tiang penyokong kerajaan yang penting.

b. Terdapat empat orang pembesar yang paling tinggi tarafnya yang menguasai
kerajaan pusat iaitu Wungyi (menteri), Wundauk (Menteri Muda), Atinwun (
Pegawai Istana ) dan pembesar lain.

c. Wungyi dianggap mempunyai taraf yang tertinggi dan dikatakan menjalankan


tugas raja. Wungyi akan dibantu oleh menteri-menteri kelas kedua yang
dikenali sebagai Wundauk atau menteri muda termasuklah Hlutdaw.

d. Pentadbiran istana juga akan dibantu oleh Hlutdaw, yang bukan hanya
meluluskan semua perintah di raja malahan dia masih mempunyai kuasanya
sendiri dan membuat keputusan-keputusan bebas yang biasanya akan
diperkenan oleh raja

e. Bilangan Atinwun pula seramai empat hingga lapan orang. Mereka


bertanggung jawab mengawal dan mengendalikan petugas-petugas
istana.Walaupun Atinwun mempunyai darjah yang lebih rendah daripada
Wundauk tetapi lebih berkuasa kerana bertugas di istana dan mempunyai
hubungan yang rapat dengan raja, ada kalanya mereka mempengaruhi dasar
dan perintah raja.Contohnya zaman Thibaw, golongan Atinwun sangat
berkuasa sehingga mengambil alih peranan yang sepatutnya dilaksanakan
oleh Hlutdaw.

27
f. Myanmar juga mempunyai pembesar daerah yang berpusat di daerah-daerah j2k
tertentu yang dikenali sebagai Myowun (Gabenor),bertanggung jawab
terhadap pentadbiran daerah. Mereka melaksanakan tugas-tugas awam dan
ketenteraan.

g. Terdapat juga jawatan Ketua Bandar yang dikenali sebagai Myothugyi.


Mereka melaksanakan tanggung jawab dan menyelesaikan masalah yang
berkaitan kampong atau Bandar mereka.Mereka merupakan perantara
antara rakyat dengan raja serta membantu mengekalkan keamanan
Negara.Mereka sangat berpengaruh dikalangan rakyat jelata. Pendapatan
mereka diperolehi daripada System Myosa iaitu hasil cukai yang dikutip dari
kawasan yang terletak di bawah pengaruh masing-masing.

h. Myowun dibantu oleh tuan-tuan tanah yang dikenali sebagai


Myosa.Pembesar yang memegang jawatan terendah dalam system
pentadbiran daerah ialah Ywa thugyi (Ketua kampung) yang bertanggung
jawab untuk memungut cukai dan menjalankan pentadbiran undang-undang

i. Di, Myanmar, golongan bangsawan terdiri daripada keluarga di raja yang


memegang jawatan dalam perkhidmatan awam malahan juga ada di antara
mereka yang menjadi pengiring raja

2. Pembesar Thailand (10 M)

a. Di Thailand pembesar turut membentuk satu bahagian penting dalam


keseluruhan pemerintahan.Golongan pembesar biasanya terdiri daripada
keluarga bangsawan yang digelar Chao dibahagikan kepada beberapa
jabatan atau krom. Ketua krom berfungsi sebagai Menteri Kanan kepada raja
Thai.

b. Antara jabatan yang paling berprestij ialah Krom Mahattai atau Jabatan Hal
Ehwal Pentadbiran Awam, Krom Kalahan atau Jabatan Pertahanan dan Krom
Khlang atau Jabatan Kewangan dan Hubungan Luar.

c. Di setiap jabatan terdapat 4 jawatan pembesar yang lebih rendah yang terdiri
daripada krom muang (Jabatan ibu kota) Krom Na ( Jabatan Tanah ) yang
mengurus hal ehwal tanah, Krom Wang yang mengurus hal istana Krom
Khlang.Ketua disetiap jabatan dikenali sebagai Chao.

d. Golongan Chao bertanggung jawab mengutip cukai, menjaga keamanan


serta menyelesaikan kes jenayah kecil

e. Putera raja biasanya akan memegang jawatan kanan dalam kerajaan


Thailand .Contoh semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn;Putera
Devawongse menjadi Menteri Luar negeri; Putera Damrong menjadi Menteri
Dalam Negeri dan Putera Rabi menjadi menteri keadilan

f. Semasa pemerintahan Raja Pradjadipok, Menteri perang disandang oleh


Putera Bovaradej dan Menteri Perdagangan dipegang oleh Putera
Purachatra.

g. Pembesar peringkat wilayah terdiri daripada golongan bangsawan yang


digelar Khunnang.Jawatan ini dilantik terus oleh raja dan diwarisi turun
temurun.

28
j2k
h. Selain melicinkan pentadbiran kerajaan,matlamat mereka ialah menguasai
sumber tenaga manusia bagi menjamin kuasa politik, ekonomi dan sosial
mereka

C) KESIMPULAN (2 @ 3M)

1. Tidak dapat dinafikan golongan pembesar sangat dihormati oleh masyarakat


dahulu. Golongan pembesar memainkan peranan utama dalam politik ekonomi
dan sosial.

2. Perluasan kuasa barat di Myanmar dan Thailand turut mempengaruhi kedudukan


pembesar. Campur tangan kuasa barat menyebabkan pembesar tempatan hilang
kuasa politik dan kedudukan

Catatan

Jawapan pelajar mesti menunjukkan unsur perbandingan. Jika tiada


perbandingan markah tidak boleh melebihi 10 markah (termasuk pengenalan
dan kesimpulan)

29
SOALAN 8 j2k

HURAIKAN ADAT YANG DIAMALKAN DI CHINA DAN INDIA PADA ABAD KE-19.

A) PENGENALAN (2@3M)

1. Masyarakat tempatan di Asia mempunyai sistem masyarakat yang tersusun


sebelum abad ke-19 lagi.

2. Sistem bermasyarakat yang berasaskan hukum adat menjadi garis panduan


dalam kehidupan seharian

3. Adat merupakan amalan dari generasi ke generasi dan menjadi satu


kesalahan jika tidak diamalkan

4. Terdapat pelbagai adat yang diamalkan oleh masyarakat China dan India
sebelum kedatangan kuasa Barat.

B) ISI (20 M)

1. AMALAN ADAT DI CHINA (10 M)

a. Adat berkenaan bayi/anak kecil


i. Masyarakat Cina tradisional mula mengamalkan adat sejak mereka
dilahirkan sehinggalah pada hari kematian mereka.

ii. Kehidupan mereka dilingkungi oleh adat dan setiap adat haruslah
dipatuhi.

iii. Mengikut masyarakat Cina, semasa seseorang bayi dilahirkan, anak


tersebut telah berumur satu tahun dan semasa anak tersebut berumur
satu tahun dia dikira berusia dua tahun.

iv. Masyarakat Cina amat menitikberatkan soal pendidikan adat sejak kanak-
kanak lagi.

v. Mereka ditekankan dengan ajaran Confucius dan menghormati keluarga.

b. Adat wanita hamil


i. wanita hamil tidak dibenarkan menyertai sebarang majlis sosial seperti
perkahwinan dan pengebumian dari mula proses kehamilan sehingga ke
seratus haris selepas tempoh bersalin.

ii. Wanita yang baru melahirkan anak perlu berehat dan mengambil banyak
makanan yang berkhasiat

iii. Mereka dilarang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan mentah


untuk menggelakkan daripada jatuh sakit.

iv. Larangan ini bertujuan untuk menjaga kesihatan ibu dan anak yang baru
dilahirkan.

30
c. Adat berkaitan anak lelaki j2k
i. Masyarakat Cina memberi keutamaan kepada kaum lelaki dan dianggap
penting dalam sesebuah keluarga kerana mereka akan mengekalkan
nama keluarga.

ii. Bagi anak perempuan yang berkahwin pula, secara tidak langsung
mereka akan memutuskan hubungan dengan keluarga dan menggunakan
nama keluarga suaminya.

iii. Oleh itu, kelahiran anak lelaki disambut dengan begitu meriah berbanding
dengan kelahiran anak perempuan.

d. Adat membebat kaki anak perempuan


i. Anak perempuan akan sentiasa dikawal dan tinggal di rumah sahaja.

ii. Untuk memastikan kawalan ke atas anak perempuan ini dilaksanakan,


kaki anak anak gadis akan dibebat antara tingga hingga lapan tahun.

iii. Keadaan ini akan menyebabkan pertumbuhan kaki menjadi tidak


seimbang dan mereka hanya mampu melangkah pendek ketika berjalan.

e. Adat perkahwinan
i. Menurut adat ini, pihak pengantin perempuan tidak akan mengadakan
majjlis perkahwinan.

ii. Majlis perkahwinan hanya akan diadakan oleh pihak pengantin lelaki
sahaja.

iii. Malahan, dalam masyarakat Cina, perkahwinan telah diatur sejak kecil
untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

f. Mementingkan perkahwinan
i. Masyarakat Cina amat mementingkan perkahwinan kerana perkahwinan
akan melahirkan generasi baru yang bakal mengantikan generasi lama.

ii. Oleh itu, anak adalah perkara yang penting dalam hubungan
kekeluargaan Cina.

iii. Masyarakat Cina percaya kesalahan terbesar seorang anak ialah tidak
melahirkan generasi akan datang dan perkara ini akan menghapuskan
keturunan generasi orang tuanya kerana setelah mereka meninggal dunia
kelak, tidak akan ada persembahan bagi memuja roh mereka.

iv. Oleh itu, sesiapa yang tidak mempunyai anak dianggap memalukan
generasi yang terdahulu daripadanya.

g. Adat kowtow
i. Adat ini merupakan satu cara menghormati raja ketika menghadap raja.

ii. Rakyat akan meniarap sembilan kali dihadapan maharaja sebagai


penghormatan kepada pemerintah.

31
j2k
iii. Adat ini juga diguna pakai kepada orang Barat yang datang ke negeri
Cina.
iv. Duta-duta dari negara Portugis, Belanda, dan England dikehendaki
melakukan kowtow di hadapan maharaja.

2. AMALAN ADAT DI INDIA (10 M)

a. Mengamalkan adat berdasarkan pengaruh agama Hindu


i. Pengaruh agama Hindu banyak mempengaruhi kehidupan seharian
masyarakat India.

ii. Misalnya, mencecah madu yang dicampur dengan minyak sapi ke bibir
bayi yang dilakukan oleh golongan Brahmin.

b. Adat wanita hamil


i. Wanita hamil harus menjaga dirinya agar tidak melanggar segala pantang
larang kerana perbuatan ibu tersebut akan mempengaruhi anak dalam
kandungannya.

ii. Oleh itu, ibu yang hamil tidak boleh melakukan perbuatan yang tidak baik
seperti mengumpat, bergaduh, dan sebagainya.

iii. Hal ini bertujuan untuk melindungi ibu dan anaknya daripada dipengaruhi
oleh kuasa jahat.

c. Adat Sutte
i. Adat ini diamalkan apabila seseorang isteri kematian suaminya. Adat ini
merupakan pengorbanan diri oleh balu-balu Hindu dengan merelakan diri
mereka dibakar bersama mayat suami semasa upacara pengebumian.

ii. Adat ini diamalkan sebagai membuktikan kesetiaan seseorang isteri


terhadap suami.

iii. Namun adat ini telah dihapuskan oleh William Bentinck melalui akta
tahun 1829.

d. Adat Thuggee
i. Adat Thuggee dilakukan golongan Thug di wilayah Timur Laut India. Adat
ini merupakan satu sistem rompakan dan pembunuhan di jalan raya.

ii. Amalan ini dijalankan oleh kumpulan-kumpulan agama bersenjata yang


menyamar diri dan mencekik pengembara sehingga mati atas nama Dewi
Kali.

iii. William Bentinck telah membentuk sebuah badan untuk menghapuskan


golongan Thug ini pada tahun 1829.

iv. Akibatnya beratus-ratus golongan Thug telah berjaya dibunuh dan lebih
daripada tiga ribu Thug ditangkap pada tahun 1831 hingga 1837.

32
e. Adat pembunuhan bayi perempuan j2k
i. Masyarakat India tidak gemar akan kelahiran bayi perempuan kerana
mereka bersifat patrilinal, iaitu mengutamakan anak lelaki berbanding
anak perempuan.

ii. Bagi mengatasi masalah ini, mereka telah melakukan adat pembunuhan
bayi perempuan .

iii. Pembunuhan ini dilakukan semasa bayi masih kecil lagi iaitu semasa bayi
tersebut ingin menyusu, ibu bayi itu akan meletakkan racun pada puting
susu dan menyusukan bayinya.

iv. Hal ini dilakukan bertujuan untuk mengelakkan ibu bapa daripada
menanggung penderitaan seperti pemberian dowri apabila anak mereka
berkahwin kelak.

f. Adat tidak membenarkan perkahwinan semula balu


i. Dalam adat ini balu-balu dilarang daripada berkahwin semula selepas
kematian suami mereka.

ii. Mereka juga tidak boleh menghias diri dan hanya boleh memakai sari
berwarna putih sahaja.

iii. Mereka juga tidak boleh menghadiri perayaan keluarga dan tidak
dibenarkan pulang ke rumah keluarga sendiri.

iv. Bagaimanapun pada tahun 1853, Lord Dalhousie memperkenalkan Akta


Perkahwinan Semula Balu . Namun akta ini tidak dapat diterima oleh
masyarakat India.

g. Adat Pemberian Dowri


i. Sebelum perkahwinan dijalankan pihak perempuan akan meminang pihak
lelaki.

ii. Pihak lelaki akan menetapkan kepada keluarga pengantin perempuan


untuk memberikan dowri.

iii. Pemberian dowri wajib diberikan oleh pihak perempuan untuk


mengekalkan perkahwinan.

C. KESIMPULAN (2@3 M)

1. Adat memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat di China dan


India

2. Adat dijadikan panduan dan sempadan yang harus diikuti oleh setiap ahli
bagi mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat.

Catatan

Adat-adat lain jika tepat dan berkaitan hendaklah diberi markah.

33
SOALAN 9 j2k

BANDINGKAN PROSES PENGILHAKAN BARAT DI INDIA DAN VIETNAM


PADA ABAD KE-19.

A) PENGENALAN (2 @ 3M)

1. Kemajuan pesat dalam bidang perindustrian dan perdagangan mendorong


kuasa kuasa Barat berlumba-lumba melaksanakan dasar imperialisme iaitu
memperluaskan pengaruh politik di seluruh dunia.

2. Pada abad ke-19, kuasa-kuasa imperialisme Barat berusaha meluaskan


pengaruh politik dan ekonomi serta membentuk empayar yang luas di Asia
kerana kaya dengan keperluan bahan mentah yang diperlukan kilang-kilang
industri mereka. Negara-negara itu juga menyediakan pasaran yang lebih luas
bagi lebihan barangan hasil keluaran kilang-kilang mereka.

3. Kaedah perluasan kuasa Barat ini ada berbagai-bagai cara sama ada secara
peperangan, perjanjian ataupun secara pengilhakan.

4. Antara negara yang terlibat dengan perluasan kuasa Barat melalui kaedah ini
ialah India oleh British dan Vietnam yang diilhakan oleh Perancis.

5. Tindakan pengilhakan yang dilakukan adalah didorong oleh kepentingan


perdagangan.

6. Di India dan Vietnam walaupun cara campurtangannya adalah sama iaitu secara
pengilhakan, namun proses pelaksanaannya adalah berbeza. Perluasan kuasa
melalui kaedah pengilhakan melibatkan kekerasan seperti peperangan, ugutan,
perjanjian dan sebagainya.

B) ISI (20 M):

1. Pengilhakan kuasa British di India (10 M):

a. Dasar pengilhakan Lord William Bentick (1824-1835)

i. Semasa Lord William Bentick menjadi Gabenor Jeneral India,


beberapa wilayah telah diilhakan oleh beliau.

ii. Beliau menggunakan alasan penyalahtadbiran untuk mengilhakan


Cacar,Coorg dan Mysore.

iii. Raja Cacar mangkat tanpa waris. Atas permintaan penduduk


tempatan,Bentick mengilhakan kawasan tersebut.

iv. Di Coorg dan Mysore, Bentick menggunakan alasan penyalahtadbiran


pembesar tempatan untuk menjalankan pentadbiran dengan adil dan
stabil. Penduduk tempatan menyokong tindakan Bentick

34
b. Dasar pengilhakan Lord Ellenborough (1836- 1846) j2k

i. Lord Ellenborough telah mengilhakan wilayah Sind dan Gwalior


ii. Sejak tahun 1809 , Sind telah menjalinkan hubungan dengan British.
Pada tahun 1823, satu perjanjian telah ditandatangani antara Sind
dan British. Melalui perjajian ini pedagang dan saudagar Inggeris
dibenarkan menggunakan sungai dan jalanraya, tetapi kapal dan
tentera bersenjata tidak boleh menggunakan negeri tersebut

iii. Syarat ini telah dicabuli semasa peperangan Afghan di mana Lord
Auckland telah mengarahkan tenteranya berbaris melalui Sind

iv. Ellenborough ingin merampas wilayah Sind dengan membuat


beberapa tuduhan . Charles Napier telah dihantar untuk menyiasat.
Beliau mengadakan satu perjanjian baru dengan Amir Sind. Amir-Amir
dipaksa menyerahkan bahagian yang lebih besar di wilayah mereka
serta melepaskan hak mereka untuk membuat wang mereka sendiri.
Hanya mata wang British yang diakui sebagai mata wang sah.

v. Tindakan itu menyebabkan Amir marah dan bertindak menyerang


residensi British. Amir telah ditewaskan dalam peperangan di Miani
dan Dabo. Sind telah dirampas dan diletakkan dalam Empayar British
di India.

vi. Ellenborough juga telah mengilhakan wlayah Gwalior dan Paniar


setelah kematian Daulat Rao Sindhia, Ketua Puak Maratha yang
digeruni.

c) Dasar Pengilhakan Lord Dalhousie (1846-1856)

i. Lord Dalhousie melaksanakan dasar pengilhakan melalui tiga


kaedah iaitu hak menakluki kuasa agung oleh Syarikat Hindia Timur
British, “Doctrin of lapse” (Undang-undang lesap waris) dan
keinginan untuk melanjutkan kebaikan-kebaikan tanpa faedah yang
dibawa oleh pemerintah British ke atas wilayah-wilayah yang
dibelenggu masalah penyelewengan atau penyelewangan pemerintah
tempatan

ii. Melalui kaedah hak menakluki kuasa agung , beliau telah menakluk
Punjab dengan mengisytiharkan perang ke atas kaum Sikh dan
mengalahkan mereka di Gujerat. Punjab telah diilhakan.

iii. Kaedah Docrin of lapse paling kerap digunakan Dalhousie. Menurut


doktrin ini, mana-mana pemerintah yang yang tidak meninggalkan
waris keturunannya untuk meneruskan pemerintahan selepas
mangkat , maka negeri atau wilayah itu akan jatuh ke bawah kuasa
agung dengan sendirinya.Beliau tidak mengiktiraf hak seseorang
pemerintah untuk melantik seorang waris yang bukan keturunannya.
Contohnya di Jhansi, pelantikan anak angkat sebagai pewaris
dianggap tidak sah oleh British. Wilayah-wilayah lain yang dilhakan
cara ini ialah Satara,Jaitpur, Baghat, dan Samalpur.

iv. Kaedah “kebaikan untuk diperintah” berlaku atas alasan


penganiayaan , kezaliman dan ketidakadilan politik dalam sesebuah

35
negeri. Misalnya, Qudh telah diletakkan dibawah naungan SHTI . j2k
Pentadbiran Qudh dikuasai oleh Nawab Khan dalam keadaan huru-
hara dan amalan rasuah berleluasa. Dalhousie mengadakan
perjanjian dengan Qudh. Dalam perjanjian itu, SHTI akan
mengambilalih Qudh, manakala Nawab akan dibenarkan
mengekalkan gelaran dan dibayar 15 juta rupee. Apabila Nawab
enggan menandatangani perjanjian tersebut, Lord Dalhousie telah
mengambil keputusan menjalankan dasar pengilhakan atas alasan
penyelewengan pemerintah tempatan

2. Pengilhakan kuasa Perancis di Vietnam (10 M):

a. Pengilhakan Tourane dan Saigon

i. Perancis menjalankan hubungan baik dengan Vietnam semasa


pemerintahan Maharaja Gia Long.

ii. Namun begitu pengganti-pengganti Gia Long tidak menjalinkan


hubungan baik dengan Perancis, sebaliknya mereka bertindak
melakukan kekejaman terhadap mubaligh-mubaligh Kristian dan
membuat undang-undang yang melarang kemasukan mubaligh-
mubaligh Kristian ke Vietnam.

iii. Permusuhan Perancis-Vietnam telah memuncak pada zaman


pemerintahan Maharaja Tu Duc. Pada masa pemerintahan beliau
kegiatan anti-Kristian semakin meluas dan kejadian pembunuhan
mubaligh Kristian semakin bertambah.

iv. Kegiatan ini menyebabkan Raja Perancis Napoleon III telah


mengambil tindakan menakluki Vietnam dengan menggunakan
peristiwa pembunuhan Bishop Diaz, seorang paderi Sepanyol di
Tongking, sebagai alasan menyerang Vietnam.

v. Pada 31 Ogos 1858, Perancis menyerang Tourane bersama angkatan


Perancis-Sepanyol di bawah pimpinan Rigault ge Genouilly dan pada
2 September 1858 Tourane jatuh ke tangan Perancis. Seterusnya
Perancis menyerang Saigon yang merupakan kawasan penanaman
dan pengumpulan padi yang utama di Vietnam. Saigon telah jatuh ke
tangan Perancis pada 17 Febuari 1859.

vi. Peristiwa ini menyebabkan seluruh selatan Vietnam jatuh ke tangan


Perancis.Tu Duc akhirnya mengaku kalah, dan menandatangani
perjanjian dengan Perancis pada Jun 1862

b. Pengilhakan Tongking

i. Kepentingan ekonomi menyebabkan Perancis terlibat di Tongking


sebagai jalan meluaskan perniagaannya di Negara China melalui
Sungai Merah.Perancis juga merasa bimbang dengan persaingan
kuasa barat yang lain seperti Jerman, Itali dan Amerika Syarikat.
Penindasan Maharaja Tu Duc juga telah memaksa Perancis
menakluki Tongking.

36
ii. Sewaktu Perancis bertapak di Cochin-China , keadaan huru-hara j2k
telah tercetus di Tongking akibat kemasukan orang-orang pelarian.

iii. Perdana Menteri Perancis telah memutuskan untuk menamatkan


keadaan huru-hara di Vietnam dan menjadikannya sebagai naungan
Perancis.

iv. Pada bulan April 1882, angkatan laut Perancis tiba di Hanoi. Perancis
menakluki Tongking pada tahun 1883.

C) KESIMPULAN (2 @3 M)

1. Perancis dan British telah berjaya menggunakan kaedah pengilhakan untuk


meluaskan kuasa di Vietnam dan India.

2. Campurtangan Perancis dan British telah menyebabkan perubahan-


perubahan berlaku dalam politik, ekonomi dan sosial di Vietnam dan India.

3. Cara perluasan kuasa ini menyebabkan wujudnya perasaan tidak puas hati
rakyat tempatan yang membawa kepada berlakunya tindak balas seperti
Dahagi India 1857.

Catatan

Jawapan soalan ini mesti memperlihatkan unsur perbandingan antara dua


negara tersebut, jika tiada perbandingan jawapan tidak boleh lulus termasuk
pengenalan dan kesimpulan. Markah maksimum 10M.

37
SOALAN 10 j2k

BANDINGKAN USAHA-USAHA PEMBAHARUAN SEMASA PEMERINTAHAN


MAHARAJA TUNG CHIH DENGAN MAHARAJA MEIJI DI JEPUN.

A) PENGENALAN (2@3M)

1. Maharaja Tung Chih menaiki taktha ketika masih kecil.Beliau memerintah dari
tahun 1862 hingga 1875.Pemodenan di China dipelopori oleh pegawai-
pegawai kanan Manchu atas nama Maharaja Tung Chih.

2. Manakala Maharaja Meiji menaiki takhta pada usia 15 tahun

3. Kedua-dua negara ini menghadapi ancaman dari luar. Pemerintahnya


berusaha memulihkan dan membangunkan negara masing-masing.

B) ISI (20M)

Usaha-Usaha Pembaharuan Maharaja Tung Chih (10 markah)

- dilakukan dalam 2 peringkat iaitu peringkat pusat dan wilayah

1. Peringkat pusat

a. Hubungan diplomatik

i. China telah memulihkan hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa


barat Pada 11 Mac 1861 Kerajaan Manchu telah menubuhkan Pejabat
Hal-Ehwal Luar Negeri (Tsungli Yamen). Putera Kung dilantik untuk
mengetuai dan Horatio Nelson seorang pegawai Inggeris sebagai
Inspector General

ii. Kerajaan Manchu telah membenarkan penubuhan Pejabat Perwakilan


Asing di Peking serta penubuhan Pejabat Kedutaan China di Luar
Negara. Wakil kerajaan Manchu dihantar ke Eropah, Britian, Amerika
Syarikat, Perancis, Russia dan lain-lain. Sementara Pejabat Kedutaan
China telah ditubuhkan di London (1877), Berlin (1877),

iii. Bagi memastikan hubungan dengan kuasa barat berjalan lancar,


Kerajaan Manchu melantik 2 orang Pesuruhjaya Perdagangan di Nanking
dan Tientsin bagi mengurus masalah hubungan perdagangan dengan
barat.

b. Pendidikan

i. Kerajaan Manchu menggalakkan pegawai-pegawainya mempelajari


bahasa asing serta menimba sebanyak ilmu pengetahuan barat supaya
dapat berurusan dengan orang-orang barat dengan lebih cepat, berkesan
serta dapat mengeratkan hubungan.Beberapa buah maktab bahasa
ditubuhkan seperti Tung-Weng Kuan.

38
ii. Penubuhan maktab ini menandakan bermulanya Pendidikan barat di j2k
China. Pada awalnya bahasa Inggeris sahaja yang diajar Kemudian
diperluaskan kepada bahasa Rusia, Perancis, Jerman, dan Jepun. Selain
bahasa, maktab ini juga mengajar matapelajaran matematik, astronomi,
sains, ekonomi, politik dan undang-undang barat.

iii. Maktab ini juga berfungsi sebagai pusat penyelidikan dan penterjemahan
buku-buku asing.

iv. Kerajaan Manchu juga mengalakan pelajar-pelajarnya melanjutkan


pelajaran ke luar negara seperti Ke Amerika, Britian dan Perancis

2. Peringkat Wilayah

a. Ketenteraan

i. Pemimpin China berpendapat bahawa pemodenan bidang ketenteraan


amat perlu untuk mengembalikan dan memulihkan kekuatan Negara
China agar setanding dengan negara Barat.

ii. Menurut Yang Wu, China lemah bukan disebabkan corak kebudayaan
dan sistem politik tetapi disebabkan ketiadaan penggunaan senjata dan
teknik ketenteraan yang moden. Oleh itu, pemimpin Manchu seperti
Putera Kung berpendapat bahawa untuk menguatkan China mereka perlu
memodenkan angkatan tentera berasaskan teknologi barat.

iii. Bagi memulakan proses pemodenan beberapa gudang senjata dan


limbungan kapal dibina. Selain itu kilang senjata api terbesar iaitu Kilang
Senjata Kiangnan yang ditubuhkan oleh Tseng Kuo-fan dan Li Hung
Cheng di Shanghai. Kilang ini juga menyediakan sebuah sekolah tentera
yang memberikan latihan ketenteraan dan pusat terjemahan buku-buku
ketenteraan.

iv. Bagi memperhebat permodenan ketenteraan, beberapa maktab tentera


ditubuhkan. Antara maktab tentera laut dan darat.Angkatan Tentera Laut
telah ditubuhkan untuk mempertahankan perairan Negara China

v. Kerajaan Manchu juga menghantar pegawai China ke Eropah untuk


mempelajari sains ketenteraan.

b. Ekonomi

ii. Kerajaan Manchu menjana beberapa projek ekonomi berdasarkan prinsip


“Penyeliaan Kerajaan dan Pengelolaan Saudagar-saudagar”. Ini
bermakna sebahagian keuntungan akan dimiliki oleh kerajaan

iii. Antara projek ekonomi ialah menubuhkan China Merchants Steam


Navigation Company, Syarikat Perlombongan Arang Batu, Kilang-kilang
Tekstil (Kilang Kain Kapas Shanghai), Lombong-lombong Besi Ta-Yeh,
Kilang kertas, Membina landasan kereta api Shanghai ke Tientsin,
menubuhkan telegraf, sistem perhubungan seperti pos dan penerbitan
akhbar dan memajukan bidang pertanian.

39
Usaha-Usaha Pembaharuan Maharaja Meiji (10 markah) j2k

1. aspek pentadbiran / politik

a. mewujudkan pemusatan pentadbiran


i. menghapuskan sistem feudal secara rasmi pada tahun 1871
ii. pada tahun 1868 wakil kerajaan Meiji telah mengumumkan di willayah-
wilayah tentang pemusatan kerajaan bagi melaksanakan pemerintahan
secara langsung di Jepun
iii. pada tahun 1869, daimyo-daimyo Satsuma, Chosu, Tosu danHizen
menyerahkan wilayah dan keistimewaan feudal mereka kepada Maharaja
Meiji.
iv. Negara Jepun dibahagikan kepada beberapa daerah di bawah gabenor
yang dilantik oleh kerajaan pusat.
v. Kerajaan Meiji memberikan daimyo pencen tahunan.

b. memperkenalkan sistem pemerintahan monarki berperlembagaan


i. Jemaah Menteri dibentuk pada tahun 1885
ii. Ito Hirobumi adalah Perdana Menteri pertama
iii. Majlis Penasihat Raja dibentuk pada tahun 1888.
iv. Parlimen Jepun, iaitu Diet yang terdiri daripada Dewan Pertuanan dan
Dewan Rakyat ditubuhkan
v. Pada tahun 1890, Parlimen Maharaja pertama kali bersidang
vi. Pilihanraya kebangsaan yang pertama berlangsung pada Julai 1890.
vii. menggalakkan penubuhan parti-parti politik
viii. Parti Jiyuto terbentuk pada tahun 1881 dan Parti Kaishinto pada tahun
1882.

c. mengutamakan bidang ketenteraan


i. menubuhkan tentera darat moden pada tahun 1870 di bawah Aritomo.
ii. pada tahun 1871, beberapa maktab tentera ditubuhkan.
iii. Pelatih-pelatih Jerman dan Perancis diambil mengendalikan latihan
ketenteraan.

2. aspek ekonomi

a. menggalakkan perkembangan ekonomi


i. melancarkan aktiviti dan perkembangan perindustrian
ii. Meiji memainkan peranan penting dalam perancangan, pembiayaan dan
pencarian bahan-bahan mentah dan pasaran

b. Sistem cukai moden dibentuk


c. Mata wang baru diperkenalkan
d. menjual perusahaan-perusahaan yang maju kepada pihak swasta dengan
harga yang muran
i. pihak swasta diberikan bantuan pinjaman

e. menggunakan kepakaran barat


f. Sistem kewangan diperkemaskan
i. menubuhkan bank-bank seperti Bank Tokyo, Bank Jepun dan Bank
Yokohama

40
3. aspek sosial j2k

a. memperkenalkan sistem pendidikan moden pada tahun 1872


i. Kementerian Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1871
ii. pendidikan rendah Jepun berasaskan model Amerika Syarikat
iii. mewajibkan pendidikan rendah selama tiga tahun
iv. menubuhkan Universiti Tokyo
v. maktab teknikal ditubuhkan bagi membekalkan kemahiran teknikal yang
sangat perlu bagi pembangunan kebendaan.
vi. menghantar pelajar-pelajar Jepun melanjutkan pelajaran dalam ilmu sains
barat seperti di negara Britain, Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat.

b. memodenkan sistem perhubungan


i. Jalan kereta api dari Tokyo ke Yokohama dibina pada tahun 1871, dari
Osaka ke Kobe pada tahun 1874 dan dari Osaka ke Kyoto pada tahun
1877.
ii. sistem telegraf dan perkhidmatan pos diwujudkan.

C). KESIMPULAN (2 @ 3M)

1. Maharaja Tung Chih dan Maharaja Meiji sangat berusaha memodenkan


negara masing-masing

2. Jepun lebih berjaya muncul sebagai sebuah negara yang terlalu moden dan
berjaya dalam bidang perindustrian

3. Jepun juga telah muncul sebagai sebuah kuasa imperialis dunia yang berjaya
menduduki hampir seluruh negara-negara Asia.

4. Tetapi berbeza di China, pemodenan yang dilaksanakan oleh Maharaja Tung


Chih mengalami kegagalan.

5. Buktinya setelah 35 tahun melaksanakan pemodenan akhirnya China


mengalami kekalahan di tangan Jepun dalam Perang China – Jepun pada
tahun 1894 – 1895.

41
SOALAN 11 j2k

BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENCETUSKAN REVOLUSI CHINA


1911 DAN REVOLUSI SIAM 1932.

A) PENGENALAN (2@3 M).

1. Revolusi China 1911 merupakan perjuangan bersenjata yang bertujuan


menumbangkan kerajaan Manchu. Revolusi ini dipimpin oleh Dr Sun Yat
Sen telah berjaya menumbangkan kuasa mutlak raja.

2. Revolusi Siam meletus pada tahun 1932 tanpa pertumpahan darah.


Revolusi ini dipimpin oleh Pridi Panamyong telah berjaya menamatkan
kuasa autokratik raja dan raja diletakkan di bawah perlembagaan.

3. Kedua-dua Revolusi ini didorong oleh perasaan tidak puas hati rakyat
terhadap pemerintah.

B) ISI (20 M)

1. Revolusi China (10 M)

a. Pegawai-pegawai China melakukan penipuan di peringkat wilayah.


Pungutan cukai di wilayah sebahagian kecil diserahkan kepada
kerajaan pusat.

b. Rasuah bermaharajalela. Cukai-cukai yang dikenakan kepada rakyat


5 kali ganda dari yang ditetapkan.

c. Tentera Manchu memalukan. Kalah di dalam Perang Candu I dan


II. Kalah dengan Perancis pada tahun 1884. Perang China-Jepun
1894-1895 dan Boxer 1900. Perjanjian-perjanjian yang ditandatangani
untuk menamatkan perang merugikan China. Akibatnya China
ditawan. Oleh itu, Manchu patut digulingkan.

d. Ganti rugi peperangan menyebabkan China terpaksa memikul beban


hutang. China terpaksa membayar 200 juta tael kepada Jepun
selepas Perang China-Jepun. Pemberontakan Boxer menyebabkan
China terpaksa membayar 450 juta tael kepada asing. Ini tidak
termasuk Perang Candu I dan II.

e. Bilangan penduduk China bertambah dari 377 juta kepada 430 juta
orang antara tahun 1885 – 1911. Pertambahan penduduk tidak selari
dengan pertambahan tanah pertanian. Akibatnya rakyat China
bertambah miskin.

f. Bencana alam seperti banjir dan kemarau yang merosakkan tanaman


menambahkan lagi kesengsaraan rakyat China.

g. Kerajaan Manchu mengenakan cukai tinggi untuk membayar hutang


luar negeri, ganti rugi peperangan dan membiayai pembinaan jalan
kereta api. Tambahan pula pendapatan petani merosot akibat
kemasukan barang-barang asing. Petani tidak mampu membayar
cukai tinggi, mereka terpaksa menjual tanah kepada orang kaya.

42
j2k
h. Sentimen anti-Manchu di kalangan orang China. Orang Manchu
bukan China asli tetapi mereka datang dari Manchuria dan
menggulingkan Dinasti Ming pada tahun 1664. Orang China tidak
mahu tunduk kepda kerajaan Manchu. Cogan kata mereka “Hapuskan
Manchu, Kembalikan Dinasti Ming”.

i. Orang Manchu juga tidak memberi tempat kepada orang China di


dalam pentadbiran. Mereka curiga dengan kesetiaan orang China.
Jabatan kerajaan dimonopoli oleh orang Manchu.

j. Kegagalan pembaharuan 100 hari.

k. Pada pertengahan kedua abad ke-19, Manchu menghantar pelajar-


pelajar ke luar negeri. Mereka terpengaruh dengan ideologi-ideologi
baru seperti demokrasi, sosialisme, liberalisme, kebebasan dan hak-
hak asasi manusia.

l. Kejayaan Perancis, Gerakan Penyatuan Jerman dan Itali, kejayaan


Peter The Great serta kejayaan Meiji telah menjadikan ilham kepada
pelajar-pelajar untuk melancarkan revolusi.

m. Dr Sun Yet Sen memainkan peranan penting dalam gerakan


menjatuhkan kerajaan Manchu dengan digantikan kerajaan Republik.

n. Dr Sun dengan Tiga Prinsip Rakyat sebagai falsafah revolusi, iaitu


nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial dapat mempengaruhi
rakyat. Antara 1895 – 1911, Dr Sun dan pengikut-pengikutnya
melancarkan 10 pemberontakan. Walau bagaiamanapun,
pemberontakan itu gagal tetapi maruah kerajaan Manchu mulai
merosot.

o. Kekacauan bermula apabila kerajaan Manchu cuba memiliknegaraan


perkhidmatan kereta api pinjaman dari kuasa asing. Lantaran kereta
api yang menghubungkan Canton-Hankow dan Hankow-Chengtu,
memberi peluang kepada kuasa asing menguasai sistem
pengangkutan dan kedaulatan wilayah Negara China.

2. Revolusi Siam 1932

a. Institusi Monarki di Thailand mulai merosot semasa pemerintahan


Raja Vajiraudh (1910 – 1925). Beliau tidak berminat dalam politik.
Kabinet tidak berfungsi Vajiravudh lebih berminat dalam bidang
kebudayaan dan suka berfoya-foya. Rakyat mula mengkritik raja.

b. Raja Vajiravudh bersikap pilih kasih. Kebanyakkan menteri era


Chullalongkorn telah dipecat dan digantikan dengan golongan
pendidikan luar negeri yang sealiran dengan beliau.

c. Raja Vajiravudh membazirkan wang negara sehingga kerajaan hampir


muflis.

d. Raja Vajiravuddh berusaha mengukuhkan lagi kuasa Monarki mutlak.

43
e. Penubuhan Pasukan Harimau Liar menimbulkan perasaan tidak puas j2k
hari golongan tentera sehingga golongan tentera cuba menggulingkan
Vajiravudh dalam tahun 1912 dan 1917 tetapi gagal.

f. Kuasa Monarki sekamin merosot pada zaman Raja Prajadhipok (1925


– 1934). Beliau memecat menteri-menteri yang dilantik oleh Raja
Vajiravudh dan digantikan dengan putera-putera Raja, sehingga
pegawai-pegawai awam merasa tidak puas hati.

g. Raja Vajiravudh melaksanakan beberapa langkah yang tidak popular.


Beliau memecat dan mengurangkan pegawai istana dari 3000 kepada
300 orang sahaja. Bayaran gaji dikurangkan dan cukai baru
diperkenalkan sehingga menyebabkan golongan pegawai awam dan
tentera tidak berpuas hati. Pasukan Harimau Liar dibubarkan.

h. Orang-orang China mendomisasikan ekonomi Thailand dan


menguruskan monopoli perdagangan raja-raja Thailand.

i. Krisis politik berlaku antara menteri peperangan (Putra Punachatra)


dengan memonopoli perdagangan (Putra Punachatra) melemahkan
lagi sistem Monarki.

j. Perkembangan pendidikan barat sejak zaman Mongkut dan


Chulalongkorn telah melahirkan golongan intelek berpendidikan barat
di Thailand. Golongan ini terpengaruh dengan idea politik moden dari
barat yang bersifat anti monarki dan memperjuangkan demokrasi.
Golongan ini terlibat memimpin revolusi Thailand bagi memajukan
negara tersebut.

k. Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1920-an dan 1930-an


memberi kesan besar kepada Thailand. Thailand menghadapi
kekurangan belanjawan yang memaksa kerajaan menjalankan
langkah berjimat cermat dan menjadikan kerajaan monarki makin
lemah dan tidak popular.

C) KESIMPULAN (2@3 M)

1. Kedua-dua revolusi telah berjaya menjatuhkan kerajaan monarki di China


dan Thailand.

2. Sistem pemerintahan ala barat diperkenalkan.

3. Revolusi juga mendorong kepada perebutan kuasa yang sering berlaku di


Thailand dan China.

44
SOALAN 12 j2k

HURAIKAN BENTUK PEMERINTAHAN DI JEPUN DAN INDIA SELEPAS


PERANG DUNIA KEDUA.

B. PENGENALAN (2 @ 3M)

1. Selepas Perang Dunia Kedua , beberapa buah negara telah diberikan


kemerdekaan oleh penjajah. Di India, kerajaan British akhirnya memberi
kemerdekaan mengikut Akta Kemerdekaan India 1947 yang diluluskan oleh
Parlimen Britain pada 15 Ogos 1947. Bentuk pemerintahan di India ialah
sistem republik demokratik yang bercorak persekutuan seperti Amerika
Syarikat

2. Jepun pula telah menyerah kalah secara rasmi kepada Amerika Syarikat
pada bulan September 1945. Amerika Syarikat telah menduduki Jepun
dengan diketuai oleh Jeneral Douglas McArthur di bawah jentera pentadbiran
Supream Commander of Allied Powers (SCAP). SCAP merupakan sebuah
badan khas yang diwakili oleh semua ahli tentera Berikat. Pentadbiran SCAP
dijalankan oleh MacArthur dan tentera Amerika dengan bantuan pasukan
tentera British.

C. ISI (20 M)

1. Bentuk pemerintahan di Jepun (10 markah)

a. SCAP telah menyusun semula sistem pemerintahan Jepun dengan


memperkenalkan sistem parlimen mengikut perlembagaan 1947

b. Maharaja dijadikan sebagai simbol perpaduan manakala kedaulatan


diserahkan kepada rakyat

c. Sebuah kabinet ala-British dibentuk dengan seorang Perdana Menteri


dilantik oleh maharaja dari kalangan parti yang telah memenangi pilihan
raya. Perdana Menteri akan menubuhkan kabinet dengan persetujuan
maharaja.

45
d. Pilhanraya diadakan bagi memilih ahli-ahli dewan atau Badan j2k

Perundangan. Semenjak tahun 1947, kerajaan Jepun bercorak sekular


dan demokrasi berparlimen. Semua rakyat berunur 20 tahun dan ke atas
berhak untuk mengundi.

e. Parlimen (Badan Perundangan) dikenali sebagai Diet yang terdiri


daripada dua dewan iaitu Dewan Rendah dan Dewan Tinggi. Ahli Dewan
Rendah merupakan ahli yang dipilih daripada 117 daerah dan akan
berkhidmat selama 4 tahun. Umur minimum ahlinya ialah 25 tahun.
Manakalan Ahli Dewan Tinggi pula dipilih daripada pilihanraya
kebangsaan dan daerah tempatan. Umur minimum ahlinya ialah 30
tahun. Dewan rendah lebih berkuasa dan boleh mengatasi Dewan Tinggi.

f. Jepun terbahagi kepada 46 daerah tempatan, iaitu satu do-Hokkaido,


satu to-Tokyo, dua fu-Osaka dan 42 ken atau prefektur. Setiap daerah
tempatan ini mempunyai gabenor dan sistem perundangan tersendiri.
Setiap daerah tempatan terdapat bandaraya, bandar dan kampung.
Setiap unit ini mempunyai ketua eksekutif seperti Datuk Bandar dan ahli
perhimpunan tempatan yang dipilih oleh rakyat. Badan-badan awam
tempatan ini mempunyai hak mentadbir hal-ehwal masing-masing dan
mempunyai kuasa dalam bidang pendidikan, cukai dan perjalanan
pentadbiran.

2. Bentuk pemerintahan di India (10 markah)

a. Tiga badan utama dalam sistem pemerintahan di India terdiri daripada


eksekutif, perundangan dan kehakiman. Badan Eksekutif di ketuai oleh
Presiden dan kuasa dijalankan oleh Perdana Menteri.

b. Presiden dipilih oleh parlimen dan dewan perundangan negeri yang


mempunyai kuasa eksekutif termasuk Ketua Tertinggi Angkatan Tentera
serta melantik Perdana Menteri dan Kabinet.

c. Mengikut Perlembagaan 1950, terdapat 3 unit penting dalam


perundangan India iaitu Presiden, Dewan Negeri (Rajya Sabha) dan
Dewan Rakyat (Lok Sabha). Rajya Sabha mempunyai keahlian seramai
250 orang. Semua ahlinya dipilih melalui pilihanraya kecuali 12 orang

46
dipilih oleh perundangan negeri untuk tempoh enam tahun. 12 orang yang j2k

lain dilantik oleh Presiden daripada kalangan pakar dalam bidang-bidang


tertentu. Lok Sabha mempunyai keahlian maksimum 500 orang dan diberi
tempoh enam tahun setiap penggal.

d. India yang merupakan Negara kesatuan dibahagikan kepada beberapa


buah negeri. Kerajaan pusat berkuasa untuk mengatur sempadan negeri,
membentuk serta menghapuskan negeri. Pada tahun 1956, kerajaan
pusat berkuasa mengorganisasikan negeri.

e. Setiap negeri diketuai gabenor yang dilantik oleh presiden untuk tempoh
lima tahun. Sepuluh buah negeri mempunyai dua dewan iaitu Dewan
Perundangan (Vidhan Parishand) dan Perhimpunan Kebangsaan (Vidhan
Sabha). Negeri-negeri lain hanya mempunyai satu dewan. Setiap negeri
dibahagi kepada daerah,daerah kecil dan taluk atau tehsil. Daerah
diketuai oleh yang bertindak sebagai pemungut cukai dan majistret bagi
mengekalkan keamanan serta peraturan.

C) KESIMPULAN (2 @ 3M)

1. Bentuk pemerintahan di Jepun dan India adalah berbeza selepas Perang


Dunia Kedua. Jepun yang mengalami kekalahan dalam perang, telah
mengalami perubahan pentadbiran yang besar selepas dikuasai oleh SCAP.
Bentuk pemerintahan demokrasi berparlimen di Jepun adalah dipengaruhi
oleh bentuk pemerintahan British. Di India pula, bentuk pemerintahan lebih
bercorak kesatuan di bawah kuasa seorang Presiden.

2. Kuasa maharaja di Jepun adalah tertakluk kepada perlembagaan manakala


institusi maharaja di India terus berkubur dengan perlantikan Presiden
sebagai ketua Negara.
3. Namun, sistem pemerintahan demokrasi telah dilaksanakan di kedua-
dua negara selepas perang dunia kedua sehingga kini.

47

You might also like