Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword or section
Like this
93Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
STPM Sej2 Ans (Kedah)

STPM Sej2 Ans (Kedah)

Ratings:

5.0

(11)
|Views: 5,016 |Likes:
Published by SimPor

More info:

Published by: SimPor on Oct 29, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/22/2012

pdf

text

original

 
SKEMA JAWAPAN SEJARAH KERTAS 2
SOALAN 1
BINCANGKAN SISTEM POLITIK DI NEGERI-NEGERI MELAYUSEBELUM CAMPUR TANGAN BRITISH PADA TAHUN 1874.
A) PENGENALAN (2@3M)
1. Semua Negeri-Negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan mempunyai sistem politikyang sama. Sistem politik di Negeri-Negeri Melayu adalah berasaskan kepadasistem politik Kesultanan Melayu Melaka.2. Sebelum campur tangan British, sistem politik di Negeri-Negeri Melayu bolehdibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Negeri, Daerah atau Jajahan danKampung. Sementara sistem politik di Negeri Sembilan pula berasaskan AdatPepatih.
B) ISI (20 M)1. Peringkat Negeri (10m)
a. Dalam sistem politik Melayu tradisional, unit politik yang paling besar ialahNegeri. Pada abad ke-19, perkataan Negeri dirujuk kepada satu kawasanyang merdeka di bawah pemerintahan sendiri. Sesebuah Negeri terletak dikawasan muara sungai. Kedudukan yang strategik ini amat berguna untukmembolehkan seseorang pemerintah mengawal setiap pergerakan keluar-masuk penduduk ataupun pedagang luar.b. Pentadbiran Negeri Melayu diketuai oleh Sultan, Raja ataupun YangDiPertuan Besar. Sultan atau Raja merupakan pemegang kuasa politiktertinggi dalam pentadbiran sesebuah Negeri.c. Bagi melaksanakan pentadbiran Negeri, Sultan dan Raja dibantu olehpembesar. Pembesar menjadi tulang belakang pentadbiran sesebuah NegeriMelayu kerana mereka menolong Raja / Sultan mentadbir Negeri masing-masing. Gelaran pembesar bagi setiap Negeri Melayu adalah berbeza.d. Contohnya di Perak, Sultan di bantu oleh pembesar 4 yang terdiri daripadaRaja Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung Paduka Raja danMenteri Paduka Tuan. Di Pahang pula Sultan di bantu oleh pembesar 4 yangterdiri daripada Orang Besar Indera Maharaja Perba Jelai, Orang Kaya InderaSegara Temerloh, Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor dan Orang KayaIndera Syahbandar. Di Kelantan Sultan Kelantan dibantu oleh pembesar yangterdiri daripada Raja Bendahara, Raja Temenggung, Perdana Menteri danEngku Besar Jeram. Di Kedah pula Sultan Kedah di bantu oleh Seri Paduka
1
 j2k
 
Maha Menteri, Seri Paduka Laksamana, Paduka Maharaja TemenggungAnggota Besar, dan Seri Maharaja Putra Dewa.e. Sementara sistem politik di Negeri Sembilan pula berasaskan kepada AdatPepatih. Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan dibantu oleh Undang 4 bagimelaksanakan pentadbiran Negeri yang terdiri daripada Undang Johol,Jelebu, Rembau, dan Sungai Ujong.f. Bagi mengukuhkan kedudukan Sultan atau Raja dalam pentadbiran Negeri,Sultan atau Raja seringkali dikaitkan dengan konsep Daulat. Kedaulatanseseorang Sultan diperkukuhkan melalui penggunaan bahasa dalam, warnakuning dan peralatan kebesaran seperti cop mohor, nobat, serunai, nafiri,tombak, keris dan lain-lain.g. Pelantikan seseorang Sultan atau Raja bagi meneruskan pentadbiran negeridi semua Negeri Melayu kecuali Perak dilakukan berasaskan sistem warisanatau keturunan. Menurut sistem warisan, apabila seseorang Sultan atau Rajamangkat, putera sulong Sultan daripada Permaisuri berdarah Raja ataupunadik lelakinya sekiranya baginda tidak mempunyai waris akan berhakmewarisi takhta kerajaan. Bakal pengganti Sultan digelar Raja Muda ataupunTengku Mahkota. Mereka akan dilantik sebagai Sultan sebelum jenazahSultan dimakamkan.h. Sementara di Perak, perlantikan seorang Sultan atau Raja bagi mentadbirnegeri dilakukan melalui sistem giliran. Melalui sistem ini bakal Sultanhendaklah terlebih dahulu memegang jawatan Raja DiHilir, Raja Bendaharadan Raja Muda. Perlantikan yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan puladilakukan oleh Undang 4 di kalangan putera Yang DiPertuan Besar NegeriSembilan.
2. Peringkat Daerah (6m)
a. Bagi melicinkan pentadbiran, setiap negeri dipecahkan pula kepadabeberapa Daerah atau Jajahan.b. Pentadbiran Daerah atau Jajahan diketuai oleh Pembesar Daerah ataupunKetua Jajahan. Mereka di gelar Orang Besar-Besar.c. Pembesar Daerah atau Ketua Jajahan dilantik oleh Sultan melalui surattauliah yang mempunyai cop mohor. Mereka akan melaksanakan tugas danmempunyai kuasa penuh dalam Daerah/Jajahan pentadbiran masing-masing.Kawasan pentadbiran mereka bergantung kepada kawasan yangdiperuntukan dalam surat tauliah yang dikurniakan oleh Sultan atau Raja.Pembesar Daerah atau Jajahan bertanggungjawab kepada Sultan/Raja.d. Dalam sistem politik masyarakat Melayu tradisional, kedudukan pembesarDaerah adalah sangat penting. Ini disebabkan oleh pembesar Daerah sangatrapat dengan rakyat. Oleh yang demikian, mereka sangat berkuasa dan
2
 j2k
 
penting sebagai perantaraan antara Sultan dan rakyat. Justeru itu terdapatkes-kes di mana pembesar Daerah lebih kaya dan berkuasa daripada Sultan.Contohnya di Perak, pembesar Daerah berhak memilih bakal Sultan danberkuasa menyingkirkan Sultan yang mereka tidak sukai.e. Pembesar Daerah di benarkan memungut cukai di daerah yang diperuntukankepada mereka sebagai pendapatan mereka. Sebahagian kecil daripadacukai tersebut akan diserahkan kepada Sultan sebagai tanda taat setia.Contohnya, Sultan Perak akan diberikan sebanyak RM6.00 bagi tiap-tiapbahara bijih timah yang dieksport dari mana-mana daerah di Perak olehpembesar Daerah.f. Kekuasaan dan pengaruh pembesar Daerah adalah berdasarkan kepada jumlah pengikutnya.g. Antara Pembesar Daerah ialah Long Jaafar dan Ngah Ibrahim di Larut, DatoMaharaja Lela di Pasir Salak, Dato Sagor di Kampung Gajah, Raja Jumaat diLukut, Raja Abdullah di Kelang, Dato Bahaman di Semantan dan sebagainya.
3. Peringkat Kampung (4m)
a. Kampung merupakan unit politik yang paling kecil dalam sistem politikmasyarakat Melayu tradisional.b. Pentadbiran kampung diketuai oleh penghulu atau Tok Kweng di Kelantan.c. Mengikut adat, penghulu dipilih berdasarkan keturunan. Mereka yang dipilihakan dilantik oleh Sultan dengan cara menganugerahkan surat tauliah.d. Penghulu akan menjadi perantara antara pembesar Daerah denganpenduduk kampung.e. Penghulu tidak dibayar gaji, tetapi memperolehi pendapatan daripada hasilcukai yang dipungut daripada penduduk kampung.f. Sementara di Terangganu semasa pemerintahan Sultan Omar pada abad ke-19 penghulu bertanggungjawab terus kepada baginda.
C) KESIMPULAN (2@3M)
1. Sistem politik Melayu tradisional yang berasaskan kepada kerajaan KesultananMelayu Melaka telah memberikan Sultan dan Raja kuasa mutlak untuk mentadbirsesebuah Negeri Melayu. Bagi melicinkan pentadbiran, Negeri telah dipecahkankepada beberapa daerah yang diketuai oleh pembesar-pembesar Daerah danKampung yang diketui oleh penghulu.
3
 j2k

Activity (93)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Myra Khairina liked this
Zhang Wu Ji liked this
Nina Kedah liked this
Hanif Hairi liked this
Nawawi Abd Kadir liked this
Nawawi Abd Kadir liked this
emori giboy liked this
Enni Musli liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->