Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
38Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Prinsip Pemerintahan Islam

Prinsip Pemerintahan Islam

Ratings:

4.0

(2)
|Views: 9,873|Likes:
Published by egahmulia

More info:

Published by: egahmulia on Oct 30, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/09/2013

pdf

text

original

 
PRINSIP PEMERINTAHAN ISLAM
Oleh SAODAH ABD. RAHMANPOLITIK atau perkara berkaitan dengan kepimpinan dan kenegaraan merupakan satu bidangyang amat rumit serta berisiko tinggi. Setiap individu yang melibatkan diri dalam bidang iniperlu bersedia menghadapi risiko apabila gagal menunaikan tugas kepimpinan memerintahnegara. Jawatan pemimpin dan pemerintah bukan merupakan satu pekerjaan yang kekalatau berbentuk warisan. Jawatan ini adalah berkaitan dengan amanah Allah kepada individuyang mempunyai kebolehan, kepakaran dan kebijaksanaan dalam mengendalikan urusankemasyarakatan dan kenegaraan.Dalam arena politik dan kepimpinan, kerjasama di antara pemimpin dan rakyat merupakansatu prinsip kepimpinan yang tidak boleh diabaikan. Islam memperkenalkan sistemkepimpinan dan pemerintahan berlandaskan kepada amanah sebagai khalifah Allah di mukabumi ini. Setiap umat Islam mempunyai tugas masing-masing dalam mengendalikan urusankeduniaan berlandaskan kepada wahyu dan kepimpinan Rasulullah SAW.Pemimpin atau pemerintah dianggap sebagai wakil rakyat untuk mengendalikan urusankenegaraan dan kemasyarakatan berdasarkan kepada prinsip kepimpinan dalam Islamseperti mana dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.Apabila konsep kepimpinan ditafsirkan sebagai amanah yang berbentuk wakil rakyat makasecara jelas menunjukkan bahawa setiap pemimpin dan pemerintah tidak mempunyai kuasamutlak untuk menguasai dan mewarisi negara yang dipimpin dan diperintah oleh mereka.Pemimpin dan pemerintah perlu akur kepada suara rakyat jika mereka tidak dapat memenuhiharapan dan impian rakyat dalam mengendalikan urusan keduniaan. Jika mereka mempunyaikeupayaan dan kebolehan memerintah dan memimpin serta menyemarakkan keamanan,kestabilan politik, ekonomi serta bijak mengatasi rintangan dan permasalahan maka rakyatperlu akur kepada suara dan arahan pemimpin dan pemerintah.Apabila seseorang pemimpin tidak mempunyai keupayaan dalam kepimpinan danpemerintahan maka pelbagai permasalahan akan wujud dalam negara. Ketika ini rakyat perlubersuara dan mengkritik kepimpinan dengan tujuan meminta dan menyeru supayamenyerahkan jawatan tersebut kepada orang yang lebih berkemampuan dan layak. Inimerupakan satu bentuk kepimpinan dalam Islam.Perletakkan jawatan akibat kegagalan dalam kepimpinan bukan merupakan satu perkarayang aib, malah ia merupakan satu pengorbanan untuk kebaikan negara dan masyarakat.Sikap akur kepada suara rakyat merupakan satu bentuk penghormatan diri yang dimiliki olehpemimpin Islam yang berwibawa.Jawatan pemimpin hanyalah satu amanah dan tugas untuk mengendalikan urusan rakyat dannegara. Jika rakyat tidak memerlukan kepimpinannya maka beliau terlepas daripadamemegang amanah berat yang dipikul selama ini.Kepimpinan dan pemerintahan dalam Islam berunsurkan kepada kejujuran, keadilan,kebijaksanaan dan jiwa kemanusiaan yang tinggi. Jika ciri-ciri ini disebatikan dalam pemikirandan hati nurani para pemimpin dan pemerintah negara Islam maka tidak akan berlakuperselisihan atau pertarungan hebat untuk memegang jawatan tertinggi dalam kepimpinan.Pertarungan dan perselisihan di antara para pemimpin dan pemerintah yang wujud dalamnegara Islam masa kini adalah akibat daripada salah tafsir dalam memahami konsep danprinsip dalam kepimpinan dan pemerintahan. Ini disebabkan pemikiran dan jiwa umat Islamsering dikaburkan dengan keindahan dan kemewahan yang akan dinikmati ketika merekadilantik menjadi pemimpin dan pemerintah.1

Activity (38)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Matsudaira Yuika liked this
Zhijun Chuah liked this
kiki_lala_5 added this note
boleh dijadikn rujukn
k_yunz88 liked this
Yoesti Dork liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->