Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
96Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Nota Kajian Komsas Lestari Bukit Menghijau

Nota Kajian Komsas Lestari Bukit Menghijau

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 15,892 |Likes:
Published by Amira Amir

More info:

Published by: Amira Amir on Dec 22, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/22/2014

pdf

text

original

 
Sinopsis
Kehadiran Pak Tua di Kampung Alor Rambai menimbulkan kecurigaan penduduk kampung. Dia dianggap gila kerana membeli bukit yang penuh dengan hutanbelantara. Bukit tersebut dianggap tidak berfaedah oleh penduduk kampung. Pak Tua terlalu mencintai alam sekitar sehingga menimbulkan perasaan tidak senangdalam kalangan penduduk kampung. Dia akan menegur sesiapa sahaja yang cubamenebang pokok. Hubungan Pak Tua dengan penduduk kampung tidak mesra, diatersisih kerana sikapnya yang pendiam, suka memencilkan diri dan tidak mesra.Zahiran sebagai pelajar Tingkatan 3 di kampung tersebut berjaya mendekati lelakimisteri ini dalam usaha menjayakan projek sekolah lestari. Projek sekolah lestari telahdiilhamkan oleh Cikgu Idham, pengetua baharu di SMK Alor Rambai yang proaktifdalam menceriakan kawasan sekolah. Zahiran dan rakan-rakannya telah ditugaskanuntuk mencari beberapa jenis burung dan ikan untuk menghiasi taman sekolahmereka. Projek sekolah lestari ini adalah sebagai persediaan untuk menyertaipertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Kementerian Pelajaran yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000.Hasil usaha Zahiran dan rakan-rakannya, Pak Tua mula diterima oleh penduduk kampung. Hamzah yang diserang demam kuning menjadi titik permulaan kepadausaha gotong-royong bagi membersihkan kawasan rumah Hamzah yang kotor danmenjadi tempat pembiakan nyamuk. Seluruh kampung turut dibersihkan. Hasilcetusan idea Pak Tua, Tabung Pak Hamid dilancarkan bagi membantu keluargamalang itu. Penyakit untut Pak Hamid berjaya dirawat setelah menjalanipembedahan di Hospital Appolo, Chennai, India.Tragedi pokok Bintangor yang terbakar membolehkan Zahiran mencungkil sejarahhidup Pak Tua, iaitu seorang saintis yang pernah tinggal di Chicago, Amerika Syarikat.Isteri Pak Tua, Kamariah dan dua orang anaknya Zahirah dan Zuwairah terlibat dalamkemalangan jalan raya. Kedua-dua orang anaknya meninggal dunia, manakalaisterinya menderita penyakit HIV akibat pemindahan darah. Kamariah meninggaldunia sewaktu Pak Tua dan rakan-rakannya telah berjaya dalam usaha mengumpulsampel untuk penawar HIV. Pokok bintangor spesies
calophyllum leanigerum
 merupakan estrak penting dalam menghasilkan penawar HIV. Pokok ini banyak terdapat di belantara negeri Sarawak dan Pak Tua telah berusaha menanam pokok bintangor di sekitar Bukit Bintangor.Akhirnya, Pak Tua telah menghembuskan nafas terakhir setelah dia mewakafkantanahnya di Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.
 
Sinopsis Bab demi Bab
Bab 1 : Perubahan
Setiap kali memandang Bukit Bintangor, Zahiran pasti akan mengingati Pak Tua.Perkenalan Zahiran dengan Pak Tua telah mengubah persepsi Zahiran terhadaphutan dan alam sekitar. Bagi Pak Tua mahupun Zahiran, kesejahteraan hidup manusiapati tergugat sekiranya tumbuh-tumbuhan hijau dimusnahkan.Pak Tua bukan anak jati Kampung Alor Rambai. Asal-usulnya tidak diketahui. Pak Tua telah membeli sebuah bukit seluas empat hektar daripada seorang tauke Cina.Dia hidup bersendirian di sebuah pondok kayu di bukit itu. Dia tidak mudah mesradengan orang kampung. Penduduk kampung Alor Rambai menganggap Pak Tuagila lantaran dia hidup terpencil di hutan di bukit itu.Pada mulanya, Zahiran pun tidak mempedulikan Pak Tua. Namun, setelah Zahiranditegur Pak Tua semasa hendak menebang pokok bunga cempaka putih di hadapanrumahnya, kehadiran Pak Tua telah mula menarik perhatiannya. Peristiwa yang samaberlaku semasa Lebai Jusoh hendak menebang pokok kacang kelor di sebelah kedairuncit Pak Long Hamad. Tiba-tiba Pak Tua menghalang Lebai Jusoh dengan kasarnya.Sejak itu, penduduk kampung menganggap Pak Tua nyanyuk dan gila.Di samping itu, kehadiran Pengetua baharu yang bernama Cikgu Idham di SekolahMenengah Kebangsaan Alor Rambai turut mengubah suasana. Beliau mengajarkanSains Pertanian. Beliau memulakan kempen Amalan Hijau Sekolah denganmemperkenalkan tong sampah kitar semula. Para pelajar tidak lagi dibenarkanmenggunakan tisu kertas di sekolah, sebaliknya menggunakan sapu tangan. Beliau juga mengarahkan pejabat sekolah agar menggunakan kertas kitar semula. CikguIdham turut merancang untuk mewujudkan sebuah taman alam semula jadi disekolah dengan melibatkan pelajar-pelajar sekolah itu dengan bekas pelajar sertaPIBG dan JKKK. Projek sekolah lestari mesra alam yang diusahakan oleh Cikgu Idhambanyak mendorong pelajar-pelajar melakukan aktiviti menarik sepanjang cutisekolah.
Bab 2 : Fitnah
Zahiran, Kamal dan Hamzah berbual-bual selepas menunaikan solat Maghribsecara berjemaah di Kampung Alor Rembai. Mereka sedang ber-bincang tentangprojek lestari mesra alam sekolah mereka. Kamal memberi cadangan kepada Zahiranuntuk menangkap burung yang diperlukan untuk projek itu. Zahiran menyatakanmasalah yang dihadapinya, iaitu dua orang rakan sekumpulannya, yakni Osman danKadir mengalami demam. Namun demikian, mereka tetap meneruskan rancanganmereka untuk menangkap burung di Bukit Bintangor. Hamzah dengan segeramenyatakan bahawa Zahiran pasti akan bertemu dengan orang tua gila itu di BukitBintangor kelak.Sewaktu Kasa, Seleman dan Setopa menoreh getah di kebun mereka yang terletak di sebelah Bukit Bintangor, mereka melihat lapan orang yang berpakaian kemas danmenaiki kereta mewah menemui Pak Tua. Pak Tua dilihati sedang menerangkansesuatu. Kasa, Seleman dan Setopa mengesyaki orang yang menemui Pak Tua ituadalah orang jahat sama ada penjenayah atau tauke dadah. Berita ini telah hebohdi kampung itu. Sejak itu, kebanyakan orang kampung memandang serong terhadapPak Tua.Zahiran, Kadir dan Osman bersiap-siap untuk pergi menangkap burung di BukitBintangor. Namun demikian, Kadir dan Osman masih berasa ragu-ragu untuk pergimenangkap burung di situ kerana mereka pasti Pak Tua tidak akan membenarkanmereka berbuat demikian. Seleman juga melarang Kadir dan Osman pergi ke bukit itukerana menurut Seleman, Pak Tua terlibat dengan kegiatan haram, iaitu memprosesdadah. Menurut Seleman lagi, pihak polis telah membuat intipan di situ. Sesiapa yangbernasib malang pasti akan tertangkap sekiranya pergi ke bukit itu. Zahiran tidak mempercayai berita yang dibawa oleh Osman dan Kadir itu. Bagi Zahiran, sekiranya
 
Pak Tua benar-benar terlibat dengan kegiatan haram, sudah lama Pak Tua diberkaspolis. Pada pandangan Zahiran, mungkin Seleman yang membuat fitnah tersebutkerana dia tidak suka akan Pak Tua.
Bab 3 : Memasang Hasrat
Semasa hendak pulang ke rumah, di selekoh menuju ke Bukit Bintangor, Zahiranterlihat jip Pak Tua tersadai di tepi jalan. Zahiran melihat Pak Tua terkial-kial hendak menukar tayar jipnya yang pancit itu. Zahiran menawarkan bantuan kepada Pak Tua.Pak Tua menerimanya dengan senang hati. Setelah selesai menukar tayar jip yangpancit itu, Pak Tua mempelawa Zahiran datang ke pondoknya. Pelawaan Pak Tua itumenyebabkan Zahiran terfikir bahawa Pak Tua bukanlah sombong atau pendiamseperti yang disangka selama ini. Lantaran kemesraan yang ditunjukkan Pak Tua itu,Zahiran memasang hasrat untuk bertandang ke pondok Pak Tua suatu hari nanti.Sejak awal pagi, Zahiran, Osman dan Kadir datang ke Bukit Bintangor untuk menangkap burung. Kadir dan Osman masih ragu-ragu tentang Pak Tua. Namun,Zahiran bersungguh-sungguh meyakinkan mereka bahawa Pak Tua seorang yangbaik. Semasa Zahiran berada di atas pokok untuk meletakkan getah perekat burung,Osman dan Kadir tiba-tiba menyuruh Zahiran turun dengan segera dan melarikan dirikerana ternampak Pak Tua menuju ke arah mereka. Apabila Zahiran turun dari pkok,Pak Tua sudah tiba di situ dan me-negur Zahiran. Zahiran berterus terang denganmenceritakan tujuan dia dan rakan-rakannya datang ke Bukit Bintangor. Kata Pak Tua, semua orang boleh datang ke Bukit Bintangor asalkan tidak merosakkan tumbuh-tumbuhan yang ada di situ. Pak Tua juga menjelaskan kepentingan tumbuh-tumbuhan dan pertalian antara alam dengan manusia. Zahiran memahami apayang diper-katakan oleh Pak Tua dan merasakan betapa halusnya perasaan Pak Tua.Pak Tua bertanya kepada Zahiran tentang persekolahannya. Zahiran menyatakanbahawa dia belajar di tingkatan tiga dan akan menghadapi peperiksaan PMR tidak lama lagi. Pak Tua berharap akan melanjutkan pelajaran dalam aliran sains selepaspeperiksaan PMR kelak.
Bab 4 : Bukan Sembarangan Orang
Hamzah, Marzuki, Khuzairi, Osman, Kadir dan Zahiran berbincang tentang Pak Tua.Rakan-rakan Zahiran membuat pelbagai andaian terhadap Pak Tua. Zahiranmempertahankan Pak Tua apabila rakan-rakannya mengatakan bahawa Pak Tuagila. Pada Zahiran, Pak Tua merupakan seorang yang baik, penyayang dan mesra.Rakan-rakannya terkejut apabila Zahiran menyatakan bahawa dia pernah bertemuPak Tua.Zahiran mengajak rakan-rakannya itu mengunjungi Pak Tua di pondoknya di BukitBintangor. Zahiran yakin bahawa Pak Tua bukanlah sembarangan orang. Akhirnya,mereka bersepakat untuk pergi ke rumah Pak Tua sekiranya diizinkan ibu dan bapamasing-masing. Zahiran sangat gembira kerana rakan-rakannya sudah mula berfikiranpositif terhadap Pak Tua.

Activity (96)

You've already reviewed this. Edit your review.
malastyle added this note
10q
malastyle liked this
Alya Baharum liked this
Nur Farahani liked this
Aishah Mizan II liked this
Kami Hikmat added this note
tq
NurFatihah Ahmd added this note
Complete! Tkasih:D
1 thousand reads
1 hundred reads

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->