You are on page 1of 8

SME 3023

TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH

TENGKU FARAH NORFADHILAH BT ENGKU AZMAN D20081033202 SCIENCE (MATHEMATICS) WITH EDUCATION (AT48) LECTURERS NAME : PROF. DR. MARZITA PUTEH

APAKAH MASALAH YANG PERLU DISELESAIKAN? Dalam usaha mewujudkan budaya sekolah yang positif di sekolah, salah satu perkara yang perlu dititikberatkan adalah iklim persekolahan. Iklim sekolah yang baik akan memberi kesan terhadap tumpuan dan prestasi pelajar di sekolah. Howard (1974) mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Namun begitu, terdapat masalah yang timbul apabila hubungan antara pelajar dan guru yang menjadi warga utama sekolah, tidak begitu akrab. Hal ini amat membimbangkan kerana setiap hari persekolahan, guru dan pelajar akan saling berjumpa dan bertentang mata. Apabila masalah sebegini timbul, bagaimana pelajar dapat menerima ilmu dengan sebaiknya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Bagaimana pula guru dapat mengajar dengan hati yang ikhlas dan tenang?

MENGAPA TIMBULNYA MASALAH TERSEBUT? Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi masalah tersebut. Antaranya ialah : 1. 2. 3. 4. Tiada sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara pelajar dan guru. Memperbesar-besarkan hal-hal yang remeh temeh. Guru terlalu memberi tekanan kepada pelajar. Pelajar tidak menjaga adab dengan guru. dan sebagainya.

APAKAH PENYELESAIAN YANG MUNGKIN BAGI MENGATASI MASALAH TERSEBUT? 1. Peranan Pengetua/Guru Besar

Kejayaan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana pengetua dapat mengamalkan gaya kepimpinan yang berwibawa (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990). Seperti yang kita sedia maklum, kepala sekolah iaitu pengetua atau guru besar memainkan peranan penting dalam sesebuah sekolah. Bagi masalah ini, pengetua haruslah sentiasa

mengingatkan guru dan pelajar supaya saling menghormati antara satu sama lain kerana semua warga sekolah ibarat sebuah keluarga. Andai satu bahagian terasa sakit, maka sakitlah seluruh anggotanya. Pengetua juga boleh merancang aktiviti yang dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar dan guru. Contohnya dengan mengadakan hari sukaneka, hari sukan yang melibatkan gabungan pelajar dan guru dalam satu kumpulan. Selain itu, budaya memberi salam kepada yang lebih tua boleh dilaksanakan di sekolah.

2.

Peranan Ibu Bapa

Sudah tentu ibu bapa ingin melihat anak mereka berjaya dan belajar dengan baik di sekolah. Namun begitu, para ibu bapa tidak boleh hanya berharap tanpa berusaha atau memberikan bantuan kepada pihak sekolah. Hal ini kerana rumah merupakan tempat di mana seseorang itu dapat mengecas kembali tenaga dan semangat yang hilang. Ibu bapa seharusnya membekalkan anak-anak mereka dengan ilmu agama dan mendidik mereka dengan akhlak yang mulia. Sekiranya pelajar memahami betapa pentingnya keberkatan ilmu dan mendapatkan redha daripada guru mereka, sudah pasti mereka akan berusaha untuk menjaga hati guru mereka. Mereka juga akan sedaya upaya melakukan yang terbaik kerana ingin membalas jasa guru-guru dan ibu bapa mereka dengan kejayaan.

3.

Peranan Guru

Tugas seorang guru bukan sahaja menyampaikan ilmu malah guru juga sepatutnya mendidik para pelajar menjadi insan yang berguna. Guru seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada para pelajar. Guru tidak sepatutnya berkelakuan seperti anak kecil, mudah merajuk apabila pelajar membuat sesuatu perkara yang tidak disukainya. Tegurlah para pelajar dengan penuh hikmah dan kasih sayang, janganlah memarahi mereka sehingga memalukan dan mengaibkan pelajar itu sendiri. Hal ini boleh merosakkan hubungan antara dua pihak, pelajar dan guru. Apabila pelajar merasa malu dimarahi di hadapan rakanrakannya, mereka akan mula tertekan, kemudiannya tidak mahu ke sekolah lalu terjadilah masalah-masalah disiplin yang tidak diingini. Walaupun hal ini nampak kecil, tetapi mungkin akan membawa kepada masalah yang lebih besar. Ibarat api, kecil-kecil jangan dipandang remeh, jika dibiarkan pasti ia akan terus merebak ke tempat-tempat lain.

APAKAH YANG AKAN TERJADI SEKIRANYA SETIAP LANGKAH ITU DILAKSANAKAN? Sekiranya kira mahu menyenaraikan semua penyelesaian yang mungkin, pasti sudah panjang berjela senarai tersebut. Namun tak semua yang kita rancang akan berjalan secantik dan seperti yang kita harapkan. Setiap yang berlaku pasti ada kebaikan dan kelemahannya. KEBAIKAN KELEMAHAN

1. Dapat mewujudkan iklim persekolahan 1. Tidak ada kerjasama daripada pihak yang positif. tertentu kerana berasa malu atau segan untuk

2. Pelajar dapat belajar dengan hati yang melakukannya. tenang seterusnya meningkatkan prestasi pelajar. 3. Guru dapat melaksanakan tugas dengan senang hati dan gembira berinteraksi dengan para pelajarnya.

APAKAH

PENYELESAIAN

TERBAIK

BAGI

MENGATASI

MASALAH

TERSEBUT? Hubungan yang akrab di antara pelajar dan guru seharusnya dijaga dengan baik. Dalam usaha memelihara hubungan ini, penyelesaian terbaik adalah dengan adanya didikan agama yang kuat dalam diri setiap individu sama ada guru mahupun pelajar itu sendiri. Menurut Imam AlGhazali (1962), sebelum belajar seseorang pelajar itu mestilah membersihkan jiwanya daripada kecenderungan yang buruk dan perangai yang jelik. Hal ini kerana ilmu itu tempatnya di hati. Seandainya seseorang pelajar mempunyai perangai yang buruk, mungkin berkeupayaan untuk memperoleh ilmu, tetapi ia tidak berfaedah baginya. Oleh yang demikian, amalan-amalan ini perlu dijadikan amalan yang berterusan dan bukan hanya apabila hampir dengan sesuatu peperiksaan sahaja. Akhlak dan adab dengan guru perlulah dijaga dengan sebaiknya. Golongan yang terdekat dalam membantu pelajar membentuk akhlak yang mulia adalah ibu bapa kerana ibu bapa yang membesarkan anak-anak mereka. Apabila para pelajar sudah diasuh, maka tidak akan terjadi lagi perselisihan faham antara pelajar dan guru, dendam berdendam, benci-membenci dan sebagainya. Walaupun guru memarahi mereka, namun mereka akan memujuk hati mereka dengan membisikkan bahawa guru marah kerana sayangkan diri mereka. Kesimpulannya, semua pihak perlu memainkan

peranan dalam menangani masalah ini. Dengan terjalinnya hubungan yang baik antara pelajar dan guru, mereka akan dapat menjalankan tugas masing-masing dalam usaha membantu sekolah mencapai kecemerlangan ke tahap yang optimum.

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH MASALAH Terdapat masalah yang timbul apabila hubungan antara pelajar dan guru yang menjadi warga utama sekolah, tidak mesra dan tidak akrab. Apabila masalah sebegini timbul, bagaimana pelajar dapat menerima ilmu dengan sebaiknya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Bagaimana pula guru dapat mengajar dengan hati yang ikhlas dan tenang?

PENYELESAIAN YANG MUNGKIN

1. Peranan Pengetua/Guru Besar - pengetua haruslah sentiasa mengingatkan guru dan pelajar supaya saling menghormati antara satu sama lain kerana semua warga sekolah ibarat sebuah keluarga. - pengetua juga boleh merancang aktiviti yang dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar dan guru. - mengadakan hari sukaneka, hari sukan yang melibatkan gabungan pelajar dan guru dalam satu kumpulan. - budaya memberi salam kepada yang lebih tua.

2. Peranan Ibu Bapa - Ibu bapa seharusnya membekalkan anak-anak mereka dengan ilmu agama dan mendidik mereka dengan akhlak yang mulia.

3. Peranan Guru - Guru seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada para pelajar. Guru tidak sepatutnya berkelakuan seperti anak kecil, mudah merajuk apabila pelajar membuat sesuatu perkara yang tidak disukainya. - Tegurlah para pelajar dengan penuh hikmah dan kasih sayang, janganlah memarahi mereka sehingga memalukan dan mengaibkan pelajar itu sendiri.

PENYELESAIAN

KEPENTINGAN/ KESAN

PRO ATAU KONTRA PRO

NILAI

1.

Dapat

mewujudkan

iklim

persekolahan yang positif. Pelajar dan guru bermotivasi 2. Pelajar dapat belajar dengan hati yang tenang seterusnya PRO untuk menjalankan tugas baik.

masing-masing dengan

meningkatkan prestasi pelajar.

Nilai-nilai positif dapat dibina melalui pengamalan menghormati sikap dan

3. Guru dapat melaksanakan tugas dengan senang hati dan gembira berinteraksi pelajarnya. dengan para

PRO

saling

bertolak ansur.

KONTRA 4. Tidak ada kerjasama daripada pihak tertentu kerana berasa malu atau segan untuk melakukannya. APAKAH PENYELESAIAN TERBAIK UNTUK MASALAH INI? Hubungan yang akrab di antara pelajar dan guru seharusnya dijaga dengan baik. Dalam usaha memelihara hubungan ini, penyelesaian terbaik adalah dengan adanya didikan agama yang kuat dalam diri setiap individu sama ada guru mahupun pelajar itu sendiri. Peranan ibu bapa dalam menerapkan akhlak yang mulia dalam diri pelajar bermula dari rumah. Namun hakikatnya, semua pihak perlu bekerjasama dalam mengatasi masalah ini.

RUJUKAN

Al-Ghazali. (1962). The book of knowledge. Terj. Nabih Amin Faris. Lahore. Howard, E.R. (1974). School climate improvement. Education Digest 39 (8): 333-336. Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Profil Pengetua/Guru Besar Berkesan Menurut Model Malaysia. Pahang : Institut Aminuddin Baki.

You might also like